Mood membalas komen boleh hilang bila

Assalamualaikum wbt kalian :)

Baru je dua tiga hari yang lepas, Mieya menjoinkan diri dengan segmen dibawah anjuran Pakcik bengbeng. A'ah. Segmen pasal Bloglist April 2012 tu. Best sangat-sangat, tak rugi buat sesiapa yang join.

Disamping dapat mengenali blogger lain, kita juga dapat meningkatkan trafik dan jumlah komen daripada kebiasaannya. APA, tak percaya?? Meh tekan link nie sat. Tengok dan nilailah sendiri okey?

Tapi, yang membuatkan Mieya hilang mood untuk membalas komen-komen tersebut ialah apabila ada dikalangan blogger yang tidak menggunakan comment pop up window. Maka, hanya dengan berbekalkan link daripada encik beruk band yang macam haram jadah tahap kelajuaannya, tak dapatlah teman membalas komen tersebut.

Gambar kat atas merupakan antara komen yang Mieya tak dapat balas lagi. Sebab apa? Haaa.. Cuba tengok gambar di bawah nie pulak.


Untuk makluman semua, antara komen yang Mieya tak dapat balas tu. Semuanya berpunca daripada masalah seperti yang ditunjukkan di atas tu lah. 

Setiap kali nak membalas komen mereka, ada sahaja perkataan yang tak cukup. grrr, Geram? Mestilah geram Cik Senah dan Pak Ali oii. Disebabkan hal sekecik nie, habis hilang mood nak membalas komen. 

Jadi, kepada yang berkenaan, ini tutorial di zaman dahulu kala yang berjaya Mieya sediakan khas untuk korang semua. Diharapkan korang dapat bekerjasama dengan baik demi kesejahteraan hidup para blogger bersama. 

Sekian, terima kasih.

Bella Calamidades, i loikkke it!

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Sama ada secara sedar ataupon buat-buat pengsan, dah hampir lima-ke-enam bulan Mieya melayan telenovela Sepanyol, iaitu Bella Calamidades nie. Kalau dulu orang-orang sibuk bercerita mengenai Marimar, tapi kini tidak lagi. Semuanya saling berkait rapat dengan Bella Calamidades nie.

Walaupun segerombolan manusia diluar sana dah rasa macam agak terlambat bagi makhluk yang tak bersalah seperti Mieya nie, nak termuntah biji halkum dengar dan baca sinopsis pasal Bella Calamidades nie. Mieya tetap berpendirian teguh, nak jugak cerita.

“BELLA CALAMIDADES” bermaksud ‘si jelita bernasib malang’ mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang. 




Memandangkan penampilan Lola yang selekeh dan tidak terurus, penduduk di sana menganggapnya sebagai orang kurang siuman dan pembawa sial. Dia juga dituduh sebagai punca terjadinya beberapa insiden yang telah bertukar menjadi tragedi. Sedih dan kecewa dengan nasib, Lola benar-benar mengharapkan perubahan positif dalam hidupnya yang akan membawa kebahagiaan kepadanya.





Jika dibandingkan dengan drama yang berpukal-pukal banyaknya daripada Indonesia. Mieya rasa, telenovela sepanyol ini adalah antara pilihan yang terbaik lah untuk dipilih. Sebab apa? Sebabnya, 
  • jalan cerita yang tak berbelit-belit
Cuba tanya kat sesiapa sahaja di dunia nie, siapa je yang suka tengok cerita (cerita apa-apa je lah) yang berulang-ulang? Seriuosly, memang takkan ada punya lah. Jalan cerita yang straight to the point nie menyebabkan Mieya sentiasa ternanti-nanti untuk menontonnya.

  • kewujudan pelakon yang handsome dan cantik-cantik belaka
Memiliki pelakon yang mempunyai personaliti yang tersendiri serta dilengkapkan lagi dengan mutu lakonan yang berkesan. yeahhh, that's was really awesomeness! Maka, tak hairanlah jika pada setiap 3 petang, Mieya akan melekatkan diri di hadapan televisyen.

hihi, cukuplah dua sebab je mak temah dan pak salim oiii. Kalau nak melebih-lebih lagi sebabnya yang lain, tengok dan layanlah sendiri cerita Bella Calamidades tu. Okey? and then, korang boleh lah nilai dan bagi komen sendiri. 

BEN ASHAARI : Bloglist April 2012

Assalamualaikum dan selamat malam semua :)


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan ke bulan. Akhirnya, bulan Februari akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa jam sahaja lagi mulai sekarang. Terasa macam sekejap sahaja masa berlalu pergi meninggalkan kita.






Sama ada korang perasan ataupon tak, Mieya dah lama tak join segmen yang dianjurkan oleh pakcik bengbeng nie kan?  Bukannya apa, Mieya selalu je terlepas pandang setiap kali pakcik bengbeng buat segmen nie. 


Jadi, sekarang adalah masa untuk membalas dendam yang ditunggu-tunggu selama ini. Tengok daripada tajuk segmen pon dah tahu, mesti best punya. Sebabnya, kita boleh saling bertukar-tukar link disamping dapat membantu meningkatkan trafik ke blog antara satu sama lain. 


Kiranya macam win-win situation lah. Dua-dua pihak mendapat keuntungan masing-masing. Barulah adil dan saksama, ye dak? 


Jadi, ada sesiapa yang berminat nak bertukar link dengan blog Mieya ke? Okey kalau ada, senang je cara-caranya. Hanya dengan meninggalkan pertanyaan (lebih kurang seperti dibawah) di ruang komen entri nie,
“ANDA BERMINAT UNTUK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “
Maka dengan kadar segera, Mieya akan memasukkan link anda ke dalam bloglist di sebelah sidebar nie. dan pastikan korang pon melakukan tindakan yang sama dalam masa 24jam. Kalau korang gagal berbuat demikian, maka secara automatiknya permintaan untuk bertukar link dibatalkan. Okey, adil kan?

Wordless Wednesday #9 | Etika blogging

sumber gambar : Lumos maxima


Apa itu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

Kesihatan didahulukan, pencapaian blog diutamakan!

Assalamualaikum wbt kalian :)

Cuaca di Petaling Jaya sekarang agak kurang menentu. Sekejap panas sampai berpeluh-peluh ketiak, sekejap takde angin takde ribut, hujan dengan lebatnya.

Maka, tak hairanlah jika ramai yang menghidap penyakit demam panas dalam cuaca yang sebegini rupa. dan  semestinya Mieya tidak terkecuali. Jadi, rehat adalah perkara paling bagus untuk dilakukan buat masa sekarang. Rehat demi kesihatan diri sendiri.

Dengan hanya berbekalkan bakat menaip disamping merepek tak tentu pasal yang Mieya miliki ini, maka entri hari nie menjadi ringan ringan sangat sangat. Tak perlu penat-penat nak mengerah kepala hotak untuk mencari mesej tersurat mahupun yang tersirat.

Walaupun korang perasan yang Mieya semakin aktif dengan berbelog, sehingga hampir setiap hari belog ini diupdate dengan entri baru, siap Mieya boleh berblogwalking lagi. Tapi, itu bukan bermakna Mieya harus mengabaikan kesihatan tubuh badan dengan sewenang-wenangnya.

Masa berblogging boleh dicari ganti, tapi kesihatan diri tak boleh. Mieya takkan gadaikan kesihatan tubuh badan begitu saja dengan bersengkang mata dengan berbelog. Tidur yang secukupnya adalah perlu. Jaga kesihatan diri adalah keutamaan. Berblogging sekadar hobi sampingan sahaja. 

Tips berblogging

Dalam dunia blogging, jika ada blogger nya, maka ada jugalah entrinya. 

Jika entri yang dipublishkan sehangat pisang goreng,
maka hangat jugak lah blognya dengan pembaca yang setia.

Jika si empunya belog glemer, pandai bergaya dll,  maka dia layak digelar retiss.

Jika si cantik dan si kacak hanya menaip sebaris ayat sahaja,
maka tak hairanlah bila banyak komen yang berpusu-pusu tiba.

Jika bilangan follower nya bertambah menjadi beribu riban
maka tidak hairan jika mereka digelar blogger hebat.



Sebagai blogger, pernahkah korang berangan-angan untuk memiliki follower beriban, belog dibaca oleh banyak banyak banyak blogger, blogger lain membuat entri 
pasal korang, berangan dapat earning Nuffnang banyak-banyak, komen entri mencecah ke angka ratus-ratus, bila korang keluar mesti ada yang tegur. PERNAH TAK?


Suatu masa dulu dan mungkin juga sekarang, Mieya pernah. Beracapkali Mieya 
pernah memandang rendah pada belog sendiri. Tapi, walau berbagai-bagai macam
apa pun pandangan negatif yang terkumpul di sanubari. Mieya cuba lupakan.
Semua angan-angan tersebut, Mieya lenyapkan satu persatu.

Mieya perlu kuat. Bangkit daripada terus dibelenggu dengan rasa kegagalan.
Jadi, jangan tanya mengapa Mieya tak pernah berundur walau selangkah pon daripada dunia blogging. Mieya dengan belog umpama pasangan belangkas.
Hanya takdir dan berukband sahaja yang dapat memisahkan pertalian antara kami.

Mieya berbelog adalah sebagai hobi selain menggantikan hobi berkebun yang
sering kali tak menjadi dek kerana sering dimamah oleh sang tikus. Agaknya, tempat yang kurang strategik mungkin. -,-'
Di samping itu, belog juga sebagai tempat tadahan kesedihan dan kegembiraan Mieya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semua ini demi kepuasan hati sendiri jugak. sebab tu, Mieya cuba berbelog secara sihat. Menjadikan sesiapa sahaja di muka bumi ini sebagai idola. supaya dapat menikmati kesan yang baik dan positif di kemudian hari. 


Kenapa agaknya Mieya membuat entri sebegini?

Sebab Mieya rasa perlu kot, saling berkongsi pandangan antara satu sama lain. 
Mieya pon macam korang jugak. Menulis entri dalam blog picisan. kurang dikenali, maka kurang jugalah jumlah follower beserta  komentarnya. 


Tapi sekurang-kurangnya, Mieya gigih berusaha. Sentiasa bersangka baik 
dengan usaha kita. Tidak terlalu rakus atau terburu-buru dalam mencapai kejayaan. Sabar dan yakin bahawa rezeki sentiasa berada di mana-mana.

dan akhir sekali, sentiasa bersyukur. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki
hari ini, esok dan seterusnya.

Assalamualaikum dan salam bertemu lagi kawan-kawan :)


Demam memaksa tangan bergerak

Assalamualaikum wbt kawan-kawan sekalian :)

Hari nie Mieya demam, tak tahu lah apa kategori demam kali nie. Demam kura-kura, demam terkejut ke, demam dilambung ombak rindu ke, ataupon buat-buat demam. Tapi yang pasti, Mieya demam.

Bangun daripada tidur pagi tadi, suhu badan menjadi panas tak ketahuan hala. Ditambah lagi dengan selsema, sakit tekak dan batuk-batuk. Nahhh kau! Lengkap satu pakej untuk demam.

Hmmm. hari nie, sementara demam telah menyebabkan otak jenuh memikirkan idea terbaru untuk menyiapkan entri kali nie. Maka, dengan harapan tidak mahu mensia-siakan masa yang ada, Mieya membiarkan hari ini sebagai hari untuk berblogwalking ke mana-mana belog yang terjojol di hadapan mata.

Lepas memaksa anak tekak untuk menelan ubat pagi tadi, sepagian Mieya terlentang tidak sedarkan diri  dengan bertemankan bunyi-bunyian di radio. Rengekan bertubi-tubi dari si demokk yang menderita penyakit pening yang tak sudah-sudah, sedikit demi sedikit hilang daripada deria pendengaranku.

haisyyy, Mana nak fikir pasal kesihatan diri sendiri lagi, pasal si demokkk lagi, pasal itu, pasal ini. hmmm. Alangkah bahagianya, kalau dapat makan sedap-sedap waktu demam ini. Confirm, sembuh serta merta!

Kononnya, hari nie nak share sesuatu topik yang berguna buat semua, yakni sesuatu yang bukan berkaitan dengan diri Mieya. Bosanlah kalau hari-hari cerita pasal diri sendiri je. Tapi, kesihatan tak mengizinkan, kurang kasih sayang lagi. wuuu, apalah nasib daku ini!

Harap-harap, demam yang melanda nie cepat kebah. Ada banyak benda yang harus Mieya kongsikan bersama-sama dengan kalian.

Wordless Wednesday #8 | bawaku pergi



Apa itu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

bila facebook menjadi mangsa keadaan

Hi and Assalamualaikum everyone :)

Today, I'm typing in my broken English. So everyone, literally all my readers from Malaysia or everywhere in the world can understand the awesome thing I'm going to post here. (ececehhh, konon-kononnya banyak pembaca setia lah sangat kan)

Hey, tapi tak salah jugak kalau sesekali nak perasan diri. Tapi janganlah nak melebih-lebih, bimbang nanti orang sekeliling mula nak merasa meluat. Simpan yang lebih-lebih di dalam hati, cukuplah.

Okey, berbalik kepada topik kita pada hari nie. Mengikut pemerhatian jangka masa panjang yang Mieya jalankan semenjak dua menjak nie. Rata-rata pemilik akaun facebook suka sangat-sangat meluahkan segala macam perasaan. sehingga menyebabkan jiran tetangga mula merasa menyampah dan sakit mata.

Antara luahan perasaan yang selalu diupdate di facebook :

  • kecewa / sedih / patah hati
bila sedih je, mula lah gatal tangan nak update dekat facebook. Okey, Mieya tahu itu akaun awak, jadi itu awak punya pasal lah nak update apa pon kan? tapi sekurang-kurangnya, awak perlu peka dengan orang di sekeliling jugak tahu tak. Mereka manusia, ada mulut, ada hati dan juga perasaan.

Bila ada yang mengeluarkan pendapat berbaur kutukan atau menghina korang, mula lah nak berperang bagai. Walhal, segalanya berpunca daripada isu kecik yang sengaja diperbesarkan oleh si empunya akaun. Jadi, sebagai langkah awal, tak payah lah update apa-apa okey.

  • pasangan couple
Bagi pasangan bercinta yang kononnya romantik, facebook merupakan tempat bagi mereka bercengkerama. Kononnya nak bagi satu dunia tahu bahawa merekalah  "couple of the year". Padahal boleh je buat semua benda tu dalam talian telefon. Tapi bila dah gaduh, hilang semua ayat bunga-bunga kembang kuncup. Dan yang ada, ayat maki-makian.

  • mandi / makan / tidur
Semua benda nak post, memang tak salah pun. Mieya pun tak kisah. tapi yang jadi kisahnya, bila selang dua ke tiga minit, ada je updatenya. Kau update, kau like, lepas tu kau komen, dan Mieya gelak terbahak-bahak. HAHA. damn!


Jadi, pangajaran dan nilai-nilai murni yang kita dapat peroleh pada hari nie ialah :

- Fikir dahulu akibatnya sebelum menghupdate apa-apa status.
- Jaga perlakuan dan batas-batas diri dengan sebaik-baiknya.
- Biar Facebook yang busuk, bukan kita yang busuk.

33 Ayat Jiwang Pujuk Kekasih Merajuk

Assalamualaikum wbt kalian :)

Selamat pagi semua. Buka jendela seluas-luasnya dan cepat sedut udara segar di pagi hari yang indah ini. Kalau boleh simpan udara tersebut dalam balang biskut marrie. Rugi rasanya kalau pagi-pagi Mieya bazirkan udara segar yang berlari-lari anak depan hidung begitu sahaja.

Mood hari ini, Mieya nak share kata-kata cinta ditujukan khas kepada mereka yang tersayang, especially to those yang buah hatinya merajuk minta dipujuk. Wallah ! Apakah? Mood hari nie jiwang nya alahaiii..


1. Dari mana datangnya cinta? dari SMS turun ke hati ..
2. Andai kau dapat melihat hatiku ..Andai saja kau dapat membaca fikiranku… Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku… Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku… Cintailah aku dengan kesungguhanmu.
3. Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I
4. Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!
5. Hello..
Aku pencuri! dan aku di sini nak curi hati kau!!!
6. U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !
7. I nak belanja u gula-gula HACKS..faham tak ertinya?
H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang
8. Luahan Cinta Ibarat Kentut..
ditahan sakit… dilepas malu… dah keluar..fuhhh! Lega!!!
9. Jika kau hidup sehingga 100 tahun.. aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau..
10. Di bawah ini senarai yg aku tak suka ttg kau..
1..
2..
3….
4..
Apa nak buat?? Aku suka semuanya ttg kau!
Tekan ke bawah jika kau merinduiku…
Tekan lagi kalau masih rindu..
Lagi…
Lagi…
Masih tekan lagi???
Nampak sangat rindu…
Aku juga sedang merinduimu..
11. Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku.
12. Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!
13. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!
14. Aku terasa sesuatu dihatiku.. ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!
15. Apakah kasih sayang perlu diucapkan? Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.
16. Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu..
17. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
18. Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit.. bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan.. Ini adalah cinta tanpa syarat.. Aku begitu menyintaimu…
19. Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?
20. Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..
21. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
22. Cintaku bukan ibarat kertas… Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu…
23. Jika mencintaimu satu kesalahan.. biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu..
24. Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu… Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku
25. Aku tak dapat hidup tanpamu… kerana kaulah nyawaku..
26. Jika cinta itu dicukai.. aku lah pembayar cukai paling tinggi!
27. Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku.
Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.
28. Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,
Air mata kerana kekasih 1penyesalan,
Air mata kerana Allah 1 keberkatan.
29. Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan menjadi igauan pemujanya.
30. Kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.
31. Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.
32. Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Tuhan beri kita pelangi.
33. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya suatu hari nanti. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.


mood blogging, Here I Come !

Assalamualaikum wbt buat kawan-kawan yang masih setia menanti entri baru daripada Mieya.
Saya dah sedia! Saya dah sedia! Saya dah sedia! ai ai Capten! 
(menjerit mengikut rentak suara Spongebob Squarepant)



Setelah hampir seminggu menahan mengikat nafsu berblogging dek kerana masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Akhirnya, hari nie dapat jugak Mieya meluangkan sepenuh mata dan minda disini.


Sebenarnya semuanya berpunca pada diri Mieya sendiri kerana terlalu obses dengan dunia blogging tanpa mengambil kira tahap kesihatan si komputer riba. errr, tak perlu rasanya untuk meneruskan sesi percakapan yang meleret-leret.

Mood happy dapat kembali berblogging tak habis lagi. Siap boleh terjaga dari tidur lebih awal daripada kebiasaannya. Siap boleh bermimpikan idea yang berlipat kali ganda untuk membuat entri baru. wuuu T_T

tak tahu lah nak cakap apa. tak boleh nak huraikan perasaan happy nya tu sambil bibir tak henti-henti mengukirkan sebuah senyuman kegembiraan yang melampau. yang tahu, perasaan ini sememangnya sangat best. Mempersembahkan muka kucing yang Mieya takut nak pegang, kalau nak kacau boleh lah. hikhik




Okey, entri hari nie adalah kosong semata-mata. tiada isi tersirat mahupun isi tersurat. Entri hari nie cuma nak menjelaskan bahawasanya mulai hari nie Mieya akan kembali memerah kepala hotak supaya mengeluarkan idea yang malar segar, tersendiri dan juga terbaik daripada ladang Pak Kob. ehhh? -,-

dah lah. Lepas nie nak pasang lampu lip-lap-lip banyak-banyak kat belog Mieya nie. 
bagi meriah sikit belog nie, takde lah nampak suram muram sangat seperti sekarang nie. ececehhh, dramatik sangat lah pulak Mieya nie.

harap sabar menanti ye semua

Assalamualaikum wbt kalian :)

ohh, dengarlah semua warga budakshumort sekalian ! Ini adalah entri paling pendek di abad ini. Siyes, ini bukan main-main. Mieya tengah tahan muka ketat dengan belog demi nak bagitahu memang inilah entri yang paling ringkas dan kurang padat daripada Mieya.

Cuma, Mieya nak beritahu bahawasanya Mieya tidak akan menghupdate belog dalam jangka masa yang lama. Sebab musababnya, Mieya menghadapi sedikit masalah teknikal terhadap lappy tersayang.

Di sini, Mieya mengharapkan korang di sana baik-baik sahaja. terus bersabar menanti entri yang akan datang daripada Mieya. Kalau rajin, belek-belek lah entri yang lepas sambil meninggalkan sedikit komen. Semakin banyak komen, semakin bagus. hehe

Bagi betis nak peha, bagi peha nak ayam seekor. -.-' apa-apa pon, terpulang kepada diri korang sama ada nak tinggalkan komen ke tak. tiada sebarang paksaan pon daripada Mieya di sini.

dah. dah. Tak boleh nak online lama-lama lagi. Taip entri menggunakan handphone memang menyeksakan. Nasib baik dah siap separuh di draf dulu sobsob. Diharapkan, korang semua jangan lah rindu rinduan sangat dengan Mieya. Nanti tak lena pulak tidur malam Mieya. Kihkih :)


salam bertemu lagi kawan-kawan :)

I'm officially eighteen

Assalamualaikum guys !


Today, on this beautiful date, 2nd February 2012, I'm officially turn 18. Well, according to the calendar of course. Weird enough for me at least. I don't feel anything special about it. Honest.


As the clock struck 12 last night, I was like "errrr.. that's it?"  I guess I expecting a fairy or a genie to suddenly appear and grant three wishes to me... just in my dream.




But, of course a lot had happened for the past 18 years. Interesting though, I don't feel like celebrating. I'm not enjoyed myself indeed, turning 18. Nothing much has changed. Physically, hahaha. I might have gained some weight. Emotionally, nothing much.


Financially, well, I'm not working. Still depending on my parents. So yeah, I am still myself. The same old myself. 


Looking back, I'm deeply ashamed of myself. **sigh**  I ask myself after 18 years in this life, what I've did for my future life. It seems like zero, nothing much.


Well, I should have a new oppurtunity to change something in my life. Its must probably, change myself first. Lets pray my 18th year in this world will be full with wonderful colours of life, InsyaAllah. Amin.




p/s : dah lama tak menulis dalam bahasa Inggeris, nampaknya skil menulis dah semakin tumpul dari hari ke hari. demn!



minta jasa baik korang semua

Assalamualaikum wbt semua :)

Adakah anda rajin? Tak tahu nak buat apa sekarang? Jom ke Social Media Week 2012 untuk mengundi blog budakshumort.blogspot.com bagi kategori Upcoming Blogger Of The Year. atau terus lah ke laman web socialmediaweek.com dan terus mengundi belog budakshumort. 

Itu pon kalau korang rasa penulisan belog picisan Mieya disini layak untuk mendapat penghargaan yang sebegitu rupa. Siyes, Mieya dah tergatal tangan dan telah ternominate (eh, betul ke bahasa nie?) url belog Mieya di situ.



Tiada sebarang paksaan disini. Semua keputusan terletak di tangan korang semua. Kalau korang rasa Mieya layak, jemputlah beramai-ramai untuk vote belog Mieya. 
Okey, di mana belog Mieya? bhahaha, sila tekan banner diatas dan cuba cari dekat bahagian bawah lagi.


Sekarang, macam mana nak vote blog Mieya? Okey, sila buka mata dan pasang telinga sebessar yang mungkin dan ikuti langkah yang berikut :
  • Sila daftarkan diri dengan menekan butang Sign Up
  • Isikan maklumat anda dengan tepat dan betul
  • Log in dengan username dan password korang
  • Pilih Kategori pertandingan blog yang dipertandingkan
  • dan mula pilih blog kecintaan hati
  • Akhir sekali, vote lah dengan hati yang ikhlas

Dateline untuk vote : 6 February 2012
Jadi, rajin-rajin lah ajak kawan-kawan yang lain untuk vote Mieya ye.
Terima kasih :)

Follower dah mencecah 4 angka

Assalamualaikum wbt buat penghuni belog budakshumort sekalian :)



Alhamdulillah. terima kasih kepada semua yang sudi menjadi teman belog Mieya. Akhirnya, cecah jugak angka empat digit.

Agak-agaknya, berapa ramaikah jumlah pembaca setia belog picisan ku ini *,*

Adakah anda merupakan salah seorang di antara pembaca setia belog Mieya? mehh, mengaku cepat! Mieya pon nak tahu jugak nie.

Walaupun sekarang nie, laptop Mieya mengalami masalah. Namun dengan adanya telefon serba guna sebegini dapat juga Mieya update serba sedikit. hihi

tapi apa pun terima kasih sangat semua. tanpa sokongan korang, maka tiada lah wujudnya belog Mieya nie. TERIMA KASIH sekali lagi :)

warkah terakhir.

Assalamualaikum wbt readers tersayang.

Balik dari kenduri kahwin saudara jiran sebelah tadi, dengan segera terus update belog dengan kadar lebih pantas daripada kebiasaannya. Lantas Mieya capai lappy tersayang dengan harapan nak update entri yang sangat ringkas.

Sejurus entri ini dipublishkan, Mieya mungkin akan menyiapkan segala bekalan mental dan jugak fizikal terhadap cuti raya cina pada beberapa hari saja lagi. baju-baju, stok makanan dan bekalan air perlu disumbat sebanyak yang mungkin ke dalam beg yang kiut-miut.

Semua ini adalah kerana Mieya akan pulang ke kampung emak dan abah untuk bershopping sakan. bhahaha


Maka dengan ini, entri tak payah nak ditunggu-tunggu selalu lah kan. Jangan haraplah Mieya nak update belog hari-hari. Cuma, sekiranya Mieya terasa rindu-rinduan dengan belog. boleh lah kita berjumpa lagi di entri lain.

kan kan kan?

belog cikai Mieya nie takpe lah kalau tak berupdate, bukannya ada orang baca pon. sobsob  Lainlah kalau macam belog Hanis Zalikha, Cik Epal, Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha dan Lyssa Faizureen tu.

Walau jarang mempublish entri di belog pon, orang akan selalu singgah. Siyes, Mieya tengah mengada-ngada nak touching nie.


dah. dah. tak nak merepek lama-lama dah. Belum tentu ada yang sudi tadahkan telinga untuk mendengar bicara hati ke hati yang tak seberapa hebat nie.

Dapat 966 daripada blog, terima kasih followers!

Assalamualaikum wbt buat kalian atau sesiapa sahaja yang sedang membaca entri ini :)

Sama ada korang perasan atau tak, semenjak dua menjak nie Mieya semakin galak menghupdate belog kan? sampai kan, ada dua tiga entri yang lepas pon korang belum lagi habis membaca nya lagi bukan? takpe. takpe. rileks lah. take your time to reading it until the end. 


Ada nampak apa-apa pembaharuan di sidebar belog Mieya nie tak? apa, tak nampak? Cuba skrol down ke bawah sikit. Nampak tak, nampak tak. da nampak kan?

Jadi entri kali nie, Mieya nak lahirkan rasa syukur Mieya terhadap nikmat pemberian Ilahi kerana mengizinkan Mieya untuk menjana sedikit pendapatan sampingan daripada Churpchurp. sobsob. Lagi 32 hengget je lagi sebelum cashout.


Paling utama sekali, rasa bersyukur kerana berjaya mendapat lebih daripada 960 orang kawan belog di awal tahun ini. Maka nya, ini telah membuatkankan kadar peningkatan trafik yang semakin terkawal dari hari ke hari.

sobsob. rasa terharu sangat-sangat dan tak lupa, terima kasih pada semua kawan-kawan belog yang sudi follow belog Mieya nie. Terima kasih kepada mereka yang rajin tinggalkan komen terutamanya AzamFareiykaAischaIzzul AmirEzzati serta yang lain-lain juga.

Terharu lah dapat kawan yang baik dan mengambil berat macam korang semua. Sudi terima penulisan Mieya yang banyak merepek dan entah apa-apa nie. sobsob Memang tak boleh berhenti mengelap air liur yang menitis di lantai. haisy, tak boleh jadi macam nie.

dah. dah. Sebenarnya, kalau boleh Mieya nak kurangkan aktiviti menaip entri yang panjang berjela-jela sehingga mencecah ke lantai tu. Bukan sebab nak kepam idea sorang sorang. bukan. Tapi, Mieya tak nak memberatkan lagi belog Mieya yang sedia padat nie. So, harap maklong.


Salam bertemu lagi kawan-kawan :)

Wordless Wednesday #7 | Santapan wajah





hmmm, habis rabak duit poket Mieya untuk bulan nie. sobsob. Demi mendapatkan muka yang bersih daripada sebarang kesan cela parut jerawat. Demi mendapatkan wajah yang berseri seperti Lisa Surihani. cewaaahhh! Ayat kemain lagi, nak gempak je. -_-"

Mieya sanggup korbankan duit tabung ayam Mieya untuk membeli barangan buat santapan sang kulit. takpe, bekalan nie cukup untuk dua tiga bulan. Mieya kan seorang yang penjimat. :D 

Bulan depan, belum tentu dapat duit poket lagi. Begini lah nasib Mieya sebagai penanam anggur di rumah. dah nie bukannya entri wordless lagi dah nie.

Hari yang begitu mengujakan!

Assalamualaikum wbt buat kawan-kawan blogger sekalian :)

Hari ini merupakan hari yang begitu mengujakan bagi diri Mieya. Dengan tahap kebosanan yang melampau kerana asyik dok terperap saja di rumah. Akhirnya, Mieya mengambil keputusan untuk keluar menyedut udara baru di luar.

Siap paksa abang Mieya suruh bawak Mieya keluar dengan menaiki motosikal beliau. dengan berbekalkan janji nak belikan roti sosej, akhirnya abang Mieya setuju. yeahh!

ekspresi muka eksaited kemain :)

Sebelum keluar rumah, otak dah ligat berfikir. suruh singgah sini, sana dan situ. Dan setibanya Mieya di tempat yang dituju,iaitu Guardian. Mieya buntu. tak tahu nak beli apa. Barangkali terlupa mungkin. Tapi takpe lah. Yang penting hasrat untuk berlegar-legar di luar rumah sudah tercapai.

Hari nie saja Mieya dah berhabis lebih daripada tiga puloh hengget. Niat di hati, nak jugak Mieya ke salon rambut yang berdekatan. tapi, bila tengok poket dah rabak. terus tak jadi.

Itu belum lagi shopping bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina lagi. (mata dah mula terbayangkan suasana shopping complex di Teluk Intan dah nie.)  tak sabar rasanya nak pekene rojak dengan mi rebus yang super mabeles habes tu.

dan yang paling penting, abah dah janji nak belikan henset baru untuk Mieya dengan adik. Maklum lah, semenjak kes kehilangan henset sewaktu Pesta Buku di PWTC tahun lepas. Mieya hanya menumpang kasih dengan henset abang Mieya. sobsob. Nasib baik ada abang yang budiman.

dah lah. Nampaknya hari nie, Mieya terover menaip pulak. yela, mood berblogging dah kembali stabil selepas keluar bersuka-ria tadi. hmmm, nantikan je lah entri yang akan datang. okey?

salam bertemu lagi kawan-kawan :)

Berblogging itu satu kegilaan

Menulis merupakan passionate Mieya. Kegilaan sejak Mieya berumur 10 tahun lagi.

Tapi, waktu tu minat menulis Mieya lebih tertumpu ke arah menyalin lirik lagu je.

Dengar bait-bait lagu daripada walkman. Sekejap tekan butang play. Sekejap tekan butang pause.

Begitulah gayanya Mieya suatu ketika dulu.. Maklumlah waktu dahulu kala, mana ada perkataan lappy, pc, komputer, monitor, tikus-tikus dalam kamus hidup Mieya. Tak pernah dengar pun apatah lagi untuk memilikinya.

Sewaktu umurku 11 tahun, Mieya gemar membaca. Banyak buku yang Mieya baca, tak kiralah sama ada fiksyen mahupun bukan fiksyen. Lalu Mieya menulis satu persatu sinopsisnya ke dalam Buku Nilam.

Pada waktu itu juga, Mieya mula mempelajari teknik-teknik menulis ayat supaya menjadi lebih gramatis, menarik, tertarik kau memang daboommm !

Mieya bernasib baik kerana memiliki seorang cikgu yang berusaha sedaya upayanya dalam mengasah dan meningkatkan lagi kemahiran menulis Mieya sehinggalah akhirnya Mieya berjaya mendapat gred A bagi subjek penulisan.

Kisahku tidak terhenti sampai di situ sahaja. Masih ada beberapa point lagi yang tertinggal.

Mieya juga pernah menulis di dalam sebuah diari. Banyak curahan rasa dan luahan hati Mieya coretkan di situ. Sehinggalah pada suatu hari, rahsia diariku terbongkar secara tidak sengaja.

Mieya malu, malu, malu dan malu. Lantasku capai buku diariku itu, lalu ku koyakkan helaian demi helaian. Mieya carik satu-persatu sehingga bertukar menjadi cebisan-cebisan kertas. Kemudian, Mieya buangkan segala-segalanya ke dalam lautan api yang membara.

Sejak dari hari itu, Mieya jarang menulis lagi. Buku-buku diari tersimpan rapi di dalam kotak bersama buku-buku lama. Mieya hanya menulis sekadar untuk kegunaan kehidupan yang mendatang sahaja seperti belajar dan terus belajar.

Dan sejujurnya, tak pernah sekalipun terlintas di minda dan fikiran Mieya untuk memiliki sebuah belog, tempat dan ruang seperti ini untukku mencetuskan idea, berkongsi pendapat dan pandangan bersama-sama orang lain.

Mieya mengambil keputusan untuk berblogging, hasil kesinambungan daripada hobi Mieya yang terputus di tengah jalan dahulu kala. Cuma, pengalaman menulis di belog ini mempunyai perbezaan yang amat ketara berbanding dengan menulis di diari.

Sebab, pada mulanya Mieya rasa takde seorang pon yang take note pun tentang apa yang Mieya tulis. Jadi, Mieya bebas menulis itu dan ini. Sehinggalah beberapa minggu kemudian, belog Mieya dikunjungi oleh kawan-kawan rapat. Di situ Mieya mula rasa okey , people do read my blog.

Selama Mieya ber"internship", Mieya berfikir dan terfikir, apa yang Mieya nak sangat-sangat buat dari dulu tapi Mieya tak buat-buat sampai sekarang. Then last few days Mieya baru perasan, i never share my imagination story kat orang. Lepas habis type delete. lepas tu type baru delete. 


So people, lepas nie Mieya pasti akan menulis sekerap, sepadat, seringkas yang mungkin dan penuh dengan informasi. Mieya tak mampu nak berjanji sesuatu entri yang menarik, Tapi, Mieya harap my readers can get some benefits by reading my post.

Wordless Wednesday #6




Apa itu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.



Surat Kuning dari Pejabat Pos

Assalamualaikum wbt dan selamat hari Rabu kepada semua :)

Sila abaikan waktu entri ini dipublish yang tidak seirama dengan entri sebelum-sebelum nie. Buat-buat je macam biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ini bukan bermakna Mieya bangun lambat lah. tapi, Mieya terpaksa bangun awal gara-gara aktiviti membaik taraf elektrik oleh petugas TNB pada hari ini.

Baru-baru nie, Mieya ada dapat satu surat kuning daripada abang posmen. Surat denda lah derr. Kata nya, ada sepucuk surat untuk Mieya tapi tak dapat dihantar terus ke rumah gara-gara bayaran pos yang tidak mencukupi. Aiseyhh, siapa punya kerja entah.


Zaman sekarang dah maju. Kalau rasa nak jimat duit, hantar je lah email. kan senang? segalanya terletak di hujung jari sahaja. (cehhh, macam promosi iklan di kaca tv pulak) maaf -_-'

Jadi, Mieya dengan rasa curiga yang menebal telah memaksa abang Mieya untuk menuntut surat berkenaan. Caj denda cuma 50 sen saja dan perlu dilangsaikan demi mendapatkan surat berkenaan.

dan akhirnya, terbongkar jua segala persoalan yang bersarang di minda. Rupa-rupanya surat tawaran belajar daripada Lincoln University College. Sememangnya sudah dijangkakan sejak dari awal lagi. sebabnya tahun lepas, Mieya pernah mendaftar dekat 7-8 buah Universiti/kolej sewaktu Karnival Jom Masuk U dulu.


Lepas baca tiga empat helai maklumat yang telah dibekalkan, maka Mieya sebulat suara dengan abang-abang Mieya dengan rasa rendah dirinya menolak tawaran tersebut. Antara sebab musababnya :

  • yuran pengajian yang terlampau mahal. 
kolej nie menawarkan bidang medic dan akaun kepada Mieya. Okey, bidang medic nie memang sesuai dengan aliran sains tulen yang Mieya ambik sewaktu SPM dahulu. tapi, yuran pengajiannya mencecah ke harga RM275K. itu belum lagi ditambah tolak dengan yuran pendaftaran. pulak tuu, rebate RM50K hanya akan diberi sekiranya berjaya bergelar bachelor. maaf, saya bukan anak orang berada.

takpe lah pakcik dan makcik. Mieya sanggup tunggu surat tawaran yang seterusnya walau berkurun lamanya. Asalkan bersesuaian dengan taraf hidup serta pendapatan Mieya sekeluarga. Sudah menjadi prinsip Mieya sejak azali lagi, hidup tidak menyusahkan orang lain.


dah lah. Ayat tunggang-langgang kemain lagi. tak syoknya. tulis panjang-panjang lepas tu tak faham apa yang sedang Mieya repekkan disini. Jadi, sila jangan banyak komplain. harap maklong.


p/s : Actually, kawan Mieya pon ada jugak dapat tawaran yang sama. and kami berdua sepakat mengatakan tawaran ini sememangnya tak boleh pakai.

Rancang lah masa depan anda

Assalamualaikum wbt kalian.


Jari-jemari mencalit kuah kari beserta pulut kuning di kain buruk emak. Lama sudah 
Mieya tak menaip entri yang mempunyai isi-isi berguna. Selalunya, catatan-catatan harian sahaja yang memenuhi ruangan dashboard korang kan? Yaa, Mieya tahu tu.


maaf, ini adalah cukup untuk menerangkan sesuatu yang amat kronik.


sabar.


Sebenarnya ada banyak cerita dan maklumat yang ingin Mieya kongsikan sejak akhir-akhir nie. Oleh sebab kekangan link berukband yang selalu mengundang tiba pada masa yang tidak sesuai telah menyebabkan hasrat murni Mieya itu terkubur sepi begitu sahaja.


tapi kali nie, peluang yang ada tidak boleh disia-siakan begitu sahaja.
Harus digunakan dengan sebaiknya jugak. Walaupon cerita nie dah agak lama terperam, tapi takpe asalkan niat Mieya yang asalnya adalah untuk berkongsi. Itu sudahpon mencukupi.


Kepada kawan-kawan lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan SPM, terutamanya yang berminat untuk mengikuti kemasukan ke IPTA.  Adalah dimaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti program ini telah pon dibuka.


Jadi apa tunggu lagi, jangan sia-siakan masa anda lagi. Bagi sesiapa yang berminat, 
sila-silalah berkunjung ke Bank Simpanan Nasional untuk membeli nombor pin UPU sebelum April 2012. 


Permohonan secara atas talian boleh dibuat melalui borang permohonan secara online di 
http://upu.mohe.gov.my 


Cepat! Cepat! Cepat! Rancanglah masa hadapan korang bermula dari sekarang!

Ayuh kembali ke sekolah !

Assalamualaikum wbt semua :)

Setelah berpenat-lelah, bermandi peluh dan berborak sakan dengan kawan baik Mieya di sekolah siang tadi. Sekarang merupakan masa untuk Mieya bersantai sendirian.

Maaf lah, dah lama tak gunakan ayat formal seperti gini. nampak macam 'skema' semacam pulak. hikhik. Actually tadi, Mieya ke sekolah atas dua tujuan setelah hampir dua tiga minggu tidak menjejakkan kaki ke sana.

Pertama, Mieya nak tengok markah CGPA kokurikulum sewaktu di zaman remaja ribena, zaman berbasikal ke sekolah, zaman pakai tudung senget-benget. and then, hantar buku kerja yang Miea pinjam dulu.

Kedua, sebab Mieya menemani adik Mieya, si demokkk menghadiri sesi orientasi beliau ke tingkatan satu. Ohh, yeah! Welcome to the high school life, demokkk !

Semua urusan pada hari orientasi si demokkk, Mieya yang uruskan. dari membeli keperluan buku sekolah hingga lah sewaktu membayar yuran persekolahan. Orang lain pulak, emak atau ayah mereka yang uruskan. tak tahu lah nak cakap apa. tapi, yang pasti Mieya dah selesaikan tugas yang diberikan oleh emak dan abah dengan jayanya.

Ohh, yaa! guess what? Sewaktu hendak membeli beberapa keperluan di koperasi, Mieya terserempak dengan teman rapat Mieya, ieyka. Dia ada menghantar mesej dekat Mieya. tapi, tapi, Mieya tak check handphone pon. hehe kesiannya. kesiannya.


Tak lama lepas tu, Mieya pergi mencari dia. Jalan-jalan sambil bersembang bagai. sambil nak fikir pasal nasib diri sebagai penanam anggur, pasal nak cari kerja, pasal kontest ke, giveaway ke dan macam-macam lagi.

dah. dah. Bila-bila masa nanti, Mieya akan bercerita lagi sepanjang lebar yang boleh. Hari nie kepala hotak dan jasmani tidak bekerjasama dalam memberikan kesihatan yang mengujakan kepada Mieya. Ini pon, Mieya paksa jugak diri sendiri untuk menyiapkan entri kali nie.

btw, Selamat kembali ke sekolah buat adik-adik semua. Akak dah lepas dah. hihi (tetibe terasa tua sangat bila membahasakan diri sebagai akak)

salam bertemu lagi kawan-kawan :)

Resepi Pavlova Yang Rangup Dan Lembut

Assalamualaikum wbt :)

Ramai yang cakap pavlova nie sedap di makan time petang-petang sambil layan drama kesukaan di tv mahupun youtube. So, Mieya pon try lah buat and then, rasa sendiri.

Wow.. Fantastic! Sampai meleleh-leleh air liur Mieya bila merasai sendiri pavlova hasil air tangan sendiri. Rasa lemak, manis, rangup di luar serta lembut di dalam. Besides, sesuai dimakan oleh pelbagai lapisan usia. Senang cerita, semua orang boleh makan. Wallah!


Nah, Mieya kongsikan resepinya disini.. Sila modify mana-mana yang patut.


Bahan-bahannya :
4 biji putih telur
3/4 cawan gula (dikisar halus)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Untuk hiasan/topping :
250ml whip cream
boleh guna kiwi/strawberry/anggur/blueberry

Cara-cara membuatnya :
1. Pukul telur sehingga menjadi soft peak. Guna stand mixer je, senang ;)
2. Lepas tu, masih dalam mode memukul, masukkan gula sesudu demi sesudu sampai habis. Pukul sampai jadi ‘meringue’ (berkilat) atau bahasa mudahnya, bertanduk. 
3. Lepas tu, masukkan pula esen vanila, dan pukul sebati.
4. Matikan mixer, masukkan pula cuka dan tepung jagung dan gaul sebati menggunakan senduk kayu.
5. Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 150 degree celcius.
6. Letakkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas minyak. 
7. Bakar adunan selama 50 minit - 1 jam.
8. Apabila sudah masak, buak pintu oven dan biarkan ia menyejuk.

Hiasan
1. Pukul whip cream,
2. Hias dengan buah-buahan yang masam.



Azam tahun baru 2012

Yo people, whazzup? Lets che-che-check it out yo.

Dude, seriously, tetibe terperasan macam Zizan RL yang hyper with rap.
Dari segi greet korang semua pulak, pehh memang sebijik macam Anuar Zain Joe Flizzow lah kan? Belum lagi rap lagu anak ayam, mahunya sampai ke laut nanti. haha

Perenggan pertama je dah merepek tak ketahuan hala. Anyway, bertemu kembali kita
di ruangan Warta Negara entri lapuk, (weyh, ko tak payah gedik nak publish post nie lah weyh!) iaitu entri pasal tahun baru.



Setiap tahun akan ada entri yang beribu-riban di mana para blogger mempublish tajuk entri yang sama ataupun entri yang lebih kurang sama. Dan semestinya, entri tersebut dipublishkan pada malam ambang tahun baru dan tepat pada jam 12 tengah malam, di mana bunga api akan berpercikan dengan meriahnya di ruangan angkasa.

But Mieya pulak post di pagi tahun baru pulak. Semua nie tergendala gara-gara Mieya ke New Year Dinner Party di rumah banglo tauke daddy Mieya, yang terletak berhampiran dengan Bukit Jalil. Hmm, sedihnya kerana terpaksa meninggalkan lappy sendirian di bawah bantal.

ehh, alamak ! Pecah rahsia, kejap lagi kena tukar tempat sorok lappy nie. 
Takut ada orang rompak, bahaya woo. Ada banyak khazanah peribadi dalam nie.


Setiap tahun, semua orang memerah otak, mencari idea, menilik diri sendiri, mencari-cari apa yang masih belum dapat dicapai. then, tulis kesemuanya di dalam buku diari, tak pun dalam belog, tak pun tulis besar-besar lalu ditampal di dalam bilik. 

Yes, itulah azam. Hala tuju dan matlamat hidup kita. Semua orang ada azam, termasuk lah diri Mieya jugak. Semua azam, sudah tentu azam yang bajet innocent biar nampak gempak giler. 


So, bila ada orang tanya "Apa azam kau?" Okey kalau nak jawab, sila pastikan ayat anda mestilah power, gempak dan deboom supaya orang sekeliling merasa terkesima.
Lalu turut sama mendoakan agar segala azam kau akan tercapai.

bila fikir punya fikir. perah punyalah perah kepala hotak nie dan terus teringat, azam tahun baru nie, Mieya nak sangat :

  • nak bangun pagi seawal yang mungkin. Selalu bangun pukul 5.20 pagi lepas tu terus sambung tidur balik. Pukul 6.30 pagi baru bangun balik, lepas mandi terus solat, tutup mata 5 saat. celik balik, terus tidur dua jam. 
So lepas nie kalau boleh, bangun seawal 6 pagi, lepas terjaga daripada tidur terus mandi. Lepas tu buat solat sunat tahajjud lalu solat subuh. and then terus turun tolong emak buat sarapan pagi. 

  • nak ubah sikap yang negatif kepada sikap positif. Past is always be past, buang yang keruh ambil yang jernih, lalu berubah ke arah yang lebih baik, sopan dan nampak matang.
  • blogging secara konsisten. Mieya akan cuba curi masa untuk update belog sama ada dua hari sekali atau tiga hari sekali. Itu semua bergantung kepada level kerajinan diri sendiri lah.
  • and then kalau boleh, Mieya nak pelbagaikan entri di belog capuk ini. Kalau sebelum nie, Mieya asyik update pasal kehidupan harian Mieya. Mungkin lepas nie Mieya akan cuba masukkan isu-isu semasa ke, pasal makanan ke, pasal tips ke. Yang penting, dapat memberikan manfaat kepada semua. 
  • nak capai perkara yang belum lagi pernah tercapai. Contohnya, macam buat kontest ke, giveaway ke, teroka satu KL ke, pergi ke tempat-tempat menarik, dll.


hihi, akhirnya siap jugak entri pasal azam Mieya. Sekarang nie, Mieya nak blogjogging
ke blog kawan-kawan. Nak tengok azam orang lain. Kalau gempak, boleh copy paste masuk kat dalam belog. So cool rite ! haha teruk punya perangai.