Thank you Nuffnang Sudi Bagi BE Lagi

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi yang ceria semua :)


Bangun-bangun pagi ini, Mieya teringat akan ajakan adik tersayang untuk ke pasar pagi bersama-sama. Lantas dengan kadar segera menggunakan kuasa kuda, Mieya bersiap-siap untuk berjalan-jalan sambil memerhatikan acara sukaneka bebudak tadika di padang.


Setelah puas memborong dua helai t-shirt, tudung bawal, buah-buahan serta sayur-sayuran selama hampir sejam lebih, balik terus ke rumah, tak sempat lagi nak me-rileks-kan diri. terus sahaja Mieya mengadap laman web Nuffnang dengan harapan tinggi. "Harap-harap dapatlah Buffered Earning baru", bisik hati kecil Mieya.


Dan alhamdulillah, nampaknya kali nie pihak Nuffnang mendengar kata hati Mieya. Setelah sekian lama menunggu dengan hati yang gagah (padahal baru 3 minggu menunggu) , akhirnya pihak Nuffnang bermurah hati untuk menghadiahi satu BE kepada blog cikai Mieya nie.

tengok,  BE dari Shell Advance pon masih gagah perkasa lagi tau ^^

Dua iklan di Metered Earning itu pon, baru sahaja melabuhkan tirainya pada minggu yang lepas. Alhamdulillah, kali nie melekat jugak BE baru daripada 1Malaysia4u (1 Malaysia For Youth) dan semestinya khas untuk para belia sekalian. Thank you Nuffnang !


Walaupun UV kat blog ni kekadang tak mencapai seratus pun sehari tapi itu bukanlah faktor untuk Nuffnang kedekut dengan kita. Yang penting kekalkan kesetiaan, sentiasa kemaskini blog dan juga survey Nuffnang. Insyaallah, akan dapat juga nanti.

Terima kasih juga buat pengunjung blog dan pembaca setia blog cikai Mieya yang tak seberapa ini. Mudah-mudahan kalian juga murah rezeki hendaknya.

Bagi yang berminat untuk tahu tips ringkas mengenai cara mendapat BE dari Nuffnang boleh klik >>DISINI<< Manalah tahu kalau-kalau boleh melekat Buffered Earning kat blog korang jugak. hikhik






14 comments:

ecadwinkyasha said...

tahniah dapat BE

tuanseliper said...

wah2 huntunglah. nuffang sy ntah jd ape ntah skang. xleh bukak:( hukhuk

Asyiqin Haulisah said...

wah mieya bestnya. tahniah,

Ca Ezah said...

ca xreti bermain ngn nuffnang..sob3

Nick Nashram said...

pagi tadi tgk belog ade gak iklan shell tu,,xtaw r BE ke x..huhu

Unknown said...

@Eca Dwinky Asha Terima kasih kak :)

Unknown said...

@bai baizura Alahaiii, kesiannya tak boleh buka. Agak-agaknya kenapa ea?

Unknown said...

@Asyiqin Haulisah Terima kasih kak :)

Unknown said...

@Ca Cik Duyung Tak salah kan kalau mencuba untuk mendalami ilmu Nuffnang. Di googe sahaja ada bermacam-macam tips Nuffnang yang dikongsi, klik aje yang mana suka :)

Unknown said...

@Nick Nashram Rasanya lah kot. Cuba buka Nuffnang dan tengok sendiri. Kekadang, itu hanya iklan Click Per Action sahaja.

Raz said...

best!

ஜ miss klanika ஜ said...

wahhh beznya ! murah rezeki , bagus la.

Unknown said...

@RazFiRa Memang lah best :)

Unknown said...

@ஜ miss klanika ஜ Terima kasih :)