Tips menjadi seorang yang kelakar

Assalamualaikum wbt korang dan salam sejahtera :)

Yo! peace yo! Berbekalkan keyword yang Mieya dapati di Nuffnang baru-baru nie. Maka, seharusnya entri kali nie ada kaitan dengan keywords tersebut.

Jadi, apa keyword yang Mieya maksudkan tu? Kejap, kejap, sabar dulu dong! Keyword tersebut ialah Tips nak jadi seorang yang kelakar. Kiranya nak jadi Si Joker lah tu.

Okey, jom kita ketahui bagaimanakah formulanya untuk menjadi seorang yang kelakar.

APA?!! Ingat subjek Matematik, Fizik, Kimia, Additional Mathematics je ke yang perlukan formula nie semua? Nak buat lawak pon kena ada formulanya jugak tau.

Walaupon korang memilih untuk berkongsi bersama kawan-kawan rapat, tapi korang mesti berhati-hati kerana mungkin ada perasaan yang akan tersinggung. 

Selain itu, soal jantina juga perlu diambil kira. Lelaki biasanya tertarik dengan lawak yang kasar manakala perempuan mudah ketawa dengan lawak tentang orang yang dikenali atau berupa cerita.

  • Total Ekspresi
  • Cerita lucu akan bertambah menjadi-jadi sekiranya korang bercerita seiring dengan mimik muka, gerakan tubuh serta intonasi suara yang betul. Dengan beitu, orang yang mendengarnya juga akan berasa seperti mereka berada di tempat kejadian.

  • Cari Sumber
Buntu mencari idea untuk menceriakan kawan korang yang sedang bersedih? Cuba baca komik atau buku-buku berunsur lawak, layari youtube ataupon layan je video-video lawak daripada Osbon, Boboi, Zizan Raja Lawak, Johan Raja Lawak dan Sepah. Sudah pasti korang akan ketawa sehingga terguling-guling di lantai.

Ataupon, korang boleh terjah youtube untuk tengok vlogger berkarya dengan bijak seperti Anuar Hadi, Maria Elena dan MatLuthfi.

  • Tengok masa
Cari masa yang sesuai untuk berlawak jenaka. Sebaiknya, tahan naluri untuk berjenaka pada saat korang berada di pusat ibadah, dalam kelas, perhimpunan, pengebumian, atau pada mesyuarat.

  • Jangan Over

  • Selawak mana pon jenaka yang ingin korang sampaikan, pastikan korang tidak ketawa dahulu sebelum menyampaikan cerita tersebut. Tunggu sehingga orang disekeliling ketawa, and then barulah korang ikut sekali ketawa.

  • Pilih kawan-kawan
Maksudnya, pilih kawan-kawan yang terkenal dengan sifat humor yang tinggi dan amati cara mereka melawak. Biasanya, mereka mempunyai gaya penceritaan yang sempoi dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

Luaskan juga pergaulan dengan orang yang lebih muda daripada usia korang kerana kisah mereka juga boleh dijadikan bahan jenaka. 


12 comments:

Momo said...

berhati2 dengan lwak kita berikan.. takut ade tersinggung..huhu

Miss N™ said...

bukan senang nak jadi kelakar...sebab kadang2 ianya spontan ataupun semula jadi..

Aesya Zealous said...

whoaaa nak try jugaklah >.<

Unknown said...

kita hanya wat lawak dgn org kita rapat je...sbb kita ni mmg xpandai buat lawak...part jgn over tu susah sikit hakhkah..kalo dah mmg sgt lawak,susah ler nak control gelak

Unknown said...

@Momo Betul tu, mesti berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Unknown said...

@Cik Nur Yup, kekadang kita sendiri tak sedar yang kita boleh berlawak.

Unknown said...

@Aesya Zealous Try lah. Selamat berjaya :)

Unknown said...

@ros maisara Sama lah. Dengan orang lain takde lah sangat.

brader mirul said...

Haaa.. ini lah org ckp ye.. jika minda kita bersihh...hati kita bersih ye...ye..idea melawak tu akn dtg...ye...ye

brader mirul said...

Haaa.. ini lah org ckp ye.. jika minda kita bersihh...hati kita bersih ye...ye..idea melawak tu akn dtg...ye...ye

Anonymous said...

Haaa inilah dia ye ye..kalau hati kita bersih...minda kita bersih ye...ye...tak tercemar...idea kita nk melawak psti dtg ye..ye..

Misz Ti said...

Rjn la u ni. Nice sharing. (: