Akhirnya, siap juga baju raya dahku~

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Ohh, alangkah indahnya hidup ini... (sambil menyanyi lagu raya Aidilfitri) haha puasa pon belum lagi dah fikir pasal hari raya bagai. well, baju untuk dipakai di pagi hari raya dah siap, macam ini lah lagaknya kan?

Haaa.. mesti ada yang akan cakap macam nie, "Awalnya Mieya beli baju raya". Sebenarnya bukannya beli, tapi tempah. Ya kawan-kawan, persiapan awal itu adalah perlu memandangkan kita tak tahu sama ada sumber kewangan akan sentiasa ada ataupon tak.

Jadi, disebabkan bimbang akan berlaku perkara yang tak diingini, Mieya bersama emak dan si demokk telah pon menghantar kain untuk dijahit di bulan April yang lalu. Dan kini, setelah hampir tiga bulan berlalu, akhirnya siaplah jua empat pasang baju kurung bagi setiap seorang.


Alhamdulillah. Dengan adanya persiapan awal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan untuk sambutan hari raya nanti. Insyaallah.

Korang pulak, dah tempah ke belum baju raya korang tu? ke ada yang lebih prefer untuk membeli sahaja?Jangan tempah di saat-saat akhir, nanti risau pulak para penjahit di luar sana tak nak ambil tempahan dah. hehe

14 comments:

TiranaAduka said...

Aduka belum lagi buat persiapan Raya....
Tengah membuat persiapan untuk ke hospital jumaat ini

azievee said...

Baju x de lagi... huhuhu...susah-susah beli ready made je la...

sHiMi sHinHae~ said...

wah untung lah dye dah ad baju raya :D

Nadnod Azizan said...

samalah kita, tempah awal awal bulan 4 hari tu ;D lagi bagus persediaan awal ni. haha. persediaan akhir biar kemas rumah :P

rAIHan said...

dah dua kali tempah tp tailor tuh salah jahit. sedey tau. hantar kali ke3..tak dengar kabar lg..=(

BERT said...

bagusnya dah siap dah.. saya beli yang dah siap je.. lagi2 tengah sarat peknen ni.. pakai jubah la nmpak gayanya tahun ni huhuu

Unknown said...

@TiranaAduka Pergi ke hospital? Apa-apa pun semoga selamat perjalanan ke sana :)

Unknown said...

@azievee Tapi tu lah. Harga untuk baju ready made sangatlah mahal :)

Unknown said...

@sHiMi sHinHae~ Hikhik, awak dah beli baju raya ke?

Unknown said...

@NadNod Betul tu. Nanti takde lah kelam-kabut sangat.

Unknown said...

@rAIHan Lorh.. boleh pulak macam tu?

Unknown said...

@BERT Pakai jubah pon okey apa. senang simple aje :)

Miss N™ said...

zaman sekarang mmg kena tempah awal2..

tapi nur belum tempah..huhuh..minggu ni baru nak hantar..

ada ke yg nak terima tempahan lagi ni..?

Unknown said...

@Cik Nur Tak tahulah. Mungkin masih ada yang menerima tempahan lagi. Tapi kalau kat tempat Mieya, tempahan dah ditutup.