Bila berbicara pasal jiran nie, apa yang boleh korang kaitkan dengan jiran nie?
Apa yang jiran korang masak pada hari nie? Adakah mereka mengambil tahu akan keadaan korang? itu pun, jika hubungan korang dengan jiran korang nie baik lah.
Tapi, bagaimana pula kalau sikap jiran korang tu sebaliknya? Contohnya macam nie, jiran korang tu orang yang berhati busuk, memaki hamun tanpa tujuan atau mungkin sering membuat fitnah?
Mesti korang akan berasa sakit hati bukan?
Macam tu lah yang Mieya dan keluarga Mieya rasa sekarang nie.. Memang terasa hati sangat-sangat. Rasa macam nak terjun je daripada rumah teres dua tingkat tu. Tapi takpe, sebagai insan yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi, kami hanya mendiamkan diri sahaja dan memaafkan segala kesalahan yang pernah seseorang itu lakukan kepada kami.
Kadang-kadang, hal sekecik cinonet je pon boleh menyebabkan berlakunya isu bermasam muka antara satu sama lain. Mengapakah perkara seperti ini harus berlaku?
Sepatutnya, dalam hidup berjiran nie kita perlu mengamalkan sikap bertolak-ansur antara satu sama lain. Barulah perpaduan dan kesepakatan antara kaum dapat diwujudkan. Betul tak??
4 comments:
betul tuu...sepakat membawa berkat!
seb baik jiran kami baik hati.. selalu senyum2 ngan kami..
jiran yang baik itu satu rahmat dari Allah. dari 4 rahmat Allah kat dunia ini. Berdoalah agar kamu sekeluarga menjadi jiran yang terbaik buat jiran kamu itu.
*Zaman Abu Bakar dulu ada satu rumah sewanya menjadi begitu mahal kerana jirannya sangat baik.
Cik mieya,
Setiap kejiranan mesti ada golongan cengini...kalau kena kacau ngan org ni memang tensen...jangan merendahkan maruah kita sama level ngan dia...berfikir sebelum bertindak...
Post a Comment