Final Piala Malaysia : ATM vs Kelantan

Assalamualaikum wbt :)

Dari pagi sampai lah ke saat dan detik ini, Mieya masih lagi giat mengedit blog. Konon-kononnya nak buat pages, menu bar macam blog orang lain. Biar senang sikit para pembaca nak dapatkan info, tips dan menjejak kasih entri-entri lepas mengenai itu dan ini.

Namun tuntasnya, tetap tak menjadi. Padahal, sebelum ini menjadi je time buat kat blog adik Mieya dulu. Mungkin sebelum-sebelum nie Mieya ada ter'delete' kod-kod penting, sebab tu setiap kali nak create pages dan setiap itu tak menjadi.

Hmmm, takpe lah. Takde rezeki agaknya nak berkongsikan itu semua dengan korang. Tapi itu semua tidak sesekali mematahkan semangat Mieya untuk berblogging ye. Blogging tetap keutamaan, edit blog sekejap-sekejap dan sambil-sambil tu sempat juga blogwalking ke dua tiga buah blog.

Alang-alang dah luangkan masa depan lappy, online facebook sekejap sambil mendengar radio dengan muzik dan celoteh dj radio sebagai halwa telinga.

Nampaknya hari nie, satu Malaysia pakat-pakat tulis, sembang, cakap-cakap pasal bola. Sana sini pasal bola. Maklum sahaja lah, hari nie kan final Piala Malaysia. Perlawanan antara ATM dan Kelantan.


Mieya tak sokong mana-mana pon. Senang cerita, Mieya sokong pasukan mana yang menang je. haha... takde semangat kesukanan betul lah Mieya nie. Maklum saja lah pasukan kegemaran Mieya telah pon kecundang semasa perlawanan di semi-final yang lepas.

Okey, sedih. Walau bagaimanapun, Mieya tetap akan menonton perlawanan bola nie melalui siaran langsung di tv. Siapa lagi nak sokong Industri sukan di Malaysia kalau tak rakyat Malaysia sendiri kan?

Salam berjumpa lagi di lain entri :)



20 comments:

Miss N™ said...

tak aci sokong mana menang..hehehe.
di sebabkan ramai kwn2 blogger dari kelantan, nur sokong kelantanlah..hihi

amranaiman said...

tahniah klatey :D

::CIK LYNN:: said...

tahniah TRW :) klntan cti hari ni...hehe

wakgelas said...

wak pon doakan mugeer2 negara akan aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminnnnn

Unknown said...

@Cik Nur Haha. biasalah, Mieya kan memang macam nie. Btw, Tahniah kelantan.

Unknown said...

@amranaiman Tahniah

Unknown said...

@::CIK LYNN:: Tahniah juga. Suka lah tu dapat cuti.

Jna marcello said...

hahha okay mieya kita sama *uptap cepat! yg menang je okay!! hehehe

Cikrosecute said...

sis tengok jugak malam tadi kikiki....sis klik nuffang jugak...

dya nasir said...

dya pun macam mieya sokong yg menang je.haha

dya nasir said...

dya pun macam mieya sokong yg menang je.haha

Momo said...

errr..agak frust bile atm kalah...huhu

Unknown said...

@Jna marcello Yeah ! Meh high-5 SIKIT

Unknown said...

@Che Rosliza Che mat Thank you sis :)

Unknown said...

@dya bunga Haha. high-five sikit ngan Mieya.

Unknown said...

@Momo Samalah dgn Mieya. Frust jugak.

mummyrinazone beauty said...

hubby nurul kltn so mmg sokonglh klntn.huhu

Unknown said...

@wan nurul hezrina Kelantan menang kan :)

rAIHan said...

rezeki kelantan kali nie.

Unknown said...

@rAIHan Yup, betul tu sis :)