Dapat Lagi Buffered Earning dari Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kalian :)

Baru sahaja online pepagi ini setelah seharian semalam tak memunculkan diri di laman sesawang ini melainkan entri auto-publish semalam. Maaf, bukannya Mieya sengaja bertindak sedemikian rupa. tetapi, semua ini adalah di atas satu sebab. Yang mana, Mieya rasa
Mieya akan jelaskan di entri edisi bulan Ogos nanti.

Sememangnya entri itu adalah entri fresh dari ladang gandum yang bakal Mieya sajikan buat kalian nanti. Diharapkan kalian akan sabar menanti okey :)

Okey, berbalik kepada post title kali nie. Ternyata benar yang pihak Nuffnang telah bermurah hati dalam menaja blog Mieya dengan iklan-iklan yang hebat serta super-gempak nie.

Dan Buffered Earning kali nie adalah dari Nusmetro Arte. Terima kasih kerana sudi memilih blog Mieya :)
ini haaa.. iklan Nusmetro Arte tu.

Alhamdulillah, rezeki bersama Nuffnang semakin hari semakin melekat. Tengok, BE yang dulu pon masih melekat walaupun tiada yang berkenan untuk klik beliau. Diharapkan limpahan Buffered Earning dari Nuffnang nie bakal berterusan untuk jangka masa yang lebih lama. Mudah-mudahan. Amin~

Di kesempatan ini juga Mieya ingin mengucapkan terima kasih berjuta-juta lemon kepada pengunjung, pembaca setia, sama ada aktif atau pon tak di blog Mieya nie. Tanpa korang, nescaya, blog Mieya masih lagi berada di tampuk yang lama. Blog kanak-kanak riang ceria seperti ribena tu. hakhak

Salam ramadhan dan selamat berpuasa juga kepada semua umat Islam, walau di mana jua korang berada. Jangan lupa baca niat puasa di bulan Ramadhan nie.
P/s : Seeloknya bacalah niat untuk berpuasa sebulan terus. Ye lah, manalah tahu kalau-kalau kita terlupa nak baca niat berpuasa secara harian tu. Dah hilang nikmat pahala berpuasa kita tu.


4 comments:

Unknown said...

selamat berpuasa juga..
wahhh syoknya dapat BE...congratz!!

Miss N™ said...

alhamdulillah..rezeki ramadhan ni.. :)

nanti boleh buat belanja raya.. :)

Unknown said...

@ros maisara Thank you :)

Unknown said...

@Cik Nur Alhamdulillah, Cik Nur. mudah-mudahan dapat lah digunakan untuk raya nanti.