Membuat Pembaharuan di Sidebar Blog

Assalamualaikum wbt ^^v


Selamat Petang Semua 


Sejurus selesai menikmati makanan bagi hidangan tengah hari tadi, yakni selepas puas mengusap perut yang kekenyangan lalu merenung sejenak ke papan kekunci lappy macam yang selalu Mieya buat. Mieya terfikir pasal belog Mieya.

Melihat pada belog lain yang telah meletakkan widget top commentator di sebelah sisi blog mereka. Rasanya dah sampai pulak giliran Mieya untuk mengikut jejak langkah mereka jugak.

Ya lah, semenjak Mieya menceburi bidang penulisan secara maya ini, semakin hari semakin banyak kawan-kawan blogger yang telah Mieya kenali. Di mana wujudnya pertukaran pendapat, perbincangan atau apa-apa sahaja komen yang membina yang disuarakan oleh mereka.
Thank you sebab sudi baca blog Mieya serta tinggalkan komen :)

Dengan adanya widget top commentator di belog Mieya ini, diharapkan dapat memberikan manfaat trafik kepada para pembaca sekalian. Seterusnya, menyuntik semangat pembaca sekalian untuk meninggalkan komen, saling berinteraksi, bertukar-tukar ilmu dan pandangan dengan Mieya mahupun bertanyakan tips dan tutorialInsyaallah, serba sedikit ilmu yang Mieya ada, akan dikongsikan bersama.

Rasanya, sifat kedekut ilmu itu tak patut berlaku. Sebabnya sesuatu ilmu yang kita miliki tu bukannya boleh disimpan sorang sorang. Lama-lama berkepam kat celah ketiak dan akhirnya hilang dan terlupa jugak. kan? 

So, lepas nie jikalau terdapat sebarang pertanyaan daripada sesiapa sahaja, kenalah rajinkan diri kerah kepala hotak, gagahkan diri kerah cari idea yang banyak. Tak naklah rileks sangat blog Mieya nie. Kesian pulak dengan korang semua, penat baca entri yang sama lepas tu blah.

tak nak. tak nak.

Apa-apa pon, Mieya cuba nekad kat hati, selain korang semua datang ke blog Mieya sambil meninggalkan komen, dapat juga pulangan trafik beserta komen satu di belog korang. hikhik

P/S : Tengah ligat berblogwalking untuk mendapatkan idea yang segar-bugar :) 



8 comments:

nanieydotcom said...

Cik Nur ada di mane2 :) pengomen tegar tu..
ble ada widget ni semangat menjenguk semangat nk mengenali tu tinggi :) hee

Miss N™ said...

wah....blog mieya pun ada.. mcm mana nak letak ye..?

nama nur pun ado...malu nih..hihi..

terima kaseh juga buat mieya, selalu singgah blog cabuk nur tu..

ecadwinkyasha said...

wahhh..Cik Nur mmg pengomen tegar la...

BERT said...

syok kan bila kita dapat sentiasa kawan baru... boleh share idea dan pendapat... happy blogging yaaa

Unknown said...

@nanieybarnieylurviey Betul tu :)

Unknown said...

@Cik Nur Don't worry, nanti Mieya buat tutorial okey? Btw, thank you kat Cik Nur sebab rajin menjejakkan kaki di blog Mieya.

Unknown said...

@Eca Dwinky Asha Entah macam mana lah dia bahagikan masa untuk komen ke blog orang kan?

Unknown said...

@BERT Ya, betul tu :)