My beautiful Malaysia Day 2013

Lepas Mieya makan tengah hari tadi, Mieya kembali semula ke bilik di tingkat atas untuk menonton tv; memandangkan tv di ruang tamu masih lagi tidak boleh beroperasi dek kerana tiada sambungan terus ke piring Astro.

Macam biasa, remote terhenti kat TV3 kerana itulah satu-satunya siaran yang paling jelas dan clear dari sebarang bintik-bintik halus di sini. Sekali Berita Terkini menguar-uarkan mengenai Program My Beautiful Malaysia Day’ pada 3 Februari ini yang berlangsung secara serentak di 100 lokasi seluruh negara.

Antara senarai lokasi yang terlibat ialah :





My Beautiful Malaysia Day 2013. Apakah yang kalian faham mengenai program ini? Adakah ia program pelancongan? Atau mungkin sekadar festival seperti Floria? Atau mungkin juga program kebudayaan? Haaa... Mieya sendiri pun baru nak faham program nie program apa sebenarnya.


Objektif program ini adalah untuk menggalakkan dan mencetuskan semangat sukarelawan dikalangan para belia Malaysia. Program ini diharap mampu memberi impak positif dikalangan belia.



Dan yang paling mengujakan Mieya, sudah semestinya adalah... Program ini akan dilancarkan betul-betul dalam kawasan penempatan Mieya sekeluarga.

Padang SMK Taman Medan dan juga SK Taman Medan, kedua-dua tempat nostalgik ini merupakan tempat Mieya menimba ilmu suatu masa dulu. Yeahhh, sudah semestinya Mieya takkan lepaskan peluang untuk turut serta.

Btw, korang dah daftar untuk join program ni? Kalau belum boleh klik link ni untuk info bagaimana nak daftar ye




Wordless Wednesday #30

Ini adalah rentetan dari entri INI dan INI. (sila klik pada link yang dihighlight untuk meneruskan pembacaan entri yang lepas.) Terima kasih :)

Dan seperti yang dijanjikan di entri yang lepas ...


ini lah reka bentuk rumah Mieya sekeluarga. Belum siap lagi sebenarnya nie. Setakat ini, rumah ini masih baru 30%  siap. Dan dijangka kan lagi sebulan atau lebih, baru siap dibina sepenuhnya.

Tapi yang musykilnya, setiap kali orang lalu-lalang di hadapan rumah Mieya, tiap kali itu juga dorang akan menoleh memandang ke arah rumah. Kenapa ye?

P/S : Hilang wordless wednesday hari ini. APTB ! -,-"


Tips Dapat CPUV Campaign Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)


Inilah kerenah manusia. Bila Nuffnang dah bagi CPUV Campaign berketul-ketul tak reti nak jaga dengan penuh kasih sayang. Bila tak bagi CPUV pulak, mula lah nak merajuk. Buat protes sana sini. hisyy, teruknya! 


Ramai yang masih tak tahu apakah itu BE atau CPUV, terutamanya blogger baru. CPUV adalah singkatan daripada perkataan Click-Per-Unit-Visit yang bermaksud pendapatan terumpuk/terkumpul. Ia adalah iklan berbayar terbaik dari Nuffnang. Anda akan dibayar berdasarkan Unique Visitor dan juga jumlah klik yang diterima semasa kempen sedang berjalan


Jadi, macam mana cara nak dapatkan CPUV nie? Haaa... Macam mana? macam mana???


Okey, kalau korang search kat google tu, confirm berlambak entri pasal tips nak dapatkan CPUV yang dikongsi oleh blogger lain. Hmmm, itu cara dorang, macam mana pulak dengan cara Mieya ye? 

  • Status keahlian Nuffnang mesti Gliteratti/Exclusive. Kalau berstatus Ordinary..kebarangkalian untuk menerima CPUV adalah sangat tipis sekali.
  • Pastikan kedudukan iklan Nuffnang, iaitu Leaderboard, Skycraper dan Large Rectangle terletak di tempat yang sepatutnya.

  • Jangan sesekali menduakan Nuffnang, iaitu letak iklan lain selain daripada Nuffnang. Kalau Churpchurp tu okey lagi lah.
  • Update Blogger Bio sekurang-kurangnya sebulan sekali
  • Tonjolkan keunikan blog korang sama ada ceritakan serba-serbi pasal diri dan blog dalam survey.. atau upkan entri yang readers suka.
  • Rajin-rajin berinteraksi dengan pihak Nuffnang dengan menghantar tiket. Tanya je apa-apa soalan mengenai CPUV. Kenapa blog korang tak dapat CPUV? confirm pertanyaan korang akan dijawab.
  • Pastikan masa Loading untuk membuka blog korang tak terlalu berat atau lambat. Kalau boleh, widget yang tak diperlukan sila buang.
  • Rajin-rajin update blog at least seminggu 3 kali atau lebih. Hal ini sekaligus menunjukkan blog korang aktif di mata pihak Nuffnang.
  • Pastikan entri yang korang taip adalah asli. Kalau copy paste pon, pandai-pandailah bagi backlink, adjust ayat bagi mantap lebih sikit. Sebabnya Nuffnang menitik beratkan keaslian sesebuah artikel yang ditulis.
  • Jauhi diri anda dari menaip entri berbaur lucah dan juga berunsurkan politik. Ingat, hasil pendapatan daripada entri lucah tak halal ye.
  • Jangan klik iklan sendiri, nanti tak pasal-pasal akan dianggap sebagai fraud klik dan berkemungkinan besar, akaun Nuffnang korang kena banned !
  • Maintain kan trafik at least 50UV. Jangan biarkan trafik jatuh macam naik turun tangga. Kalau boleh tingkatkan dari sehari ke sehari.
  • Kalau boleh, dapatkan pembaca setia blog masing-masing. So disini, komunikasi dua hala sangat memainkan peranan ye?
  • Sentiasa sabar. Mungkin tiada iklan yang sesuai untuk korang kan? Atau mungkin belum sampai lagi rezeki korang.

Itu je lah antara tips yang Mieya praktik kan selama ini. Tapi still, kekadang ada juga masa-masanya blog Mieya langsung tak diberi CPUV campaign. Mungkin tiada lagi iklan kempen yang bersesuaian dengan demografi blog dan juga pembaca blog Mieya nie kot. 

Takpe, yang penting dapat meluangkan sedikit masa dengan hobi berblogging selain dapat mengenali kawan-kawan baru di sini pon dah kira satu bonus buat Mieya. At least, ada juga tempat untuk meluahkan kata-kata.


Diet Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum wbt 

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan ikut sesuka hati kita saja. Ada juga pantang larangnya berdasarkan hukum-hukum Islam.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau kita semua ikut diet Rasulullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.




Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.

(Hadis riwayat Bukhari)




Rumah Tak Bertembok

Assalamualaikum wbt :)

Dua, tiga malam sepanjang minggu ini, memang tidur Mieya sekeluarga amat-amat tidak lena. Bukannya disebabkan oleh gangguan sama ada secara fizikal mahupun secara mental.

Tapi disebabkan ...


Rumah tak bertembok. alahaiii..

Actually, pagar rumah yang gagah berdiri terpacak di lantai rumah nie pon akan dibuka dalam masa terdekat nie. Nak anjakkan ke depan sikit, macam rumah jiran sebelah. Eh, nampak tak?

Jadi sebagai langkah berjaga-jaga dek kerana mat cadde (penagih dadah) yang semakin bertindak liar di kawasan sekitar tempat tinggal Mieya sekeluarga. dengan aktiviti mencurinya.. Ampaian baju dan juga tong sampah diletakkan betul-betul di bahagian tembok tu.

Tapi itupon masih membuatkan tidur kami sekeluarga kurang lena lagi. Haisy~


Bara Bara Bara Bere Bere Bere

Assalamualaikum :)

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa motif Mieya letak tajuk post kali ini dengan dua suku kata yang sama dan diulang-ulang? Adakah kerana typo, malas nak tekan button backspace atau..

heheh. Actually, Bara Bara Bere Bere tu merupakan sebuah tajuk lagu lah. Lagu tersebut telah dinyanyikan semula oleh Alex Ferrari dan juga penyanyi asalnya, Michael Telo. Eh, ye ke nie?? hentam je lah labu ..


Lately, lagu nie seringkali menjadi siulan anak-anak muda belasan tahun macam Mieya nie. Siap ada yang menjadikan lagu ini sebagai ringtone, nickname dan sebagainya. Tak kira lah sama ada di Twitter mahupun facebook.

Bara bara bara. Bere bere bere. Bara bara bara bere bere bere bere. Okay. Mieya pon dah mula suka lagu nie. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan adik Mieya lah nie. Suka sangat nyanyi lagu nie. 

Tapi, malangnya... Mieya tak reti nak translate kan apa maksud lagu tu kat korang semua. Dengar sendiri lah okay. Best lah jugak. Hahaha. Bara bara bara. Okay dah stop. Macam orang gila pulak, taip lirik lagu tu sampai penuh satu paragraph. Hahaha. 



Bila rumah sedang diubahsuai ..

Assalamualaikum wbt korang :)

Seharian Mieya tidak mengepos sebarang entri baru. Dan malangnya, itu bukanlah suatu perkara yang terbaru mengenai diri seorang Mieya. Seorang yang jarang tepati janji. Padahal dulu, punya lah berjanji nak pulun update blog hari-hari, yakni paling minima satu entri sehari.

Tapi malangnya... hahaha

Adoyai... Actually dua tiga minggu ini, Mieya dan keluarga sangat-sangat sibuk dan penat membersih dan mengemas rumah yang sedang di renovate. Semestinya keadaan di rumah Mieya sekarang, sedang dipenuhi habuk dan debu yang banyak.

Menariknya, proses renovation rumah Mieya nie hampir sepenuhnya diuruskan oleh kawan abah Mieya. Dari bab dinding, tiang hinggalah ke bentuk rumah tu sendiri. Semuanya abah serahkan kepada beliau.

Terpulang kepada beliau sendiri, nak bina rumah tu macam mana, style apa. Keluarga Mieya hanya beritahu apa yang kita orang nak dan tak nak, and then bentuk rumah idaman sekeluarga. Senang, tak payah nak serabutkan kepala antara satu sama lain.

So, sepanjang proses ubahsuai rumah nie, memang hari-hari lah Mieya terpaksa turun padang dalam membantu emak mengemas, menyapu dan mengemop lantai.


Haaa.. tengok je lah keadaan dalam rumah yang berselerak dengan susunan perabot yang entah ke mana. Hari ini, para pekerja yang terlibat sibuk membuat wiring. Eh, betul ke eja macam tu?

Bahagian rumah yang sedang diubahsuai tu sebenarnya kat luar.  Sambung rumah menjadi dua tingkat. Nak besarkan bahagian ruang tamu tu sikit.  Tak sempat pulak nak capture gambarnya. Nantikan je lah ye? heheh

P/S : Dinding kat bahagian tingkap itulah yang akan dipecahkan nanti. Renovate biar jadi besar sikit ruang tamu rumah kitorang.



Salam Maulidur Rasul 1434H

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua :)


Sebelum tu nak ucap Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H buat muslimin muslimat dan juga buat pembaca setia blog Mieya :)


Sama-samalah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.



Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela

Tajuk Nasyid : Rasulullah
Artis : Hijjaz
Album : Cahaya Ilahi



Wordless Wednesday #29 | Teringin

Sizzling Yee Mee

Kata Hati : Teringin nak makan benda nie sebenarnya. Last makan pon, time zaman sekolah dulu. Dah bertahun lamanya tak merasa benda nie.

Lepas nie, habis lah dapur emak Mieya sepahkan nak buat Sizzling Yee Mee punya pasal. Apa ada hal?

Baru Dapat Tengok Skyfall Dan Looper

Assalamualaikum wbt and hi semua :)

Dah lama tak tengok movie. Yela, since Mieya sambung belajar hari tu sampai la nie (lepas quit study), tv langsung tak terbuka. Lagi-lagi, bila rumah sedang di-renovate nie. Jangan kata nak tengok tv, bayang piring astro mahupun aerial langsung tak jumpa. So lifeless you know?

Disebabkan rasa bosan yang teramat, Mieya pon memulakan operasi mencari dan menggeledah almari CD kat rumah. Puas dibelek-belek satu persatu, dan akhirnya dua DVD telah dipilih untuk ditonton nanti. Filem Skyfall dan Looper.


Skyfall dimulakan dengan babak mencemaskan apabila Bond bertarung dengan seorang musuh yang sangat licik di Istanbul. Dalam pergelutan itu, Bond telah terkena tembakan selepas tembakan itu dilepaskan oleh rakan setugasnya, Eve Moneypenny (Naomie Harris) - atas arahan M sendiri.

Bond dilaporkan 'mati' namun akhirnya muncul semula setelah sekian lama memencilkan diri. Bond dipanggil  untuk memburu kumpulan pengganas itu yang diketuai Raoul Silva / Tiago Rodriguez (Javier Bardem) selepas ibu pejabat MI6 di tengah-tengah kota London, dibom pengganas.

Manakala,

Joe ialah seorang pembunuh upahan atau dipanggil 'looper' yang bekerja dengan mafia pada tahun 2044. Pada 30 tahun akan datang, mesin masa telah dicipta dan digunakan oleh geng mafia ini untuk menghapuskan musuh mereka. 

'Looper' bertanggungjawab membunuh sesiapa saja yang dihantar menerusi mesin masa. Mangsa diikat dan disarungkan kain pada wajahnya bertujuan bagi menyembunyikan identiti. Sehinggalah suatu hari, Joe (
Gordon-Levitt) ditugaskan untuk membunuh dirinya sendiri yang dibawa dari masa depan. 

Ketua mafia pada masa depan yang hanya dikenali sebagai Rain Maker ingin menghapuskan kesemua 'looper'. Justeru, Joe versi tua (
Bruce Willis) dan versi muda harus bekerjasama untuk mencari Rain Maker yang ketika itu masih seorang kanak-kanak (Pierce Gagnon). Budak lelaki itu mesti dibunuh agar sejarah dapat diubah. 

Cerita yang penuh dengan aksi mencabar, mendebarkan dan mengerikan. Lagi-lagi bila tengok movie dalam bentuk HD nie. Luka-luka atau kesannya memang nampak lebih jelas lah. Entah la. Susah untuk digambarkan dengan kata-kata.



Mesti ada yang tanya, kenapa Mieya tak download sahaja movie-movie terkini di youtube? Kan senang?

Cenggini lah nasib bila menggunakan broadband. Nak download itu ini, sentiasa fikir 2,3,4 kali dulu. Adakah line internet di kemudian hari akan mencapai tahap kelajuan seperti hari ini? Mesti lah tak kan? So nak tak nak, kena berjimat.

P/s : Mieya gemar menonton cerita yang berkonsepkan macam nie, sains fiksyen, thriller and etc. Kalau cerita romantik, jiwang dan lovely bagai tu memang kurang nak layan sikit lah. Tak tahu kenapa.


Tak Sabar Nak Cashout Nuffnang

Assalamualaikum wbt :)

Punya lah lama menabung di bawah naungan Nuffnang. Sepatutnya, hujung tahun lepas yakni bulan Disember 2012 dah boleh cashout buat kali yang kedua dah. (Hasil terkumpul dari bulan Julai 2012) 


Tapi, memandangkan ada 4 iklan CPUV yang masih rancak berjalan ketika itu, Mieya bercadang untuk cashout sesudah kesemua iklan CPUV tersebut bertukar status ke Metered Earning. 

Sampai lah ke sekarang, tunggu punya tunggu. Akhirnya, iklan CPUV campaign yang masih berstatus on going sekarang tinggal satu je lagi.


Bagi tahun ini, blog Mieya masih lagi tidak berkesempatan untuk merasa atau menerima sebarang iklan CPUV daripada pihak Nuffnang dan para advertiser.

Mungkin tiada iklan yang bersesuaian dengan kategori entri dan lapisan pembaca di blog Mieya nie agaknya. Takpe, think positive. Mungkin ada hikmah di sebalik ini semua.

P/s : Sejurus selepas iklan CPUV nie bertukar status ke Metered earning, akan Mieya cashout akaun Nuffnang Mieya dengan kadar segera. #Pasti


Resepi Mee Hailam

Assalamualaikum wbt dan selamat petang :)

Mieya nie, takde lah terror sangat dalam bab masak-memasak macam masterchef tu. Tapi, Mieya jenis orang yang suka mencuba sesuatu yang baru.

Seperkara yang korang tak tahu pasal Mieya, Mieya akan mula memasak bila Mieya lapar atau teringin nak makan sesuatu. Bab jadi ataupun tak, sesejenis masakan tu. Mieya tolak tepi, yang penting perut terisi. kehkeh


Haaa... Ini Mee Hailam. Segala macam benda yang mempunyai hubung kait dengan mee nie, memang Mieya minat betul lah. Especially Mee Sup buatan emak. Sangat lain daripada yang lain sampai ke la ni Mieya masih lagi tak boleh nak hafal bahan-bahan dan cara pembuatannya.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Mee Hailam nie senang je :

Bahan-bahan A : dikisar (blend)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
cili kering (sesedap rasa. Kalau suka pedas, letak lah banyak sikit)

Bahan-bahan B :
Kiub Ayam
Sos Tiram
Kicap
Mee
Isi ayam / daging
udang / sotong
sayur (lobak merah, kobis bunga, sawi)
Sebiji telur
Bancuhan tepung gandum dan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dahulu.
2. Masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kiub ayam, sos tiram, kicap dan bancuhan tepung. Kacau sebentar.
4. Apabila kuah mendidih, masukkan ayam/daging dan tambahkan sedikit air.
5. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Apabila sudah empuk, masukkan sayur.
7. Masukkan udang dan telur.
8. Akhir sekali, masukkan mee. Kacau dengan penuh kasih sayang (ceh)
9. Siap untuk dihidangkan.

Senang kan? Petik jari pon dah boleh buat kan? eceh. Kalau petik jari tapi tangan tak bergerak, memang takkan siap lah sampai ke sudahnya.

Selamat mencuba bagi sesiapa yang nak mencuba !

P/s : Oleh kerana ketiadaan pati ayam di rumah, Mieya just gantikan mee dengan maggi goreng. And then, boleh lah gunakan perencah maggi goreng tu sebagai bahan rencah ye ^^



Hobi baru : Shopping online

Assalamualaikum wbt and hello peeps ! :)

Saja nak bagitahu korang. Sejak akhir-akhir ini kan, Mieya kan, tersangat-sangat rajin kan... hikhik (saja je nak buat korang menyampah bercampur frust dek kerana terpaksa baca entri kali nie sambil tergagap-gagap)

Baiklah. Marilah Mieya kongsikan pengalaman baru yang Mieya perolehi baru-baru ini, iaitu shopping online.


Rasanya, Mieya lah antara makhluk dalam dunia ini yang paling ketinggalan dalam mencuba sesuatu perkara yang baru. K fine, memang tak boleh disangkal lagi -,-"

Sebelum-sebelum ini, memang Mieya tak pernah nak ambil tahu pon pasal aktiviti jual-beli secara dalam talian nie. Yang Mieya tahu, bila mood bershopping dah ada, Mieya akan ajak my parents dan adik ke shopping mall yang berdekatan. Tak pun, jalan-jalan sambil mencuci mata di pasar hujung minggu di Taman Medan pon dah mencukupi. hehe

Tapi, semenjak Mieya kembali aktif di Friendlyfashion di mana Mieya pernah bercerita mengenai apa itu Friendlyfashion di SINI. Sejak itu juga lah, Mieya telah berjinak-jinak untuk membeli-belah di situ.


Untuk makluman, Friendlyfashion ialah online shopping web yang menjual pre-loved items. Thats mean, barang-barang lama yang kita sayang which is in good condition and supposely masih boleh dipakai boleh dijual / diberi kepada orang lain.

Errr...Actually, ada je barang-barang baru yang dijual disini di mana ada yang menjadikan laman web ini sebagai medium untuk menjual barang-barang dari butik mereka. Dan ada jugak, barang-barang yang belum pernah dipakai oleh si penjual. But, for sure kena bijak dalam membuat pilihan lah kan?

Well, I'm a type of who didn't mind to wear pre-loved item. So, that's will be okey for me. Bagi Mieya, barangan yang dijual disini okay lah bagi orang-orang biasa macam Mieya nie. And look at their prices, affordable kan :)



Bila Nak Habis Masalah ini?

Hai semua :)

Hari tu Mieya ada update pasal email spam dan berunsurkan penipuan di entri INI kan? Kalau tak ingat, cuba klik link yang di-highlight-kan tu and then baca balik.

Hmmm, ingatkan dah selesai sampai di situ sahaja. Tapi rupa-rupanya tak. Makin menjadi-jadi lagi ada lah. Cuba tengok kat gambar seperti yang ditunjukkan di bawah tu. Itu belum lagi dikira dengan email-email serupa di bahagian inbox.


P/s : Actually banyak lagi email sebegini yang telah Mieya padam sebelum ini. Entah bila masalah kebanjiran email di ruangan spam ini akan berakhir -.-" huhu


LIVE STREAMING FINAL MAHARAJA LAWAK MEGA 2012

Assalamualaikum wbt dan selamat malam kalian :)

Hari ini, semua sepakat menghupdate entri yang sama, yakni mengenai Final Maharaja Lawak Mega 2012. Dan tidak terkecuali juga bagi diri seorang Mieya.


K fine. Sebelum-sebelum ini, Mieya tak berkesempatan pon nak menonton televisyen, video, youtube dan seangkatan dengannya. Sebab-musababnya, ketiadaan bahan alternatif di sana. (mood : #sedih ya amat !)

Ingatkan, bila dah kembali pulang ke rumah nie, boleh lah bersantai-santai sebentar sambil menonton tv bersama keluarga tercinta. Tapi tuntasnya, tak boleh jugak dek kerana rumah masih lagi dalam proses pengubahsuaian. No tv = no life bila berada di rumah nie.

Jadi, nak tak nak; kena juga cari alternatif lain. Macam mana nak menonton Maharaja Lawak Mega 2012 secara LIVE gituw? Terus dengan ligatnya, jari-jemari menaip keyword penting yang diperlukan di laman carian google.

Okey. Memandangkan malam ini bersamaan 18 Januari 2013 ini adalah titik penentu untuk mengetahui siapakah yang bakal merebut gelaran juara di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2012. Di mana finalis yang berentap di Pentas Akhir Final Maharaja Lawak Mega 2012 adalah Kumpulan Jozan, Jambu, Shiro, Boboi dan 1 peserta dari Indonesia iaitu Kumpulan SayWho.

So, apa kata bagi korang yang senasib dengan Mieya nie. Kita pakat ramai-ramai untuk menonton Live Streaming Final Maharaja Lawak Mega 2012 je. Segalanya di hujung jari. Mudah kan?


Server 1 Live Streaming Astro Warna 132 : http://goo.gl/bB2dI
Server 2 Live Streaming Astro Warna 132 : http://goo.gl/Ins9J
Server 3 Live Streaming Astro Warna 132 : http://goo.gl/uNNNq
Server 4 Live Streaming Astro Warna 132 : http://goo.gl/9GhkN
Btw, Mieya tengok kat sini. Selamat Menonton and have fun uolls :)

P/s : Berikut keputusan ringkas akhir program Juara Maharajalawak Mega 2012;
Juara – Jozan Juara – Johan dan Zizan
Kedua – Jambu 
Ketiga – Shiro
Keempat – Boboi
Kelima – Saywho



Bukan Mudah Untuk Meluahkan

Assalamualaikum wbt and hye peeps !

Wow ! Today, I'm writing back to post something inside my dearest blog. Itupon setelah ramai kawan-kawan blogger yang bertanya :

"Mieya, apa khabar? Hidup lagi ke?"

"Mieya, bila nak update new post?"

"Mieya, are you okey dear?"


serta bermacam-macam lagi bentuk pertanyaan yang seangkatan dengannya. Terima kasih sangat kerana sudi mengambil berat pasal Mieya.

Alhamdulillah, Mieya okey kot. Masih mencuba untuk mengembalikan semangat yang semakin pudar agar kembali cergas serta bersemangat seperti dulu. In shaa Allah.

Sejujurnya, memang bukan mudah untuk mengubah kelemahan dan kesilapan dalam diri kita, walau seteruk mana pun kesilapan kita, masih ada jalan untuk kita perbetulkan kesilapan.

Tidak mustahil untuk memperbaiki keadaan. Peluang sentiasa ada. Yang paling penting, kekuatan emosi kita.


Keputusan Muktamad telah diambil !

Hai. Assalamualaikum wbt semua :)

Hari ini, jari-jemariku kembali aktif untuk menekan-nekan butang aksara-aksara huruf di papan kekunci notebook ku, lalu membentuk kepada beberapa patah perkataaan.

Ceiiittt, sungguh jiwang habis mukadimah entri kali ini. Siap berbunga-bunga bagai -.-"

Baiklah, Marilah Mieya straight  to the point tentang apa yang ingin Mieya sampaikan sebenarnya di entri kali nie.

Pada minggu lepas, Mieya ada bagitahu yang Mieya dengan rasa berbelah bahaginya telah kembali ke pangkuan keluarga untuk menenangkan fikiran. Dan akhirnya satu keputusan telah pun dibuat setelah mengadakan perbincangan tertutup bersama emak dan abah.

Mieya telah menyatakan segala macam apa yang telah mengusutkan kepala hotak Mieya selama ini kepada mereka. Di mana, Mieya tak boleh pick-up beberapa heavy subjek dalam Chemical Engineering ni. Dan akhirnya, satu keputusan muktamad telah diambil, yakni Mieya akan berhenti belajar dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, Mieya mengambil jurusan ini sebagai pilihan sebab minat Mieya yang lebih cenderung ke bahagian kejuruteraan. Tapi disebabkan, diri sendiri dah tak sanggup nak bawa subjek-subjek under this course. I need to stop forcing myself from continue it.

Study, bila-bila masa pon boleh. Cuma nak atau tak nak je.


Rasa Berbelah bagi

Assalamualaikum wbt :)

Hari ke dua belas dalam bulan Januari. Bulan pertama dalam kalendar 2013.

Petang semalam, Mieya dengan perasaan yang berbelah baginya telah mengambil keputusan drastik untuk pulang ke rumah.

Rasa tertekan dengan suasana kehidupan di Universiti yang jauh berbeza dengan suasana di rumah. Di tambah pula dengan rasa rindu yang membuak-buak terhadap keluarga yang tercinta telah menyesakkan lagi segenap ruang pemikiran dahku.


Hari-hari, hati berasa sebak, meraung-raung, meronta-ronta ingin segera pulang ke rumah. Tak sanggup rasanya menanggung beban tekanan sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang anak.

Bila dah melangkah ke alam universiti nie, terasa macam baru melangkah ke darjah satu. Rasa kosong, blank dengan apa yang pernah dipelajari suatu masa dulu sewaktu berada di sekolah menengah.

Sesi pembelajaran berjalan dengan pantasnya, kekadang sampai Mieya sendiri tak sempat nak pick up apa yang lecturer ajar. Hal ini menyebabkan Mieya semakin tertekan. Ditambah dengan kurangnya keyakinan diri telah menyebabkan rasa gusar yang menebal dalam diri Mieya.


Nampaknya, Mieya masih lagi gagal dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini. Tak tahu kenapa. Sudah puas rasanya, Mieya mencuba untuk menghilangkan perasaan ini, tapi masih lagi gagal sehingga kini. Jauh daripada ibu bapa memang amat menguji diri untuk menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. 

Sometimes, diri sendiri rasa macam dah berputus asa. Rasa macam nak berhenti sahaja sesi pengajian ini. tapiiii....hmmm


Berhati-hati dengan Scam / Penipuan melalui email

Assalamualaikum wbt dan selamat petang korang :)

Bangun pagi dengan merajinkan mental dan fizikal untuk mengadap buku Chemistry dan Physics yang tebal kemain. Padahal buku ini hanya diguna sepanjang satu sem ini je. -.-"

Tapi demi menambahkan kefahaman yang lebih dalam mengenai konsep dan formula-formula yang berkaitan dengan subjek tersebut, dengan bersemangat waja Mieya teruskan juga.

Setelah hampir 4 jam memfokuskan diri dengan buku pelajaran di pagi hari. Petang adalah waktu Mieya untuk bersantai di samping meregangkan urat-urat kepala hotak yang berselirat bersama blog tercinta. Ya, ieya akur dengan pernyataan tersebut.

Baiklah, berbalik kepada tujuan asal entri kali ini...

Sebenarnya, sejak dua menjak ini, inbox email Mieya kerapkali dikunjungi dengan email-email daripada segerombolan manusia dari luar negara yang tidak pernah Mieya kenali walau sekalipun. Yang lebih menghairankan, kesemua email tersebut hampir kesemuanya berkonsepkan perkara yang sama, iaitu mengenai pemberian wang.

Ughhh, susah rasanya jika nak dihuraikan kesemuanya melalui kata-kata sahaja. Jadi, meh kita layan butir-butir email yang sempat Mieya printscreen tadi.

email pertama :


Email kedua :


Email Ketiga :


Email keempat :


Email kelima :

wawawahhh. Pelik betul, dari mana pulak dorang semua ini dapat email Mieya kan? Rasaanya, ini mungkin salah satu taktik terkini bagi pihak yang tak bertanggungjawab untuk melakukan aktiviti penipuan online dengan cara menarik perhatian orang ramai.

Konon-kononnya,

  • ada memenangi wang tunai daripada pertandingan yang tak pernah disertai.
  • terpilih sebagai pemenang hadiah utama dalam acara cabutan bertuah
  • mereka memerlukan agen sebagai pemegang amanah dalam menguruskan harta peribadi dorang

serta bermacam-macam lagi. Nasihat Mieya kepada korang yang menerima email yang berbaur seperti sedemikian rupa. Sila abaikan sahaja. Nampak sangat bohong !

Fikir balik, ada ke orang yang sanggup mengeluarkan wang perbelanjaan yang besar hanya semata-mata nak diberikan kepada orang lain?

Salam bertemu lagi~


Saya dah ambil Suntikan HPV. Anda Bagaimana?

Assalamualaikum wbt :)

Wow ! Hari nie sahaja, sekali 2 entri telah Mieya publish. Ini merupakan satu perubahan yang amat bagus sekali buat korang semua. herherher habis lah dashboard korang ! Semunya bakal dipenuhi dengan update terbaru daripada Mieya.

Hahaa.. gurau je lah. Actually, hari-hari di penghujung minggu ini tersangatlah membosankan bagi Mieya. Kalau lah diri ini mempunyai kuasa superman, mahu sahaja Mieya terbang balik ke rumah tersayang. At least, boleh juga bersantai-santai sambil melantak puas-puas di rumah.

Actually, hari ini.. Mieya nak ucapkan conguralation atau tahniah kepada diri sendiri kerana telah menempuhi suntikan vaksin HPV dengan jayanya. Yeay! 

Di saat orang lain berniat untuk melarikan diri dengan muka takutnya, hampir-hampir nak menangis, melalak, melolong dan seumpamanya. Mieya tetap rileks, hanya cool je. Rileks lah k. Injection je kot? (clap, clap, clap)


Apakah suntikan HPV? Dan mengapa kita (ladies) perlu mengambil pelalian ini?

Ladies, please listen and read it carefully. 


Suntikan pelalian HPV atau nama penuhnya Human Papilloma Virus (HPV) ini merupakan antara usaha pencegahan kanser rahim. Kanser servik adalah kanser ketiga paling kerap dikesan dikalangan wanita selepas breast cancer and kolorektal cancer.



Tips
Masa nurse nak suntik tu, make sure you all relax kan your body, jangan keraskan badan pulak. Bagiiar semuanya rileks and sempoi, in shaa ALLAH takkan rasa sakit. Cuma akan merasa kebas dan lenguh, bergantung pada kekuatan tubuh masing-masing :)


P/s : Ini baru suntikan kali pertama. Kali kedua pada 23 haribulan Februari 2013 manakala suntikan kali ketiga selepas enam bulan. Takpe slow-slow. MENCEGAH kan LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.


Adakah anda seorang yang boros?

Assalamualaikum wbt :)

Alamak, baru awal bulan nie tapi purse dah kempis! Mak dengan abah baru saje bagi duit poket minggu lepas, tak sampai sebulan dah habis. Apa dah jadi nie?

Haaa.. Jangan-jangan korang dah kena sindrom pemboros kot?

Nak tahu sama ada betul ataupon tak, cuba korang jawab pertanyaan yang Mieya berikan nie. Cuba kaji sendiri, adakah korang seorang yang pemboros atau tidak.

A. Kalau ke shopping complex tanpa wang belanja, rasa macam ada yang tak kena.
B. Ketika melihat sesuatu barangan yang comel di sesebuah kedai, hati memberontak untuk membelinya.
C. Hampir setiap minggu ada parcel hasil e-shopping  (online shopping) yang dikirimkan untuk korang.
D. Tak cukup space dalam almari dan drawer kerana sudah penuh diisi barang.
E. Masih banyak lagi barang-barang yang dibeli tapi belum lagi dipakai.

Hasilnya, kalau kesemua jawapan di atas adalah betul, maka korang layak dikategorikan sebagai seorang yang BOROS. Wahh, alamat yang tak baik nie! Tapi dalam hati, korang tertanya-tanya bila lah nak jadi kaya? Antara sebab-sebab wujudnya sifat boros nie adalah :

  • Ahh, masih di awal bulan nie
Fikiran yang macam nie lah sering mengganggu minda korang. Mentang-mentang lah di awal bulan, poket pun masih penuh lagi. Korang pon apa lagi, mulalah berjoli sakan untuk bersuka ria bersama kengkawan yang lain.

  • Tetapkan Keutamaan
Pastinya korang memasang angan-angan untuk memiliki sesuatu barangan yang diidamkan. Hanya tunggu masa sahaja. Tapi, kalau dah time dapat duit je habis dibelanjakan, bila masa pulak korang nak mula kumpul duit?

  • Terlalu ikut kawan
Kawan-kawan beli dress baru, korang pon ikut beli dress baru. Nampak bff pakai beg tangan yang smart dan nampak ohsem, korang pon nak juga beli. Jadi, kalau macam nie lah perangai korang, macam mana duit poket korang tak kempis? 


Oleh itu, buanglah jauh-jauh pemikiran sedemikian rupa. Takkan lah perlu dibelanjakan sampai habis wang saku yang diberikan oleh parents korang tu? Habis tu, apa yang harus korang lakukan?

Tetapkan prioriti yang mana satu merupakan barang keperluan dan mana satu kehendak hati korang. Fikirkan baik-baik sama ada korang benar-benar memerlukan barangan tersebut ataupon tak. Tak semestinya korang perlu memiliki barangan seperti yang dibeli oleh kawan-kawan yang lain.


P/S : Sepanjang berada di Universiti nie, duit memainkan peranan penting. But for sure, Mieya cuba untuk berjimat-cermat.


2013, Enjoy it !

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini, 2 Januari 2013 merupakan hari kedua kita semu berada di tahun baru. Diharapkan masih belum terlambat bagi Mieya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca setia blog shumort Mieya nie.

Saban tahun, bila melangkah sahaja ke tahun baru. Secara tak langsung, usia kita akan menginjak naik 1 tahun.

Hai, saya kini di usia yang baru, iaitu 19 tahun.


Sembilan Belas tahun.

Nineteen - maknanya saya kini berada di tahun-tahun akhir di zaman keremajaan saya.

Tahun ini, rasanya agak berlainan sekali dan agak janggal jika dibandingkan dengan tahun lepas.

Terpaksa melalui hari yang membosankan serta memenatkan secara berseorangan di negeri orang.

Kalau dulu, masa kebanyakannya dihabiskan di rumah bersama-sama keluarga tercinta. Luangkan masa bersama emak di dapur, masa bersantai bersama adik-beradik di ruang tamu.

Tapi kini, saya keseorangan terdampar disini. Saya mula belajar untuk hidup berdikari. Semuanya serba-serbi dilakukan sendiri. Hanya ditemani oleh kawan-kawan baru yang berlainan asal-usul serta latar belakangnya.


Terasa lambat benar masa berlalu. Hari ini serta semalam, tiada kelas yang perlu dihadiri. Terlalu cukup rehat rasanya, tapi di hati tetap merasa kosong.

Esok, lusa, tulat serta hari-hari seterusnya, adalah masa belajar. Itu belum lagi dikira dengan kuiz, test, assignment serta final exam yang akan datang.

Tapi dalam kepala hotak, dah sibuk merancang agenda semasa cuti bersempena Tahun Baru Cina nanti. Memang kalau boleh, nak cuti panjang je.

Rasa seksa benar bila tinggal berjauhan dripada keluarga nie. Kalau boleh, semahu-mahunya nak berada di kehidupan yang lama.

Tapi apakan daya, demi kejayaan di masa depan... terpaksa cekalkan hati serta kuatkan semangat untuk menempuhi hari-hari yang akan datang.

Doakan Mieya.



BE Nuffnang | DiGi DEP Golden Disc Award

Assalamualaikum dan hai semua :)

Tersangatlah lambat bagi Mieya untuk mencoret update terbaru mengenai Nuffnang di sini. Sepatutnya entri ini dihupdate tahun lepas.

Tapi memandangkan kita sudah pon melangkah ke tahun yang baru, iaitu 2013. Maka, semestinyalah entri nie takkan dibiarkan terbazir begitu sahaja. Mesti mahu publish jugak. Rugi woah !


Alhamdulillah. Ada lagi rezeki Mieya sepanjang berblogging nie untuk mendapat Buffered Earning pada penghujung bulan Disember 2012. Dan iklan-iklan daripada CPUV campaign yang sebelum ini pon masih lagi rancak berjalan dengan bergayanya.


Kali ini Mieya dapat BE daripada DiGi DEP Golden Disc Award. Dan ini merupakan BE yang ketiga yang masih bertahan sehingga ke tahun 2013 nie. Alhamdulillah. Terima kasih ye Nuffnang.

Tak lupa jugak TERIMA KASIH untuk korang semua yang sentiasa singgah ke blog Mieya.