Nahhh. ayat yang menyakitkan kepala hotak. padahal main point yang sebenarnya nak taip: "tak tahu nak taip apa".
Maka, dengan kadar segera Mieya mengerah kepala hotak untuk mencari idea dalam jangka masa sesingkat ini. Memandangkan tarikh hari ini ialah 1 April, jadi sudah semestinya budak-budak mengambil kesempatan ini untuk mengenakan orang lain. Ye lah, April Fool lah kata kan.
Haaa.. APA ITU APRIL FOOL?
April Fool ini adalah berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492.
Menurut sejarah, April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.
Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April).
Keesokan harinya, mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak
Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
1 April sering disebut sebagai April Fool, biasanya banyak diantara kita yang sibuk merayakannya dengan membuat rencana besar untuk MENIPU orang lain / sahabat / saudara terdekat pacar dan bahkan orang tua sendiri. Tapi, yang jelas seakan akan pada tanggal 1 April ini kita boleh berbuat DOSA
Oleh kerana , menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :
1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Sumber : Google + Mynewshub.my
4 comments:
ya seharusnya april fools tidak layak untuk disambut oleh umat islam.
Boleh x bagi sumber rujukan sejarah bagi tragedi 1 april tu?
sbb sy xpernah jumpa sumber tepat yang mengatakan 1 april adalah trikh pembunuhan beramai-ramai umat islam di Spain.
Daripada sejarah, selepas jatuhnya kota granada pada 2 january 1492, terdapat beberapa perjanjian keselamatan untuk orang muslim dan yahudi si sana sebelum mereka dihalau ke afrika utara beberapa tahun selepas itu.
Sy takut kita umat islam selama ini telah tertipu kerana menyebarkan fakta yang salah.
Sekali lagi, apa pun alasan april fools memang tidak layak disambut oleh umat islam.
Harap admin tolong jelaskan pertanyaan sy td kerana adalah tanggungjawab admin menjelaskann kepada pembaca tentang artikel yang disiarkan. salam :)
@Anonymous Sejujurnya, Mieya dapat info mengenai sejarah April Fool melalui sebuah blog yg Mieya dapati di google.
Mengenai kesahihan sejarah tersebut, sukar untuk Mieya jelaskan kerana Mieya bukanlah seorang arif dalam menjelaskan mengenai sesuatu.
Apa yang pasti, Mieya hanya ingin menyampaikan kepada orang ramai bahawa April Fool adalah haram untu disambut oleh orang Islam.
Sekian, diharapkan penjelasan ini dapat membantu anda.
@mieya Atira
Itulah yang sy risaukan kerana ramai orang yang menyebarkan fakta 1 april seperti dalam artikel diatas tidak membuat kajian terlebih dahulu.
dan makin ramailah pembaca yang akan percaya bulat-bulat atas fakta yang tidak sahih.
tanpa kita sedari, kita membantu untuk menyebarkan fakta yang salah.
cukuplah kita gunakan dalil al Quran, sunnah dan pendapat ulama untuk menjelaskan mengapa april fools tidak boleh disambut.
Maafkan sy kerana menaip terlalu panjang dan niat sy cuma untuk kongsikan sedikit maklumat yang mungkin berguna kepada kita semua. Salam :)
tu la, tingat dulu, masa kt asrama, senior2 buat kt dorm, abih sume drawer2 spenda btukar tempat...
Post a Comment