Rasa terpanggil pulak hari ini untuk share pasal tips berbelog. Tapi bukannya pasal tips macam mana seseorang tu boleh berjaya dengan blog beliau. Sorry la weh. Blog caca marba Mieya yang baru belajar bernafas nie, masih lagi tidak layak untuk bagi tips sebegitu rupa. Lainlah kalau blog hebat korang tu.
Jadi, entri kali nie sekadar untuk memberi pendapat, apakah selama ini korang berblog kerana populariti ataupun kerana kualiti dan keaslian sesebuah artikel itu yang dititik beratkan.
- Populariti
Blogger yang menulis atas dasar populariti seringkali dikaitkan dengan pendapatan. Tapi bukan semua lah, hanya sebilangan sahaja. Kadang-kadang populariti inilah yang memberi nafas baru kepada penulis blog untuk sentiasa menghasilkan penulisan yang bermanfaat kepada pembaca.
Namun, status popular juga boleh dibahagikan kepada dua, sama ada femes kerana bilangan follower atau kerana bilangan pembaca.
Dan semestinya, femes kerana bilangan pembaca lah yang paling diidam-idamkan oleh semua orang bukan? Biarpun kadang-kadang bilangan komen untuk sesebuah artikel itu sedikit, tapi dengan hanya melihat kepada bilangan pembaca ; sedikit sebanyak memberikan gambaran kepuasan kepada si penulis.
- Originaliti dan keaslian
Untuk blog bergenre personal mahupun bercampur aduk macam Mieya nie, originaliti adalah sesuatu yang sentiasa berubah-ubah dalam menghasilkan artikel baru. Sekejap menulis pasal tips, sekejap menulis pasal berita semasa yang berlaku di sekeliling kita. Tapi takpelah, asalkan keaslian dan kualiti artikel itu terjamin.
Namun, jauh di sudut hati kecil Mieya nie tertanya-tanya, masih wujud lagikah pembaca yang membaca blog Mieya sejak Mieya mula berblogging dahulu? Ini adalah persoalan yang selalu bermain-main difikiran Mieya.
Apa-apa pun, terima kasih kepada semua kerana sudi membaca blog Mieya nie, yang rajin tinggalkan komen serta pendapat yang bernas belaka. Tanpa korang semua, Mieya takkan aktif berblogging macam sekarang nie :)
12 comments:
sebenarnya kan, keaslian dalam berblogging tu yg buat blog kita selalu segarkan.. :)
ada byk teori tips penulisan blog yang bagus, tapi end the end, akk suka tulis apa yg terlintas di hati dari terpaksa stress fikir kualiti atau populariti
@Cik Nur Betul, setuju sangat !
@msredcheesecake Kekadang Mieya pon macam tu jugak. Tapi, at the end Mieya rasa macam tak puas pulak bila baca balik :)
entry yang ditaip sendiri lebih syok dibaca dari yang di copy paste. hehehe.
From,
Nasz
MOHD NASER.COM
selagi blog tu tak copy paste berita atau cerita terlalu peribadi sampaikan org luar baca pun xfaham, blog tuh dah cukup menarik pun untuk buat sesiapa pun baca...
betul tu, biasanya kita lebih suka org dtg membaca blog kita. jadi kita rasa happy sbb dpt share satu cerita tu dkt semua orang. nice entri mieya, support mieya dan geng blogger semua ^_^
@NASZ Ya betul tu. Tapi kalau nak copy pun, olah semula ayat dan jangan lupa berikan backlink ke entri asal :)
@ros maisara Ya, keaslian itu penting. Dan kalau nak copy pun, ambik point yang penting sahaja :)
@Nur Aischa Thank you Aischa :)
maka beruntunglah bagi orang yang mempunyai followers ramai dan bilangan pembaca juga ramai + setia :)
@MyMy Bilangan follower tak menjamin apa-apa jikalau takde interaksi antara pembaca dan penulis blog :)
Post a Comment