Nikmat Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt dan salam 3 ramadhan 1433H semua :)

Alhamdulillah. Sama ada korang sedar ataupun berada dalam keadaan separuh sedar, hari ini masuk hari ketiga kita semua umat Islam menjalani ibadah puasa. Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu pergi meninggalkan kita.

Tengah syok tidur enak dibuai mimpi tengok-tengok, pagi-pagi dah dikejutkan untuk bangun sahur semula. Tengah syok bersantai selepas menyiapkan juadah berbuka, tengok-tengok, sekejap je dah nak masuk waktu berbuka.

Kalau dah namanya bulan puasa, maka semestinya kaum hawa dan para ibu sekalian gigih memerah otak, berfikir nak masak apa? Tanya pendapat anak-anak, kawan-kawan jiran sebelah-menyebelah. Nak sediakan apa untuk dijadikan sebagai juadah berbuka nanti??

Dan tidak dilupa, di bulan puasa inilah, segala macam makanan yang tidak terdapat atau dijual pada hari biasa, ada dijual istimewa untuk meraikan bulan ramadhan. Semuanya boleh didapati di bazaar ramadhan yang berdekatan.

Cuma, yang perlu diberi perhatian disini ialah berbelanja lah mengikut keperluan dan bukannya mengikut hawa nafsu semata. Elakkan daripada melakukan pembaziran di bulan yang penuh berkat nie. Seeloknya, lebih baik jika kita bersederhana dalam berbuka agar tidak menjadi santapan tong sampah. Beli banyak tapi makannya tidak.
Seperti biasa, setiap kali bulan Ramadhan, laungan azan Maghrib merupakan antara alunan merdu yang sentiasa dinantikan oleh semua orang. Tak kira lah sama ada tua ataupun muda, dan tiada yang lebih nikmat bila dapat berbuka dengan mendahulukan air dan buah kurma.

Ye lah, bulan-bulan lain tak adanya nak tunggu laungan azan baru nak makan. Tak adanya nak minum air dan terus mencapai buah kurma. Tak adanya nak bersiap awal ke masjid untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah. Betul kan?

Apa-apapun selamat menjalani ibadah puasa diucapkan kepada semua. Perbanyakkan amal ibadah di bulan yang mulia ini. Jaga mulut dari segi percakapan, kawal hati daripada dihurung api kemarahan dan sentiasa istiqamah dalam melakukan amal ibadah. Moga-moga ibadah puasa kita diterima oleh-NYA. Amin.

12 comments:

Pka Rahim said...

mari beramal, kurangkan pembaziran. huhu ;))

Miss N™ said...

betul tu..sekejap je rasakan..
apapun selamat menjalani ibadah puasa juga buat mieya.. :)

Himawari Mirsada said...

jgn membazir di bulan yg mulia,beli ap yg perlu je

Reena Sidek said...

Bulan puasa ni memang byk nikmat yg Allah berikan... :D

Syaa A. said...

betol tu, memang berkerah otak nak masak juadah ape berbuka andd sahur :x

dya nasir said...

kalau family dya,kalau mknn tu abis kitaorang akan simpan..hihih

Unknown said...

@Pka Rahim Betul tu :)

Unknown said...

@Cik Nur Selamat berpuasa juga buat Cik Nur :)

Unknown said...

@elyna mirsada Yup, betul tu :)

Unknown said...

@Masz Sidek Ye, betul tu. Mieya setuju sangat.

Unknown said...

@Syaa Amir Takpe, resepi di internet banyak. Just cari je. Masa nie lah kita boleh cuba resepi baru.

Unknown said...

@dyabunga Elok lah tu. Sekurang-kurangnya tak terbuang.