Korang ada tengok berita di Buletin Utama TV3 tak semalam? Di mana seorang wanita warga emas berbangsa cina, yakni berusia dalam lingkungan 60an telah terbaring di atas jalan raya akibat diragut oleh sampah masyrakat yang tak berhati perut.
Sejurus selepas kejadian, terdapat tujuh orang yang berjalan sambil hanya melihat mangsa ragut Tan Kim Chuan, tanpa menghulurkan sedikit pun bantuan ketika dia sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan dengan tengkorak yang retak di kawasan rumah pangsa Rifle Range.
Persoalannya, di manakah hilangnya sikap keprihatinan dan nilai kemanusiaan dalam diri masyarakat negara kita?
Kira-kira pukul 6.10 pagi, barulah ada tiga orang yang baik hati telah membantu mengangkatnya ke tepi jalan dan memanggil ambulans.
Ketua Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata bedah siasat menunjukkan punca kematian disebabkan beberapa kecederaan di kepala.
“Dia mengalami pendarahan dalaman di kepala dan bahagian belakang tengkoraknya retak akibat terjatuh ke atas jalan dengan tekanan yang kuat,” katanya..
Sementara itu, Ketua Polis P.Pinang ACP Gan Kong Meng menggesa orang ramai untuk membantu polis dalam menangkap suspek.
Beliau juga menasihati orang ramai untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Satu tindak balas lebih cepat mungkin dapat menyelamatkan hidupnya,” - TheStar
P/S : Cuba bayangkan kalau korang ataupun ahli keluarga terdekat yang menjadi mangsa ragut? Adakah orang lain bakal menghulurkan bantuan untuk membantu? atau apa???
26 comments:
sy tgok smlm..diorang jln wat xtau je..ksian la..
kalau ya pun takut , apa salah call je ambulance atau polis kan ..
erm...
bukan begitu sikap rakyat malaysia sebernya
bkn ke prangai bodo ni jd kat cina je..takkan mlysia plak nk follow..grrr..
sudah la kena ragut lepas tu takde org nak tolong .. kesian dekat dia~
kejamnya..
dah macam kat negara cina plak... sume buat tak tau je.. teringat kes budak dilanggar banyak kali tu..
mmg xsangkalah kejadian ni di Malaysia...!Cik Nur mati2kan ingt di china...!
sampainya hati...patut dikenakan hukuman berat ke atas peragut!
sikap masyarakat juga...seolah2 menonton drama tv...tiada reaksi
sedihnya andai terjadi ke atas keluarga terdekat kita
Sian nyer...tak perihatin langsung dah cam kes budak yg kena langgar kat china tu plak...
ingatkan kat China je,rupanya kat M'sia pun ada...
@Noor Memang kesian. Kalau ada yang pantas bertindak, mungkin kita dapat menyelamatkan nyawa beliau.
@fizafantagirO Ye. Teknologi makin canggih. Semua orang dah mampu memiliki telefon, kenapa tidak dimanfaatkan?
@TiranaAduka Hanya sebilangannya sahaja yang bersikap begitu right?
@CINTA UNTUK KITA Itu lah. Mohon, kita semua dijauhi drpd sikap sebegini :)
@Michelle Hopell Memang betul2 kesian :)
@cik najihah Memang kejam. Tapi ini bukan kes yang pertama. Tapi dah banyak kali berlaku di negara kita.
@BERT Ya, Mieya pon teringat sama :)
@Cik Nur Ini betul-betul terjadi di Malaysia.
@Yumida Ya, mereka membahayakan nyawa orang ramai. Sikap masyarakat juga perlu diperbaiki.
@azievee Ya, memang lebih kurang sama aje.
@Cik Tie@Akak Memang ada. Walau dah berkali-kali dah. Sekiranya gejala jenayah ragut nie tak dibendung segera, dibimbangi akan membahayakan nyawa orang ramai.
tatau nk cakap ape... sifat perikemanusiaan dah hilang kemanantah...
@msredcheesecake Setuju.
kadang tulah ... sifat kemanusiaan dah makin pudar... lebih suka memerhati dari menolong ..kecewa :(
@Aku Penghibur Setuju sangat.
Post a Comment