Tips menjadi seorang yang cool

Assalamualaikum wbt kalian :)


Hidup anda dibayangi bayang-bayang resah?  Malu untuk bercakap bila berhadapan orang ramai? Berasa rendah diri terhadap mereka yang lebih awesome? Menghabiskan berjam-jam dan beribu-ribu ringgit ke kursus 'bina diri , adakah anda boleh melakukannya? Berjumpa kaunselor tapi masih tidak berpuas hati dengan perubahan diri anda? Selalu bangun pagi untuk menonton motivasi pagi tapi. Jawapan akhirnya tetap sama?


Kini,semua terpulang kepada diri anda untuk percaya atau tidak teori Mieya yang belajar tahap sekolah menengah ini. Cara-cara untuk menjadi cool atau lebih cool.


1. Jaga penampilan
Ini merupakan aspek yang sangat penting. Korang kena pastikan tak ada sisa makanan melekat kat gigi lepas makan, tak ada taik hidung terbang-terbang kat depan lubang hidung, badan tidak bau macam bangkai, mulut tak berbau seperti belacan yang kau makan semalam, dan apa-apa yang sama waktu dengannya.. Sebab benda-benda seperti ini jauh dari coolness.


2. Jadi diri sendiri. 
pasangan yang hot dan sangat cool bukan?
Jangan sesekali anggap diri korang macam Brad Pitt atau Angelina Jolie, sebab anda langsung tak sama macam mereka. Perlu diingatkan, untuk menjadi seorang yang cool, kau tak perlu ubah diri kau kepada seseorang lain, kau cuma perlu ada keyakinan untuk menjadi diri sendiri.. Cari kelebihan dan keunikan diri korang yang tersendiri.


3. Ketawakan diri sendiri. 
Okey. Misalnya, anda baru sahaja jatuh longkang. First thing, anda tak payah menangis atau jadi defensive terhadap kawan-kawan yang mentertawakan anda dengan berkata :
"Tak payahlah ketawakan aku! kalau korang jatuh longkang nanti baru korang rasa!". 
bukankah nampak sangat cool di situ  :D
Sangat tak cool.. Anda sebaliknya boleh enjoy dengan kejatuhan anda.. Anda tahu tak betapa kelakar, seronok dan mencabarnya bila jatuh longkang? Untuk menjadi seorang cool, tak semestinya anda perlu menjadi sempurna.. Ada masa, korang akan jatuh longkang, tertumpah air atas baju, tersungkur tengah jalan, jatuh basikal, semua tu normal.


4. Jangan berbalah. 
Orang cool biasanya tak suka berbalah dalam sesebuah perbualan. Orang tak cool pula selalu nak menangkan point dia. Baiklah. Let's say, kalau korang betul pun kan, apa yang korang dapat?  Adakah itu dapat memuaskan hati korang? Baik korang layan, tengok dan diam je bila orang berbalah depan korang.

5. Kawal emosi. 
Orang cool pandai mengawal emosi. Tak mudah melenting, menangis atau marah. 
Dia juga tak update tentang perasaan emosional dia di facebook agar diketahui satu dunia.


6. Pandai bersosial.
enjoy with your bestfriends !
Bukan so-sial ye kawan-kawan. Sebagai seorang yang cool, korang tak perlu masuk campur sangat hal orang lain.. Korang akan lebih suka analyze dan enjoy dengar orang bercakap. Korang juga menyenangkan orang-orang sekeliling kerana korang tak mencari masalah. 


Dan perlu diingatkan, korang boleh jadi seorang yang friendly, tetapi bukan obsess dengan rakan-rakan korang. Kerana percayalah, ia sangat merimaskan dan menjengkelkan rakan-rakan korang nanti.


7. Jadi natural. 
Sebenarnya, seseorang itu TAK AKAN cool jika dia CUBA untuk menjadi cool.. 
Jadi, buat apa korang dok baca entri ini sampai habis? Just cool and believe with yourself, okey???


being natural way like me :)
this style is very awesome !


Jadi, macam mana nak coolkan diri anda (tepuk dada belah kiri)? 
Pernah dengar tepuk dada tanya selera? Yes, kamu tahu macam mana,dan kamu akan jadi suatu hari nanti..

6 blog baru yang superBEST untuk dibaca

Assalamualaikum wbt kalian :)

Tengok tajuk kat atas, nampak sangat Mieya takde idea nak taip apa kan? haha.. Takpe lah, hari nie Mieya berbesar hati nak berkongsi dengan pembaca setia blog Mieya nie.

Sebenarnya entry Mieya mengenai 6 blog yang Mieya rekemen kat korang ialah bersempena menyambut sambutan BLOG DAY oleh Nuffnang. Nuffnang mengajak para blogger membuat entri mengenai 6 blog baru yang cukup menarik perhatian.


Sebenarnya ada banyak lagi blog yang Mieya suka singgah tetapi takkan lah Mieya nak tulis semua kan ? Kang ada yang terlepas pandang , merajuk lah pulak kan ?  Sama ada blog nie masih baru atau lama, Mieya sendiri pon tak dapat nak pastikan akan kesahihannya. kehkehkeh :D

Antara 6 blog tersebut ialah :

http://azzaazman.blogspot.com/
Ini adalah salah satu blog personal yang menjadi pilihan Mieya. Blog berwarna ungu ini mempunyai isi yang menarik serta mempunyai pengikut yang lebih ramai daripada Mieya. Susunan blog yang kemas dan tersusun. Owner blog ini jugak sangat memberi respon yang baik kepada pembaca dan tidak lokek ilmu langsung. Blog ini juga selalu update serta membuatkan pembaca sentiasa mendapat tips-tips baru jika datang ke blog ini.

http://izzatiliyanasabri.blogspot.com/

Inilah blog personal yang sangat menarik, tertarik dan debomb bagi Mieya.  Blog yang  sangat simple, ringan dan mesra pembaca. Ini disebabkan kurangnya widget yang boleh memberatkan blog. Penulisan blog ini meluas. Si penulis blog bebas menulis pelbagai artikel dan tidak khusus hanya kepada satu jenis sahaja. Blog ini juga bersifat santai, ayat yang mesra dengan pembaca dan mudah difahami.

http://nurdaniub.blogspot.com/
Nama blog pon dah unik, sudah semestinya beliau mempunyai keunikannya yang tersendiri untuk menarik perhatian pembaca seperti Mieya nie. Blog ini bersifat personal dan sering memaparkan gambar-gambar yang cantik dan menarik apabila dikartunkan. Blog ini juga mempunyai unsur-unsur hiburan memandangkan gambar-gambar yang terhasil kadangkala amat menggelikan hati.

http://anisaifulfiradam.blogspot.com/
Blog personal nie memang Mieya tak pernah terlepas pandang dan baca setiap kali sebelum mengepos entri terbaru. Owner blog nie nampak lebih matang daripada usianya yang sebenar, iaitu sebaya dengan Mieya. Mieya rasa, ramai pengikutnya ternanti-nantikan cerita daripada Anis nie, terutamanya pasal tutorial cara memakai shawl yang superb best tu.

http://terfaktab.com/
Nak kata blog nie masih baru, takde lah jugak. Tapi, Mieya baru sahaja terserempak dan mula terjatuh cinta dengan blog nie semenjak dua bulan yang lepas. FYI, blog ini merupakan hasil karya 16 orang blogger yang bergabung dibawah satu blog dalam mengupas pelbagai isu semasa.

Blog yang tak bertema ini banyak mengetengahkan entri sempoi untuk tatapan umum. Banyak fakta dan jugak benda-benda baru boleh didapati dari blog nie. Fakta-fakta yang sangat berguna dan boleh diterima akal.. 
http://budakshumort.blogspot.com/
Blog ini memang wajib Mieya buka setiap kali ingin menaip sesebuah entri. Blog ini milik seorang budak comot yang menggunakan nama samarannya sebagai Mieya Atiera. Si empunya blog ini mula berblogging dari hujung tahun lepas lagi.

Heheh, memandangkan blog sendiri pon masih baru lagi. Jadi, tak salah bukan kalau Mieya list kan sekali. Lagipon, Mieya suka baca semua karya penulisan Mieya di blog ini. Sebab, semua yang Mieya catatkan disini ada kena-mengena dengan diri dan kehidupan peribadi Mieya.

p/s : Actually, ada banyak blog yang Mieya nak senaraikan lagi. Tapi, oleh sebab pihak nuffnang mahukan blogger baru freshie lagi. Terpaksalah Mieya tapis mengikut kesesuaian syarat yang ditetapkan.

Romantik tidak mengira usia


Assalamualaikum and very  good evening you all :)


Did you know that, 
there was no way to prevent everyone from falling in love or to be a romantic person..

Yes, its very true.
There is no specific duration or age in life for people to be romantic.. 

Romance is not meant only to  young adults  or  teenagers,  but  older people too..

Age is no barrier for romance, in fact some young adults do envy older couple
who still holds each other hands while walking..

Am I right? How you wish you'll be like that when you're older huh? :)


Early morning when I left the house, I saw my neighbour hanging her clothes.. 
As usual, women did the job. But this time around, the hubby was beside her and helped.. 


To me that is very very ROMANTIC


It is hard to see husband and wife doing house chores at the same time, 
helping each other especially when both are working..

Wife cooking, husband watching TV.. Wife washing dishes, husband continue watching TV.. 


Sounds like you huh? Hehe. 


Sometimes they can't even wash their own plate. Terasa ke? ;P

Jangan nak ngeri sangatlah !

Assalamualaikum wbt kalian..

How's your day today?  Mieya rasa mungkin hari-hari korang tidak seteruk Mieya
pada hari nie.. Nak tahu kenapa? Nahhh.. meh, sini Mieya cerita sana cerita sini kejap !

Korang tahu tak, sepanjang zaman persekolahan Mieya daripada sekolah rendah ke
sekolah menengah, Gigi Mieya tak pernah mengalami apa-apa masalah.. Sewaktu sekolah rendah dahulu, Mieya rasa, Mieya lah antara budak yang paling comel bila jumpa doktor gigi.. 


Lagi-lagi semasa mempelajari cara-cara memberus gigi dengan betul.. 
Sebabnya, Mieya tak sabar untuk memiliki berus gigi percuma yang comel-comel itu.. Barang percuma, siapa yang tak nak kan?

Dan semalam ada pemeriksaan gigi di sekolah Mieya.. and unfortunately, doktor gigi tu cakap, gigi Mieya bermasalah sedikit..  Dan memandangkan Mieya berpuasa pada hari tersebut,
gigi Mieya akan ditampal selepas raya nanti..

But, apa yang terjadi adalah sebaliknya..
Hari nie, Mieya bersama-sama dengan kawan-kawan Mieya yang lain telah dipanggil untuk menjalani rawatan tampalan gigi.. WTFish lah kan bila cakap tak serupa bikin -,-"

Perghhh, sakitnya tak usah nak dicakaplah.. wa bilang sama lu !  Lagi-lagi masa
doktor tu gerudi gigi Mieya yang bermasalah tu..  Hampir tigaempat kali Mieya angkat tangan sebagai isyarat sakit yang teramat sangat.. Tapi, doktor tu tetap watlek je..
haisyy, sabo je lah kau Mieya !


and then, doktor tu cakap mesin untuk polish gigi dah rosak dan Mieya disuruh untuk
ke klinik yang berdekatan jikalau berkesempatan.. Gamaknya macam Mieya nie selalu ada masa terluang pulak.. Dia tak pikir ke Mieya akan berhadapan dengan beberapa peperiksaan
selepas seminggu cuti Hari Raya nanti.. Hmmm

After that, Mieya pon balik ke rumah dengan rasa ngilu bunyi mesin gerudi gigi yang masih terngiang-ngiang di cuping telinga ini.. FYI, ini kali pertama Mieya berhadapan dengan mesin gerudi gigi..

and seriously, its very painful !
and maybe at the one stage, you will crying because of that painkiller !

Salam bertemu lagi !


Review Filem "Karipap Karipap Cinta"

Assalamualaikum wbt kalian..

Mood pada hari nie menunjukkan satu tanda yang positif.. So, hye everyone !  
Actually, di saat entri ini ditaip, Mieya baru sahaja selesai membaca suratkhabar..
( tolonglah percaya ! ) Dan entri kali nie, Mieya nak kongsi sikit salah satu filem yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi, iaitu Karipap Karipap Cinta.. 

Rasanya, Cik Epal pon dah review pasal filem nie baru-baru nie kan? Takpe, itu 
versi Cik Epal punya, sekarang nie kita dengar review versi Mieya Atiera pulak.. 
Ada ke yang nak dengar nie?


Sinopsis filem nie, Mieya malas nak cari.. 
So, pandai-pandailah korang godek-godek kat laman Google.com nie ye?

FILEM Karipap Karipap Cinta mempertaruhkan sentuhan kreativiti daripada
Othman Hasham, seorang pengarah filem berpengalaman dalam mengarahkan filem kira-kira 10 tahun lalu menerusi Soalnya Siapa?

Karipap Karipap Cinta diadaptasi daripada novel karya, Nazri M Anuar dengan kos pembikinan sebanyak RM1.7 juta dan bakal ditayangkan pada 30 Ogos nanti.. Dengar cerita, Nazri Anuar nie pon seorang blogger jugak tau !

Filem ini sebenarnya mempunyai jalan cerita yang baik, tersendiri serta mencuit hati.. 
Tidak dilupakan, babak-babak berunsurkan nasihat turut dimasukkan.. Tetapi tidak mengetepikan elemen hiburan yang santai dan bersahaja.

Malah, keseluruhan jalan cerita Karipap Karipap Cinta adalah sama seperti struktur cerita asal di dalam novel.. Cuma terdapat beberapa babak yang diubah mengikut kesesuaian di dalam filem..

Walaupun ceritanya bagus tetapi mungkin pemilihan pelakon utama menyebabkan persembahan Karipap Karipap Cinta ini agak kurang menyengat.. Ada yang berpendapat gandingan Gambit Saifullah dan pendatang baru, Melia Aimellia sebagai watak utama dilihat sebagai langkah yang kurang tepat..

Karipap Karipap Cinta turut dibantu pelakon berpengalaman luas, Eman Manan, Afizuddin Fazil, Shawal Ruslan, P Jagen dan Elysya Iksana.. Dari segi lakonan, ternyata Eman Manan lebih menyerlah menerusi aksi komedi selamba walaupun wajahnya dilihat lebih kepada watak serius..

Sekian sahaja review daripada saya Mieya Atiera melaporkan diri dari tv channel enampulohsembilan, kita kembali ke seri pentas.. Sekian terima kasih..



Bulan puasa takde hantu kan?

Assalamualaikum wbt..

Waktu kecik-kecik dulu, ustaz ada cakap, masa bulan puasa macam nie.
Hantu memang tak ada? Betul ke?  huh, nasib baik. Baru berani sikit nak cerita.
*ehh Mieya bukan penakutlah weii, tapi realitinya . . . hrmmm, iya.

Tetiba pulak terimbau kembali kenangan-kenangan di zaman kanak-kanak comot Mieya. Sebabnya kan, pada waktu itu kan Mieya tersangatlah dikenali sebagai seorang yang penakut.

Contohnya kan, kalau Mieya nak ke dapur ke, ke tandas ke.  Mieya mesti suruh abah menemankan Mieya.. Tak kiralah sama ada waktu itu siang ataupon malam.
Maklumlah, anak manja lah katakan. hehh, sebenarnya Mieya takut. Takut pada apa atau siapa Mieya sendiri pon kurang pasti.

Then, berikutan peredaran masa yang kini semakin giat berputar.  Akhirnya,
telah membawa Mieya ke suatu alam yang baru iaitu, alam remaja  (waktu tu umur Mieya 12 tahun).. Ketika itu, Mieya sering diejek oleh abang-abang Mieya oleh sebab sifat penakut yang satu tu.

Sehinggalah pada suatu hari, Mieya berlagak pergi ke tandas pada lewat-lewat malam
sebab konon-kononnya nak belajar untuk berdikari. ececehhh, nampak benor nipunye.

Actually, my dad tengah tidur di saat itu dan oleh sebab Mieya tak mahu mengganggu keheningan waktu malam itu, Mieya pon pergilah bersendirian. and then, secara tiba-tiba Mieya terdengar bunyi sesuatu benda terseret di lantai kasar.

Serius, meremang bulu ketiak. ehhh? 

and as the result, Mieya demam seminggu. haha, hambek kau !
Lain kali jangan berlagak tak bertempat, kan dah tertakut sendiri.?


P/S : korang pernah alami sifat yang sama seperti Mieya jugak ke?
Kalau ada, meh lah share sekali. Sharing is caring :)

Blogger Perlukan PAKEJ Untuk Popular??

Bila asyik berblogwalking nie kan. Maka Mieya dapat jumpa lah bermacam-macam perkara. Lalu mula melekat pulak satu perspektif dalam kepala nie bahawasanya kebanyakan belog yang glamor-glamor sudah pasti tuan punya belog pun menarik. Menarik yang Mieya maksud di sini ialah orangnya cantik atau hensem okeyyy. Setuju tak dengan pendapat Mieya nie?

Rasanya, tak perlu kot Mieya nak bagi tahu siapakah mereka. Yela, semua orang semestinya sudah kenal kan? Cuba korang fikirkan seseorang blogger yang glamor korang gi follow? Menarik tak beliau? Silalah cakap yaaa !  Mieya paksa nie.  :D

Jadi, kiranya dalam dunia belog nie pun perlu ada pakej yang lengkap jugak macam dunia hiburan tu. Tapi Mieya tak nafikan, ada jugak yang pakej tak berapa lengkap semua tu pun boleh dikenali juga. Bezanya, mungkin dalam jumlah yang tak banyak lah kan?

Setuju atau tidak? sila jawab.

Heh,  actually itu semua tak penting lah.

Yang pentingnya di sini ialah kita semua menulis untuk kepuasan diri kita.

Betul tak?  So, cheers everyone !

Ayat-ayat minta putus

Assalamualaikum readers !

Mekasih kerana masih lagi setia menyinggah ke blog budakshumort ini walaupon cuma sebentar.. Mieya hargai sangat-sangat dengan kehadiran korang ke sini..

Hari nie Mieya nak kongsi dengan korang tentang cara-cara untuk minta putus.
ye lah, sebelum nie asyik berbicara tentang sesuatu yang positif je, siapa yang tak bosan kan? Jadi hari nie, Mieya ingin mengubah sedikit, konsep yang positif nie supaya menjadi sesuatu yang negatif.

okeyyyy, take mood. Take mood.

Biasalah manusia kan?  Bila suka kat seseorang, terhegeh-hegeh nak tagih cinta.
Tapi bila dah bosan atau tak suka, mulalah lidah tu nak bercabang-cabang. Hal yang kecik-kecik sengaja diperbesar-besarkan lagi. WTH lah !


Ini contoh alasan yang boleh korang bagi jikalau korang mempunyai keinginan untuk putus lah. Kalau tak nak, jangan buat naya !  Just tengok je tau?  Kang tak pasal-pasal pulak Mieya yang kena.

  • Kita tak ada chemistry... biology dengan physics pun tak ada.
  • You terlalu berangan nak jadi korean.. I benci tau.
  •  Bibir you tak power macam bibir Kilafairy, jadi kita putus.
  • We don't look good together in pictures..
  • awak tak pandai main gitar.
  • I saw you googled "mati pucuk"
  • Saya lebih cintakan Twitter dari awak.
  • Asal keluar dating, saya je yang keluar duit, awak sesen pon tak keluar.   Siap pinjam duit, lepas tu tak reti nak pulangkan.
  • Awak retis,followers lagi ramai dari saya,kbye 
  • Awak sering mengabaikan perasaan saya
  • Ayat you manis sangat. I takut kena diabetes.
  • Muka awak macam sesuai jadi ex saya je
  • Bila awak study awak lupa kat saya.
  • You didn't Post on My Facebook wall That You love me.
  • kita tak sehaluan. you always nak ke utara, i nak kat selatan
  • Saya nampak awak selalu kenyit mata kat adik saya.
  • Awak dok dating dengan Twitter je, terawih pun malas.
  • You kuat makan petai...lepas tu tak gosok gigi pakai darlie.. i benci tau !


Eheh, actually, banyak ayat minta putus yang Mieya nak kongsikan dengan korang semua. Tapi, nanti ada pulak orang yang dok memekak sebab Mieya tulis panjang-panjang sampai tak ingat dunia. Cukuplah setakat ini je ye.

Kalau korang nak tahu, Mieya rembat ayat-ayat semua nie daripada twitter. dan ini semua antara pendapat yang dikemukakan oleh semua pihak yang terlibat di #alasanbreakup.  Mieya just copy paste je mana-mana ayat yang berkenan di hati. kehkehkeh

Kbye.. Salam bertemu lagi..

Blog korang jenis yang macam mana?

Agak-agak korang, ada ke orang yang review ke blog korang?  Ataupon sebab orang visit blog kau baru korang nak visit dia balik? 


Korang rasa, blog korang tergolong dalam jenis yang macam mana? Adakah blog anda dalam kategori yang terbaik atau yang kurang baik? Dan apa yang bikin Mieya pelik semacam nie, kenapa ada banyak soalan dekat intro kali nie? haisyy~


Okayyy, actually that's not the main point.. But, the main point here, adakah blog korang terdiri daripada . . .


1. BLOG PERIBADI
Blog peribadi adalah sebuah blog personal atau blog itu dia seorang sahaja yang punya dan bukan korang punya.. HAHA, ada faham? Cerita boleh ikut suka hati diri masing-masing asalkan kau dan blog kau bahagia sudah..


2.BLOG TUTORIAL
Blog jenis nie mamang sangat-sangat sesuai untuk dipertontonkan kepada umum terutamanya kepada bloggers baru yang cetek ilmu pengetahuannya.. Blog yang banyak tutorial konon-kononnya.. Tapi, setelah sekian lama dah malas dah nak buat tutorial.. Macam blog si budak seorang tu kan? Ehem ehem, siapa lah tu kan? kehkeh...


3.BLOG MAK DATIN
Korang pernah nampak mana-mana mak datin yang pergi ke pasaraya dengan memakai barang kemas yang banyak gila-gila sampai kau yang tengok pon naik rimas? Mak Datin tu lebih kurang sama lah macam korang tau..


Sebab apa ehh? Sebabnya, blog korang menyusahkan berukband Mieya yang sedia lembab ini untuk menjadi bertambah lembab kerana terpaksa meloading blog korang yang agak berat dengan widget yang bersepah sana sini.. Kalau kau tak dapat pakai barang kemas sekalipon, sila-sila lah kemaskan blog korang supaya mudah untuk Mieya melawat ke blog korang di kemudian hari..


4.BLOG MONYET
Mieya dah malas nak masukkan entry yang berkenaan dengan kehidupan cinta di zaman kanak-kanak ribena dahulu kala..  Sebabnya, Mieya rasa belum cukup matang lagi untuk Mieya menjalinkan hubungan cinta dalam usia sekarang nie..


Ada ke blog yang letak entri macam,
"Saya sayangkan awak, kenapa awak tinggalkan saya?
Awak dah benci nak tengok muka saya ke muak dengan perangai saya?
Takpelah, saya tahu saya tidak sesempurna macam diri awak.." ouh, WTH man !


5.BLOG SAMPAH
Korang tahu apa itu sampah? Benda yang dibuang di tepi-tepi jalan ataupun kat dalam longkang.. haaa, macam itulah yang korang buat dekat blog korang.. Kau nampak kawan kau dapat duit dari Nuffnang maka dengan perasaan cemburunya kau pon sibuk nak jugak.. at last, satu sen pon tak dapat.. Macam orang mamak cakap, "habuk pon tarak"..


Jadi, sekarang macam mana? Adakah korang sudah tahu kategori jenis blog korang.. Sama-samalah kita fikirkan cara yang terbaik untuk menaikkan minat pembaca :)


P/s : Mieya ingin meminta maaf andai kata, penulisan pada kali ini bersifat kasar daripada kebiasaanya.. Mieya hanya mahu membuka mata-mata orang sekeliling mengenai kepentingan berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu entri.. Itu sahaja.


Salam bertemu lagi ~ Assalamualaikum wbt :) 

Swearing words was a bad habit

Assalamualaikum bloggers.. (gosok-gosok mata). 

Tiba-tiba teringat suatu tazkirah yang suatu ketika dahulu Mieya dengar melalui corong radio buruk.. Lepas itu terus terasa nak share dengan semua tentang kesimpulan yang dapat dibuat.. Waitwait, masih ada ke yang nak dengar? #tiadasiapamenjawab okey shut up.

Sama ada korang sedar ataupun tidak, dalam kehidupan seharian kita, perkataan BUDUH,BUNGUK,BA** adalah perkara biasa yang seringkali terluncur keluar dari mulut sesiapa sahaja.. lagi-lagi bila time marah,  haa mulalah tersembur perkataan ajaib tu.. Bangga je ba** bila dengar orang dok sebut-sebut nama dia..


FYI, that was just like a swearing words that may have an adverse effect for someone's life.. 

'Swearing words' means : 'ayat menyumpah'..


My dad said if we used a lot of swear word it will be bad.. Bad to the person who use it and bad for the people who hear or read it.. Absolutely correct!  Contoh terdekat yang boleh kita ambil ialah  'bloggers dan 'facebookers that commonly use the words like fuck, shit, and other 'menyumpah' words..

Since kids, we taught to talk like that in community even some parents says the words to their kids.. Not acceptable, me too.. My dad and my mom sometimes advise me to avoid this awful habit especially in my writing in blog..

The problem is all people around me always like to swear and sometimes the words come out flawlessly from their mouth without feeling sorry to other people that hear it.. Makes me join together with this bad habit that obviously  bad for my future kids.. *dreaming to have cute-cute kids with my future husband..


CAUTION!
Please stop using swearing word before you get your own swearing words!


Cinta berlandaskan paras rupa, mampu bertahan ke??

Pernah tak kau sampai pada satu fasa dalam hidup, di mana matlamat utama kau adalah untuk mendapatkan teman lelaki / teman wanita? Tak dapat tidak, mesti dapat. Pernah?

Kadang-kadang Mieya pelik juga dengan sikap sesetengah manusia yang menilai manusia lain berdasarkan rupa paras.

Kalau muka handsome bersih, baik budak nie mesti molek pekertinya.


Kalau muka serabai tak berapa nak kacak, eh hati-hati sikit tengok muka dia nie 
tak boleh nak percaya. Entah-entah perompak.


Kalau muka berjerawat, sah tak pandai jaga kebersihan. Tak pun mesti otak selalu kuning.


Kalau pakai baju branded, oh budak nie mesti gaji besar kerja bagus. 
Cerah masa depan.


Kalau pakai pakai baju bundle seluar baggie pulak, ini mesti kutu jalanan 
takde masa depan. Melepak je kerjanya.

Yang paling Mieya tak faham,  bila ada yang menilai dengan sebaris ayat
'tengok muka je dah tau, bodoh'. 

Seriously. Tengok muka orang tu kau dah tau dia bodoh? Oh gosh.

Sekarang kau cuba nak blame Tuhan ke sebab cipta wajah dia macam tu?  Mieya betul-betul tak faham macam mana pemikiran macam tu boleh datang dari otak manusia yang katanya ada akal. Sampai ada Facebook page lagi.

Sebenarnya, Mieya kesian sangat dengan lelaki atau perempuan yang direject kekasihnya bila mana rupa paras menjadi taruhan.  Kau tahu apa rasanya bila orang tu tak teringin langsung pun nak kenal dulu siapa diri kau yang sebenarnya hanya kerana syarat wajib yang satu tu tak capai markah penuh?

'Muka macam tu? Sorry bro, aku tak pandang. 
Bukan taste aku'.

Bagi Mieya lah, apa yang ada depan mata kita selalunya tak boleh dipercayai..
Orang yang kau kata takde masa depan tu lah, satu hari nanti buat kau ternganga mulut melopong. Orang yang kau reject tu lah yang akan buat kau menyesal tak sudah.

Ya. Kau pandang rupa, tak pandang yang di dalam. Kan dah rugi sendiri??


anda mungkin berminat untuk membaca :
-  cinta internet
-  cinta zaman remaja
-  cinta pandangan pertama
-  bicara soal cinta
-  putus cinta boleh menyebabkan kegemukan?

Pengalaman berpuasa di zaman kanak-kanak

Assalamualaikum wbt kalian :)

Dua hari sahaja lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan, bulan yang mulia,
bulan penghulu segala bulan, bulan yang dilimpahi dengan kebahagiaan dan kasih sayang..
Ramadhan yang pada Nya terdapat suatu malam yang sungguh agung dan lebih baik daripada seribu malam yang lain..  Dan semestinya ramai yang sudah tidak sabar-sabar menantikan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh berkat ini..

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..!  Ternyata sudah lama nampaknya Mieya meninggalkan zaman sekolah rendah agama.. di mana pada hari-hari itu, alunan-alunan suara,
bait-bait perkataan Arab dinyanyikan dengan rancaknya oleh kanak-kanak seusia kami
(dua belas tahun) ,  mengikut rentak lagu-lagu popular sekitar waktu itu..

Dan hasil daripada nyanyian itulah, Mieya dan kawan-kawan yang lain dapat mengingati istilah-istilah Arab dengan mudah.. Sehingga akhirnya membawa ke suatu tangga kejayaan kepada diri masing-masing.. Okey, tutup cerita !

Semakin kita menghampiri bulan puasa, semakin banyak kisah-kisah kenangan pahit manis yang dapat kita terokai.. Ada sahaja peristiwa yang masih lagi segar di ingatan ketika berpuasa di zaman kanak-kanak itu..

Mungkin pengalaman kita semua hampir sama dan mungkin juga berbeza mengikut peredaran masa.. Masa kecik-kecik dulu, kalau orang lain liat nak bangun sahur lepas tu tak lalu nak makan tapi Mieya tidak.. Cuma, masa nak mencelikkan mata je yang agak susah..  Tapi, bila dah nampak nasi goreng dan telur dadar terhidang di depan mata..
Selera makan mula datang bertambah-tambah macam seminggu tak makan.. -.-

Waktu itu, emak dengan abah cakap bila baru nak belajar puasa, kena belajar puasa untuk suku hari..  Lepas tu baru setengah hari..  Then, kalau dah boleh buat setengah hari kena habiskan sehari berpuasa..  So mata masa tu asyik tengok kat jam je..  Bila dah sampai suku hari atau setengah hari, tak kira lah sama ada perut kenyang atau lapar Mieya tetap nak bukak puasa juga..

Ye lah, masa bersahur memanglah berselera je makan..  But, bila tiba di siang hari,
hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa deritanya nak menunggu waktu sampai maghrib..  and bila tiba waktu berbuka puasa, sewaktu azan berkumandang,
terus je capai air segelas.. tak cukup siap tambah lagi satu gelas sampai perut pon kembung..  Bila ditegur, barulah terhegeh-hegeh nak berhenti minum..
Biasalah, budak-budak kecik lah katakan..

Hurm, tak sabar rasanya nak menyambut Ramadhan kan??  Kehadirannya semakin dirasai !
Moga kita memperoleh 1001 kemanisan pada Ramadhan akan datang nie.. Amin..~

Eh, pengalaman korang berpuasa masa zaman kanak-kanak dulu macam mana pulak?
Mehlah kongsi.. ;)

Tips Mudah Menghalau Pembaca Blog Anda

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kalian :)

wahhh, topik kali nie kelihatan agak berbeza daripada biasa.
Kebiasaannya, ramai orang lebih suka memberikan tips-tips yang positif untuk menjadi yang terbaik. Bukannya apa, Mieya cuma ingin menggunakan cara DAN pendekatan yang baru supaya orang lain boleh berfikir "out of the box".

Okay, mari kita ketahui cara-cara yang mudah untuk menghalau meloyakan hati dan fikiran pelawat-pelawat anda.

Pemilihan  template  dan  tema 
Pilih warna dan corak template yang kelihatan luar biasa dan tidak pernah digunakan oleh orang lain..  Kalau anda merupakan seorang pelukis yang kreatif, anda teramatlah digalakkan untuk membuat sendiri template kegemaran anda.

Pastikan template tersebut kelihatan buruk, berwarna garang, menjelekkan mata-mata yang memandang kerana sukar untuk difahami oleh sesiapa pon.

Table  of  contents
Jangan sediakan butang carian (search box), kotak follower dan blog Archieve di blog anda.  Biarkan para pelawat pening kepala untuk mencari arah jalan pulang yang benar.

Halaman  Utama
Pastikan halaman utama anda tidak mengandungi sebarang bentuk penulisan, melainkan gambar-gambar anda sendiri ataupon gambar lembu, monyet dan orang utan yang bersaiz besar gedabak bagi memenuhi seluruh skrin komputer.

Gaya  penulisan  di  Postingan 
Pastikan anda memulakan entri anda dengan ayat pendahuluan yang kelihatan
mengada-ngada seperti ingin meminta pelempang.  Sebagai contoh, gunakan perkataan   "hoiii, para stalker blog aku yang suka copydog dan sungguh menjengkelkan !"

Anda juga digalakkan untuk menulis cerita-cerita yang membosankan, gunakan tulisan yang bersaiz halus serta mempunyai warna yang sama dengan tema template bagi menaikkan seri kemanisan blog anda itu. Mungkin lebih baik, sekiranya tulisan di blog anda kelihatan berkelip-kelip seperti kerlipan kunang-kunang di waktu malam.

Penggunaan widget
Letakkan widget-widget yang banyak dan pelbagai jenis seperti jam dinding, pemain muzik dan video automatik supaya blog anda kelihatan lebih menyerlah.   Pastikan juga anda letakkan pemain muzik dan video automatik yang tiada butang tutup bagi meningkatkan kesabaran pelawat blog anda.

Penggunaan notis dan newsletters
Pasangkan teks-teks yang panjang berjela-jela atau newsletter yang bergerak-gerak dan pastikan newsletter tersebut tiada kaitan dengan blog dan diri anda.   Pastikan juga tiada butang untuk para pelawat menutup newsletter tersebut.

Penggunaaan bloglist
Pastikan anda membuat satu senarai nama-nama yang tidak menekan iklan di blog anda.  Paparkan juga gambar-gambar mereka di blog anda sehinggalah mereka menekan iklan di blog anda sebanyak sepuluh kali seorang.


Sekiranya anda berkesempatan untuk mengikut segala tips yang Mieya paparkan sebentar tadi,  maka teruskanlah usaha gigih anda itu.  Mieya percaya anda akan berjaya membuktikan kepada pelawat-pelawat bahawa blog anda merupakan antara blog yang terburuk di alam maya ini. 

Jadi, anda bolehlah menulis dan membaca entri-entri anda di masa akan datang tanpa sebarang gangguan daripada pelawat.

Macam mana?? Ingin mencuba?? hehe...

Tips cari idea untuk menaip entri

Assalamualaikum wbt kalian :)

Sedang Mieya leka berblogwalking tanpa tujuan dari pagi hari lagi sehingga kini, Mieya sudah dapat menangkap beberapa permasalahan yang sering dialami oleh para bloggers Mieya pasti, terdapat ramai blogger yang sering mengalami simptom tiada idea untuk membuat entri bukan??? Yeah, it's the same with me. Welcome to the club you all !!

Sebenarnya, bukannya kita tiada idea untuk menaip tetapi :
* Terlalu memikirkan sama ada idea untuk entry itu menarik atau tidak?
* Terlalu memikirkan feedback daripada pembaca sehingga tersekat kebebasan berkarya.
* Terlalu memikirkan sesuatu yang complicated sehingga tak nampak isu-isu semasa.
* Terlalu membandingkan hasil entry sendiri dengan entry orang lain.
* Terlalu memikirkan cara membuat sesuatu unordinary daripada orang lain.
* Yang paling utama takde self-confident. Apa-apa yang nak dibuat perlulah self-confident tapi please jangan syok sendiri !!

It is okay and probably could be fine, if you can type any entry at least one or two per week. But, what about if you can't do like that?  Sudah tentu trafik korang akan turun dengan serta merta kerana ketiadaan pembaca yang menyerikan setiap sudut blog korang.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengatasi simptom tersebut daripada terus merebak??
Okay, setakat nie Mieya hanya mengupdate tentang apa-apa sahaja yang Mieya rasa nak taip.  Dan cara yang paling senang untuk dapatkan idea adalah dengan memerhatikan keadaan di sekeliling persekitaran hidup kita. 

Contohnya, apa yang telah berlaku sepanjang minggu tersebut? Isu-isu yang sering diutarakan oleh media massa. Nahhh, dari situ jugak korang cuba olah ayat dan sampaikannya dengan cara yang menarik. Kadang-kadang perkara yang simple tapi kena dengan gaya penceritaan, sudah tentu dapat menarik minat pembaca.

Ada orang suka mendengar lagu untuk mendapatkan feel menaip sesebuah entri.
Ada jugak yang memerlukan persekitaran yang tenang dan mendamaikan seperti Mieya.

Cadangan kalau korang rasa takde idea sangat, rajin-rajin lah blogwalking baca entri untuk mencari idea bukan hanya nak kejar trafik je.  Sambil baca entri dapat maklumat berguna dan sekaligus up trafik juga.
Tapi memang tak dapat dinafikan, lain orang lain caranya. Lain cara lain ceritanya !

Dan untuk mendapatkan idea serta penulisan yang baik, bukanlah boleh berlaku dalam sekelip mata. Kena try and error tentang apa sahaja yang sesuai.  Macam student yang sedang belajar  lah. Ada yang sesuai study lewat malam dan ada yang awal pagi. So, cuba cari keserasian waktu or suasana untuk taip entri.  Masa dan mood itu memainkan peranan penting untuk mendapatkan idea yang bagus.

Kalau korang perhatikan dengan lebih mendalam lagi, kebanyakan entry yang Mieya taip entah apa-apa je. Tapi, Mieya tak kisah sangat. Semua itu kan dalam proses pembelajaranBELAJAR untuk hasilkan entry yang lebih menarik.

Yang penting, jangan sesekali membataskan idea korang untuk menaip.
Selagi kita tidak mencuba, kita takkan tahu resultnya.
Selamat mencuba yaa kawan-kawan. Happy berblogging !!!


Putus cinta boleh menyebabkan kegemukan???

Assalamualaikum wbt buat readers tersayang <3
Sebelum nie, kita sering mendengar bahawa orang putus cinta boleh bertukar menjadi kurus. Tapi, bagaimana pula yang sebaliknya??

haaa, sebelum Mieya mengupas dengan lebih mendalam mengenai topik sensasi ini.
Mieya ingin mengemukakan satu soalan kepada korang semua, terutamanya bagi sesiapa yang pernah bercinta lah.  Hope korang boleh menjawab dengan jujur okey?

Korang pernah putus cinta tak?  okay, dengar pesanan Mieya nie. Just cool babe.
Jangan buat perkara bodoh dengan bertindak di luar kawalan korang hanya disebabkan masalah putus cinta. Let bygone be bygone okay?

Firstly, korang harus mempunyai semangat yang kental dalam menghadapi permasalahan ini. Kalau tidak, suatu perubahan tidak kira sama ada perubahan kecil mahupun besar, akan menjelma di hadapan korang dan seterusnya mungkin akan terus menghantui kehidupan harian korang.

Mengikut kajian yang telah pon Mieya perhatikan sejak kebelakangan ini, ramai orang mengalami perubahan dari segi fizikal mereka, iaitu rupa bentuk badan.   Ada yang bertukar menjadi bertambah besar, dan ada juga yang semakin mengecil.

Tapi kali nie, Mieya hanya akan kupas serba sedikit tentang mengapa keadaan fizikal mereka boleh berubah menjadi besar?  Antara sebab dan punca daripada permasalahan ini ialah :

* stress
Biasanya seseorang itu mudah mengalami stress apabila emosi tidak stabil.  Bagi mengatasi masalah ini, sesetengah orang suka mengambil makanan secara berlebihan.  Tahukah anda, setiap kali kita stress, kadar kortisol didalam badan juga akan meningkat.  Kortisol membantu membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab untuk pengumpulan lemak dibahagian perut.  Kortisol juga melemahkan sistem immunisasi dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Jadi kurang-kurangkanlah stress!

* tak cukup tidur
Tahukah anda bahawa orang yang tidak mendapat tidur yang cukup meningkatkan risiko menjadi obesiti? Perubahan hormon dan glukosa terjadi ketika tubuh kita tidak mendapat istirehat yang cukup.  Kurang tidur dapat memacu kelaparan dan kelelahan yang dapat mengurangi aktiviti fizikal dan menyebabkan kenaikan berat badan.

* amalan pemakanan yang kurang sihat
Kecenderungan masyarakat pada masa sekarang yang suka mengambil makanan segera dan ringan serta tidak mengutamakan pemakanan seimbang dalam diet seharian serta makan mengikut selera.

* tak makan
Percaya tak kalau kita sengaja tak makan waktu tengahari, kita akan makan lebih banyak secara tak terkawal bila tiba waktu makan seterusnya.  Tak makan akan menyebabkan badan kita kekurangan kalori dan nutrient untuk kegunaan badan.   Disamping itu apabila perut sangat lapar, kita akan mudah untuk memilih makanan berlemak dan berkalori tinggi dan akhirnya akan disimpan sebagai lemak diperut kita.

* kurang bersenam
Latihan bebanan dan kardiovaskular membantu kita membakar kalori.  Latihan kardio diwaktu pagi membantu pembakaran lemak yang efisyen.  Latihan bebanan yang sistematik membantu lebih banyak otot dibina dan meningkatkan kadar metabolisma.  Jadi kita tetap membakar kalori walaupun sedang berehat.

That's why lah, di awal pendahuluan entri ini Mieya suruh korang bersikap cool je.
Jangan bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.  Try to accept the fact that he or she is not belong to you. Maybe one day, you will have a very very good, handsome, gorgeous partner than that you ever had before. Who knows right???

Hargailah Mata Anda

DI ANTARA deria pancaindera manusia  yang paling penting bagi manusia ialah mata.  Tanpanya, sukar bagi diri kita untuk menjalani kehidupan seharian.

eheh, jangan tersalah anggap yaa kawan-kawan semua !!   Topik yang bakal Mieya bicarakan kali ini tiada kena-mengena dengan masalah kerabunan mahupun kesakitan pada mata.

Tapi, topik entri kali nie lebih berkisar tentang kaedah yang sesuai digunakan untuk memelihara kecantikan mata.  Umumnya, terdapat beberapa cara bagi menjaga mata
supaya kelihatan lebih bersinar.

tips penjagaan mata

Jika anda menggunakan solekan pada mata, pastikan anda membersihkannya sebelum tidur. Membersihkan mata daripada solekan juga harus dilakukan dengan betul. Hal ini bagi mengelakkan bahan kimia meresap ke mata yang boleh membawa kesan kepada rabun warna.

Justeru, bahan pembersih mata yang sesuai perlu digunakan bagi menanggalkan solekan.

Mengurut sekeliling mata juga boleh mempercepatkan pengaliran darah dan mengelak daripada wujudnya kedutan.  Mulakan urutan di bawah mata, di tepi dan di kelopak mata.  Ulang cara yang sama di sebelah mata lagi.

Cara tradisional juga boleh diamalkan.  Anda hanya perlu menggunakan daun teh
dengan merendamnya ke dalam air panas. Apabila sudah sejuk, letakkan daun teh ke
kelopak mata.  Sebaik-baiknya tutup dengan tuala bersih dan biarkan seketika.

Cara yang paling mudah dan simple untuk dilakukan adalah dengan menggunakan mentimun.  Hiris mentimun nipis-nipis, kemudian letakkan di kelopak mata untuk seketika.  Biasanya mentimun akan menjadi panas dengan cepat, jadi anda perlu menggantikan mentimun itu beberapa kali bagi menghilangkan keletihan pada mata..

Selain itu, anda juga boleh menggunakan ketulan ais kecil bagi menyegarkan mata yang kelihatan lesu dan mengantuk. Letakkan tisu bersih dan tutupkan kelopak mata.  Kemudian, ambil ais dan gosok di atas tisu itu beberapa kali.

p/s : Mata yang cantik dan bersih lahir daripada mata yang sihat. Oleh itu, peliharalah anugerah ciptaan tuhan ini setiap waktu.


Hidup Berjiran Haruslah Saling Bertolak-ansur, tapi..

heh, title post di atas nampak gayanya telah menunjukkan tanda-tanda tidak puas hati si empunya belog nie je kan? yaa, sememangnya tidak dapat dinafikan oleh Mieya lagi.


Bila berbicara pasal jiran nie,  apa yang boleh korang kaitkan dengan jiran nie?
Apa yang jiran korang masak pada hari nie?  Adakah mereka mengambil tahu akan keadaan korang?  itu pun, jika hubungan korang dengan jiran korang nie baik lah.


Tapi, bagaimana pula kalau sikap jiran korang tu sebaliknya?  Contohnya macam nie, jiran korang tu orang yang berhati busuk, memaki hamun tanpa tujuan atau mungkin sering membuat fitnah?
Mesti korang akan berasa sakit hati bukan?


Macam tu lah yang Mieya dan keluarga Mieya rasa sekarang nie.. Memang terasa hati sangat-sangat. Rasa macam nak terjun je daripada rumah teres dua tingkat tu. Tapi takpe, sebagai insan yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi, kami hanya mendiamkan diri sahaja dan memaafkan segala kesalahan yang pernah seseorang itu lakukan kepada kami.


Kadang-kadang, hal sekecik cinonet je pon boleh menyebabkan berlakunya isu bermasam muka antara satu sama lain.  Mengapakah perkara seperti ini harus berlaku?  


Sepatutnya, dalam hidup berjiran nie kita perlu mengamalkan sikap bertolak-ansur antara satu sama lain.  Barulah perpaduan dan kesepakatan antara kaum dapat diwujudkan. Betul tak??

untung rugi seseorang itu terletak ditangan mereka sendiri

Assalamualaikum wbt kalian :)

Semenjak dua menjak ini, Mieya sudah jarang mengupdate belog bukan? Maklum saja lah, memandangkan tarikh peperiksaan percubaan SPM semakin menghampiri
hari demi hari telah menyebabkan segala aktiviti yang ingin dilakukan terpaksa Mieya bataskan untuk menggapai matlamat tahun ini.

Semakin cepat masa berlalu, semakin banyak wang yang perlu dikeluarkan untuk membayar itu dan membayar ini.  Memanglah tidak salah jikalau kita memperhabiskan wang bertujuan untuk kepentingan masa depan kita.  Tapi, kadangkala Mieya terasa tidak sampai hati pulak untuk meminta wang daripada ibu bapa sendiri bagi memenuhi keperluan tersebut.

Mieya lebih suka mengumpul duit belanja yang diberikan mereka dan menggunakannya jika perlu. Sebabnya Mieya tahu, semuanya yang kita buat di dunia ini memerlukan wangSetuju??? Tapi, bila Mieya fikir-fikirkan balik, kadangkala kita boleh juga membuat sesuatu tanpa bermodalkan wang semata-mata.

Kita boleh jugak menggunakan modal tenaga untuk membuat sesuatu,  modal air liur
untuk membicarakan sesuatu yang releven untuk dikongsikan bersama orang lain,
modal masa dan macam-macam lagi.  Semua tugas yang diberikan memerlukan komitmen daripada diri kita sendiri. Barulah kita akan memperoleh hasilnya nanti.

Macam study jugak, perlukan masa dan tenaga untuk belajar.  Kita juga perlu memupuk
sifat kerajinan dalam diri.  Kalau kita rajin baca buku, rajin ulangkaji, rajin buat latih tubi,
for sure results pasti gempak punyaaa !!!  Tapi, sifat rajin ini perlu lah berterusan dan keep constant.

Jangan pulak nanti, exam nak dekat barulah terkinja-kinja nak mengadap buku sampai
lebam bijik mata. Sudah terang lagi bersuluh telah membuktikan bahawasanya kaulah salah seorang calon yang bakal gagal..!

Nahhh, samalah macam blogging jugak. Kalau kita rajin update, join segmen itu dan ini,
rajin blogwalking, rajin tinggalkan komen di entri orang lain. Sudah tentu kita sendiri yang dapat merasai keuntungannya. Kalau korang tak rajin, korang sendiri yang akan rugi sebab :
  • tak dapat tingkatkan traffik
  • tak dapat tambahkan bilangan follower
  • tak dapat berkenaln dengan blogger lain
  • blog korang pon tak mungkin berjaya meraih perhatian orang lain

Justeru, janganlah hanya mengharapkan orang lain untuk membantu kita, kalau kita sendiri tak berusaha untuk mendapatkannya.  Oleh itu, korang kena pandai bawa diri, nak berjaya bukanlah senang kalau korang sendiri tak berusaha untuk menggapainya.

salam bertemu lagi kawan-kawan :)

bangkitlah dan kejar cita-citamu !

Assalamualaikum wbt dalam salam sejahtera semua :)
adehhh, sudah beberapa hari Mieya puas memikirkan idea yang bernas untuk membuat entry. Tapi, hampa kerana idea tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memunculkan diri. heh, malu mungkin.

huuhhhh, tetiba je Mieya terasa nak mengeluh panjang-panjang. Bukannya sebab terlampau bosan kerana terpaksa menghabiskan masa selama 6 jam di sekolah hanya untuk melepak-lepak di dalam library. heh, lupa pulak nak bagitahu. Sebenarnya, hari nie ramai kawan-kawan Mieya yang tiada di kela.. Ada yang sibuk menyertai kem, ada yang menyertai pertandingan nasyid peringkat negeri dan ada jugak yang sengaja memanjakan diri di rumah atau bahasa saintifiknya ponteng sekolah. Haisy~ anak siapa lah tu kan?

Hari nie sudah pon 23hb June, menandakan tirai yang selama ini terbuka luas bakal melabuhkan dirinya sedikit demi sedikit. Ini bermakna, setelah ditambah ditolak dibahagi dan didarab masa tidur, masa bermimpi, dan masa berangan-angan mat jenin. Maka dengan ini, jelaslah bahawasanya masa untuk semua calon SPM bertempur di dewan peperiksaan semakin kunjung tiba..

yaa, masa bergerak terlalu pantas dari hari ke hari. Dulu kalau nak habiskan masa selama sebulan punyalah payah, terasa masa terlalu panjang.. but now, pejam celik pejam celik dah 6 bulan lebih berlalu. Terasa macam sekejap sangat.

dan secara tiba-tiba, pelbagai persoalan hadir menerjah masuk ke dalam kotak fikiran Mieya tatkala ini. Mereka seakan-akan bertanyakan :

  • Apakah yang telah Mieya lakukan selama ini?
  • Berapakah masa yang telah Mieya peruntukkan untuk belajar? untuk membuat nota? untuk mengulangkaji pelajaran?
  • Apakah keputusan peperiksaan terkini yang telah Mieya kecapi selama ini?
  • Adakah keputusan tersebut sudah cukup untuk membantu diri Mieya untuk lulus dalam peperiksaan?
  • Apakah perancangan diri Mieya selepas ini?
  • Adakah matlamat yang telah Mieya tetapkan selama ini sudah benar-benar jelas?

Sebenarnya, masih ada banyak lagi persoalan yang Mieya masih belum berjaya merungkaikannya.
Sejujurnya, Mieya sendiri pon masih bingung memikirkan tentang bagaimana caranya untuk Mieya keluar daripada kepompong berbahaya ini.

Mieya sedar selama ini, Mieya terlalu mementingkan kehendak diri sehingga berjaya mengetepikan keperluan yang seharusnya Mieya penuhi terlebih dahulu. Jikalau diri sendiri tidak dipaksa sekeras-kerasnya untuk bergerak seiring dengan kawan-kawan yang lain, sudah tentu selamanya dia akan bersikap sedemikian.

Jadi, pesanan khas kepada sesiapa yang masih belum menyedarkan diri macam Mieya nie. Bermula pada hari nie, bangkitlah ! Cari hala tuju hidup korang dan terus berjalan mara ke hadapan. Usahlah dikau memandang ke belakang lagi kerana orang di belakang belum tentu dapat menyelamatkan dikau untuk yang kedua kalinya.

Lawatan Sambil Belajar Ke Karangkraf

Assalamualaikum wbt kalian.

Ohh yaa, hari nie Mieya terasa seperti syok sendiri sebab membuka laman belog sendiri sebanyak 50 kali. BELOG SENDIRI ye anak-anak sekalian, lainlah kalau buka belog cik epal yang meletops tu 50 kali. Munasabah lah jugak sebab dapat tengok gambar-gambar jalan-jalan cari makan beliau yang takkan pernah puas ditengok. Tapi, apa kes pulak Mieya dok mengadap belog sendiri nie?!  Loya semacam pulak.

tapi, apabila Mieya tilik-tilik balik apa yang tak kena dengan belog nie, then i found the answer !  Mieya tak sambung lagi entri pasal lawatan hari tu -_-"  Okay fine, saja je buat-buat lupa kehkeh. busy sikit dengan kertas laporan lately.. tapi, korang jangan risau, Mieya tetap akan menyambung entri tu pada hari nie..

*   *   *   *   *   *   *   *   *   *

Tepat jam 1.00 petang, kami bergerak ke sebuah masjid yang terletak di Shah Alam untuk mengisi kekosongan perut nie. and then kami terus bergerak masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat. Unfortunately, kebanyakan bebudak perempuan telah menemui jalan buntu ketika mencari ruangan solat.

Kami menghabiskan masa yang agak lama di situ disebabkan kesulitan yang ada. Tapi, kami bernasib baik kerana berjaya menemukan ruangan solat setelah berpusing-pusing di dalam masjid untuk beberapa minit.

Seterusnya, kami bergerak pula ke Studio Karangkraf.  Kami telah terlewat tiba selama lebih kurang 15 minit. Walau bagaimanapon, kedatangan kami tetap disambut baik oleh pihak karangkraf.. Then, kami telah diberi taklimat oleh pihak pengurusan karangkraf dan kumpulan nasyid telah dikenakan denda untuk membuat persembahan di akhir program..

Di sini, kami telah dibawa ke bilik editorial untuk melihat sendiri bagaimana setiap helaian muka surat majalah dihasilkan.. Kami turut diberi peluang untuk berbicara dengan Abang Sudir (wartawan majalah hiburan) tentang selok belok bidang kewartawanan..  Banyak ilmu yang telah beliau kongsikan bersama kami.. Kami juga telah diberi penerangan tentang akhbar iluvislam oleh editornya sendiri.. Tapi, yang bestnya Mieya dan kawan-kawan yang lain dapat mengumpul koleksi buku nota daripada pihak pengurusan iluvislam.. :)

Next, kami turut berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana setiap helaian komik G3 dihasilkan.. Kami telah ditunjukkan tentang cara-cara melukis dan mewarna gambar kartun oleh para kartunis komik G3.. and Mieya teruja sangat-sangat kerana dapat berjumpa dengan kartunis-kartunis yang over sporting nie.. kehkeh

Kami juga turut berkunjung ke ruangan grafik, di mana gambar-gambar yang agak suram boleh diedit menjadi ceria, gambar-gambar yang gemuk boleh diedit menjadi kurus and so on.. and believe it or not, kebanyakan pekerja di ruangan ini terdiri daripada orang tua yang berlagak muda.. heh, macam mana tu? Tapi, takpe.. pakcik-pakcik nie sporting-sporting belaka.. Kami banyak bergelak tawa di sini dengan telatah pakcik-pakcik yang kuat berjenaka nie..

Then, kami melawat ke kilang percetakan.. Suasana di sini tersangatlah bising dengan bunyi-bunyi mesin yang terhasil daripada mesin-mesin percetakan yang besar gedabak.. and then, kami bergerak pula ke studio photoshoot..

Kami tersangatlah bertuah pada hari itu kerana secara kebetulan, Wardina Saffiyah sedang berphotoshoot bagi majalah edisi raya nanti.. Jadi, kami turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar sekali dengan beliau.. Sungguh tak disangka-sangka, kak Wardina nie peramah orangnya.. Beliau sempat memberikan nasihat kepada kami untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengikut jejak langkahnya untuk bergelar artis..
gambar agak blur di situ kerana menggunakan enset cikai

Then, kami telah dibawa ke kedai buku sebagai destinasi akhir bagi lawatan ini disebabkan masa yang tidak mencukupi. Kami telah diberi diskaun sebanyak 15% untuk setiap buku yang dibeli. Next, kami bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan. Seperti yang Mieya beritahu di awal penulisan tadi, kami telah dikenakan denda untuk membuat persembahan nasyid. Jadi, bebudak nasyid pon menyanyikan lagu hasil ciptaan mereka sendiri yang berjudul "antara".

Sungguh tak disangka-sangka, persembahan tersebut telah berjaya membuatkan pihak pengurusan berasa terharu sehingga menitiskan air mata. Katanya, beliau tak pernah lagi berjumpa dengan pelajar-pelajar yang terbaik selain kami. Tepat jam 7 petang, kami pon bergerak pulang ke sekolah.

okay, sekian sahaja cerita lawatan sambil belajar pada hari Rabu yang lepas.. Harap maaf kerana tiada gambar diri sendiri untuk ruangan entri ini berikutan empunya belog masih belum menerima gambar daripada jurukamera. heh, bajet macam Mieya nie popular pulak.

terbanglah layang-layang..

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

”Image

Tenangnya fikiran, lapangnya hati ini tatkala memandang langit yang membiru. Turut menghiburkan lagi hati ini apabila kelihatan beberapa layang-layang berterbangan mengikut rentak tiupan angin melambai-lambai tinggi di langit. Cuaca yang panas dengan tiupan angin yang agak sepoi-sepoi bahasa merancakkan lagi hari-hari mereka untuk bermain layang-layang.

Tidak kira usia sama ada orang tua mahupun orang muda, masing-masing memanfaatkan hari petang ini dengan aktiviti yang mendamaikan hati serta menenangkan fikiran seperti ini. Pelbagai jenis layang-layang yang berbeza reka bentuknya, berwarna-warni sedang diterbangkan oleh mereka.

Langit yang pada awalnya kosong, kini terisi dengan pelbagai corak yang dapat menarik perhatian bagi sesiapa yang memandangnya. Sungguh, tatkala Mieya menikmati pengalaman yang indah nie secara tiba-tiba terimbau kembali kisah semasa di zaman kanak-kanak riang si comot momot nie.

Kisah di mana kanak-kanak perempuan boleh bergerak bebas bersama dengan kanak-kanak lelaki. Berlari bersama-sama, bermain bersama-sama, bergurau senda bersama-sama, kalau boleh semuanya nak buat bersama-sama.

Berbeza dengan zaman sekarang, ibu bapa telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara lelaki dengan perempuan sejak mereka kecil lagi. Setiap pergerakan perlu diawasi selalu kerana bimbang akan terjadinya kejadian tidak diingini seperti penculikan ataupon kehilangan anak. Alangkah kasihannya generasi kanak-kanak sekarang.


Dahulu, setiap kali tibanya waktu petang, Mieya serta kanak-kanak yang lain pasti akan ke padang permainan bersama-sama. Tapi, sebelum tu kena minta keizinan daripada emak serta tidak lupa jugak kena minta duit sebagai belanja jajan.. Selepas itu, kami akan beramai-ramai bergerak ke padang permainan. Ada yang membawa basikal, ada yang berlari-lari anak dan ada jugak yang berjalan melenggang sahaja.

Setelah puas berkejaran sesama sendiri, kami akan menggunakan duit belanja tadi untuk membeli aiskrim pop. sebab aiskrim pop sesuai untuk menghilangkan dahaga dan panas serta turut menjimatkan duit kami. Kalau ada duit lebih sikit, kami akan membelikan aiskrim pop untuk kawan-kawan yang lain. yela, kan tak baik kedekut sama kawan sendiri. Nanti takde orang nak kawan dengan kita dah.

Kadang-kadang, kami takkan ke mana-mana pon pada waktu petang. Tapi, jangan ingat kami akan melekat kat rumah je tau. Kami sebenarnya berkumpul beramai-ramai di pondok kecik di hadapan rumah Mieya.. Sambil-sambil tu, kami menghiburkan hati dengan menyanyi beramai-ramai.

Kalau abang Mieya (yang nombor tiga) ada di rumah, dia suka bermain layang-layang. Selalunya, dia membuat sendiri layang-layang dengan menggunakan surat khabar dan lidi. Maklumlah, abah mengajar kami untuk sentiasa berjimat-cermat.

Mieya ingat lagi, Mieya selalu dipaksa oleh abang Mieya untuk membantunya dalam usaha menaikkan layang-layang bersama. Selalunya, layang-layang itu akan terbang terlalu tinggi sehingga menyukarkan mata kecik Mieya untuk melihatnya. Kadang-kadang, layang-layang itu akan tersangkut ataupon terputus talinya jikalau angin yang bertiup terlalu kuat. Jadi, abang Mieya terpaksa membuat semula layang-layang yang baru.


Ohhh, rindunya Mieya pada kenangan lalu. Terasa seperti ingin kembali semula ke zaman kanak-kanak riang.

Andailah masa boleh berputar semula, sudah tentu semua orang takkan melepaskan peluang untuk kembali ke zaman tersebut bukan? Tapi, itu semua hanyalah satu angan-angan kosong, yang takkan tercapai dek akal.

Lawatan sambil belajar ke PutraJaya

Assalamualaikum wbt semua :)

Seharian sudah Mieya tidak menjenguk-jenguk di ruangan blog nie. Bukannya merajuk dan bukannya terlupa, tetapi dek kerana kepenatan dengan aktiviti lawatan sambil belajar semalam, maka secara rasminya aktiviti penaipan entri terpaksa dibiarkan tertangguh.

ohh, actually there are so many many stories that i want to share with you all about yesterday. but, i dont think that i can write it in just one page.. Of course that is not enough for me.. So, i decided to break the story into a few entries.. i'm really hope that you all do not mind, okay?   Thank you..

Seperti yang Mieya uar-uarkan di entri sebelum-sebelum nie, iaitu Mieya akan mengikuti lawatan sambil belajar bersama-sama dengan kelab pendidikan islam dan kelab nasyid kan?

Seramai 15 orang ahli kelab pendidikan islam dan 17 orang ahli kelab nasyid serta diiringi oleh guru penasihat masing-masing telah mengikuti lawatan yang julung-julung kali diadakan oleh kelab ini. Dan lokasi pertama lawatan kami ialah di Muzium Kesenian Islam yang terletak di Putrajaya.

Kami bertolak pada jam 9 pagi, dikelilingi dengan kereta-kereta serta jalan yang sesak dan akhirnya selamat sampai di lokasi yang dituju pada jam 9.40 pagi.. Oleh sebab kami tiba lebih awal berbanding seperti yang dijangkakan, manakala muzium pula masih belum lagi dibuka.. Jadi, kami sepakat untuk melawat dahulu Masjid Negara yang turut menempatkan beberapa makam pejuang negara.


Seperti biasa, aktiviti mengambil gambar sebagai kenang-kenangan merupakan satu perkara yang wajib apabila mengikuti sesuatu lawatan.. Tepat jam 10.35 pagi, kami bergerak pula ke Muzium kesenian islam. Di sini, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu satu kumpulan lelaki dan satu lagi kumpulan perempuan.. Seriously, memang tak best !

Kumpulan Mieya sering bertembung dengan kumpulan lelaki walaupon kami bergerak secara berasingan.. Mereka bergerak dengan pantas dan berkemungkinan juga, mereka tidak tahu menghayati hasil kesenian orang terdahulu agaknya.. entah lah.. Terdapat 12 galeri yang telah kami lawati sehingga menimbulkan kesengalan pada urat-urat kaki akibat terlalu banyak berjalan.. Sememangnya sepanjang lawatan ini, Mieya hanya mendiamkan diri sahaja lalu mencari tempat-tempat duduk untuk merehatkan kaki.. :)


Setelah selesai majlis pemberian cenderamata kepada pihak pengurusan muzium kesenian islam, kami bergerak keluar lalu mengambil gambar beramai-ramai.. Disebabkan cuaca yang agak panas, kami beramai-ramai menikmati aiskrim bagi menyejukkan badan setelah mendapat keizinan daripada ustazah.. hee, seriously habis comot momot Mieya pada ketika ini..


okay lah, Mieya rasa cukup sahaja coretan Mieya untuk entry kali nie..   Mieya sendiri pon sudah kekeringan kata untuk ditaipkan di sini..   Kalau Mieya ada masa nanti, Mieya  akan sambung lagi ye :)  Salam bertemu lagi~

saya single, saya okey !

Assalamualaikum wbt..
Actually, Mieya nak post entry luahan hati nie semalam.. Tapi, oleh sebab mood tidak menunjukkan tanda-tanda kerajinan untuk menaip, entri ini terpaksa dibiarkan sepi..


Ceritanya macam nie.. Pada suatu petang yang mendamaikan, Mieya disergah dikejutkan dengan kemunculan budak-budak yang langsung Mieya tidak dikenali semasa ingin menyiram pokok bunga di halaman rumah.. *ececehhh, rajinnya dia bersiram pokok bagai.. Yang peliknya, masing-masing berpakaian ala-ala pesilat negara gitu.. Setelah puas Mieya mengkaji beberapa muka yang ada di situ, akhirnya persoalan Mieya terungkai jua apabila terpandang akan wajah ketuanya yang iras-iras dengan muka jiran sebelah rumah Mieya.. ohh, budak Bagan Serai rupanya ! memang patut lah Mieya kurang kenal..


Setelah berjaya mendapatkan maklumat yang lebih terperinci daripada adik dan emak Mieya, akhirnya barulah Mieya mengerti akan sebab musabab kedatangan dorang ke mari.. Motif kedatangan dorang adalah untuk mempamerkan persembahan silat.. Tapi kalau korang tanya kat mana dan atas jemputan siapa? Sememangnya Mieya hanya akan mendiamkan diri sahaja sebabnya Mieya sendiri pon kurang pasti akan siapakah gerangan orangnya..


and then pada jam 7.50 petang, Mieya tengok kawan Mieya nie pon dah macam cacing kepanasan di luar rumahnya.. Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.. Lagaknya, macam nak ajak Mieya melepak bersama dengannya..  Melihat akan perubahan emosi beliau telah membuatkan Mieya tertanya-tanya akan sebab musabab ketidaktenteraman hati beliau itu.. okay, Mieya tipu..

Sebenarnya, Mieya hanya keluar rumah untuk bersembang-sembang kosong je dengan kawan Mieya tu.. Almaklum lah, budak jarang keluar rumah tetiba je nak ajak bersembang bersama, tidak ke pelik rasanya.. Seperti hari-hari yang lepas, kami hanya berkesempatan untuk bersembang dalam jangka masa 10 minit sahaja sebelum masing-masing mengangkat kaki ke rumah.. yee, Mieya faham bahawasanya budak perempuan sememangnya tidak digalakkan untuk melepak lama-lama lebih lebih lagi pada waktu malam..


Akan tetapi, Mieya sekali lagi dihimpit dengan perasaan musykil tatkala kawan Mieya nie kembali menerjah Mieya pada minit yang ke-30 kemudian.. Adesss, selalunya kalau masing-masing dah balik ke rumah, memang seorang pon takkan memunculkan diri untuk keluar lagi.. tapi kali nie, kenapa pulak ye?  Jadi, Mieya dihimpit dengan perasaan tertanya-tanya sekali lagi apabila salah seorang daripada bebudak itu berdiri betul-betul berhadapan dengan Mieya manakala jiran Mieya pulak masih setia di sebelah Mieya.. Haiyo, ada apa hal pulak nie jiran Mieya nie siap ajak budak tu melepak sama-sama nie?  Lagaknya macam nak menjodohkan Mieya dengan budak tu pulak..


Tapi takpe, berbekalkan semangat ego yang tinggi dan sifat pemalu yang sememangnya sedia ada dalam diri ini, Mieya hanya bertindak untuk mendiamkan diri sahaja, membiarkan kawan Mieya bersembang berdua dengan budak silat itu..  Biarkan lah mereka nak cakap Mieya nie sombong ke apa, asalkan Mieya bahagia sudah.. heh~

Actually, Mieya memang tak biasa apabila berhadapan dengan budak lelaki melainkan dengan abah dan abang-abang Mieya je..  Sebab tu, semasa berada di kelas, kalau ada je budak lelaki yang mahu bersembang dengan Mieya,  Mieya dengan sengaja akan mengelakkan diri..  Minta maaf kalau ada classmate Mieya yang terasa di sini..


Jadi di sini, Mieya nak bertanya, salah ke kalau perempuan tu takde boyfriend ye? Mieya pelik lah, kenapa lah kawan Mieya tu sibuk terkejar-kejarkan pasangan untuk Mieya walhal Mieya sendiri pon tidak menunjukkan tanda-tanda berminat untuk berkenalan bagai..  Ohh gosh~ Bukannya Mieya tak pernah menyatakan kepada kawan Mieya bahawasanya sekarang bukanlah masa untuk Mieya bercintan-cintun.. Sudah berbuih rasanya mulut Mieya nie berbicara tentang hal yang sama tetapi mengapakah kawan Mieya masih tidak mahu mengerti lagi?
P/S : kalau kita ada jodoh dengan orang tu takkan kemana juga, sampai ke hujung dunia pun kita pasti akan bertemu semula tau.