“Permintaan air secara puratanya telah meningkat ke tahap 4,329 juta liter sehari berbanding dengan kapasiti pengeluaran maksimum semua Loji Rawatan Air (LRA) sebanyak 4,371 juta liter sehari.
“Ini jelas menunjukkan bahawa kini hampir tiada rizab lagi untuk menampung sebarang peningkatan permintaan bekalan air terutama sewaktu permintaan puncak, dengan permintaan meningkat setinggi lebih 7 peratus daripada purata permintaan air harian,” katanya ketika ditemui pemberita semasa kempen derma darah SWAn di Pusat Darah Negara, di sini pada Selasa.
Loong berkata sesetengah penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur sudah mula mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah akibat kekurangan bekalan air terawat.
Loong berkata kerajaan Selangor dilihat langsung tidak memahami keadaan bekalan air yang melanda pada masa ini dan asyik mengeluarkan kenyataan bahawa kedudukan paras air di empangan Selangor penuh dan mencukupi.
“Apa yang dipertikaikan sekarang adalah mengenai kekurangan bekalan air terawat dan keperluan meningkatkan sumber air serta membina LRA tambahan untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat,” katanya.
Loong berkata berkata masalah ini boleh diselesaikan sekiranya pihak-pihak yang berkaitan berkumpul dan berbincang cara mengatasi masalah ini bersama.
“Pihak SWAn mendesak kerajaan Persekutuan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberikan perhatian penuh dan mengambil langkah-langkah jitu untuk menyelesaikan isu penting ini secepat mungkin,” katanya. - Sumber BERNAMA
Pheuwww, *kesat peluh di dahi dengan tisu*
Kalau lah masalah ini tidak dibendung dengan segera, dikhuatiri akan mendatangkan bala kepada kami semua. Haaa.. bala? Kenapa pulak? Sebabnya :
- Air menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan.
- Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang.
- Kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah. Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air.
- Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang.
- Kehilangan air sebanyak 2% menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.
10 comments:
air mmg pentingkan dlm kehidupan seharian kita..bak kata my hb..better letrik xde drpd xde air..haaaa..mmg kompom sgt air tu sgt penting...
tringat ngn my lect pnh cakap...selepas myk jd rebutan...pasti air pulak jd rebutan..tambah2 lg dunia skrg menhdpi krisis air....
huihhhh teringat zaman xde air dulu tuh,lori bawak air,pastu kena angkut air dr lori tuh...adehh seksaaaa
kesiannya...
semoga masalah ini dapat diatasi segera..=)
@Yumida Betul tu :)
@ros maisara Tahu takpe. Nasib baik tak teruk sangat.
@Herma Julianny Amin~ Harap-harap begitu lah jugak
huuuuuu kat rumah kecik pon selalu ada masalah tak ckup air .. sedih2..btw nice blog .. n please view mine :)
alahai kesian nyer...susah urusan harian kalu x de air
@sikecikyangcomel Bekalan air sekarang nie seakan-akan dicatu. Sekejap ada, sekejap takde. Aisey
@azievee Tahu takpe. Memang susah kalau takde air. Moga-moga pihak berwajib dapat bertindak sewajarnya.
Post a Comment