Jangan mudah percaya cakap-cakap orang

Assalamualaikum wbt and hello everyone

Sungguh-sungguh Mieya paksa kepala hotak mengerah idea untuk menaip entri kali nie. Dari pagi semalam sehinggalah ke saat ini, dan akhirnya terhasil lah entri kali nie.

Berbekalkan lep lep berwarna merah sebagai penyeri di awal pendahuluan. Dah menggelupur tak ketahuan hala nak terus taip isi-isi penting. Aci tak? Aci tak?

Korang pernah tak terfikir,

Kenapa sesetengah orang mudah percaya pada sesuatu perkara dari mulut orang lain  sedangkan dia sendiri tiada bukti yang menunjukkan kesahihan terhadap perkara yang ingin disampaikan.

kira macam radio bergerak cenggitu -,-"

Entri kali nie, tak ditujukan pada sesiapa. tapi, Mieya 'salut' dengan golongan nie sebab mahu ambil tahu tentang masalah orang sekeliling. Even orang tu pada hakikatnya, tak terlibat pon dengan masalah yang orang lain pakat cerita.

Tapi nak buat macam mana, sepanjang hayat kita di dunia, kita tidak boleh lari daripada mendengar 'cakap-cakap' orang. Tak kira lah sama ada cakap-cakap yang mempunyai unsur-unsur umpatancacianhasutan sehinggalah membawa kepada fitnah liar

Lagipun, mulut orang tak boleh ditutup, makin ditutup makin menjadi-jadi pulak.


Walau bagaimanapun, pepatah Melayu ada mengatakan 'kerana mulut badan binasa'. Kenapa begitu? Memang benar, jika sekiranya kita tersalah cakap, silap-silap dunia boleh jadi kacau-bilau.

Setiap sesuatu yang kita dengar tidak semestinya betul dan benar. Sebab itulah Allah kurniakan akal fikiran untuk kita berfikir sebelum bertindak. Emosi yang tidak dikawal boleh mendatangkan kecelaruan pemikiran. 

Oleh itu, jangan sesekali kita mendahulukan sikap emosional kita kerana sikap tersebut boleh mengundang padah kepada diri-sendiri. Sikap rasional lebih baik berbanding sikap emosional. 

Setiap 'cakap-cakap orang' perlu dipersoalkan dan diselidiki dengan teliti supaya kita dijauhi daripada unsur-unsur yang tak baik. Misalnya, kalau tak kenal seseorang itu, tak tahu apa-apa yang berlaku mahupun tiada bukti yang sahih mengenai sesuatu perkara tu, lebih baik diam-diam je.

Sememangnya, manusia nie pandai bermadah pujangga, bijak memutar belitkan cerita. Dan bila tibanya gilirannya sendiri, pernah tak dia berfikir bahawa kini dia juga mengulangi kesilapan yang serupa. Cuma yang membezakannya ialah dia menjadi mangsa kepada pemangsa.

Ingat, 

Fikir-fikirkan dan renungkan sedalamnya.


Earning Churpchurp Hilang? So, Nak Buat Macam Mana?

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera korang :)

Baru-baru nie, laman web Churpchurp tidak dapat diakses selama sehari, iaitu pada 27hb Sept 2012 bersamaan pada hari Khamis lepas.

Dan rasanya, rata-rata daripada pengguna Churpchurp mengalami masalah setelah laman web Churpchurp pulih seperti sedia kala. Contohnya, terdapat beberapa error yang didapati seperti kehilangan maklumat pada akaun, earning, user details, account setting.


Dan tidak terkecuali, Mieya pon turut sama mengalami masalah kehilangan earning. Btw, terima kasih kepada Cik Nur kerana memberitahu kepada Mieya mengenai permasalahan yang berlaku di Churpchurp.

Kalau tak, memang seminggu lah Mieya tak jenguk laman web Churpchurp tu. Maklum sahaja lah, broadband kesayangan Mieya nie dah mencapai quota limit. So, faham-faham je lah, line internetnya macam mana kan..? HAHA

Okey, berbalik kepada permasalahan yang berlaku di Churchurp tadi. Bagi mereka yang menghadapi sebarang masalah seperti yang Mieya jelaskan di awal entri tadi, korang diminta untuk mengisi borang aduan.

Disini Mieya akan tunjukkan step by step, okey?

1. Mula-mula, buka laman web Churpchurp, klik seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.


2. Nanti akan keluar macam nie kan? Ikut step seperti yang ditunjukkan dalam gambar tu..


3. Bahagian nie paling penting, pilih apa masalah korang. Kalau melibatkan kehilangan earning, sila letakkan gambar earning sebagai bukti dan isikan apa permasalahan korang. Tulis dalam Bahasa Melayu pon boleh okey?


4. Dah siap? Klik butang submit dan tunggu je lah maklum balas seterusnya daripada pihak mereka.

Okey. Thats all. Harap ini membantu !


Budak 7 Tahun Angkat Simen Seberat 100kg

Assalamualaikum wbt :)

Luar biasa ! Itulah antara perkataan yang terpacul keluar dari mulut Mieya tatkala membaca berita mengenai seorang budak berusia 7 tahun di China yang mempunyai kekuatan luar biasa.

Jika di Malaysia, terdapat sebuah keluarga yang mana mampu menarik kenderaan dari sebesar-besar kenderaan seperti kapal terbang sehinggalah kepada van. Kebanyakan kanak-kanak diberitahu untuk makan sayur-sayuran, jika mereka mahu membesar sehingga menjadi besar dan kuat

Tapi lain pula ceritanya di China Budak 7 tahun begitu kuat dia sudah boleh tarik kereta bersama-sama, membawa ayahnya dan mengangkat guni besar gandum dan diletakkan atas bahunya.


Tali di lilit sekeliling dirinya untuk tarik van seberat 1,85 tan sepanjang jalan, ramai yang terkejut . Dia boleh membawa bapanya, yang mempunyai berat lebih daripada 90kg – hampir dua kali ganda berat badan sendiri dan budak kecil itu membawa beg 40kg gandum dan beg 100kg simen, membuktikan dia Strongman.

Yang Jinlong, dari Chuzhou, China sudah mempunyai berat lebih daripada 50 kilogram dan tidak menunjukkan tanda berhenti berkembang. Jika budak sebayanya hanya mempunyai berat antara 20 hingga 35 kilogram, namun Jinlong sudah mengatasi mereka.


Dengan senyuman manisnya itu, Jinlong sudah menjadi selebriti di China.

Orang ramai sering menyaksikan dia menunjukkan kekuatannya itu dan akan ternanti-nanti, apakah lagi kejutan yang dilakukan.

Dengan kekuatan yang dimilikinya itu, Jinlong telah menyertai kumpulan remaja elit yang terlibat dalam sukan angkat berat.

Sumber berita : mynewshub.my

Comment Box NuffnangX Mengelirukan Pembaca?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera :)

Baru-baru nie, Nuffnang telah melancarkan aplikasi NuffnangXSama seperti kebanyakan aplikasi lain, ia turut mengesyorkan beberapa blog untuk dibaca, disamping membolehkan korang menambah blog yang diminati untuk dibaca melaluinya. 

Selain itu, Nuffnangx ini turut menyediakan aplikasi untuk pengguna iPhone dan Android. Apps tu boleh dimuat turun secara percuma. 

Mieya sendiri telah mencuba dengan menyertai NuffnangX nie. Tapi, apa yang Mieya dapati, terdapat banyak kekurangan yang terdapat pada aplikasi ini. Hmm, ini mengikut pandangan Mieya lah. tak tahu lah kalau korang pulak macam mana kan?

Tapi, sejak Mieya menggunakan NuffnangX nie, bilangan komentar di blog Mieya kian mengurang. Malah, ramai yang mengadu kat Mieya sebab :

  • tak dapat nak tinggalkan komen di ruangan komen.
  • tak tahu macam mana nak tinggalkan komen di ruangan komen yang baru.
  • tempoh loading untuk ruangan komen dibuka sangatlah lambat dan kadang-kadang langsung tak keluar.
  • membuang masa para pelawat untuk menunggu tempoh loading dan akhirnya tak dapat tinggalkan komen.

Sementara di laman NuffnangX sendiri, Mieya dapati kebanyakan komen rata-ratanya ditinggalkan oleh anonymous. So, faham-faham je lah kan? Kadangkala ada komen-komen yang diutarakan tidak berkaitan langsung dengan topik yang Mieya kongsikan dan ada juga yang turut melemparkan tuduhan yang tak berasas. Konon-kononnya, Mieya mereka-reka cerita walhal berita yang Mieya sampaikan itu adalah benar.

ini komen untuk entri Bahaya Contact Lens Murah

Nampaknya, NuffnangX dengan Mieya sangat-sangat tak serasi untuk digandingkan bersama. Jadi, nak tak nak, Mieya kembalikan semula ruangan komen ke bentuk yang asal. Kesian kat kawan-kawan yang singgah ke blog nie tapi tak dapat nak tinggalkan komen.

So, diharapkan dengan kembalinya ruangan komen yang lama, sedikit sebanyak dapat memudahkan aktiviti interaksi antara blogger sekalian.

Salam bertemu lagi :)


Tajuk Lagu Panjang Tapi Lirik Lagunya Penuh Makna Tersirat

Assalamualaikum wbt dan salam Wordless Wednesday :)


Does everyone was listening to this amazing song..? Yeah, lagu terbaru daripada Taylor Swift yang bertajuk We Are Never Ever Getting Back Together. Ada yang mengatakan lagu ini dicipta oleh Taylor Swift untuk ex-boyfriend dia, betul kah? 

Haha, okay but you know what? Wow, lagu ini sangat hebat untuk didengar oleh semua kerana lagu ini menceritakan tentang kisah pasangan yang telah berpisah tetapi mahu kembali bersama lagi, tetapi sayangnya, ia tidak akan pernah berlaku.


We Are Never Ever Getting Back Together - Taylor Swift

I remember when we broke up the first time
Saying, "This is it, I've had enough," 'cause like
We hadn't seen each other in a month
When you said you needed space. (What?)
Then you come around again and say
"Baby, I miss you and I Swear I'm gonna change, trust me."
Remember how That lasted for a day?
I say, "I hate you," we break up, you call me, "I love you."

Oooh we called it off again last night
But oooh, this time I'm telling you, I'm telling you

We are never ever ever getting back together
We are never ever ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me
But we are never ever ever ever getting back together

Like, ever ...

I'm really gonna miss you picking fights
And me, falling for it screaming that I'm right
And you, would hide away and find your peace of mind
With some indie record that's much cooler than mine

Oooh, you called me up again tonight
But oooh, this time I'm telling you, I'm telling you

We are never ever ever getting back together
We are never ever ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me (talk to me)
But we are never ever ever ever getting back together

Oooh oooh oooh oooh

I used to think That we were forever ever
And I used to say never say never
Huh, so he calls me up and he's like, "I still love you"
And I'm like, "I just, I mean this is exhausting, you know, like,
We are never getting back together. Like, ever "

No!

We are never ever ever getting back together
We are never ever ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me
But we are never ever ever ever getting back together

We are not getting back together,
We oh, not getting back together

You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me (talk to me)
But we are never ever ever ever getting back together

P/s : Mieya rasa lagu nie bukan hari nie je Mieya baru dengar. Tapi, tiap-tiap kali online laptop, mesti Mieya akan pasang. Mungkin dalam sehari dekat 4-5 kali Mieya dengar. Selagi tak rasa jemu lagi. Kang kalau dah bosan Mieya dengar lagu lain lah pulak. hehe 


Khabar Angin Malique Too Phat Meninggal Dunia PALSU


Assalamualaikum semua :)

Ternyata teknologi yang moden di zaman sekarang ini telah mematikan banyak selebriti Malaysia. Dan terbaru, Malique yang namanya sedang meningkat naik dengan single terbarunya, iaitu Teman Pengganti gandingan bersama Black Mentor pula yang kena tempiasnya.

Petang tadi, telah tersebar menerusi Twitter dan BBBM khabar Malique Too Phat meninggal dunia. Ada ura-ura yang mengatakan bahawa beliau menghidap penyakit kanser otak. Dan lagu Teman Pengganti diciptakan khas untuk isterinya.

Namun begitu, berita mengenai kematian Malique Too Phat ini adalah palsu belaka.

Dan menurut Twitter MalaysianHipHop, Malique Too Phat juga tidak pernah menderita sakit kanser otak seperti yang diperkatakan oleh ramai orang.

Malique sihat walafiat tanpa sebarang masalah kesihatan.

Semoga penyebaran berita palsu ini dapat dihentikan.

Sama-samalah kita doakan agar Malique dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk terus memberi karya yang hebat dalam industri muzik tanah air kita.- mynewshub



Tips berhati-hati ketika di jalan raya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kalian :)

Kebelakangan nie, banyak berita mengenai kemalangan jalan raya terpapar di televisyen mahupun di dada-dada akhbar. Pokoknya, memang tak sah kalau sehari tak eksiden. Kan? (macam style orang Indonesia cakap je kan siap berpokok pokok bagai)


Nahas 10 Kenderaan, 2 Maut
Haishh! Macam mana eh nak elakkan eksiden nie? Haa.. Sesuai dengan tajuk entri kali nie. Hari nie Mieya nak bagi tips sikit dekat korang. Sebagai seorang insan yang dah empat puluh lapan ribu tiga puluh enam ratus dua kali eksiden. Cehh, nampak benar menipunya padahal sekali je kot!

Mieya nak pesan sangat-sangat supaya korang:

o   Sentiasa memandu mengikut kelajuan yang ditetapkan.
Ahh! Benda macam nie pun engkau nak pesan? Banyak orang dah tau lah! Uishh! Sat ! Sat ! Memang lah ramai dah tahu tapi tak ramai yang apply benda nie. Sebab tu yang memandu sorang-sorang pon boleh eksiden. Takde angin, takde ribut, motor masuk parit. pelik kan? -.-'

o   Servis kenderaan.
Ini sangat penting! Buatnya air tak cukup, minyak nak habis, bukan ke nanti perjalanan tak lancar. Tak best lah kan. :D  Pressure tayar perlu sangat-sangat diambil berat! Jangan buat main benda alah nie. Kalau meletop tengah jalan nanti siapa yang nak tolong kome? (eheh, tersasul loghat Perak pulak)

o   Mendapat rehat yang cukup.
Kalau korang nak drive jauh pastikan korang cukup tidur sebelum nak travel jauh. Takut tertidur nanti masa tengah drive. Kang tidur tak bangun-bangun bukan ke kesian tu. Tak mau lah mati katak pulak kan. Ngeri tu. :3

o   Focus on the road.
Sentiasa alert okay! Bukak mata besaw-besaw! Tengok setiap kenderaan yang bergerak di jalan. Buat pulak tiba-tiba ada kambing melintas,tak sempat nak brake. GEDEBUKKK! Kalau kambing yang teruk takpe. Malang tak berbau tau !

o   Pastikan jarak selamat.
Nie penting! Jangan nak ikut kenderaan dekat depan tu rapat-rapat sangat. Ni siap ada yang sampai nak tercium bontot dah Mieya tengok. Nak kalut sangat pasal apa. Relax la. Tak ke mana gunung di kejar. Aik, Macam lain je bunyi tu -.-'


Actually, banyak lagi tips yang korang boleh applied. Nak lagi? Korang try tanya Pak Cik Google eh. Confirm ada banyak lagi tips yang korang boleh dapat. Segalanya kini dihujung jari. Nak atau tak nak je. Tepuk dada, tanyalah hati.

P/s : Tak rasa entri kali nie macam nak kena lempang dek kerana susunan ayat yang gedik semacam je. kan? haha

Rambut Kerap Gugur? Kenapa?

Assalamualaikum wbt.

Hai semua :)

Okey, cakap terus-terang tanpa ayat pendahuluan yang panjang berjela-jela mencecah ke lantai dan akhirnya habuk pon tak dapat. Input takde, output lagi lah.

Masalah rambut gugur dan akhirnya makin menipis menjadi satu roda igauan ngeri seandainya ia dibiarkan berterusan. Tambahan lagi, apabila kulit kepala mula nampak "lebih jelas" atau rambut berterusan gugur sehingga menjadi botak.

Sebenarnya, terdapat beberapa punca yang menyebabkan rambut gugur. Antaranya :
  • kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif
  • demam, jangkitan dan selesema yang serius
  • perubahan hormon
  • amalan diet yang tak seimbang
  • kesan daripada ubat-ubatan
  • stress


Semestinya bila rambut semakin kerap gugur, kita semua akan berusaha untuk mencari tips-tips mahupun petua dalam mengatasi masalah rambut gugur. Tak kurang, ada juga yang akan mencari di enjin carian google "Tips merawat rambut gugur".

Di pasaran sahaja, terdapat pelbagai cara mengatasi masalah rambut gugur sama ada menerusi kaedah moden yang melibatkan bahan kimia ataupun kaedah tradisional yang menggunakan bahan semula jadi. Kebiasaannya, cara mengatasi rambut gugur dengan menggunakan kaedah tradisional adalah lebih selamat daripada kesan sampingan yang tidak baik.

Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional.
  1. Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. 
  2. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. 
  3. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.
  4. Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke keseluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. 
  5. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam. 
  6. Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.

Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini :
- Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
- Gunakan sikat rambut bergigi jarang.
- Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertudung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memakai tudung.


P/S : Jom baca entri seterusnya untuk mengetahui Mitos VS Fakta Mengenai Rambut

Enjoy your reading !



Bahaya Contact Lens Murah !

Assalamualaikum wbt dan salam pagi buta :)

Ada sesiapa yang menonton Buletin Utama edisi hari Sabtu, 22 September 2012 pada jam 8.00 malam tadi tak? Di mana isu mengenai Bahaya Penggunaan Contact Lens/Kanta Sesentuh murah telah diutarakan.

Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama diguna pakai oleh sesetengah golongan dari luar negara sana. Dan antara yang paling cepat menular ialah di negara Korea dan Jepun. Di mana, kebanyakan daripada artisnya gemar berekspresi dengan warna mata yang berbeza-beza.


Oleh sebab, wabak demam k-pop dah lama menular di negara kita dengan kumpulan muzik yang pelbagai genre muzik, drama cinta bersiri yang romantik, mahupun style yang bermacam-macam. 

Sehingga membuatkan anak-anak muda sekarang nie dah ramai yang angau atau dalam erti kata ingin kelihatan seperti artis-artis k-pop pujaan mereka. Jadi, tidak mustahil jika mereka sanggup berhabisan wang untuk kelihatan lebih stylo, up-to-date.

Dan salah satu daripada list barangan wajib beli ialah contact lens. Mungkin sebab tertarik dengan warna dan coraknya yang cantik-cantik disamping ada yang dijual dengan harga yang murah.

Tapi tahukah kalian, bukan semua contact lens adalah baik untuk mata? Terdapat sesetengah daripadanya yang mendatangkan kesan mudarat kepada si pemakai seperti mata membengkak, penglihatan bertambah kabur (rabun) dan yang paling parah, boleh menyebabkan buta.

Okey, rasanya... Sebelum nie pon dah ada akhbar-akhbar yang menyiarkan berita mengenai implikasi negatif yang terdapat pada contact lens murah disamping boleh mendatangkan kesan tidak elok pada si pemakainya nie.

Lagipun, di dalam agama Islam juga ada menerangkan mengenai Hukum Memakai Kanta Lekap/Contact Lens. Di mana hukumnya adalah HARUS asalkan tidak mendatangkan mudarat.

P/s : Memakai kanta lekap ini memerlukan penjagaan dan kebersihan yang elok jika tidak dijaga mungkin memang banyak implikasi yang akan kita hadapi. Kebersihan itu yang utamanya dan jika memakai kanta lekap ini pastikan tidak melebihi 8 jam. Sediakanlah spray untuk kanta lekap jika melebihi 8 jam agar mata kita sentiasa segar dan tidak keletihan.


Sinetron Nada Cinta

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua pembaca sekalian :)

Korang layan tak dengan cerita daripada negara seberang (Indonesia), iaitu Nada Cinta kat Astro Ria siaran 104 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat; pukul 6.30 p.m hingga 7.30 p.m tu?


Macam Mieya, mula-mula Mieya tak ikut pon siri drama muzikal nie. Tapi bila pertama kali tengok cerita nie sebab dah takde cerita yang best time tu. Masa tu dah episod 70 lebih dah. Rasa enjoy semacam and at the same time, cerita tu boleh buat Mieya sekeluarga ketawa.

Bermula saat itu lah, Mieya takkan "miss" untuk menonton Sinetron Nada Cinta. Kalau Mieya lupa, mesti adik atau abang-abang Mieya yang akan ingatkan. Kiranya, cerita nie dah jadi cerita wajib tengok bagi satu keluarga Mieya lah. haha
Mieya suka tengok budak nie berlakon, comel je. hikhik

Entah kenapa sejak dari hari tu, Mieya boleh syok pulak nak tengok cerita nie hari-hari. Maybe sebab ketagih agaknya. Bukan ketagih dadah tu okey? Tapi ketagih nak tahu apa yang akan berlaku di episod yang seterusnya. Walaupun jalan ceritanya, kadang-kadang agak kurang logik, tapi Mieya tetap nak tengok. haha

Hmm, dengar cerita Sinetron Nada Cinta nie nak dekat tamat. Kalau tak hari ini, mungkin minggu depan. Dan sinetron baru yang akan menggantikan cerita nie ialah Sinetron Benci Jadi Cinta.

P/s : Klik pada tajuk sinetron untuk menonton preview sinetron baru yang bakal ditayangkan di Astro Ria bermula 1 Oktober 2012, pada setiap hari Isnin-Jumaat, jam 6.30 petang hingga 7.30 malam.


Shila Amzah Juara Asian Wave, ‘Pukau’ Juri Dan Jutaan Penonton TV China!

Assalamualaikum :)

SHANGHAI- Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, berjaya mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China bermula jam 8.30 malam tadi.
Dengan kejayaan itu, Shila berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Berita gembira ini telah disahkan oleh adik Shila iaitu Syahir Hamzah menerusi twitter peribadi miliknya dengan menyatakan perasaan syukur terhadap kemenangan kakaknya itu.
Berikut adalah petikan twitter milik adik Shila:
Alhamdulillah. @Shilaamzah is a Champion for Asian Wave 2012!! Thanks for you guys for voting :) Lets trending #TahniahShilaAmzah :)
Shila Amzah berjaya memukau juri dengan membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin. - sumber MURAI.COM.MY
Berikut adalah video daripada persembahan Shila malam tadi,



UPDATE TERBARU -  Shila Amzah terima dana lebih RM1 Juta? Baca artikel selanjutnya di...SINI




Percubaan.. update blog guna phone

Assalamualaikum wbt :)

Ouchhh... Rasanya, Mieya sedikit ketinggalan daripada orang lain. hehe.. Hari nie baru download dan install bloggeroid dalam phone Mieya.

Dan ini merupakan percubaan pertama bagi Mieya untuk menggunakannya.

haha. Nampak tak sedikit kejakunan di situ. Nak menaip ayat pon, masih lagi terkial-kial.

Maklum saja lah, Mieya masih lagi dalam usaha untuk menyesuaikan diri.

Sekali-sekala, kita perlu juga berani mencuba sesuatu yang baru dalam hidup, baru la best kan. Hehehe... ( baru try gune blogeroid jee pon ) kehkehkeh....

Opppss. Lupa pulak nak tanya khabar korang. Korang sihat??? Semoga kalian semuanya berada dalam keadaan sihat-sihat belaka okey? Aminnn...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Segmen : Pencarian Bloglist Sept-Okt Mieya Atiera

Assalamualaikum wbt :)

Pejam celik pejam celik, genap seminggu kita semua berada di bulan yang baharu, iaitu September. Dan seperti mana blogger-blogger lain yang telah memulakan misi menyusun atur bloglist baru, Mieya juga tidak terkecuali.

Baiklah. Tanpa membuang masa, Mieya nak anjurkan segmen baru bagi menggantikan bloglist Mieya yang telah pon tamat tempoh had masanya. Di samping dapat memperkenalkan blog korang, dapat juga menjana trafik sekaligus menarik pembaca. Siapa tahu kan?

Okey, macam biasa kalau nak join segmen Mieya. korang kena lah :

1. Follow blog Mieya (tiada paksaan)
2. Buat tajuk entri anda "Segmen : Pencarian Bloglist Sept-Okt Mieya Atiera"
3. Copy header Mieya dan link kan ke entri ini.

4. Klik SINI dan SINI (terpulang pada kalian sama ada nak klik atau tak, tiada sebarang paksaan okey?)
5. Tinggalkan link di kotak komen entri nie. Kalau tinggalkan link di shoutbox takkan dilayan.
6. Tarikh tutup segmen nie adalah pada 1 Okt 2012.

p/s : Link url korang akan di update di sini. Dan untuk sesiapa yang tak buat entri, komen anda tidak akan disiarkan. Terima kasih :)


Senarai url blog yang dah join dan akan terus dimasukkan di bloglist Mieya :
  1. http://www.mohdnoorshawal.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  2. http://budakpendekberblogging.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  3. http://skyliya.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  4. http://diarionlinenurul.blogspot.com/2012/09/segmenpencarian-bloglist-sept-okt-mieya.html
  5. http://sillylife96.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-spt-okt-mieya.html
  6. http://diyanarauzi92.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  7. http://www.khairilmazri.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  8. http://eimah2328.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt_5642.html
  9. http://aidablurr96.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  10. http://autumn-no-nikki.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  11. http://ikhrifeasible.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  12. http://nanasajerr.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  13. http://khalilah95.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  14. http://yayahnasake.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-blog-list-sept-okt.html
  15. http://itsmetira.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-blog-list-sept-okt.html
  16. http://aces15.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  17. http://zestpurple.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  18. http://zatilhulwaniabdullatif.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  19. http://doodlemerah92.blogspot.com/2012/09/pencarianbloglist-sept-okt-mieya-atiera.html
  20. http://dinnalifestory.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  21. http://neiaa90.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  22. http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  23. http://mimialya1.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  24. http://ki3mia.blogspot.com/2012/09/segmenpencarian-bloglist-sept-okt-mieya.html
  25. http://www.miramashimaaru.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  26. http://gulahatichabi.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  27. http://giragiraromantic.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  28. http://ijaakmal.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  29. http://sweethoneyzz.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  30. http://wanznoen.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  31. http://sharecareloveseason.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  32. http://yayabunga.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  33. http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  34. http://www.aimisyahirah.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  35. http://mummyncakes.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  36. http://annevyciousstory.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  37. http://coretangirlblog.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  38. http://www.jajasutera.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  39. http://aimishyuu.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  40. http://be-readers.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  41. http://supermiza.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  42. http://myheppiness.blogspot.com/2012/09/segmen-pencarian-bloglist-sept-okt.html
  43. http://schaazman.blogspot.com/2012/09/pencarian-bloglist-sept-okt-mieya-atiera.html

Alhamdulillah, Dapat Sony Xperia Ion dari Nuffnang

Assalamualaikum wbt :)

Haaa.. Tengok tajuk je pon dah tahu kan, apa yang Mieya nak cerita kan pada kali nie? Actually, Sony Xperia Ion yang Mieya gembar-gemburkan itu cumalah Buffered Earning baru dari Nuffnang.

Okey. Pertama sekali Mieya nak ucapkan terima kasih kepada pengunjung blog Mieya Atiera yang sudi datang melawat dan keduanya, terima kasih banyak-banyak kepada pihak Nuffnang yang sudi memilih blog nie untuk bagi BE. Apalah sangat blog kecil Mieya nie jika dibandingkan dengan blog Redmummy tu kan.


Syukur. Alhamdulillah. Blog Mieya masih lagi diberi kepercayaan oleh pihak advertiser dan pihak Nuffnang untuk menyiarkan iklan produk mereka. Untuk makluman, Buffered Earning kali ini datangnya dari Sony Xperia Ion. So, sekarang ada 3 BE yang masih berjalan di blog Mieya.


Sony Xperia ion baru. Sila lah klik iklan tu (rasa macam nak bagi penampor je kalau ada orang tinggal ayat macam nie kat chatbox sebelah)

Btw, terima kasih Nuffnang kerana sudi memberi buffered earning kat Mieya! Ini yang buat Mieya makin sayang kat Nuffnang nie (ayat tak boleh blah). Lepas ni, kasi lagi BE banyak-banyak. Terima kasih sangat-sangat. Nuffnang, you're always in my heart!


Di sini, Mieya selitkan sedikit info dan maklumat lanjut sebagai rujukan tambahan: 

Camera and video
  • 12.1 megapixel camera with LED flash and Auto focus
  • Sony’s Exmor™ R for mobile CMOS sensor
  • 16x digital zoom
  • HD video recording (1080p)
  • 3D Sweep Panorama
  • Accelerated Adobe Flash Video
  • Front-facing camera (1.3 megapixel, 720p)
  • Face detection

Display
  • 4.55”, 1280 x 720 pixels 16M color TFT
  • Reality Display with Mobile BRAVIA® Engine
  • Capacitive touchscreen with on-screen QWERTY keyboard
  • Screenshot capturing
  • Pre-loaded applications
  • Google Voice Search
  • Google Talk with video chat
  • Google Mail

Networks
  • GSM EDGE 850, 900, 1800, 1900
  • UMTS HSPA+ 850, 1900, 2100
  • LTE Band IV and Band XVII

Entertainment
  • xLOUD Experience – audio filter technology from Sony
  • FM Radio with RDS
  • 3.5 mm audio jack for headphones
  • Audio playback, supported formats: MP3, 3GPP, MP4, SMF, WAV, OTA, Ogg vorbis
  • Audio recording, supported formats: 3GPP, MP4, AMR
  • 3D and motion gaming
  • Timescape with Twitter integrated
  • Xperia™ 2.0 with Facebook
  • TV launcher

Connectivity and communication
  • USB High speed 2.0 and Micro USB support
  • WiFi and WiFi Hotspot functionality
  • HDMI Support
  • DLNA Certified
  • Synchronisation via Exchange ActiveSync, Google Sync and Facebook
  • aGPS
  • WebKit web browser with Pan & zoom
  • Bluetooth technology
  • Native USB tethering
  • NFC
  • ANT+ technology

Memory
  • RAM: 1GB
  • Flash memory: 16GB eMMC
  • Expansion slot: microSD, up to 32GB

Kejam! Bayi Baru Lahir Dicampak Dari Tingkat 3 Flat

Assalamualaikum wbt.

Seharian Mieya tak mengusik papan kekunci laptop Mieya semalam dek kerana sibuk dengan aktiviti harian. Hal ini sekaligus menyebabkan aktiviti berblogging tertangguh. Tapi bukan itu sebenarnya yang ingin Mieya perbahaskan di entri ini kali nie.

Tersentak hati, berderau darah Mieya bila baca artikel di akhbar Metro semalam. Mana taknya, muka depan je berita pasal pembuangan bayi. Adoi, Mieya sangat-sangat sedih dengan kejadian macam nie. Lagi-lagi kejadian nie berlaku berhampiran dengan kawasan perumahan Mieya.

Binatang apa yang sanggup baling atau campak anak, yakni darah dagingnya sendiri?? Rasa-rasanya takde binatang yang boleh bunuh anak sendiri tanpa sebab. Tapi binatang apa pula ni?



Petaling Jaya - Kejam apabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam
bayi dibuang dari tingkat 3 flat kejam : buang bayi dari tingkat 3 flat
Seorang anggota polis memeriksa mayat bayi yang dicampak dari tingkat tiga
Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan mayatnya ditemui seorang penduduk di kawasan itu, Jundi Mat, 35, yang pada mulanya menyangka ia bungkusan sampah yang dibuang penduduk di blok berkenaan
“Saya sangka bungkusan yang dibaling dari tingkat atas itu sampah berisi nasi basi yang dibuang penduduk di sini kerana perkara itu sering berlaku, namun sebaik diperiksa saya terkejut apabila ia rupa-rupanya mayat bayi,” katanya
Jundi berkata, dia kemudian meminta beberapa orang penduduk di situ sama-sama memeriksa bungkusan berkenaan bagi mengesahkan ia mayat bayi dan bukan anak patung
Menurutnya, bayi yang berkulit cerah itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan ada kesan kecederaan parah di kepala
“Saya tidak pasti dari mana ia dicampak kerana ketika itu saya sedang mengambil motosikal yang terletak kira-kira dua meter dari lokasi bayi ini ditemui
“Sebaik terdengar bunyi objek jatuh, saya berpaling ke arah bunyi itu dan segera memerhatikan bungkusan berkenaan,” katanya yang meminta seorang penduduk memaklumkan kejadian itu kepada polis
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata hasil pemeriksaan forensik, polis percaya bayi itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Bayi itu dipercayai dicampak dari tingkat tiga apartmen berkenaan dan polis sudah menahan seorang wanita pekerja kilang berusia 20-an beberapa jam kemudian dipercayai terbabit dalam kejadian itu,” katanya.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat bayi itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. -Harian Metro

P/S :Inilah jadinya, bila kita tidak dapat mengawal nafsu, nafsu yang akan mengawal kita
Update terkini ! : Suspek kes Campak Bayi Dari Tingkat Tiga ini telah pun direman untuk siasatan lanjut. Jom baca selanjutnya >>disini<<