Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tips Memilih kasut

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua :)

Sangat susah untuk pilih kasut yang bersesuaian dengan kaki, walaupun susah tapi ramai yang suka membeli kasut, betul tak? 

Baiklah, kali ini Mieya kongsikan tips memilih kasut yang sesuai dengan bentuk kaki korang. Memilih kasut untuk dipakai bukanlah sesuatu yang senang. Hal ini demikian kerana, kasut berubah mengikut fesyen dan masa.
sd club egypt style sandals black Tips Memilih Kasut Yang Sesuai  zodomo.com ukuran US tips pilih kasut ikut ukuran kaki tips pilih kasut tips memilih kasut yang sesuai tips beli belah kasut sandal kasut saiz besar kasut pink kasut online kasut cantik kaki lebar pilih kasut jual beli kasut butik online

Pelbagai rekaan terbaru muncul di pasaran yang tentunya akan menjadi pilihan sesiapa sahaja yang berkenan dengan fesyen tersebut.
Namun harus diingat untuk memilih kasut yang sesuai bentuk proporsi kaki perlu diketahui. Daripada pergelangan kaki sehinggalah ke betis segalanya perlu dititik beratkan. Setelah itu barulah kita mampu membuat pilihan yang bijak dalam memilih kasut untuk dipakai mahupun untuk digayakan.
  • Sekiranya anda memilih bentuk kaki yang lebar dan betis yang agak besar seeloknya hindarilah daripada memilih fesyen kasut yang diikat dengan tali. Ini kerana ia menunjukkan bentuk kaki dan paling ketara ia menonjolkan daerah pergelangan kaki.
  • Dalam memilih kasut pula, seeloknya pilihlah kasut daripada rona warna yang boleh disesuaikan dengan setiap fesyen atau warna baju yang dipilih.
zucca jeans wedges heels light blue Tips Memilih Kasut Yang Sesuai  zodomo.com ukuran US tips pilih kasut ikut ukuran kaki tips pilih kasut tips memilih kasut yang sesuai tips beli belah kasut sandal kasut saiz besar kasut pink kasut online kasut cantik kaki lebar pilih kasut jual beli kasut butik online
  • Elakkan daripada memilih kasut-kasut daripada warna terang seperti merah atau oren kerana ia akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar, dan pendek.
  • Seeloknya pilihlah kasut tertutup dan yang mempunyai permukaan tertutup yang lebih besar untuk menutupi pergelangan kaki dan akan membuatkan kaki kelihatan lebih menarik.
zucca fucshia flats shoes pink Tips Memilih Kasut Yang Sesuai  zodomo.com ukuran US tips pilih kasut ikut ukuran kaki tips pilih kasut tips memilih kasut yang sesuai tips beli belah kasut sandal kasut saiz besar kasut pink kasut online kasut cantik kaki lebar pilih kasut jual beli kasut butik online
  • Pilihlah kasut yang mempunyai bukaan yang agak lebar untuk memberikan keselesaan kepada kaki.
  • Pemilihan kasut “sling” iaitu dari fesyen yang bertali tersangkut di belakang, ia akan menonjolkan bahagian bawah kaki terutamanya bahagian pergelangan kaki.
  • Sekiranya anda memiliki kaki yang cantik, kelebihan ini boleh ditonjolkan dengan memilih kasut bertali atau “strappy”. Tetapi harus diingat sekiranya anda mempunyai pergelangan kaki yang kecil hindari memilih kasut “pump” kerana ia akan membuatkan kaki tenggelam.
  • Sebenarnya kasut daripada fesyen tali atau pita dapat juga membuatkan proposi antara kaki dan betis menjadi lebih seimbang. Ini kerana tali atau pita tersebut akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar daripada saiz asal.
  • Bagi mereka yang memiliki kaki bentuk ini, anda bebas memilih apa model atau fesyen kasut sekalipun. Tetapi memilih kasut bertali akan membuatkan kaki yang cantik itu kelihatan lebih menonjol.
Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat membantu kalian dalam memilih kasut yang sesuai dengan diri korang.

Selamat mencuba dan salam bertemu lagi :)


Tips Nuffnang : Faktor Pemilihan Blog Oleh Pihak Advertiser

Assalamualaikum wbt readers :)

Rasanya, ramai di kalangan blogger yang memasang iklan di blog masing-masing. Dan majoriti daripadanya bernaung dengan Nuffnang. Tak kira lah sama ada mereka itu blogger baru mahupun blogger lama. Namun, dalam banyak-banyak blogger yang memasang iklan Nuffnang di blog, berapa ramaikah yang dapat merasa iklan Buffered Earning (CPUV)?

Mesti ada di kalangan kalian yang tertanya-tanya, kenapa sampai sekarang blog mereka tak dapat lagi Buffered Earning? Sedangkan trafik ke blog yang mereka dapat mencecah seribu kunjungan sehari.

Jadi, hari nie Mieya nak kongsilah dengan kalian, apakah faktor-faktor yang diambil kira oleh pihak advertiser dalam memilih sesebuah blog untuk menjalankan iklan BE.


Status Keahlian
Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program Nuffnang untuk Bloggers yang paling setia dengan Nuffnang.

Pembaca berpadanan
Blog yang mempunyai pembaca berpadanan dengan iklan mereka. Itu memang sasaran utama mereka. Maksudnya di sini, kalau blog korang mostly banyak berkongsi tentang telekomunikasi, itu akan menarik minat pembaca yang suka info berkaitan telekomunikasi. So secara tidak langsung, pihak pengiklan berminat memilih blog korang untuk iklan CPM berkaitan telekomunikasi. Itu contoh saja k.

Isi ruang Survey
Sebab itulah PENTINGnya bloggers mengisi dan mengemaskini ruang SURVEY. Ini kerana pihak pengiklan akan melihat survey yang telak diisi oleh bloggers untuk membuat pemilihan blog yang layak mendapat iklan CPM. Ruang Survey dan biodata bloggers ibarat RESUME nak cari kerja :). Mana-mana blog yang tidak mengisi dan mengemaskini ruang survey tidak akan diendahkan oleh pihak pengiklan.

Posisi iklan yang tepat
Pihak pengiklan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, korang hanya perlu meletakkan unit iklan pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, korang hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Keberkesanan unit iklan
Jika blog korang mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah. Tetapi, bergantung kepada bintang yang terdapat pada CTR.

Jika nasib menyebelahi korang, dan Pihak Pengiklan memilih korang untuk kempen CPM mereka, so peluang untuk korang mendapat beberapa angka di ruang "CPUV" adalah sangat cerah!


So, teruskan berblogging dengan ikhlas dan happy blogging yawww :)


Mitos VS Fakta Mengenai Rambut

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kalian :)

Ingat lagi tak, waktu di zaman kanak-kanak kalian di mana rakan-rakan sebaya, mak cik, ibu-ibu sering berpesan kepada anak-anak, terutamanya kaum perempuan. "Jangan ikat rambut ketika basah, nanti berbuah". Dan tanpa usul periksa, kita semua menganggapnya sebagai satu fakta.

Nanti dulu, kerana tak semua informasi yang dikhabarkan terus kepada kalian itu benar. Ayuh, kita perhatikan yang mana satu fakta dan mana satu auta.

  • Perapi rambut boleh membaiki masalah rambut bercabang
Mitos - tak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang. Perapi sememangnya boleh membaiki sehingga rambut bercabang akan berkurang. Namun hujung rambut yang bercabang akan tetap ada. Satu-satunya cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah dengan memotong rambut secara teratur setiap 4-6 minggu.

  • Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih
Mitos - Tak kisahlah seberapa banyak syambu yang korang gunakan, asalkan ia telah membersihkan keseluruhan rambut hasilnya akan sama ssahaja. Jangan membazir syampu dan gunakanlah dalam jumlah yang secukupnya.

  • Jangan tidur dengan rambut basah kerana kurap akan tumbuh
Mitos - Korang sebenarnya boleh tidur dengan rambut basah tanpa risau kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala. Kulit kepala takkan didatangi kurap atau sebarang bakteria sekiranya korang rajin merawat dan menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih.

  • Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali atau lebih sehari
Mitos - Fikirkan semula tentang perkara ini. Bagaimana bersikat lebih 100 kali sehari boleh menumbuhkan rambut? Bersikat secara berlebihan sebenarnya boleh merosakkan kutikula apalagi jika korang menggunakan sikat yang salah.

  • Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit
Fakta - Setiap orang harus punya sikat tersendiri.Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain.

  • Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan kebotakan
Fakta - Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan alopecia. Situasi ini terjadi apabila korang sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Alopecia memang boleh menyebabkan kebotakan.

  • Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut
Fakta - Apa yang korang makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. Pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut korang tumbuh lebih sihat dan bersinar.

Jadi, diharapkan dengan perkongsian di entri kali nie sedikit sebanyak dapat membantu kita semua dalam memiliki rambut yang sihat dan lebih bersinar lagi

Salam bertemu lagi di lain entri :)


Khasiat buah tembikai

Assalamualaikum wbt semua :)

Ehem-ehem, abaikan sahaja tarikh dan masa blog nie dihupdate. Rasanya, kali nie pecah rekod Mieya menghupdate blog di malam buta macam nie. Selalunya di waktu pagi dan juga petang.

Takpe. takpe. Lagipun, entri kali nie ringkas sahaja dan dijamin antara entri terpendek yang Mieya pernah publish selain entri wordless tu. hekhek


Sedikit info tentang khasiat buah tembikai :

Potassium - Membantu dalam pengawalan tekanan darah tinggi, mengawal denyutan jantung, dan juga dapat membantu kamu mengelakkan penyakit strok.

Vitamin A – baik untuk kesihatan mata, mencegah rabun malam.

Vitamin C – anti oksida yang dapat membantu dalam mengelakkan kerosakan sel, dan meningkatkan imunisasi tubuh

Lycopene – Membantu dalam pencegahan penyakit barah.
Terima kasih sudi baca entri Mieya :)



Cara Mana Yang Korang Suka Bila Berblogwalking

Assalamualaikum wbt dan salam pagi Khamis semua :)

Haa.. Lama rasanya Mieya tak bercerita mengenai blogwalking nie. Sebab apa? Sebab kebelakangan ini, Mieya agak sibuk sikit dengan majlis perkahwinan abang Mieya. Alhamdulillah, dah selesai dah pon. Walaubagaimana pun, Mieya sempat juga berblogwalking ke 3-4 blog. Tinggalkan pesanan apa-apa yang patut.

Rasanya, korang yang baca entri kali nie pon dah tahu apa yang bakal Mieya ceritakan kali nie kan? Apa yang Mieya nak tanya sini adalah cara mana yang paling korang gemar gunakan untuk blogwalking. Guna cara tinggalkan pesanan di chatbox ataupon Ruangan Comment?

Bukannya apa, sejak dua menjak nie Mieya dah jarang gunakan chatbox untuk tinggalkan jejak. Kalau ada pon, di blog yang tiada update terbaru dan blog yang baru pertama kali Mieya kunjungi. Sekarang nie, Mieya lebih suka tinggalkan jejak di ruangan komen selepas membaca entri korang.

Salah satu sebabnya, melalui ruangan komenlah kita dapat meluahkan pendapat masing-masing mahupun berkongsi cerita dan pengalaman. Di samping itu, kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama blogger.

Ye lah, melalui ruangan komenlah boleh terjadi komunikasi antara dua hala. Bila pembaca blog memberi respons terhadap entri yang si penulis tulis. Penulis akan rasa hasil penulisan mereka dihargai sekaligus mereka akan membalas kunjungan pembaca blog mereka.

takpe, takpe. Masing-masing ada cara tersendiri kan? Yang penting, jangan sebarkan SPAM sudahlah ye... Haaa.. Korang pula bagaimana cara korang berblogwalking? 


My First Cheque From Nuffnang

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca blog Mieya Atiera :)

Alhamdulillah. Buat pertama kalinya Mieya dapat merasa cek Nuffnang setelah hampir setahun setengah bersama dengan Syarikat Nuffnang dalam arena dunia blogging.

Mula-mula, Mieya tak pasti sama ada cek Nuffnang kali nie akan sampai ke rumah atau tak. Tapi bila dapat payment advice nie, barulah Mieya faham.


Bukan apa, sebelum ini Mieya pernah alami masalah sewaktu urusan cashout, di mana permohonan untuk cashout telah ditolak. Dan alhamdulilllah, kali nie takde apa-apa masalah. Maklum sahaja, baru pertama kali nak merasa duit Nuffnang tau. Bertahun sabar menanti. Hihihi.



Segala puji bagi Allah atas rezeki ini. Terima kasih Nuffnang yang telah mengepos cek duit raya ini. Diharapkan dengan cek Nuffnang yang pertama ini, sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat Mieya untuk berblogging lagi.

Insyaallah.


Tips Kawal Marah

Assalamualaikum wbt 

Marah merupakan emosi yang tidak asing lagi yang berlaku kepada setiap manusia sekalipun mereka normal dan sihat. Tetapi apabila perasaan marah ini tidak dapat dikawal dan menguasai dii sendiri, emosi ini akan menyebabkan terjadinya pergaduhan, pertelingkahan dan perceraian, malahan juga akan menyebabkan stress dan gangguan mental dalam kehidupan seseorang. 

Rasa marah ni boleh disebabkan membawa kesan kepada dalaman dan luaran. Biasanya ia melibatkan perubahan fisiologikal dan biologikal seseorang. Misalnya ketika marah, tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga, adrenalin dan noradrenaline. 

Jadi jika korang ingin hidup dengan lebih seronok dan sihat, korang seharusnya mengawal kemarahan masing-masing. Bagaimanakah caranya :


  • Tarik nafas dalam-dalam. Kira sampai sepuluh dan kemudian lepaskan.
  • Perbanyakkan membaca 
  • Komunikasi yang baik. Jadilah pendengar yang baik.
  • Berikan ruang kepada diri sendiri. Luangkan masa dengan aktiviti yang korang suka.
  • Cari alternatif lain seperti dengar lagu.
  • Marah secara sihat. Marahlah dengan cara yang sepatutnya dan terkawal tanpa menggunakan kekerasan atau kata-kata kesat.

Dan yang paling penting, jaga air muka. Muka yang ketat usah ditunjuk. Ceria-ceria selalu.

P/S : Ada gaya macam cikgu kaunseling tak. agaga~


Tips Trafik Blog Mencanak pada Musim Perayaan

Assalamualaikum wbt dan selamat tengah hari semua :)


Amboi. amboi amboi. Kemain lagi korang ehh? Bila nampak je keyword pasal trafik dekat post title tu, terus berpusu-pusu terjah masuk ke blog Mieya nie. Kalau bab tinggalkan komen, punyalah payah bebenor.


Okey, tanpa membuang masa dengan membebel sorang-sorang, lebih baik Mieya teruskan sahaja entri kali nie. Untuk makluman semua, sibuk yang Mieya maksudkan disini adalah lebih menjurus kepada cuti sempena musim perayaan.


Maklum saje lah, musim perayaan semakin kunjung tiba. Sudah tentu, semua orang sibuk dengan persiapan dengan sambutan hari raya masing-masing. Nak buat kuih raya, nak buat lemang, nak rebus nasi impit, nak masak rendang, nak masak serunding, kuah kacang lagi. pokoknya, macam-macam lagi kena buat.


Tapi, dalam pada masa yang sama, korang juga perlu sentiasa memastikan belog korang mendapat kunjungan seperti hari kebiasaannya. dah kalau hari-hari korang menghadap skrin putih nie, bila masa pulak korang nak siapkan persiapan raya tu semua?

Jadi, hari nie Mieya nak berkongsi tips-tips nak maintainkan trafik nie dengan korang semua. Manalah tahu kot kot boleh tolong korang ke kan?
Faktor Trafik Rendah
Banyak faktor kenapa terjadinya penurunan trafik pada hari raya tahun ini. Antaranya:
  • sibuk nak cari resepi kuih raya, lepas tu nak buat lagi
  • Sibuk menguruskan persiapan hari raya
  • Masih dalam mood” raya
  • Giliran korang (kongsikan dalam komen di bawah)

Faktor penyumbang Trafik

Kata Kunci Raya

Inilah masa untuk anda mula berjinak-jinak dengan SEO. Luangkan sedikit masa, selidik kata kunci terhangat sepanjang bulan Ramadan dan bulan Syawal, kemudian tulislah entri berkaitan kata kunci tersebut. Antara kata kunci terhangat untuk hari raya ialah:
  • Ucapan hari raya
  • Pantun raya
  • Kad raya
  • Mercun, pasang pelita
  • Bunga api
  • Lagu raya
  • Duit raya
  • Resipi kuih raya, resepi kuah kacang dan lain-lain.
Kata kunci tersebut sesuai untuk menjana trafik dari enjin carian. Kegunaannya ialah sebagai pengganti semasa ketiadaan trafik tetap (pembaca setia) blog anda. Tetapi, tidak semua blog mampu menggunakan kata kunci yang Mieya nyatakan di atas, bergantung kepada niche blog masing-masing.

Fokus Pembaca Blog Lebih Meluas

Antara faktor kurangnya trafik hari raya ini ialah kerana kita hanya fokus kepada satu golongon sahaja iaitu Melayu (dan Muslim). Bila tiba hari raya, golongon tersebut mula sibuk dengan tugasan masing-masing jadi mereka tidak ada masa untuk membaca blog atau online.
Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, cuba pelbagaikan pembaca blog anda. Dengan itu, jika satu golongon sibuk dengan raya, maka masih ada “back-up” trafik dari golongon lain (kaum Cina/India).

Bagaimana Anda Kekalkan Trafik Harian Blog Walaupun Sedang Bercuti?

Senang sahaja jika korang tahu caranya, jom ketahui berita selanjutnya DISINI. Terima kasih :)

Petua Untuk Hindarkan Sifat Pelupa

Assalamualaikum wbt dan salam jumaat diucapkan kepada semua pembaca ^^

Manusia, biasanya memang takkan lari daripada menjadi seorang yang pelupa. Konon-kononnya, esok petang nak keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawan. Tengok-tengok, tak nampak pon batang hidung dia dari tadi

Konon-kononnya, nak pergi kedai sebab nak borong jajan satu bakul. Tapi, bila dah rambang mata tengok itu ini terus lupa nak beli apa tadi. Haisyy~

Jadi, macam manakah cara untuk mengatasi masalah ini? *tenang-tenang* Antara petua untuk mengelakkan diri terus-terusan menjadi seorang yang pelupa ialah :

  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan makan organ dalaman seperti hati, limpa dll
  • Jangan minum semasa makan
  • Jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  • Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dll
  • Banyakkan makan kismis, kurma dan madu
  • Banyakkan makan kekacang
  • Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  • Jangan makan sehingga terlalu kenyang

Tapi, macam mana pulak kalau terlupa jawapan atau menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan peperiksaan? Padahal kita dah baca dah point tu, siap hafal bagai. at last terlupa salah satu point. So, macam mana pulak?

Apa kata, kalau korang amalkan dengan membaca :
Doa Terlupa Jawapan
Maksudnya : "Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang dariku.

Doa Ketika Menghadapi Kesukaran
Maksudnya : "Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.



Tips Mengulang Kaji Pelajaran Super Cepat

Apa? Minggu depan exam. Aduiii, banyak lagi yang tak baca lagi! Sempat ke? Huh? Haaa.. 

Itulah antara dialog yang sering didengari jika berhadapan dengan exam. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang langsung tidak bersedia untuk menghadapinya.

Actually, bukan tak nak belajar atau mengulang kaji pelajaran, tapi.. tapi.. takde mood lah! Kadang-kadang tu tak tahu nak dahulukan yang mana satu. Semuanya penting. Banyak sangat yang kena baca nie. Adoi...

Rileks okey, Sebab hari nie Mieya akan tolong korang untuk membaca secara efektif dan cepat yang harus korang lakukan.

  • The Hand
Letakkan tangan kanan atau kiri di perenggan yang dibaca. Gerakkan tangan korang perlahan-lahan untuk membaca perenggan yang lain seiring dengan pandangan mata.

  • The Card
Gunakan kad atau kertas dengan pelbagai warna untuk membaca. Kalau boleh, tulis isi-isi penting yang perlu dihafal di kertas atau kad tersebut. 

  • The Sweep
Rapatkan jari-jemari korang dan gerakkan dari kiri ke kanan. Gunakan jari telunjuk untuk menandakan baris yang sedang dibaca. Gerakkan perlahan-lahan mengikut pandangan mata.

  • The Hop
Sama saja dengan The Sweep. Bezanya, The Hop menggunakan teknik jari-jari ketik berpindah baris dan menggerakkan jari dengan naik turun. Bayangkan saja gerakan The Hop seperti mengetukkan jari pada meja.


Garis Panduan Mendengar Lagu

Assalamualaikum wbt dan selamat menjalani ibadah puasa semua :)

Setelah sepagian menyibukkan diri dengan aktiviti mengemas rumah, menyidai pakaian di ampaian dan tak lupa menjenguk pokok cili kesayangan sekejap. Dan pada tengah hari yang mana nafsu mula bergelodak seperti ombak di laut.

Mieya rasa amat terpanggil untuk berkongsikan dengan kalian semua mengenai persoalan seperti yang tertera di tajuk entri kali nie.

Berkaitan dengan lagu dan muzik sebagai halwa telinga, penyedap hati di kala duka. Di mana terdapat dua khilaf (perbezaan pendapat) dalam masalah ini.

Satu kelompok mengharamkan secara habis-habisan semua jenis nyanyian dan lagu yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, bertentangan dengan syariat Islam dan menganjur kepada berlakunya maksiat. Kelompok ini juga menyifatkan muzik sebagai "siulan syaitan", himpunan perkataan yang sia-sia serta boleh melalaikan diri dari melakukan ibadah.

Satu lagi kelompok  beranggapan bahawa lagu dan muzik adalah harus, terutamanya apabila ingin meraikan suasana gembira dan bahagia, misalnya di waktu pernikahan, hari-hari besar dan sebagainya.

Dan disini, Dr. Yusuf al-Qadrawi telah meletakkan hukum secara umumnya adalah harus, dan boleh bertukar kepada haram jika ia melanggar garis panduan nih yang bawah ni :
  • Lirik Lagu Tidak Bertentangan dengan Akidah dan Akhlak Islam - rasanya tak perlu lah disenaraikan disini, sebabnya korang semua boleh selak dan selidiki sendiri sesebuah lirik lagu tu. Contohnya, lirik lagu yang mempertikaikan kekuasaan Tuhan. 

  • Gaya Persembahan -  Gaya penyampaian hendaklah tidak mengundang kepada fitnah. Contohnya, berduet antara penyanyi lelaki dan perempuan, mempunyai penari latar lelaki bercampur perempuan yang bukan mahram, berpakaian menjolok mata (seksi) serta melampaui batasan Islam.

  • Tiada Unsur-Unsur Haram - Perkara yang perlu diambil perhatian di tempat menyanyi ialah tiada unsur-unsur haram. Contohnya di tempat yang menyajikan air setan (arak), perempuan yang seksey meksey, dadah serta pencampuran antara lelaki dengan perempuan.

  • Tidak melampaui batas - .Setiap persembahan yang disampaikan mestilah tidak berlebih-lebihan serta mendatangkan sebarang pembaziran. Muzik yang mengiringi sesebuah lagu mestilah tidak mendatangkan syahwat, nafsu, melalaikan dan mengkhayalkan pendengar.

Tapi di

Sebaiknya kita manfaatkan masa yang terluang dengan membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat, melakukan qiammulail serta solat-solat sunat. 


Semoga entry ini ada benda yang bermanfaat yang dapat di kongsi ye. walaupun cuma sedikit. 
Credit to : Sis Yuyu Zulaikha


Sekian. Salam bertemu lagi :)


Tips menjadi seorang yang kelakar

Assalamualaikum wbt korang dan salam sejahtera :)

Yo! peace yo! Berbekalkan keyword yang Mieya dapati di Nuffnang baru-baru nie. Maka, seharusnya entri kali nie ada kaitan dengan keywords tersebut.

Jadi, apa keyword yang Mieya maksudkan tu? Kejap, kejap, sabar dulu dong! Keyword tersebut ialah Tips nak jadi seorang yang kelakar. Kiranya nak jadi Si Joker lah tu.

Okey, jom kita ketahui bagaimanakah formulanya untuk menjadi seorang yang kelakar.

APA?!! Ingat subjek Matematik, Fizik, Kimia, Additional Mathematics je ke yang perlukan formula nie semua? Nak buat lawak pon kena ada formulanya jugak tau.

Walaupon korang memilih untuk berkongsi bersama kawan-kawan rapat, tapi korang mesti berhati-hati kerana mungkin ada perasaan yang akan tersinggung. 

Selain itu, soal jantina juga perlu diambil kira. Lelaki biasanya tertarik dengan lawak yang kasar manakala perempuan mudah ketawa dengan lawak tentang orang yang dikenali atau berupa cerita.

  • Total Ekspresi
  • Cerita lucu akan bertambah menjadi-jadi sekiranya korang bercerita seiring dengan mimik muka, gerakan tubuh serta intonasi suara yang betul. Dengan beitu, orang yang mendengarnya juga akan berasa seperti mereka berada di tempat kejadian.

  • Cari Sumber
Buntu mencari idea untuk menceriakan kawan korang yang sedang bersedih? Cuba baca komik atau buku-buku berunsur lawak, layari youtube ataupon layan je video-video lawak daripada Osbon, Boboi, Zizan Raja Lawak, Johan Raja Lawak dan Sepah. Sudah pasti korang akan ketawa sehingga terguling-guling di lantai.

Ataupon, korang boleh terjah youtube untuk tengok vlogger berkarya dengan bijak seperti Anuar Hadi, Maria Elena dan MatLuthfi.

  • Tengok masa
Cari masa yang sesuai untuk berlawak jenaka. Sebaiknya, tahan naluri untuk berjenaka pada saat korang berada di pusat ibadah, dalam kelas, perhimpunan, pengebumian, atau pada mesyuarat.

  • Jangan Over

  • Selawak mana pon jenaka yang ingin korang sampaikan, pastikan korang tidak ketawa dahulu sebelum menyampaikan cerita tersebut. Tunggu sehingga orang disekeliling ketawa, and then barulah korang ikut sekali ketawa.

  • Pilih kawan-kawan
Maksudnya, pilih kawan-kawan yang terkenal dengan sifat humor yang tinggi dan amati cara mereka melawak. Biasanya, mereka mempunyai gaya penceritaan yang sempoi dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

Luaskan juga pergaulan dengan orang yang lebih muda daripada usia korang kerana kisah mereka juga boleh dijadikan bahan jenaka. 


Rahsia Kecantikan Nasha Aziz

Assalamualaikum wbt buat pembaca yang dikasihi sekalian :)

Minda dan hati Mieya sekarang dah tak terkawal lagi-lagi bila melihat selebriti, mahupun orang-orang di sekeliling yang memiliki kulit super duper cantik tanpa sebarang cela. Dan Mieya yakin ramai lagi gegurl di luar sana yang bernafsu sama dengan Mieya, iaitu nafsu nak bermuka cantik.


Cemburunya tatkala melihat wajah comel Nasha Aziz model dan juga pelakon popular, meskipun usianya sudah pun menginjak ke usia 40-an. Sedangkan diri sendiri hanya memiliki muka yang comot dan penuh berminyak. Jadi, ayuh kita bongkar apakah rahsia Nasha Aziz dalam mengekalkan kecantikan wajah beliau.
Nasha Aziz berkata hidupnya yang sentiasa dikelilingi dengan cinta, berfikiran positif, ceria serta menjalani gaya hidup sihat menjadikan beliau sehingga kini kekal cantik dan masih mempunyai bentuk badannya, macam anak dara sunti.
Tiada rahsia apa-apa. Simple saja, cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Cinta, cinta dan cinta. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta”, ujar Nasha Aziz kepada MD tatkala memintanya berkongsi apakah rahsia awet mudanya.
“Di usia 41 tahun, saya sentiasa pastikan saya tetap cantik. Jadi saya dah cuba banyak produk kecantikan sejak beberapa tahun sebelum ni. Sekarang saya cuba pula Taut. Baru lebih kurang dua minggu. Saya sukakan rasanya yang manis dan kemanisan itu yang memberikan saya tenaga dan cinta. Dan harap-harap Taut memberikan sesuatu yang paling terbaik pada diri saya”, ujarnya.
Sumber : Mynewhub
Mieya rasa Mieya perlu beredar segera daripada menaip. Takut nanti makin lama mengadap lappy nie, makin serius saje mukanya. Makin banyak pulak sisa cinta yang terbuang. Biasalah. Bila minda dikuasai dengan perkataan CINTAaaaaa nie. Dah terpengaruh Mieya nak kelihatan cantik dan anggun dengan kadar sungguh segera macam Kak Nasha Aziz nie. 
Cis.


Tips Tingkatkan Jumlah Pembaca di blog

Assalamualaikum wbt semua :)


mood : sila tetapkan mode serius dalam diri anda ketika membaca entri kali ni.


Kali nie Mieya nak tolong korang untuk dapatkan pembaca yang pelbagai. 


Di Malaysia, terdapat lebih 200,000 blog yang berdaftar di blogger mahupun wordpress. Dan daripada jumlah tersebut, berapa ramaikah di antaranya yang berbelog secara aktif? itu belum kira lagi belog yang bersawang dan telah tutup kedai.


syoknya bila setiap hari, belog-belog baru yang awesome dengan penulisannya. Apakah kita kenal belog-belog tersebut? tak. tak. bukan kesemuanya kita dapat kenali mereka. tapi, berdasarkan penulisan nya lah kita dapat membezakan mereka dengan yang lain.


Semua orang tahu, seorang blogger takkan melepaskan peluang untuk merebut sebanyak mana trafik ke belog mereka. dan salah satu caranya ialah, merajinkan diri untuk berblogwalking dan meninggalkan komen.


Mieya nak bantu korang nie, nak ke tak nak? Okey, nah sila like group blogger dan mulakan menge-ping entri anda :)

  1. KELAB BLOGGER  
  2. Sahabat Blogger 
  3. Blogger Members
  4. Malaysian Blogger Unite
  5. Dunia Blogger 
  6. Kami Si Blogger 
  7. Komuniti Gila Blog 
  8. Diari Sahabat Blogger 
  9. Kongsi Link Blog
  10. Blogger Ping
  11. Sembang Blogger 
  12. Geng Blogger Bersatu
  13. Iluvblog.com 
  14. Blogger Maniac 
  15. Kawan Blogger 
  16. Port Blogger
  17. Kaki Blogger
  18. Pendukung Blogwalking
  19. Buddies Of Twitter and Blogger
  20. Dapur Tanpa Sempadan Mat Gebu
  21. Saya Seorang Blogger
  22. Blogger A.R.E.A
  23. Blogger Terhebad
  24. Rakan Blog
  25. Suka Hati Je Buat Blog

Sebenarnya ada banyak lagi group kat facebook tu. Ada lebih daripada 50 group. terpulang kepada diri sendiri, nak gunakan ataupun tidak. sebabnya peluang ada di mana-mana. Kalau kita tak berusaha untuk mencari, bagaimana nak dapatkan hasilnya kan?

Join saja apa macam group yang ada, tak salah. inilah medium yang seharusnya setiap blogger gunakan untuk mempromosikan belog mereka. Jadi, gunakan sebaik mungkin.

di sana korang akan dapat pembaca. dari sana jugak korang boleh dapat info terkini. dan dari sana jugak korang akan terjumpa dengan blog yang hebakkk kemain.



Cara Mieya Mendapatkan Seketul Idea Menghupdate Belog

Assalamualaikum dan salam berhujung minggu buat semua pembaca :)

Sebelum memulakan aktiviti blogjogging ke blog yang lain, sebelum memulakan aktiviti menghupdate blog, sebelum kepala hotak dikerah bagi mendapatkan idea yang melimpah ruah, benda best yang perlu korang buat ialah :


Baca pantun 5 rangkap 4 kerat nie sampai faham okey? Di samping dapat  merenggang-renggangkan urat-urat berselirat di sekeliling leher hingga ke kepala hotak, aktiviti ini baik jugak untuk kesihatan korang. 

Jadi, jangan lupa buat aktiviti ini okey? Bukannya ambik masa yang lama pon, cuma dua hingga tiga minit sahaja. Lepas tu, korang boleh meneruskan aktiviti berblogwalking secara pukal, menghupdate belog serta follow blog sesiapa sahaja. 

Siyes, lepas aje Mieya buat aktiviti senaman ringan ini. Mieya rasa bersemangat nak berblogging kembali. Ini dah cukup membuatkan Mieya mudah mendapat idea segar dalam menghupdate belog. dengan harapan dapat menarik hati pembaca yang disayangi sekalian :)


Punca Trafik Blog Naik Mendadak

Assalamualaikum wbt dan selamat malam you alls :)

Semalam, trafik ke blog Mieya mengalami peningkatan yang amat drastik, mendadak naik and then kebabomm. Haha Awal-awal pendahuluan dah merepek kemain. Apa dah Mieya nie ! -.-"

Mula-mula, Mieya agak terkejut jugak dengan keadaan ini. Ya lah, selalunya trafik ke blog nie tak kurang lebih dari 100 UV je. Tetiba semalam... Nah kau, tengok sendiri :)



Setelah di kaji selidik, rupa-rupanya entri semalam yang bertajuk "Mengenali Malam Nisfu Syaaban" inilah antara faktor penyumbang utama kepada trafik semalam.

Ohhh, baru tahu. Patutlah semalam kemain tinggi melambung-lambung trafik di blog Mieya nie. Rupa-rupanya disebabkan penggunaan keyword yang berkesan dan dipublish pada masa yang bersesuaian. Alhamdulillah. Diharapkan entri perkongsian semalam memberikan manfaat kepada kita sesama Islam. Amin~

Do's & Dont's in Social Media

Assalamualaikum wbt dan salam ceria you all :)


Di saat manusia-manusia di sekeliling Mieya ada yang dah berkerjaya, ada yang dah sambung belajar dan ada yang dah merantau jauh di negeri orang. 


Mieya masih lagi setia di rumah. Masih lagi setia melekat dengan blog kesayangannya. Masih lagi men-siput-babi-kan diri sendiri menjana wang poket online sekupang dua kupang melalui blog dan juga twitter.


Alhamdulillah. Walaupun pendapatan yang dijana tidaklah segempak orang lain yang mencecah ke RM10 sehari. Dapat seminggu empat hengget pun dah cukup buat beli jajan. Dah cukup buat beli internet untuk bertweeting dan berfacebooking melalui handphone cap ayam kecintaanku. HAHA

Jadi, tanpa berfalsafah secari membabi buta, tanpa memikirkan ayat pendahuluan yang panjang kemain hari ini, maka Mieya nak mengupas sedikit topik mengenai peraturan di dunia maya.


Apa? Ingat di dunia realiti sahaja ke yang perlukan peraturan dan undang-undang segala nie, dunia maya pun mempunyai peraturannya sendiri walaupun tidak ditulis secara formal. Peraturan-peraturan inilah yang akan menjamin keharmonian you all di alam maya. 

Misalnya di Facebook :
  •  Fikir dulu sebelum publish

Setiap kali menulis status, pastikan you all berfikir dua kali sebelum menekan butang publish. Periksa ejaan, struktur bahasa dan isi status tersebut. Jangan sampai ada yang ketawakan you all kerana kesalahan ejaan (typo) atau bahasa Inggeris yang tunggang langgang. Pastikan juga ayat-ayat you all tidak menyinggung perasaan orang lain.

  • Jangan letak maklumat peribadi

Untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini, jangan meletak maklumat peribadi seperti nombor telefon, nombor akaun bank dan sebagainya di profil you all. Ingat ya, walau macam mana pun, harus ada batas dalam wilayah peribadi you all.

  • Lindungi profil Facebook

Kebelakangan ini, terlalu banyak kes yang melibatkan cyber bullying. Lagi-lagi yang melibatkan foto-foto di akaun Facebook yang boleh dibuka sembarangan. Sangat bahaya kalau gambar you all diambil orang tidak bertanggungjawab dan diedit dengan tidak senonoh kemudian disebarkan. Jadi, lebih berhati-hati bila meletak gambar dan gunakan perlindungan yang sepatutnya agar akaun you all tidak dicerobohi sewenang-wenangnya.


Manakala di Twitter pula :
  • Jangan minta follow semula

Sebelum request untuk follow back, perhatikan dahulu siapa orang tersebut. Kalau kawan-kawan memang tiada masalah, tapi kalau baru kenal dah minta follow back, itu memang memalukan. Jangan sampai mereka berfikir you all desperate mengumpul followers! Duh!

  • Jangan post hal peribadi di timeline

Semua orang berhak menuliskan apa saja di Twitter. Tetapi takkanlah hal peribadi antara boyfriend dan girlfriend pun nak dipost di timelineDirect message kan ada. Gunakan sebaiknya. Sekurang-kurangnya, orang tidak menyampah melihat timeline you all

  • Kawal tweet posting

Perhatikan betul-betul di posting box, ada tertulis  “what’s happening?” dan bukan “what are you doing?” So, jelas di situ you all hanya perlu tweet  jika ada perkara-perkara menarik yang berlaku di sekeliling. Bukan tweet sembarangan sehingga bangun tidur, makan, mandi dan tidur pun nak ditweetErghhh!