Zizan Raja Lawak Dimasukkan Ke Hospital

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Bila Mieya tengok rancangan Melodi semalam, diambil alih oleh pengacara lain iaitu Wahid. Timbul rasa tertanya-tanya, di manakah Zizan? Setahu Mieya, pengacara Melodi yang terkini, tak lain dan tak bukan ialah Zizan Raja Lawak. Tapi, semalam beliau langsung tak kelihatan.

Dan hari nie, Mieya dapat tahu dari Facebook, Zizan telah dimasukkan ke hospital. Jadi untuk mendapatkan kepastian yang jelas mengenai berita ini, seperti biasa laman Mynewshub.my dibuka dengan sepenuh perhatian.

PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai pada 29 April akibat keradangan otot.

Menurut pengurusnya, Marina Juki, ketika kejadian, Zizan sedang bersiap untuk bertolak ke Ipoh, Perak bagi menjayakan siaran langsung program Melodi bersempena Karnival Jom Heboh di negeri tersebut.
“Setibanya di unit kecemasan hospital tepat pukul 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali.
“Hasil ujian darah tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami ‘Acute Myositis’ atau lebih dikenali dengan keradangan otot.
“Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikannya tenaga dan setakat ini keadaan Zizan adalah stabil,” ujarnya.
Dalam pada itu, Marina berkata, doktor telah menasihatkan supaya Zizan berehat selama dua minggu sebelum kembali bekerja.
“Sepanjang tempoh itu juga, semua aktiviti seninya akan dihentikan buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih,” katanya.
Sementara itu, Marina berkata, Zizan menyampaikan salam terima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mendoakan Zizan di Twitter dan Facebook yang mendoakan kesejahteraannya.
“Dia berjanji akan kembali pulih dan amat terharu dengan sokongan para peminatnya,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Zizan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Tokan akan berehat sebelum menghabiskan baki penggambaran yang tinggal tujuh atau 10 hari lagi.
Manakala, keputusan untuk terlibat dalam program Super Spontan hanya akan diketahui selepas menerima laporan sepenuhnya dari pihak hospital.

Semoga cepat sembuh ye Zizan !

Malaysia Antara Negara Tertinggi Berisiko Hidap Diabetes

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua :)


Kebelakangan ini, Mieya baru perasan yang Mieya kerap kali menaip entri berbaur perasaan emosional atau lebih tepat lagi boleh menyentap seluruh pelusuk perasaan orang lain. hihi maaf ya kawan-kawan!


Biasa lah, lumrah manusia. Kadang-kadang kita memerlukan sedikit ruang untuk meluahkan perasaan kita dengan cara yang betul dan tidak membahayakan sesiapa. Jadi, nak tak nak sang blog menjadi mangsanya.


Hari nie Mieya ada perkara penting yang ingin dikongsikan bersama kalian. Mieya baru sahaja selesai membelek-belek laman mynewshub.my dan terjumpa suatu artikel yang bertajuk 2 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Hidap Diabetes.  Diabetes atau nama lainnya penyakit kencing manis.


Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin mengatakan dianggarkan kira-kira dua juta rakyat Malaysia berisiko menghidap diabetes namun tidak menyedarinya kerana tidak membuat pemeriksaan kesihatan.


Peningkatan yang tinggi itu menjadikan Malaysia antara negara tertinggi berhadapan masalah tersebut di Asia dan dunia. Sehubungan itu, beliau meminta golongan yang berusia 20 tahun ke atas menjalani ujian saringan kesihatan bagi membolehkan langkah pencegahan diambil.
Diabetes antara penyakit berbahaya di kebanyakan negara dan sehingga kini terdapat 500 juta penghidap diabetes di dunia, membunuh empat juta pesakit setiap tahun dan membabitkan perbelanjaan rawatan US$378 setahun, katanya.
Rosnah berkata, amalan cara hidup yang tidak sihat seperti perokok tegar, kegagalan penjagaan makanan seimbang dan tidak bersukan merupakan faktor penyebab diabetes.

Berita dipetik daripada Mynewshub.my

Bersih 3.0 Hanya Membuang Masa Sahaja

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua :)

Di saat semua blogger tengah marah kemain dengan rasa tak puas hatinya dengan perhimpunan Bersih 3.0 semalam, Mieya pulak kecoh dengan ceramah bagi santapan rohaniah bersama dengan Ustaz Azhar Idrus.

Alhamdulillah, program semalam semuanya berjalan dengan lancar semalam. Meskipun dengan jalan raya yang sesak dengan lambakan kereta dan motor. Meskipun dengan lambakan gerai-gerai yang berdekatan dengan perkarangan masjid. Meskipun perkarangan masjid, tak kira sama ada dari dalam hinggalah di luar masjid dipenuhi oleh lautan orang ramai.

Syukur Ya Allah, rupanya masih ada lagi hamba-Nya yang dahagakan ilmu, yang dahagakan santapan rohaniah, yang inginkan perubahan dalam diri mereka. Walaupun pada siang harinya, telah berlaku satu lagi fenomena yang telah menjejaskan reputasi negara kita di mata dunia, iaitu perhimpunan Bersih 3.0 yang nyata, langsung tak memberikan apa-apa manfaat kepada para pesertanya.


Mieya bersetuju dengan artikel daripada mynewshub.my yang bertajuk, BERSIH 3.0 Adalah Kotor, Tak Hormat Undang-undang ! 


Untuk meneruskan pembacaan, sila tekan pada tajuk yang dihighlightkan di atas tu. Sekian, terima kasih :)

Tak Boleh Fokus pada Blogging?

Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua :)

Setelah seharian pagi dan petang Mieya langsung tak dapat nak memanjakan diri untuk menupukan sepenuh perhatian kepada blog seperti biasa. Setelah entri auto-publish pagi tadi dipublishkan. Setelah entri edisi sentap tak ketahuan hala dilancarkan tengah hari.

Maka, sekarang ini lah masanya. Ohh, sepatutnya tak boleh jugak nak fokuskan minda, kepala hotak, panca indera dan kesemuanya pada blog. Sebabnya, Mieya sedang sibuk memasang telina besar-besar, demi untuk mendengar ceramah kuliah Maghrib oleh Ustaz Azhar Idris di masjid berhampiran rumah.

Jadi, sejurus selepas entri ini diupdate, Mieya dengan kadar segera akan berangkat. Eh, maksud Mieya berjalan kaki ke masjid untuk mendengar ceramah bersama para umat islam yang lain.

Daripada sibuk-sibuk dengan berita mengenai perhimpunan Bersih 3.0 yang entah apa-apa di kaca tv, lebih baik rasanya Mieya ke masjid dengan kadar yang lebih segera. Memandangkan ceramahnya sedang berjalan. hihi

Salam Bertemu lagi kawan-kawan :)

Mood memberi komen boleh hilang bila

Assalamualaikum wbt dan selamat tengah hari semua :)

Setelah manusia lain di abad ini sudah selesai bertukar-tukar pandangan mengenai blog masing-masing kat segmen spontan bersama Ben Ashaari semalam. Hari nie, giliran Mieya pulak terkedek-kedek membelek satu persatu blog. itu pon belum lagi selesai.

Nak kata penat, tidak. Tapi, jemu ada lah. ya, jemu menunggu waktu yang diambil untuk loading satu persatu blog. Ada yang dah 5 minit tunggu pon masih lagi belum terbuka, ibaratnya macam tak mahu dengar kata-kata pedas daripada Mieya gamaknya. Jadi Mieya turutkan hati, terus tekan butang X. Haha dasar kejam! Begitu juga mereka yang macam nie.

Begitu juga dengan orang yang tak pernah terjah serta membalas balik komen ke blog Mieya setelah tiga, empat segmen yang kita sertai bersama. Jangat ingat kalau follower dah beriban kau boleh buat sesuka hati kau aje. At least hargailah usaha orang lain jugak.

Join segmen itu segmen ini, reti. Tapi bila orang komen blog kau, kau buat tak reti aje nak membalasnya. Hanya harapkan orang lain untuk terjah ke blog kau je, sedangkan kau hanya memandang begitu aje. Langsung takde perasaan nak balas komen yang diberikan kembali. Siapa je yang tak fed up kan.

Okey, Mieya tak nak lah menuding jari pada sesiapa kan. Ibaratnya macam nie, siapa yang termakan cili dialah yang akan rasa pedasnya.

Dah, sekian dahaja entri edisi sentap nie. Tetiba terasa kepuasannya setelah sekian lama memendam rasa tak puas hati nie.

P/S : Korang tak nak cuba ke buat entri sentap macam nie?


Segmen : Jom Join Bloglist Mieya Atiera

Assalamualaikum wbt korang :)

Sekarang nie, Mieya amat-amat memerlukan sokongan daripada korang semua. Memandangkan bloglist April 2012 di sidebar blog Mieya bakal tamat di penghujung bulan nie. Maka, hari nie dan buat pertama kalinya Mieya nak anjurkan sebuah segmen. tak tahu lah sama ada akan dapat sambutan or tak.

Segmen nie bertujuan untuk mempromosikan blog dan entri, merapatkan hubungan silaturrahim antara sesama blogger, menambahkan jumlah komen dan juga follower, serta meningkatkan trafik dan juga bilangan pageviews.


haa.. suka tak? suka tak? hikhik

Kalau dah faham, mari kita mulakan :

  • Tiada sebarang paksaan untuk jadi follower blog Mieya.
  • Sediakan satu entri khas bertajuk : Jom Join Bloglist Mieya Atiera !
  • Letak Header blog Mieya yang warna pink tu dan link kan ke blog Mieya.

klik gambar untuk ambik url gambar
  • Tinggalkan link lengkap url entri blog korang di ruangan komen entri ini.
  • Segmen tamat pada bila-bila masa sahaja yang Mieya nak.

Okey, DONE!

Untuk makluman semua, link blog korang akan Mieya tempatkan di dalam satu bloglist selama 2 bulan. DUA BULAN okey? Bloglist itu akan kekal hanya dari hari nie sehingga 30hb Jun 2012.

P/S : Ini adalah entri melekat, sila skrol ke bawah untuk entri yang baru. Sekian, terima kasih.

Tutorial : Cara Link kan Url Gambar Di Entri

Assalamualaikum dan selamat petang yang redup kawan-kawan sekalian :)

Okey, nampak title di atas yang panjang lagi berjela-jela tu? *angguk kepala* Dah jelas kan yang petang nie Mieya nak buat tutorial ringkas khas untuk blogger sekalian, terutamanya para newbie lah. Memandangkan ada yang tak tahu atau buntu, macam mana nak link kan url di gambar/banner.

Mungkin ada di kalangan kalian yang dah tahu, dan mungkin juga ada yang belum tahu. Jadi, ayuh kita mulakan tutorial ini.

1. Dashboard > New Post > taip entri seperti biasa
2. tengok gambar untuk langkah yang berikutnya.


Lepas korang klik Insert Image, ikut langkah dibawah nie pulak.

Macam mana nak copy link url gambar? Okey, pilih dulu gambar yang korang nak, then tekan right click. Nanti akan keluar popup, korang klik dekat Copy Image URL.

Kalau korang join segmen ke, giveaway ke atau kontest, pihak penganjur akan suruh korang link kan banner ke blog mereka kan? Nahhh, mudah je caranya, tengok gambar dibawah :)


Langkah terakhir, tekan je OK and then entri korang sedia untuk diPUBLISH. Sekian sahaja tutorial yang panjang berjela dari Mieya. Harap dapat membantu korang semua :)

Perkongsian Jumaat #5 | Sebab Doa Tidak Dimakbulkan

Assalamualaikum wbt dan salam jumaat semua :)

Mesti ada di kalangan kalian serta diri Mieya sendiri pernah terfikir, kenapa tuhan tak nak bagi apa yang hambaNya minta? Sampai satu tahap, kita akan rasa fed up untuk berdoa. Teruk kan? Tapi... entahlah. 

Dan Mieya rasa mungkin Tuhan ada sebab tak nak bagi apa yang hambanya inginkan, mungkin sebab :

1. Tuhan nak uji hati kita
Orang selalu kata, Allah bagi ujian sebab Dia tahu kita mampu hadapi ujian tu. 

2. Tuhan nak kita lebih bersungguh-sungguh dalam berdoa.
Mungkin kita tak cukup bersungguh-sungguh kot? Sekiranya kita menginginkan sesuatu, kita perlu merintih. Kalau kita tak mampu nak menangis, paling kurang pun kita berpura-pura untuk menangis. Supaya hati kita jadi lembut. 

3. Cara kita seolah-olah mendesak Tuhan untuk tunaikan apa yang kita nak.
Lagipun, siapalah kita ni untuk paksa Allah untuk bagi semua yang kita nak, kan? Ada masanya kita minta ini, tapi yang kita dapat lain. 

4. Tak semua perkara boleh dapat dengan mudahnya.
Nak apa-apa perlukan usaha, kan? Allah nak bagi apa yang kita minta tapi bukan sekarang. Mungkin esok, mungkin tahun depan ke. Yang penting usaha itu perlu ada!

5. Ada sesuatu perkara yang menghalang doa tersebut.
Macam selalu lawan cakap mak ayah ke, mengumpat kawan ke. Dalam tak sedar, kita ada terbuat perkara macam nie.

Sekian sahaja perkongsian jumaat pada hari yang mulia ini. Diharapkan kita dapat mengambil yang keruh dan buang yang jernih darpada perkongsian ini.


Shila Amzah Semakin Dihujani dengan Kontroversi

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua :)

Pehhh, hari nie tak tahu kenapa tetiba rasa bersemangat semacam. Mungkin sebab komen-komen positif daripada rakan blogger sekalian di entri semalam kot. Terima kasih korang, sudi memberikan kata-kata semangat di kala diri ini dilanda resah. Jasamu akan ku kenang.

Nah terima lah lagu daripada puteri hati ND Lala, iaitu Shila Amzah. Walaupon video klip nie dah nak genap setahun dah, tapi tak kira. Nak layan jugak.


Bila sebut saje pasal Shila Amzah, Mieya teringat sedutan dari rancangan Propaganza yang mendakwa bahawa Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad bergaduh sampai membaling telefon katanya. Tapi, dengan tenang, beliau menjawab bahawa mereka sekadar bergurau manja saje.

Belum lagi habis mengenai isu itu, keluar pulak isu mengenai Shila Amzah dilabel gedik. Dan terkini, beliau dipalit dengan kontroversi membuat aksi tarian ghairah sewaktu persembahan di konsert mania di minggu yang lalu.

Ohhh, What going on actually? Ini mesti sebab ada yang berhati busuk dengan kak Shila nie kan. Tegarnya dorang bertindak secara membabi buta, beri kenyataan tanpa usul periksa tanpa bukti yang kukuh.

Ye lah, kalau dah orang tak suka kita nak buat macam mana kan. Kita tak boleh mengelak dari orang yang membenci kita dan kita tak boleh buat orang suka kita. Always remember that.

Petang Yang Ceria, Tetiba Jadi Tak Ceria

Assalamualaikum wbt korang :)

Mieya sedang berada dalam keadaan dilema sekarang. Tengah menegangkan urat-urat yang berselirat di kepala dengan secara tak sengaja. Mungkin sengaja ditegangkan, tapi untuk lebih nampak betapa naifnya fikiran Mieya ini, Mieya bagitahu je lah yang Mieya tak sengaja.

Haihhh, dari tadi dengan sengaja dan tak sengaja je. Apa masalahnya entah !

Sebenarnya Mieya tak sengaja membuat semakan kemasukan ke Matrikulasi bagi Lepasan SPM 2011 dan juga Semakan Kemasukan ke Tingkatan 6 tadi. huhu Menyesalnya, gi gatal-gatal tangan pi bukak website tu tadi.

Dan hasil keputusan yang Mieya dapat, sangat-sangat mengecewakan seluruh pelusuk hati, jantung dan juga lemak. Ehh? Apa-apa je lah, tapi yang pasti, Mieya sangat-sangatlah kecewa.

Sudahlah tidak mendapat tawaran ke Matrikulasi, sedangkan kawan-kawan yang lain dapat tau. Kebanyakannya dapat di Kedah. Jelesnya ai. Manakala tawaran ke tingkatan Enam Bawah pula Mieya ditempatkan di sekolah yang majoriti pelajarnya adalah lelaki, iaitu sebanyak 98%. Ohhh, NO!

Tolong tepuk-tepuk pipi Mieya dan katakan ini hanyalah sekadar satu mimpi. Tolong. Anyone???

And now, nak tak nak Mieya terpaksa gagahkan diri untuk menekan button rayuan ke Matrikulasi. Manalah tahu kalau-kalau masih ada rezeki yang dibuka cukup-cukup makan, khas untuk Mieya seorang je kan. hikhik  Cis, dasar keji punya orang.

Walaubagaimanapon, Mieya masih lagi bergantung harapan lagi pada tawaran kemasukan ke IPTA dan juga Politeknik yang dijangka keluar pada bulan 6 keputusannya nanti. Doakan Mieya ye semua.

Sekian, terima kasih :)


Tempahan Proton Preve di Malaysia Sehangat Pisang Goreng

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua bidadari dan bidadara sekalian*. 


cewahhh. kembang hidong 5 cm persegi lah tu. Tengah hari lagi dah kembang, belum sampai malam lagi. haish. Tapi tahu tak, Mieya sedang berada dalam keadaan yang tak keruan. Ini semua gara-gara syarikat Proton Holding Bhd yang telah melancarkan model global pertama kereta Proton Preve baru-baru nie.


Nahhh, Mieya mempersembahkan gambar kereta tu sekadar untuk mencuci mata je. Kalau nak diharapkan Mieya untuk beli, kena tunggu 7-10 tahun lagi lah jawabnya. hekhek Insyaallah :D

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, sejak dilancarkan, ia mendapat sambutan amat menggalakkan dan pihaknya merekodkan tempahan sebanyak 2,800 unit. 

Kereta Proton Preve ini  akan mula dipasarkan di Indonesia dan Thailand pada bulan Jun manakala, menjelang akhir tahun akan dipasarkan di Australia pula.

Syed Zainal yakin Proton dapat mencapai sasaran jualan bulanan sebanyak 4,000 unit Proton Preve.

“Saya yakin kami dapat mencapai sasaran itu. Namun, kami mesti mendapat kerjasama daripada institusi kewangan bagi memberi pinjaman kepada mereka yang mahu membeli kereta. Setakat ini, kami memperoleh kerjasama daripada institusi kewangan untuk tujuan itu,” katanya.

Syed Zainal juga berkata kira-kira RM2.5 juta dibelanjakan untuk menaik taraf bilik pameran Jalan Ampang kepada bilik pameran platinum. Reka bentuk moden bilik pameran itu dengan muka bangunan menyerong dan dinding tanpa cermin, sinonim dengan gaya baru bilik pameran Platinum Proton di Mutiara Damansara.

Beliau berkata bilik pameran itu penting memandangkan ia terletak berdekatan kebanyakan kedutaan dan oleh itu ia mesti berkualiti dan mencerminkan ciri-ciri Proton.

Beliau juga berkata ubah suai bilik pameran itu adalah sebahagian pelan penyepaduan Proton yang diputuskan dua hingga tiga tahun lalu bagi memastikan kepuasan pelanggan.



Berita dipetik daripada akhbar Metro Harian. Sari Berita Bernama peace! :)

Alhamdulillah, dapat BE Nuffnang dari Cadbury CDM !

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua :)

Semua bangun pagi dengan selamatkah? Ke ada yang tak tidur lagi nie? yelah, mentang-mentang lah semalam hujan tak jadi turun, dengan tahap kepanasan yang lebih bahang daripada biasa. Maka, twitter dan juga Facebook menjadi medan rungutan korang.

Amboi, kemain lagi kau kan Jenab! Itu baru panas di dunia, belum lagi panas di akhirat.

Alhamdulillah, Mieya bangun dengan penuh rasa nikmat. Antara perkara yang paling utama sekali, Mieya buat entri kali nie untuk melahirkan rasa syukur Mieya terhadap Ilahi. kerana mengizinkan Mieya dapat lebih unique visitor berbanding di hari lain.

Melalui perkongsian artikel mengenai Ajek Hassan semalam telah menyebabkan blog Mieya dikerumuni dengan lambakan orang. Terima kasih mynewshub.my sebab memberikan informasi yang berguna buat Mieya dan kawan-kawan.

Serius, Mieya rasa terharu sangat-sangat. Walaupon trafik yang Mieya dapat bukanlah beribu-ribu macam korang, cuma tiga ratus je. Selalunya 100 lebih je. Tapi, sekurang-kurangnya ia memberi semangat kepada Mieya untuk terus berusaha ke arah kejayaan. 

Haaa... Sebelum terlupa, berkat trafik yang naik secara drastik, meletus bak gunung berapi, telah membuka hati pihak Nuffnang dalam memberikan Buffered Earning (BE) baru kepada Mieya. Huhu, rasa terharu bercampur dengan teruja sangat-sangat. Rasa macam nak menangis pon ada.


Padahal baru je minggu lepas, Mieya dapat BE. Tengok-tengok hari nie dapat lagi. Syukur alhamdulillah. Untuk makluman semua, BE kali nie datangnya dari Cadbury CDM Share the Happiness Phase 1.

Kalau nampak iklan macam nie, tolong klik lah ye :)

Wahh, dari cekelat cadburry, cekelat favourite yang enak lagi berkrim rupanya ! Thank you sudi bagi Mieya BE! Lain kali sila-sila lah bagi lagi. hikhik



Ajek Hassan, Penyanyi Pemalu di Youtube

Assalamualaikum wbt korang :)


Hari ini, semalam dan juga kelmarin, yakni selama tiga hari berturut-turut, Mieya telah selesai membalas komen korang yang melambak-lambak kat entri segmen bloglist tu. Ingatkan nak dengar lagu kat youtube, tapi lepas je tengok broadband dah habis limit, terus terpadam niat yang satu tu.


Jadi, nak tak nak Mieya buka lah laman youtube melalui telefon bimbit cikaiku itu berbekalkan wi-fi abang Mieya. kehkeh Apa guna ada wi-fi free tapi tak diguna kan?


Haaa, bila sebut saje pasal youtube nie, baru Mieya perasan bahawasanya semakin hari semakin banyak bintang yang semakin meningkat naik namanya. Dimana bakat mereka berjaya dicungkil melalui laman sesawang nie. 


Bermula denga Yuna, kemudian Najwa Latif, lepas tu Ajek Hassan yang dijemput sewaktu program Jangan Tidur Lagi. Dan sekarang, lagu Aku Suka Dia nyanyian oleh Ainan Tasneem telah mula berkumandang di corong radio.


So, entri kali nie, Mieya nak bercerita mengenai Ajek Hassan. Memandangkan lagu-lagu yang beliau bawa benar-benar memikat serta menarik hati untuk didengar.


Nama sebenar beliau ialah Mahathir Hassan. Ajek adalah seorang ahli perniagaan kelahiran Terengganu yang kini menetap di Perth, Australia.

Kerinduannya terhadap kampung halaman setelah lebih lapan tahun menetap di negara kanggaru itu menyebabkan beliau sering menghabiskan masanya bermain gitar dan menyanyi lagu-lagu Melayu popular.
Namun, ‘tindakannya’ memuat naik lagu-lagu yang dinyanyikannya dalam laman Youtube tiba-tiba mencetuskan fenomena yang luar biasa.

Sehingga kini, lebih 3.5 juta orang telah menonton persembahannya di laman tersebut menjadikan Ajek antara penyanyi yang popular dalam laman tersebut.

Wow, satu pencapaian yang hebat serta boleh dibanggakan. Menurut Ajek melalui mynewshub.my, beliau mengumumkan akan tampil dengan albumnya sendiri tidak lama lagi yang diterbitkan oleh pemain gitar terkenal, Rafi.

Menurutnya, ia mengandungi lima lagu ‘cover version’ dan dua buah lagu baru. Lagu mana yang bakal beliau muatkan ke dalam album tersebut, tak dapatlah Mieya khabarkan. Sebabnya, Ajek sendiri ingin menrahsiakannya dulu. 



Gaya Rambut Baru Lisa Surihani

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua :)


Hikhik. Mieya saje je menjenguk blog nie sekejap. Nak tanya khabar, sihat ke tak. Cehhh, rileks lah. Hari nie kan hari Ahad, hari untuk berjimba-jimba, bersantai-santai di samping keluarga tersayang. Tapi, malangnya bukan bagi warga Kelantan dan Terengganu nun jauh di sana. 


Bahana perasaan cemburu yang melampaui batas dengan cerita artis kegemaran korang yang memenuhi ruang dashboard Mieya, maka kali nie giliran Mieya pulak untuk membalas dendam. gulp, takutnya! 


Hehe, takde lah. Actually hari nie Mieya nak bercerita mengenai artis si cantik manis kegemaran ramai nie haaa...




Amboi Lisa Surihani, semenjak bergelar isteri kepada Yusri KRU, semenjak pulang dari berbulan madu di Eropah, semenjak kenyataannya mengenai profesion guru yang mencabar tu di dada akhbar, dan kini beliau tampil dengan imej baru, iaitu berambut pendek. 





Makin lama makin cute pula Lisa Surihani nie kan. Imej rambut pendek yang digayakan Lisa Surihani nie menampakkan dia jauh lebih muda dari usia sebenar. Bagus juga kalau dia kekalkan imej rambut macam nie. Nampak sikit kelainan.



Penyanyi asal Lagu Doraemon


Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Mieya pasti korang nie merupakan antara peminat tegar cerita Doraemon nie kan. Alaa, yang selalu disiarkan pada setiap hari Sabtu pukul 7.30 malam lepas cerita Shin Chan kat ntv7 tu. Ehh, alamak! Terpromote pulak. hikhik

Kantoi sudah, bahawasanya Mieya juga tergolong antara kalangan peminat tegar cerita kartun nie. Nampaknya lepas nie kena lah sorok muka bawah kerusi macam aksi 2yul, peserta Gelanggang Raja Lawak musim ke 6 tuu. kehkeh langsung tak gentle betul.

Berbalik kepada tajuk post kali nie, Actually Mieya nak tunjuk video kat bawah nie haaa. 

 
 
Untuk pengetahuan semua, Inilah dia penyanyi asal lagu tema kartun Doraemon yang bernama Satoko Yamano. Siapalah yang tak pernah tengok atau kenal dengan Doraemon, watak kartun Jepun tu tak tahu la dia hidup zaman bila hehe

Sumber : http://blogged.my

Kisah Percintaan Artis yang Romantis ♥♥♥

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Hujan lebat petang tadi baru saje berlalu pergi. Eloklah tu, seharian pagi nie dihurung dek sinaran matahari yang panas terik. At last, hujan turun mendinginkan serta menyejukkan lagi suasana petang.

Hujan lebat, nasib baik tak banjir. Dah. Ketepikan perihal hujan, panas, banjir ke, angin sepoi-sepoi ke. Yang pasti, hati Mieya tersentuh dengan kisah percintaan pasangan suami isteri nie. Haaa.. Kalau nak tahu tengok lah kat bawah nie.


Terpisah di antara jarak beratus ribu kilometer, pengacara TV3, Ally Iskandar yang baru diijabkabulkan pada 20 Januari lalu mengaku terlalu rindu pada isterinya, Farah Lee, yang kini sedang berada di Korea bagi meneruskan pengajiannya di sana.
Pengacara kecil molek itu menjelaskan bahawa dia kerap menghubungi Farah Lee melalui talian Skype selama berjam-jam lamanya melepaskan rindu dan ada ketikanya sehingga tertidur di depan komputer.
“Walaupun saya agak sedih kerana terpaksa berpisah sementara dengan isteri, tetapi saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang ini. Namun saya tidak nafikan perkahwinan jarak jauh sangat mencabar.
“Tapi ini hakikat yang kami sedia terima. Selepas hantar Farah kembali ke Korea tempoh hari saya rasa masa berjalan begitu perlahan.
“Sebab saling merindu kami selalu habiskan masa berbual-bual di Skype berjam-jam lamanya. Sampai tertidur pun ada,” katanya yang dipetik dari laman hiburan terkenal, Gua.com.my.

Artikel ini dipetik daripada mynewshub.my, Untuk meneruskan pembacaan, silalah berangkat kaki ke sana. Sekian, ikhlas dari hati Mieya ke hati korang semua untuk entri kali ini.

Hikhik. Terasa macam penyampai berita pon ada. ^^,


Perkongsian Jumaat #4 | Kelebihan Memiliki Iman yang kukuh

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi Jumaat korang :)

Seperti di entri-entri yang lepas, tiada pendahuluan mahupun huraian yang meleret-leret panjang seperti karangan budak SPM iaitu sebanyak 350 patah perkataan. Tiada okey?

Yang ada hanya lah gambar beserta kata-kata hikmah (Quotes) bagi menerangkan sesuatu perkara. Diharapkan kita semua dapat mengambil apa-apa iktibar daripada perkongsian ini. Amin.



Spontaneous Thursday #1 | Ketawa Ubat Mujarab


Dalam sehari, berapa banyak korang ketawa?


Kebanyakan orang akan ketawa 10 kali dalam masa sehari. Haaa, kalau korang semua berasa sedih atau tertekan dengan kerja atau tugasan yang melambak, bertimbun-timbun di atas meja, cubalah cari inspirasi yang boleh membuatkan korang ketawa semula.


Misalnya, tengok filem lawak komedi di panggung wayang ke, tengok aksi Superspontan ke, tengok cerita Karoot Komedia ke atau apa-apa je lah. Gerenti lepas nie korang akan tergelak besar. kihkih


Bak kata Lord Byron,
Always laugh when you can. It is a cheap medicine.


dan Glarence Darrow juga ada mengatakan,
If you lose the power to laugh, you lose the power to think.



Apple mula jual iPad 3 di Malaysia, Jumaaat ini

Assalamualaikum dan selamat pagi korang :)


iPad 3 yang cool yang hot lagi seksi, berwarna hitam dan juga berwana putih. Sudikah awak menjadi kepunyaan saya? 


Kringggggg ! (effect bunyi jam loceng)

Cehhh, mimpi rupa-rupanya. Kalaulah betul-betul jadi kat dunia realiti nie kan bagus. Boleh tunjuk dekat anak Mak Limah belakang rumah Cik Normah, yang kita ada jugak barang baru. Lebih up to date, lebih menarik, lebih tertarik daripada biasa. kehkeh.


Hahaa, alangkah bahagianya hidup jikalau mimpi bertukar menjadi nyata kan. Petik je jari semuanya dapat. Bukannya macam di dunia realiti nie, nak beli itu dan ini semuanya melibatkan fulus (duit). Takde duit, takde barang. Takde barang, kempunan lah kau dok berangan-angan seperti Mat Jenin.

Ehhh, dengar cerita iPad 3 akan mula dijual pada hari Jumaat nie kan? ahammm.. belum lagi puas dok belek-belek iPad 2 hak milik abang Mieya tu, dah keluar lagi yang baru.


Menurut Harian Metro,

Apple mengumumkan, iPad 3 produk baru dalam kategorinya akan mula dipasarkan di Korea Selatan serta 11 negara lain, lusa.

Produk terbaru itu dilengkapi paparan Retina yang mengagumkan, selain cip A5X baru Apple dengan grafik quad-core serta kamera iSight berkeupayaan 5 megapiksel.

Ia juga mempunyai optik maju untuk merakamkan gambar dengan lebih hebat serta video HD 1080p.
Selain kekal nipis dan ringan, iPad terbaru itu juga dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 10 jam.

Selain Korea Selatan, iPad baru itu juga mula dijual di Brunei, Croatia, Cyprus, Republik Dominica, El Salvador, Guatemala, Malaysia, Panama, St Maarten, Uruguay dan Venezuela mulai Jumaat ini.

Untuk pelanggan di Colombia, Estonia, India, Israel, Latvia, Lithuania, Montenegro, Afrika Selatan dan Thailand pula, mereka berpeluang membelinya mulai 27 April.

Jadi, bagi korang yang banyak duit tu, apa tunggu lagi? Segeralah mendapatkan iPad 3 mulai Jumaat nie pada pengedar yang diikitiraf. Kalau rasa baik hati sangat, belanjalah Mieya sebijik dua. hikhik



Wordless Wednesday #14 | Keyword Popular Hari Ini

Antara keyword yang dicari oleh mereka ialah :

Saya tidak dapat temuduga uitm april 2012
SO?!! takkan kau nak nanges kot. HAHA. Gurau je okey. Rileks lah derr. Mieya pon sama, tak dapat jugak. Takpe. takpe. Itu baru panggilan temuduga bagi bidang Seni Bina. Yang lain belum lagi. Jadi, jangan gelabah okey

Selamat pagi korang blogspot
Ehh, bila masa pulak blog Mieya Atiera nie bertukar nama ke selamat pagi korang blogspot nie? Tak glemer langsung. Kalau ye pon nak cadangkan nama blog dekat Mieya nie, letak lah nama yang best sikit macam
  • Cik Joyah Mulut Kepoh ke
  • Gosip Gegel je Boboi tak payah
  • Cik Kiah jual Minyak Tanah

atau apa-apa je lah. Janji meletop! kuikui gediknya kau nyah, menyampah ai!

Eh kejap, bukannya entri kali nie wordless ke sepatutnya? 

A'ah kan?! 

Hak aloh, tercakap pulak! Pedulikan je lah ye. hihi


Semakan Kemasukan Matrikulasi 2012 bagi Lepasan SPM 2011

Assalamualaikum wbt semua :)


Korang tak rasa sesuatu ke? tak. Maksud Mieya, korang tak rasa ke Mieya seringkali lewat memberikan info setiap kali entri dipublish. Tak rasa ke?


Ya ya ya kawan-kawan sekalian. Mieya tahu, salah Mieya yang kurang peka dengan keadaan sekeliling dan juga informasi semasa. Tapi, walau selewat mana pon, pedulikan itu semua. Yang penting, blog sentiasa berhupdate.


Okey, tanpa memikirkan keperitan korang untuk memahami segala bait intro kali nie, Ayuh, kita teruskan entri kali nie berdasarkan tajuk yang tertera di atas,


Untuk makluman kawan-kawan lepasan SPM 2011, Semakan permohonan ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM) untuk sesi 2012/2013 dijangka boleh disemak bermula pada 25 April 2012 nie. 

Bagi membuat semakan keputusan permohonan Kemasukan Program Matrikulasi, pelajar boleh menyemak secara online di laman web Bahagian Matrikulasi Kementerian pelajaran Malaysia ataupun dengan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang disediakan. 

Semakan Kemasukan Matrikulasi Secara OnlineSila lawati laman sesawang Bahagian Matrikulasi KPM. Anda akan diminta untuk mengisi beberapa butiran sebelum membuat semakan permohonan anda seperti No. I/C dan juga Nombor Pin.


Semakan Kemasukan Matrikulasi Melalui SMS :


Taip MOE MAT No.KP dan hantar kepada 15888

Contoh: MOE MAT 930423069909 dan hantar ke 15888


Sekiranya permohonan anda gagal, anda masih boleh membuat rayuan kemasukan ke matrikulasi sama ada untuk Program Satu Tahun (PST) atau Program Dua Tahun (PDT). Rayuan hanya dibuka kepada pelajar yang ada membuat permohonan mengikuti Program Matrikulasi KPM tetapi gagal diterima masuk buat kali pertama. Rayuan boleh dibuat secara online.

Rayuan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2012



- Proses rayuan hanya boleh dibuat bermula 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
- Rayuan perlu dibuat secara online di laman web Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi akan diumumkan pada 7 Jun 2012. 




Tips Tampil Bersemangat di awal pagi

Assalamualaikum dan selamat pagi semua :)

Adakah korang ada mengalami masalah letih dan lesu di awal pagi? Terlalu memikirkan sesuatu sampai fikiran menjadi padat serta menyesakkan kepala? dan kemudiannya, rasa malas mula menguasai diri korang? Pernah tak, pernah tak?

oh. Come on! Jangan mulakan hari-hari korang dengan pemikiran dan perasaan kurang berkeyakinan sebegitu. Hari nie, Mieya dengan berbesar hatinya ingin berkongsi dengan kalian pasal perkara yang boleh dilakukan untuk terus bersemangat sepanjang hari.

  • Sentiasa berfikiran positif
Pemikiran di awal pagi menjadi penentu kepada tahap kerja yang akan korang lakukan pada hari tersebut. Bayangkan jika pagi-pagi lagi korang telah memikirkan pasal masalah kerja, kewangan dan juga keluarga? Sudah pasti tidak akan terlintas walau sedikit pon dalam fikiran korang untuk menghasilkan sesuatu kerja yang berkualiti.

Oleh itu, biasakan berfikiran positif. Tetapkan dalam diri bahawa hari ini adalah lebih baik daripada semalam. Nescaya, korang mampu menangani setiap masalah dengan mudah.


  • Membuat perancangan
Pastikan korang membuat perancangan awal mengenai aktiviti yang ingin korang lakukan pada hari tersebut. Hal ini adalah penting kerana setiap orang mempunyai tujuan dan matlamat yang tersendiri. Maka, perancangan kehidupan perlulah menggariskan matlamat yang diingini.


  • Hirup udara segar
Terapi terbaik untuk otak adalah dengan menghirup udara segar di luar rumah. Pastikan korang mengambil sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk menghirup udara di awal pagi. Ambillah bila-bila masa yang ada.  dan nikmatilah udara segar di sekeliling kerana ini adalah cara untuk mendamaikan hati.


  • Sarapan pagi
Sarapan pagi merupakan elemen yang terpenting yang harus dilakukan pada awal pagi. Namun, pastikan makanan yang diambil memberikan hasil yang sepatutnya kepada tubuh badan kita. Jangan makan sampai terlalu kenyang kerana boleh menjejaskan prestasi kerja disamping menyebabkan cepat mengantuk.


Dah. dah. Cukuplah sekadar tiga elemen penting untuk tampil bersemangat di awal pagi. Selamat mencuba dan semoga berjaya semua :)

Budak Lelaki Bermata Kucing Di China

Assalamualaikum wbt kalian :)
Apa intro merepek yang perlu Mieya taip kali nie? hmmm. macam tak perlu je segala intro bagai semua. Sebab nak kongsi satu cerita yang diimport khas dari negara tembok besar China. 
Eh, tak lah. Ini entri Mieya kutip dari blog rilekslah.com sewaktu berblogwalking tadi. Tak tahulag sama ada korang dah tahu ke belum pasa info ini. Kalau belum, memang baguslah Mieya buat entri nie kali nie. hikhik 
Seorang budak lelaki di China, Dahua Provinsi (Dahua, selatan China) yang dikenali sebagai Nong Youhui telah dilahirkan dalam keadaan matanya seakan-akan seperti mata kucing.
Mata Nong Youhui yang berwarna kuning kehijauan yang menyebabkan ibu dan bapa Nong Youhui risau akan keadaan anaknya itu.
Apa yang menariknya, mata Nong Youhui akan bertukar menjadi biru dan bercahaya semasa di dalam gelap seakan-akan seperti mata kucing! Awesome!

Alhamdulillah, Nuffnang bagi BE lagi

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi korang :)

Ohhh, gembiranya hatiku. Pagi-pagi lagi online, bukak dashboard blogspot, bukak akaun Nuffnang, and then tengok-tengok dah ada satu Buffered Earning (BE) atau dalam bahasa ibundanya Pendapatan Terkumpul. yang melekat secara tak sengaja kot. BE kali nie datangnya daripada DiGi HTC One V and X.


Alhamdulillah, rezeki daripada Nuffnang datang bertandang lagi. Ingatkan lepas dapat BE yang pertama hari tu, Nuffnang dah merajuk tak nak bagi BE dah. Tapi, rupa-rupanya tak.

Lepas je Mieya selesai mengemaskini status dan survey yang dikemukakan di Nuffnang semalam. tup tup, hari nie dah melekat satu lagi BE. Hati siapa yang tak gembira kan?

Walaupon menabung dengan Nuffnang nie lebih lembab jika dibandingkan dengan menabung Churpchurp, tapi takde hal selagi wujudnya sifat kesabaran. Ya, sabar dan sabar lah menanti duhai teman.

Mungkin kekadang blog kita tak layak untuk menerima BE dek kerana trafiknya yang merudum. Siapa yang tahu bukan? Atau mungkin juga pembaca blog korang hanya terdiri daripada satu spesies jantina atau satu jenis umur je. Atau mungkin juga sebab korang malas nak berinteraksi dengan pihak Nuffnang.

Nahhh, cuba cermin diri korang balik. Apa kesilapan korang jikalau masih lagi gagal memperoleh sebarang BE? Kekadang, hanya disebabkan oleh kesilapan kecil sahaja dah boleh membantutkan pertumbuhan akaun Nuffnang korang tau.

Fikir-fikirkan dan semoga ini dapat membantu korang :)