Garis Panduan Mendengar Lagu

Assalamualaikum wbt dan selamat menjalani ibadah puasa semua :)

Setelah sepagian menyibukkan diri dengan aktiviti mengemas rumah, menyidai pakaian di ampaian dan tak lupa menjenguk pokok cili kesayangan sekejap. Dan pada tengah hari yang mana nafsu mula bergelodak seperti ombak di laut.

Mieya rasa amat terpanggil untuk berkongsikan dengan kalian semua mengenai persoalan seperti yang tertera di tajuk entri kali nie.

Berkaitan dengan lagu dan muzik sebagai halwa telinga, penyedap hati di kala duka. Di mana terdapat dua khilaf (perbezaan pendapat) dalam masalah ini.

Satu kelompok mengharamkan secara habis-habisan semua jenis nyanyian dan lagu yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, bertentangan dengan syariat Islam dan menganjur kepada berlakunya maksiat. Kelompok ini juga menyifatkan muzik sebagai "siulan syaitan", himpunan perkataan yang sia-sia serta boleh melalaikan diri dari melakukan ibadah.

Satu lagi kelompok  beranggapan bahawa lagu dan muzik adalah harus, terutamanya apabila ingin meraikan suasana gembira dan bahagia, misalnya di waktu pernikahan, hari-hari besar dan sebagainya.

Dan disini, Dr. Yusuf al-Qadrawi telah meletakkan hukum secara umumnya adalah harus, dan boleh bertukar kepada haram jika ia melanggar garis panduan nih yang bawah ni :
  • Lirik Lagu Tidak Bertentangan dengan Akidah dan Akhlak Islam - rasanya tak perlu lah disenaraikan disini, sebabnya korang semua boleh selak dan selidiki sendiri sesebuah lirik lagu tu. Contohnya, lirik lagu yang mempertikaikan kekuasaan Tuhan. 

  • Gaya Persembahan -  Gaya penyampaian hendaklah tidak mengundang kepada fitnah. Contohnya, berduet antara penyanyi lelaki dan perempuan, mempunyai penari latar lelaki bercampur perempuan yang bukan mahram, berpakaian menjolok mata (seksi) serta melampaui batasan Islam.

  • Tiada Unsur-Unsur Haram - Perkara yang perlu diambil perhatian di tempat menyanyi ialah tiada unsur-unsur haram. Contohnya di tempat yang menyajikan air setan (arak), perempuan yang seksey meksey, dadah serta pencampuran antara lelaki dengan perempuan.

  • Tidak melampaui batas - .Setiap persembahan yang disampaikan mestilah tidak berlebih-lebihan serta mendatangkan sebarang pembaziran. Muzik yang mengiringi sesebuah lagu mestilah tidak mendatangkan syahwat, nafsu, melalaikan dan mengkhayalkan pendengar.

Tapi di

Sebaiknya kita manfaatkan masa yang terluang dengan membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat, melakukan qiammulail serta solat-solat sunat. 


Semoga entry ini ada benda yang bermanfaat yang dapat di kongsi ye. walaupun cuma sedikit. 
Credit to : Sis Yuyu Zulaikha


Sekian. Salam bertemu lagi :)


20 comments:

Miss N™ said...

hehehe..yg last tu best.. bulan puasa ni, org xtahu waktu magrib pukul berapa terus jadi tahu..hihih

apapun info yg menarik ni mieya. :)

ecadwinkyasha said...

suka dgr org bertadarus jak ne :)

TiranaAduka said...

Assalamualaikum wbth..

Tau jenis lagu....ketogori UNDERGROUND..?

tu dulu tiranaaduka suka dengar...

Death Metal.....dan heavy Metal....
huhuhuhuhuhuhuhu........

Boleh ke dengar..?

Lokman said...

hehe.. betul2.. dalam bulan ni azan maghrib lah yang paling suka didengar..

Mimie said...

betul tu.. nice sharing.. :)

Razf said...

skrg ni slalu dengar lagu bile duduk dlm bas.. hehehhe

Unknown said...

nice sharing miera...klo memasak sy layan lagu lam p...klo bgn sahur tu layan mp3 surah yassin..ustaz hj dzulkarnain tu baca..syahdu je..mengalahkan melodi balada..ske dgr berulang2...sis tgk kat youtube bacaannya...

Shida Radzuan said...

salam dear..awk pmng GA shida sila PM sponsors yer..dear :)

Reena Sidek said...

entry yg bagus....

dya nasir said...

nice entry..:D

Unknown said...

@Cik Nur Haha. thats true !

Unknown said...

@Eca Dwinky Asha Kalau Mieya, memang jarang dengar orang tadarus. Tadarus sendiri aje.

Unknown said...

@TiranaAduka Waalaikumussalam wbt. Selagi lirik dia tak memesongkan akidah serta melalaikan, selagi itu boleh je dengar.

Unknown said...

@Mohd Lokman Bin Ramli Biasa lah. Bila hati dah di-setkan, tiap kali azan maghrib mesti dengar.

Unknown said...

@Mimie Thank you Mimie :)

Unknown said...

@RazFiRa Biasa lah. kekadang bising juga kat dalam bas tu, dengar lagu baru rasa selesa sikit.

Unknown said...

@Yumida Thank you :)

Unknown said...

@shida'R Wa'alaikumussalam. is it really? Alhamdulillah :)

Unknown said...

@Masz Sidek Thank you :)

Unknown said...

@dyabunga Terima kasih sis :)