Kerja-kerja Pengubahsuaian Ruang Tamu Selesai

Assalamualaikum korang :)

Kalau hari tu, Mieya ada cerita pasal bilik yang sudah siap sepenuhnya. Begitu juga dengan pemasangan tiles di dalam rumah. Tapi kali ini, masih lagi nak berkongsi cerita mengenai house renovation especially bahagian ruang tamu.


Keadaan ruang tamu yang sedang dicat

Alhamdulillah. kerja-kerja mengecat dinding ruang tamu sudah pon siap dengan jayanya. Sungguhpun rumah dalam keadaan tunggang-langgang sikit. Agak berselerak dengan barang-barang di sana sini.

Ruang tamu yang sudah bercat dan... masih lagi berselerak

And then, Mieya dan adik sependapat bahawa masih ada sesuatu yang tak kena dengan warna cat dinding nie. Terasa macam tak berseri. Nampak biasa. Kosong. Entah lah.

Keesokannya, terus kami berdua suarakan pendapat kami kepada kontraktor. Lalu, terhasillah...




Haaa.. baru nampak okey sikit. Jiran sebelah cakap, warna dinding rumah feeling girl2 gitu. Biru lembut dengan pink. hihi Awesome !

Pintu idaman emak Mieya

Pintu rumah pon dah ditukar. Ada cermin di tengah-tengah pintu. Senang, boleh intai intai orang yang berada di luar sana. heheh. Tapi sayangnya, kunci "lock" rumah mengalami sedikit kerosakan. So thats mean, nak buka pintu dari luar tak boleh. Kena ada orang dari dalam rumah yang buka kan pintu.

K, takpe. Masalah kecil je tu. Dalam dua tiga hari nanti, masalah tersebut akan diselesaikan oleh kontraktor rumah. Just wait and see.

tiles di luar rumah

Now, kerja-kerja pengubahsuaian yang tinggal hanyalah di kawasan luar rumah. Masih lagi belum siap. Mana nak pasang lantainya. Mana nak siapkan tembok rumah. Mana nak cat dinding rumah. Tengok, pagar pon takde lagi. Masih lagi dalam pemprosesan kesemuanya.

Kalau dah siap nanti, Mieya update lagi okey? (bajet macam ada orang kesah pulak kan?) :)



CPUV Kedua dari Nuffnang bagi Tahun 2013

Assalamualaikum wbt kepada pembaca semua :)

Jika sebelum ini dapat CPUV Nuffnang dari Suara13.com; alhamdulillah. Sekali lagi blog Mieya diberi peluang dan kepercayaan oleh pihak Nuffnang dan advertiser untuk memaparkan iklan produk mereka. Terima kasih Nuffnang !

Kali ini, dapat CPUV campaign dari Popular Feb 2013. Di mana, kedai buku Popular sedang mengadakan peraduan terutamanya khas kepada semua pemegang Baucar Buku 1 Malaysia! 



Apa yang perlu anda lakukan ialah... 


Gambar: Here are some exciting news for holders of Baucar Buku 1 Malaysia (1 Malaysia Book Voucher)! Spend RM250 worth of BB1M in any POPULAR outlets and get RM50 Gift Voucher + 1 year POPULAR Card for FREE* while those who spend RM150 worth of BB1M will get RM10 Gift Voucher + 1 year POPULAR Card FREE*!

That's not all! You can even win a chunk of RM 60,000 worth of Monthly & Grand Prizes with your BB1M! Just click on this link http://bit.ly/BB1MContest  to find out how! Share this contest to your friends & stand a chance to win additional POPULAR Gift Vouchers worth RM25!

***

Berita hangat untuk pemegang Baucar Buku 1 Malaysia! Belanjakan sebanyak RM250 BB1M di mana-mana kedai buku POPULAR dan mendapat baucar bernilai RM50 + 1-tahun Kad POPULAR PERCUMA* atau belanjakan sebanyak RM150 BB1M dan mendapat baucar bernilai RM10 + 1-tahun Kad POPULAR secara PERCUMA*

Anda juga berpeluang untuk memenangi Hadiah-Hadiah Bulanan serta Hadiah-Hadiah Utama berjumlah sebanyak RM 60,000 dengan BB1M anda! Klik pada http://bit.ly/BB1MContest untuk menyertai sekarang! 'Share'kan peraduan ini kepada rakan-rakan anda dan berpeluang untuk memenangi ekstra baucar hadiah POPULAR bernilai RM25!

Belanjakan sebanyak RM250 BB1M di mana-mana kedai buku POPULAR dan dapatkan baucar bernilai RM50 + 1-tahun Kad POPULAR PERCUMA* atau belanjakan sebanyak RM150 BB1M dan dapatkan baucar bernilai RM10 + 1-tahun Kad POPULAR secara PERCUMA*


P/S : Sayang Nuffnang ketat-ketat....dengan harapan, bagi CPUV lagi !





Lagu Terbaru Shila Amzah - Masih Aku Cinta

Assalamualaikum wbt :)


Kalau diikuti kisah percintaan mereka dari awal perhubungan, memang dah macam tengok drama. Media massa menjadi penerbit dramanya.

Kalau nak ulas lebih-lebih, sampai berepisod pulak jadinya entri di blog ini jadinya. Kiranya macam drama berantai pulak. Kan?



Lirik Masih Aku Cinta (Shila Amzah)

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada


Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,'kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka
Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama

Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku


Buat Blog boleh dapat duit? Jadi kaya???

Assalamualaikum wbt.

Umumnya, ramai yang buat blog mempunyai matlamat mereka yang tersendiri. Paling biasa yang Mieya selalu nampak dan baca adalah buat blog sebab dapat duit. Hal ini mungkin disebabkan keterujaan melihat ramai blogger yang berjaya serta meraih pendapatan yang cukup lumayan sama ada di tv, surat khabar, majalah dan juga blog.

Ada yang banyak sampai ribu-ribu, ada yang cukup ratus-ratus. Malah ramai yang dah dapat puluh-puluh ringgit hasil berblog. Tak kira lah sama ada yang 'bekerja' di bawah sesebuah syarikat pengiklanan mahupun kedai-kedai dan butik-butik.



Ada blogger yang buat blog kerana percaya bahawa buat duit dengan blog adalah mudah. Padahal ada blog yang dah berkurun lamanya berada di dalam alam maya ini, tetapi pemilik blog tu tak jugak jadi kaya raya. Bukan sedikit tapi ramai.

Pada pandangan Mieya, majoriti masyarakat di luar sana masih lagi tidak memahami konsep blog yang sebetulnya. Fikir mereka, bila dengar sahaja seseorang itu mempunyai blog. Dapat duit.

Untuk pengetahuan kawan-kawan yang takde blog, tak semua blogger buat blog untuk duit dan dapat duit.   Kalau dapat pon, itu semua nasib atau secara kebetulan sahaja. Terutamanya blogger personal macam Mieya nie haa..

Blogger personal yang dapat income banyak dari blog tak ramai. Sangat-sangat tak ramai.  So, janganlah ingat blogger personal ni tulis entri-entri panas semata-mata kerana income. Okey? 

Bak kaya Ben Ashaari,

"Nak $$$, pergi kerja. Jadi jurutera ke.. penjaga gol ke.. pengurus pasukan ke.. atau apa apa je la.. Janji bukan buat blog.. Tak kaya.."



Bayi Didera Pembantu Rumah di Kuantan

Assalamualaikum wbt.

Ada yang tengok Buletin Utama di TV3 malam semalam tak? Berita di mana bayi berusia 4 bulan didera oleh pembantu rumahnya. Astaghfirullahalazim.



Tertanya-tanya jugak Mieya apa yang menyebabkan mereka sanggup berbuat begitu pada budak budak kecik yang tak tau apa apa ni ?



Kalau tension pon, tak payah lah sampai nak dera budak yang tidak berdosa ini. huhu kesiannya.


Update Terkini !!!

Akhirnya Pembantu Rumah Yang Mendera Bayi Berusia 4 Bulan Di Penjara 20 tahun !




Perempuan dan Barang Kemas

Assalamualaikum wbt :)

Baru-baru ini, Mieya telah berkunjung ke sebuah kedai emas Poh Sin yang terletak di Petaling Jaya bersama adik dan juga abah tersayang. Tujuan ke sana adalah untuk menukar set barang kemas kami dua beradik yang rosak seperti putus, kemek dan juga patah. Kira macam trade in lah.

Setelah lima tahun lamanya, akhirnya rosak jugak. Nampak sangat kualitinya yang tak berapa elok. hmm

Time dulu-dulu, abah yang pilihkan kesemuanya. Tapi sekarang, bila dah diberi peluang untuk memilih sendiri set barang kemas mengikut citarasa sendiri. Of course lah, Mieya menggunakan peluang yang diberi dengan sebaiknya kan?

Cuba teka yang mana satu saya :D

Memandangkan harga emas yang agak turun naik dan sekarang ini sedang menaik. Mieya nak pilih cincin, subang, gelang dan rantai leher pon sedikit teragak-agak. Adik kat sebelah, main pakai tunjuk je nak itu dan ini dengan rakusnya.
Ceh, ayatnya bukan main lagi. Hiperbola habis! -,,-


Maka, sebagai akak yang ingin mempertahankan keadilan di mana di antara Mieya dengan adik seharusnya sama rata, tiada yang lebih mahupun kurang. Terus aje, Mieya cuit adik Mieya sambil berbisik,

Sebelum pilih tu, tengok beratnya dulu. 
Berapa gram? Paling maksimum pon jangan sampai 5g.
Ingat bajet kita sebelum nie !


Ini antara barang kemas pilihan Mieya. Subang, gelang, cincin dan tidak dilupa rantai leher. Manakala barang kemas adik Mieya pula, hampir sama dengan yang Mieya punya cuma tiada rantai leher je. 
Maaf, kualiti gambar agak tidak memuaskan. Maklum sahaja lah, kamera handphone cikai Mieya nie mana mampu untuk menghasilkan gambar-gambar setanding handphone canggih korang tu.

Harga emas sekarang nie semakin tinggi ditambah pula dengan kos upahnya lagi. Tapi setelah mendapat potongan harga, iaitu pada diskaun terakhir yang pihak mereka boleh kasi. Akhirnya total up kesemuanya barang kemas berjumlah RM4010.

Manakala barang kemas yang rosak tadi setelah dikira-kira berharga sekitar RM2460. Padahal dulu beli, tak sampai ke angka dua ribu pon. Tapi sekarang.... nah kau ! Tinggi punya harga woah !

Jadi, setelah ditolak dengan harga barang kemas lama yang telah dijual, maka abah hanya perlu membayar sebanyak RM1550 sahaja. Terdapat banyak penjimatan wang di situ.


P/S : Dari kecik lagi, abah dah pakaikan kami dua beradik dengan perhiasan emas, terutamanya emas 916. Katanya tak rugi kalau melabur dengan emas nie. Bila masa sesak atau berada dalam keadaan darurat, boleh dilabur atau dipajak untuk sementara waktu bagi mendapatkan wang.


CPUV Pertama Nuffnang bagi Tahun 2013

Assalamualaikum wbt :)

Haaa. What's up guys..!

Setelah sekian lama menunggu...dan pernah dua tiga empat kali rasa macam give up dah nak menunggu. Tetapi akhirnya melekat juga CPUV pertama bagi tahun 2013.

Terkedek-kedek betul blog Mieya nie. Orang lain dah merasa hampir 9 ke 10 CPUV/BE untuk tahun 2013 nie. Manakala Mieya pula, dah masuk pertengahan bulan Februari baru dapat seketul BE. hahaha kesian betul !

Alhamdulillah, masih lagi mendapat kepercayaan daripada pihak Nuffnang dan advertiser. Biarpun mood blogging semakin tenggelam ke dasar laut ditambah dengan kesibukan dalam mengemas rumah yang macam sarang tikus. Akhirnya Nuffnang berbesar hati memberi CPUV terbaru.

Nak tahu apa CPUV terbaru di blog Mieya nie?


Kalau tak silap Mieya, Suara13.com merupakan sebuah laman web online yang mengandungi berita-berita berkisar politik yang berlaku dalam negara kita. Di mana menggunakan pepatah Dari rakyat Untuk rakyat sebagai tema bersesuaian dengan slogan kerajaan janji ditepati ! Maklum sahaja lah, bahang PRU 2013 kan semakin dekat terasa ! 


Dan bagi mereka yang masih berusaha mendapatkan CPUV/BE, apa kata kalau korang cuba praktikkan tips yang Mieya lakukan nie.



Cat Dinding Bilik dan Pemasangan Tiles

Assalamualaikum wbt :)

Macam yang Mieya ceritakan di entri lepas, bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat kepunyaan parents Mieya sudah hampir siap.

Di mana bahagian dalam bilik baru sudah pon dicat. Bewarna biru uolls. Luar rumah warna pink, dalam rumah pula warna biru. Sesuai lah dengan selera kami anak-beranak. Di mana ada lelaki dan juga perempuan.

Tile pon dah siap pasang sepenuhnya di bilik baru dan juga dekat kawasan ruang tamu. Cuma sekarang nie, tengah tambak simen kat bahagian luar rumah untuk dibuat tempat parking 6 bijik motor. Esok mungkin siap sepenuhnyalah kot kat bahagian luar rumah tu. 

Okey lah korang layanlah dulu gambar-gambar yang sempat Mieya tangkap dekat bawah ni dulu ye. 
P/s : Bahagian luar rumah dan juga ruang tamu belum lagi siap dicat sepenuhnya. Sebabnya tiles kat kawasan luar rumah tu belum siap dipasang lagi.
Gambar rumah dari sisi hadapan


sesi mengecat dinding ruang tamu lama
Bilik atas yang sudah siap sepenuhnya


Pintu pon dah ada. Siap bercat malah lengkap dengan tombol pintunya sekali. So, lepas nie tak payah risau kalau nak tinggalkan rumah sehari dua nanti. 

Jadi, selepas waktu maghrib tadi, kami sekeluarga berkumpul di kawasan ruang tamu. And then, keluarlah topik pasal penyambungan semula wayar Astro ke rumah kami. wuwuwu, dah lama benor teman tak tengok tv. Sedih betul !

And then, sembang punya sembang. Barulah terperasan, yang lubang khas untuk wayar Astro tiada sedangkan dinding rumah sudah pon siap diplaster dan juga dicat sepenuhnya. Walaweh ! Ini semua gara-gara excited punya pasal dengan proses ubahsuai rumah yang hampir nak siap. Memang terbaik lah !


So, apa pendapat korang mengenai pemilihan warna cat di rumah Mieya tu. Okey ke?




Bibir mengukir senyum, dalam hati siapa tahu?


Assalamualaikum wbt kalian.


"Kita sering tersenyum bahagia namun hati kita bukan begitu gambarannya. Oleh kerana sikap hormat , menjaga hati dan keterpaksaan dalam sesuatu pekerjaan ataupun perhubungan, kita sering berlakon untuk terus senyum di mata semua orang walaupun hati kita menjerit pilu. Terlalu mudah bagi kita mengorbankan perasaan kita sendiri pada sesuatu yang kita inginkan hingga kita lupa bahawa hati kita menjerit meminta pertimbangan. Ya, benar. Kitalah manusia yang suka memakai 'topeng' pada wajah kita sendiri. Tanpa sedar, selama ini kita hidup dalam keadaan HIPOKRIT!"



Mungkin bagi orang, kalau dia nampak ceria, easy-going, gembira selalu. 
Bibir sentiasa tak lekang daripada mengukir senyuman.
Sering mencuit hati orang dengan keletah dan juga bual bicaranya.

Kita pon rasa,
Wah, bestnya hidup dia, sentiasa ceria selalu.

Ya, itu semua hanya anggapan kita berdasarkan penilaian dari segi luaran semata-mata. 

Tetapi dalam hati dia..? Siapa sahaja yang tahu? 
Tersimpannya satu cerita, cerita yang sukar untuk dikongsi ramai. 
Bak kata pepatah, "Diluah Mati Emak, Ditelan Mati Bapak"

Maka, jalan terbaik yang boleh dia lakukan adalah berdiam diri semampu boleh. 

Bibir tersenyum, hati menangis. Walaupun agak negatif, dalam diam ia mampu menerbitkan suatu kekuatan yang luar biasa dalam diri kita sendiri.


Seksanya rasa sekiranya niat serta impian kita mati di tengah jalan. 
Demi menjaga hati ramai orang, kita teruskan jua. 

Dan akhirnya, bila sampai ke suatu tahap, kita sedar apa yang kita usahakan itu berlawanan dengan kehendak diri kita. Sekaligus menyebabkan diri kita rasa sangat terseksa. Hanya Dia sahaja yang faham bagaimana pedih rasanya hati itu.

Di saat semua orang mula meninggalkan kita, 
disaat semua orang memperlekehkan diri kita, 
disaat kita dihina dan di saat kita ditertawakan 

tetapi kita menerima dugaan ini dengan senyuman dan terus tersenyum pada dunia walaupun hakikatnya kita merasa sakit yang teramat. 


Bibir dan hati tidak henti berdoa dan terus berdoa. Meminta agar dikurniakan ketenangan..dipermudahkan dalam segala hal..tetapi..... dalam masa yang sama, diri ini akan terus bertahan sedaya yang mampu.


Sebenarnya kita membina suatu kekuatan dalam diri. Kekuatan ini pula haruslah disulami dengan pemikiran yang positif dengan berkata pada ujian tersebut, Aku tak akan mengalah!”.

Ya Tuhan..berkatilah diriku agar mampu menjadi sekuat insan lain yang daku kenali.



Spontaneous Thursday #8 | Chance To Change



Give a change a chance. 




Dinginnya angin malam

Assalamualaikum :)

Dah pukul berapa nie? Cuba korang tengok jam sekejap. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menaip blog lagi hari ini. Padahal hampir terlupa menghupdate sebenarnya. heheh

Setelah hampir 3 malam berada di kampung halaman, semalam merupakan malam yang terakhir Mieya sekeluarga tidur di kampung. Tidur lambak sambil menonton tv bersama sepupu, makcik, nenek serta ahli keluarga yang lain.

Ohh ya, Mieya pulang ke kampung emak di Sabak Bernam. Manakala, kampung di sebelah abah di Labu Kubong, Perak. Mieya dengan adik shopping sakan kain pasang di kedai berdekatan dengan Menara Condong tu.


Best duduk kampung ! Cuacanya amat berlainan sekali jika dibandingkan dengan cuaca panas terik di Pulau Pinang dan juga di Kuala Lumpur, terutamanya pada waktu malam.

Siapa cakap, duduk kat kampung tak best? Masakan kurang enak? Rugilah kalian.. Masa inilah, kita berpeluang mengenali, merasa makanan yang jarang didapati di kawasan bandar yang sibuk sana. Paling Mieya suka ialah masakan jawa daripada nenek. Sangat-sangat sedap, memang tak pernah jemu.

Lagipun, kehidupan di kampung lebih tenang dan tenteram jika dibandingkan dengan kehidupan di kota raya sana. Sekali-sekala dapat menyepikan diri sebentar dengan menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan pon best jugak. hihi

Korang cuti pergi ke mana je?


Wordless Wednesday #32 | Ngorat


Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

Rumah Atas dah hampir 80% Siap

Assalamualaikum korang :)

Hai~ hikhik. Mieya baru je berkesempatan nak mengonlinekan diri seketika setelah seharian dengan tugas-tugas harian di rumah dengan menyapu dan mengemopnya.


Betul kata orang, bila kita sedang sibuk dengan sesuatu benda nie. Kalau boleh, mesti nak bercerita mengenai progress ataau perkembangan semasa mengenai sesuatu projek yang sedang kita usahakan itu.

Nak nak lagi jika beliau adalah seorang blogger. Macam Mieya lah. Sejak kebelakangan ini, tak habis-habis bercerita pasal rumah yang sedang diubahsuai tu.

Ramai yang komen di entri lepas, warna cat di dinding rumah Mieya nie bewarna pink + purple ke? hiks. Sebenarnya tak lah. itu warna Carnival Pink sebenarnya.


Bercerita pasal perkembangan semasa rumah pula, banyak benda yang hendak Mieya cerita kan sebenarnya. Tapi tak tercerita pulak. Hmm. Nanti lah ye. Tak terkejar pulak rasanya nak cerita kat entri kali nie.

Cuma, Mieya nak cakap. Bilik kat bahagian tingkat atas tu dah hampir-hampir siap sepenuhnya. And tak lama lagi kerja-kerja pengubahsuaian di rumah Mieya akan selesai. Mungkin lagi 2 ke 3 minggu lagi. Lebih kurang macam tu la.


Segmen : Pencarian Bloglist Feb-Jun Mieya Atiera

Assalamualaikum wbt :)

Sedang Mieya mengemaskini laman blog kesayangan Mieya nie, baru hari ini Mieya perasan. Bloglist Mieya yang kat bahagian sidebar di hujung bawah sekali, dah lama tak berhupdate. Last update, bulan September 2012 dulu. Itupon just tukar nama kepada Rakan Blogger Nov-Dis. Sangat-sangat lama kan?

So, memandangkan bloglist ini dah lama. Mieya nak beri peluang kepada blogger lain untuk sama-sama meningkatkan trafik ke blog mereka dengan menggantikan bloglist lama ini dengan yang baru. Di mana Mieya nak anjurkan sebuah segmen yang simple dan mudah untuk korang ikut serta.

Syarat-syarat penyertaan :

1. Follow blog Mieya (tiada paksaan)
2. Buat satu entri yang bertajuk "Segmen : Pencarian Bloglist Feb-Jun Mieya Atiera"
3. Copy header Mieya dan link kan ke entri ini.

KLIK SINI untuk copy url gambar
4. Tinggalkan link di kotak komen entri nie. Kalau tinggalkan link di shoutbox takkan dilayan.
5. Tarikh tutup segmen nie adalah pada 10 Mac 2013.

Bagi mereka yang kaki komen di blog Mieya, Mieya akan list kan url blog korang terus di bloglist kekal Mieya kat bahagian Sahabat Blogger. 

Manakala, bagi para peserta segmen ini akan di list kan terus ke dalam Bloglist Feb-Jun. 
So, tunggu apa lagi? Jom join ramai-ramai.




Mood Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum wbt :)

Sungguh ! Sekarang nie Mieya berada dalam keadaan tak menang tangan nak kemas rumah dan yang paling penting, nak kemas barang-barang semua ni. Nak packing barang-barang untuk bercuti di kampung sempena raya cina ni.

Dengan harapan, dapat menenangkan fikiran serta mengembalikan semula mood ceria dalam diri seorang Mieya. Petang semalam, abah pulang bersama dua kotak buah limau. Buah tangan daripada tauke tempat dia bekerja.


Pagi-pagi lagi dah fikir, benda apa saja yang perlu Mieya bawa ke sana. Laptop? Mieya guna laptop dan bukan lagi notebook. Line kat kampung, bukannya selalu ada. Macam chipsmore. Bendanya sikit, and then sekejap je boleh hilang.

Kalau tak bawa bersama, peratus kebarangkalian menyebabkan Mieya bosan adalah sangat tinggi sekali. Walhal Mieya dan keluarga dah plan nak bershopping sakan di sekitar pekan Sabak Bernam dan juga di sekitar bandar Teluk Intan. Rasa bawa benda alah ni macam satu masalah pulak ! Campak kang, baru tahu !

Hmmm.. Ini pon rasanya.. Mieya sekeluarga bercuti di kampung paling-paling sekejap pon 3 hari sahaja memandangkan keadaan fizikal rumah yang belum siap sepenuhnya dan boleh dianggap sebagai kurang selamat.

Jadi, perasaan sebelum nak pergi meninggalkan rumah tu terasa macam berat sekali. padahal ada je abang-abang Mieya yang ada, 'berjaga' di rumah.


Spontaneous Thursday #7 | Quote Of The Day

"Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi. 

Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan"



Wordless Wednesday #31 | Pink gitu


 P/s : Mesti ada yang pelik kan? Kenapa cat dinding rumah kat bahagian atas je? heheh Actually, nak siapkan rumah di bahagian atas dulu.. And then, barulah nak siapkan bahagian bawah pulak.

Senang. Tak payah turun naik, turun naik lagi lepas nie. Btw, rumah dijangka siap sebulan lagi atau lebih.


Segmen : Jom Tambah Followers Blog by Anis Zainudin

Assalamualaikum wbt :)

Setelah seharian semalam, menyimpan entri ini di celah ketiak (k, tipu. Padahal smpan rapi di draft) dek kerana memberi laluan untuk menghupdate entri mengenai proram My Beautiful Malaysia.

Maka, hari ini akan Mieya lunaskan segala-galanya. Baru-baru ini, Mieya telah ditag oleh blogger Aimi Syahirah untuk memeriahkan lagi segmen yang diberi tajuk : Segmen : Jom Tambah Followers Blog by Anis Zainudin.


So guys, jomlah ramai-ramai kita pakat memeriahkan lagi segmen nie. Lagi ramai yang join lagi bagus. Selain dapat menambah kenalan baru, dapat juga kita blogwalking dari satu blog ke blog yang lain :)


Artis-Artis yang turut Memeriahkan Program 1M4U di Taman Medan

Assalamualaikum wbt :)

Ramai yang mengatakan Mieya skodeng artis melalui komen di entri semalam. Padahal tak pon, Noh Hujan memang perasan pon Mieya sedang melepak-lepak bersama-sama dengan adik Mieya berhampiran dengan kenderaan mereka. Cuma, Mieya je duduk diam-diam kucing di situ. hehe

sebagai buktinya...


Mieya sedang ralit duduk-duduk sambil menekan-nekan button handphone and then terperasan akan kehadiran sekumpulan orang berdekatan dengan tempat Mieya duduk tu. Dan siapa sangka, orang tersebut ialah Altimet, Noh Hujan and the gang ! Wohooo... Excited sangat dapat tengok mereka secara real.

Program 1M4U yang berlangsung di Taman Medan turut dihadiri oleh ikon belia iaitu Michael Teoh, Lisa Surihani, Altimet dan Noh Hujan.

Kiut betul lisa sughihani nie. Nampak flawless gitu muka dia.

tak sempat nak ambik gambar Noh Hujan. Cilok kat tv kejap. hihi

Part yang paling menyeronokkan sekali, sudah semestinyalah persembahan daripada para artis kan? Rasa seronok sesangat dapat ikut serta persembahan secara live daripada artis baru, Jamilah. Selain itu, ada juga Shiha Mentor, Black Mentor dan RJ.  


Keadaan di pentas semakin kecoh dengan kemunculan Nabil dan juga Angah Raja Lawak. Nabil datang dengan menaiki motor superbike weh. 


Seriously, memang tak kering gusi lah kita orang di sana dengan keletah dan lawak daripada mereka. Setiap kali ada budak yang menangis kerana terpisah daripada ibu bapa, mereka bawa budak tu ke pentas. Lalu, lagu Bersamamu TV3 dimainkan dan bermulalah aksi sedih mereka bercerita mengenai "nasib budak kecil itu". kehkeh nakal betul !

Nabil dan angah turut memeriahkan program 1M4U dengan mendendangkan lagu Kehilangan daripada Firman. Selain menganjurkan pertandingan joget ala-ala gangnam style mengikut pilihan kuda masing-masing, di mana penyertaan terbuka khas untuk makcik-makcik.  Ada kuda dangdut, kuda bollywood dan macam-macam lagi.

Dan pemenangnya...

stylo habis kan nenek nie !

Acara program diakhiri dengan cabutan bertuah dan malangnya Mieya antara makhluk yang tak bertuah pada hari itu. tsk tsk~


Resepi Roti Gulung Sosej Celup Tepung

Assalamualaikum wbt :)

Sejak dua menjak kebelakangan ini, Mieya perasan yang Mieya rajin sekali ke dapur untuk menyediakan makanan untuk minum petang. Entah lah. Boleh dikatakan, memasak di waktu petang menjadi hobi baru kepada Mieya memandangkan Mieya nie merupakan seorang yang suka mencuba.

Macam hari tu, Mieya cuba buat roti gulung sosej. Sebabnya, tempoh hari sepanjang berada di UiTM Permatang Pauh, boleh dikatakan selalu juga lah Mieya membeli roti hotdog nie. Macam ketagih pon ada. hihi

So, muncul lah idea untuk membuat roti gulung sosej nie.


Bahan-bahan :
Beberapa keping roti
Beberapa batang sosej (kalau roti enam, maka sosej pon enam jugak.)
Mayonis
Sos cili
Sebiji telur dibancuh bersama tepung gandum dan sedikit air

Cara-cara :
1. Goreng / kukus / rebus sosej dan kemudiannya ditos sampai kering.
2. Bancuh telur bersama tepung dan juga sedikit air.
3. Ambil sekeping roti, gelek sampai nipis menggunakan penggelek atau gelas.
4. Letakkan sosej, kemudian letakkan mayonis dan sos cili mengikut citarasa dan gulungkan ia.
5. Celup ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng dengan api yang sederhana.
6. Ulangi langkah 3 hingga 5 untuk hidangan pukal.
7. Bila dah siap, sedia untuk dihidang.

Resepi semudah ABC, sangat-sangat simple bukan? Lepas nie nak try godek-godek resipi puding roti pulak.


Gambar-gambar Sekitar Pelancaran My Beautiful Malaysia

Assalamualaikum wbt :)

Seawal jam 7.30 pagi, Mieya bergerak ke lokasi program My Beautiful Malaysia, iaitu di SMK Taman Medan dengan menaiki kereta bersama jiran Mieya. Konon-konon nak join acara senam robik dan sarapan pagi bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa di flat Taman Medan Cahaya.

Tapi memandangkan nak cari tempat parking kereta pon terpaksa berpusing dua tiga kali dan akhirnya baru jumpa. Sesak. Satu perkataan yang terucap di mulut ketika itu.  Terus cancel plan yang direncanakan awal-awal tadi. 

Lantas, kami bergerak masuk ke kawasan padang SMK Taman Medan dan Mieya terus mencari tempat duduk berdekatan dengan kawasan tepi pentas. Ye la, memandangkan kawasan di hadapan pentas dah reserved untuk para hadirin yang terlibat, terpaksa lah mengalah untuk duduk di sudut tepi.



Ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada pukul 9.30 pagi disambut meriah di padang SMK Taman Medan. Selesai memberikan ucapan, diikuti pula dengan perasmian program 1M4U bagi tahun 2013.

Belon yang berterbangan di udara usai selepas majlis perasmian oleh PM kita


Perdana Menteri turut menyertai acara gotong royong mengecat bangunan Sekolah Menengah Taman Medan bersama warga tempatan Kampung Medan selain menanam pokok buah-buahan di kawasan tapak acara bersama sukarelawan My Beautiful Malaysia.
Dalam acara berasingan, Rosmah melawat Tadika Kemas Mutiara di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan serta menyertai aktiviti bersama kanak-kanak pintar, aktiviti menyusun puzzle dan mewarna dan aktiviti kraftangan orang dewasa.


P/S : Sewaktu pelancaran program, Mieya takde pon berdekatan dengan kawasan pentas dek kerana Mieya bertugas dalam mengagihkan makanan kepada mereka yang hadir. Well, semangat kesukarelawanan kan? :)

Melepas sudah

Assalamualaikum wbt :)

Konon-konon, plan dari rumah sebelum bergerak pergi ke program My Beautiful Malaysia. Mieya nak pulun melepak dengan para retisss yang ada. Agak-agak kalau dapat bergambar sepuloh dua sebagai kenang-kenangan pon dah kira menggumbirakan hati seorang Mieya.

Lagi riak ditambah takbur bila gambar tersebut di-upload ke facebook. Errr... lagi lah. muahaha *gelak jahat

Tapi tuntasnya...
kawasan parking kereta SMK Taman Medan

Mieya nie seorang yang penyegan dan pemalu tak bertempat orangnya. haha habis punah segala-gala harapan dan impian daku yang tinggi melambung.

Hanya mampu melihat dan memerhatikan sahaja Altimet dan Noh Hujan dari jarak yang agak dekat lah jugak. Sambil dalam diam, gambar secara curi-curi diambil. hekhek

Kira okey lah tu daripada takde langsung. Ye dak? haha lol, apalah Mieya nie -.-"


Dinding rumah dah diplaster

Assalamualaikum wbt :)

Sungguh excited rasanya setiap kali ingin bercerita mengenai progress terbaru pasal rumah, teratak tercinta bagi Mieya sekeluarga. Kekadang bila time nak susun ayat untuk ditaip disini, sampai terbedik-bedik bijik mata memikirkan ayat yang sesuai.

Jadi, apa kata jikalau Mieya bercerita sambil korang semua dihidangkan dengan gambar-gambar berkaitan dengan renovation di rumah Mieya.


Alhamdulillah, dinding rumah sudah hampir 60% siap diplaster. Manakala yang selebihnya, mungkin esok atau lusa akan disambung kerja-kerja memplaster dinding.

Nampak kan sebatang kayu pengecat di tepi dinding dalam gambar di atas?


Haaa.. Siling rumah juga sudah dipasang dan dicat keseluruhannya. Cuma tunggu masa nak pecahkan dinding dari bahagian dalam untuk dibuat pintu sahaja. Kalau tak dipecah, macam mana pulak kita orang semua nak mendiami bilik baru tu nanti kan? heheh

P/S : Nanti Mieya kongsi cedrita pasal program 1M4U di lain entri. Nantikan ye semua :)


02.02.2013

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya, Mieya masih lagi bernyawa pagi ini. Masih lagi berkesempatan meraikan ulang tahun yang ke 19. Masih mampu menghirup udara segar ciptaan Allah SWT. Alhamdulillah.


Terima kasih YA ALLAH, untuk ketawa, menangis, pahit, manis, sepi, gembira dan segala kemudahan/kesenangan yang telah Engkau berikan.

Terima kasih KELUARGA kerana mengajar bagaimana untuk menjalani hidup yang penuh dengan cabaran, onak duri. Sentiasa ada disisi di saat diri ini lemah longlai untuk melangkah. Sentiasa hadir untuk memberi sokongan dan kata-kata semangat.

Terima kasih KAWAN-KAWAN. Kalian membantu diri ini bangkit dengan nasihat dan semangat walaupun terkadang memaksa diri ini untuk bangkit dengan tamparan.

Terima kasih atas doa dan ucapan selamat hari lahir daripada kalian. Semoga ALLAH kabulkan dan semoga ALLAH merahmati kalian semua. Sekali lagi, selamat hari lahir untuk diri sendiri dan semua yang lahir dalam bulan November.

♥ Semoga Mieya semakin kuat melangkah dan meneruskan kehidupan yang semakin mencabar dengan usia yang baru. Semoga semuanya adalah yang terindah dan terbaik dalam hidup Mieya.♥



Selamat hari jadi untuk diri sendiri. Nampaknya tahun ini merupakan tahun terakhir pegang angka belasan tahun, tahun depan dah upgrade 2 series. heheh 

Memandangkan entri kali ini mengenai birthday. Jadi, kepada yang sambut birthday hari ni, diucapkan selamat menyambut hari lahir. Kita mungkin berkongsi bintang yang sama, tapi belum tentu punya rasa yang sama, kan?