Sangatlah busy bertungkus-lumus macam lipas kudung di rumah semalam dek kerana Mieya telah mengambil alih tugas emas secara sementara sebagai seorang suri rumah. Dan disebabkan itu, entri semalam pon merupakan antara entri auto-publish, yang disiapkan pada hari Rabu jam 10 malam.
Semalam, sampai malam hingga ke pagi, terus terlentang kat katil empuk Mieya. Bangun bangun dah pukul 8.30. best nya hari ni. tapi macam sama saja dengan hari yang lain. Jadi, hari ini Mieya harus menghadapi kenyataan, petang ini adalah waktu Mieya bersama belog tercinta. Ya, Mieya akur akan kenyataan tersebut -.-
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, saya Mieya Atiera kini telah berjaya menajamkan minda yang tak berapa nak tajam tu dengan berblogging.
Ya kawan-kawan,
Sejak Mieya berpijak di bumi blogspot di alam maya ini, Mieya dapat merasakan perubahan dalam diri Mieya terutamanya di bahagian otak dan minda.
Minat Mieya ke arah dunia penulisan maya ini telah menyebabkan Mieya selalu mencari idea untuk menghasilkan entri-entri baru. Sekaligus telah membuatkan otak dan minda Mieya mula berjalan dan bekerja. Kalau tak, otak Mieya menjadi malas dan semestinya sudah karat.
Buktinya sekarang, Mieya mampu bercerita mengenai berita-berita semasa yang berlaku di sekeliling dan juga di luar negara kepada sang emak, abah, keluarga dan orang lain. Otak dan minda Mieya ini mampu berfikir dengan lebih baik dan memberikan pendapat yang bernas.
So, inilah cara Mieya nak menajamkan otak dan minda Mieya nie. Walaupun Mieya sedar bahawa kebanyakan entri di blog nie merepek, merapu serta tunggang-langgang ayatnya. Tapi takpe, itu cara Mieya. Lain orang lain caranya kan?
Sekian sahaja karangan pendapat saya kali ini yang bertajuk "Menajamkan minda dengan berblogging" sempena hari Jumaat ini. Salam bertemu lagi kawan-kawan ^^
10 comments:
setuju.!
mcm melancong juga, luas perjalanan
luas pemandangan.
dalam bidang blogging pula, byk kita berBW, byklah ilmu di minda.. :)
salah satu sebab kita suka menulis nih sbb xnak otak ni berkarat n malas..at least bila blog nih dapat tahu isu2 semasa kan..
menjana idea2 baru dan berkongsi ilmu...
yup....nisa pun rasa macam tu jugak...
bila da start jdik bloggers ni...
mcm2 ade dlm pale otak nisa...
btw..nice entry...
@Cik Nur Betul tu :)
@ros maisara Ya, kita sebagai manusia perlu sentiasa alert dengan berita semasa.
@Fendy Kekadang dengan hanya berblog, kita dapat berkongsi segala macam ilmu masing2.
@ayuniesa Thank you Nisa :)
Betoi3...sangat setuju...
alhamdulillah kalau semua blogger macam ni. Ambil peluang yang baik dalam semua kelebihan yang ada. ;]
Post a Comment