Akhirnya, Cashout Sudah Earning Says

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kalian :)

Rasanya, dah lama kan Mieya tak bercerita pasal Says nie pada korang semua? taip sambil buat muka ketat, sambil mengharapkan belas ihsan korang untuk mengiyakan sahaja setiap bait perkataan Mieya nie.

Kalau hari tu, Mieya ada bercerita pasal email penghargaan daripada pihak Says sebab telah berjaya mendapatkan maksimum klik bagi satu iklan. Di mana Mieya dengan rakusnya telah membolot RM10 daripada pihak mereka. Yeay, markah penuh untuk Mieya Atiera si budak baru nak akil baligh. -,-"

Kali ini, berita malapetaka gembira apa pulak yang Mieya nak ceritakan pada korang semua?

usap dagu sambil padang ke kiri dan ke kanan dengan beribu-ribu pertanyaan di dada

Alhamdulillah. Selepas hampir tiga bulan berusaha sambil cekalkan hati sambil memaksa kepala hotak untuk mencipta ayat yang menarik perhatian orang lain untuk klik. (Cewaahh, ayat tak boleh nak blah sangat kan Mieya nie !)

Akhirnya, hari nie earning Says Mieya telah pun cukup tahap kematangannya iaitu sebanyak RM50. Walaupun tak sebanyak yang pernah korang dan korang semua dapat.


Tapi Mieya tetap bersyukur. Duit free kot ! Hanya duduk berteleku di hadapan lappy sambil berkempen di sana sini. tuptup dah boleh cashout. Alhamdulillah, ini semua rezeki atas kesungguhan diri sendiri dalam mempromote kempen secara pukal dalam sesuatu masa. Bergantung kepada mood jugak. hihi

Kalau hari tu, Mieya ada update entri pasal Bila lah boleh cashout Says nie? Tengok-tengok, hari ini dah boleh cashout dah. Dan cek Churpchurp hari itu baru sahaja ditunaikan pagi tadi. hikhik

P/S : Nanti Mieya update mengenai tips-tips nak suruh orang lain klik iklan korang (klik sini) secara berhemah lagi bijak dan juga tutorial cara nak cashout earning Says (klik sini). Nantikan tau !


16 comments:

rAIHan said...

bertambah rezeki..tahniah..^^

Mak Wardah said...

Salam kenal. Akak dunno to cashour, what is be earning & what is me earning can guide?

Farahani Faizal said...

wahh ! bestnye ...
nak jugak ..hehe
http://myhuhuhabuu.blogspot.com

mumui said...

wahhhh.. mahsyukkk! saya punya masih dlm proses cashout... lama mau tunggu..hehe

Muttallif said...

Tahniah sebab dapat rezeki. Semoga bertambah2 pendapatan lain kali :)

o.O said...

wahhh best2 hehe

Unknown said...

@rAIHan Alhamdulillah, terima kasih sis :)

Unknown said...

@Mak Wardah Akak nak cashout apa ye? Btw, BE tu dari perkataan Buffered Earning. Pihak advertiser akan memilih sesebuah blog untuk menyiarkan iklan mereka.

ME pulak bermaksud Metered Earning, di mana selepas iklan dari Buffered Earning tamat, secara tak langsung akan beralih ke Metered Earning.

Unknown said...

@QweensheesZ Insyaallah, nanti rezeki awak jugak :)

Unknown said...

@mumui Awak pun masyukkk jugak apa? Yup, lama jugak kena tunggu. huhu

Unknown said...

@Muttallif Thank you brader :)

Unknown said...

@mizz RFL Memang lah best sebab dapat imbuhan daripada kerja keras sendiri :)

velli, md. said...

tahniah... semoga bertambah2 pendapatan lain kali!

9n0L4 said...

wahhhh. bestnyeeee. nak jugakkkk. ;)

Unknown said...

@velli, md. Terima kasih :)

Unknown said...

@9n0L4 Jom lah join Says :)