Sebelum nie, kita sering mendengar bahawa orang putus cinta boleh bertukar menjadi kurus. Tapi, bagaimana pula yang sebaliknya??
haaa, sebelum Mieya mengupas dengan lebih mendalam mengenai topik sensasi ini.
Mieya ingin mengemukakan satu soalan kepada korang semua, terutamanya bagi sesiapa yang pernah bercinta lah. Hope korang boleh menjawab dengan jujur okey?
Korang pernah putus cinta tak? okay, dengar pesanan Mieya nie. Just cool babe.
Jangan buat perkara bodoh dengan bertindak di luar kawalan korang hanya disebabkan masalah putus cinta. Let bygone be bygone okay?
Firstly, korang harus mempunyai semangat yang kental dalam menghadapi permasalahan ini. Kalau tidak, suatu perubahan tidak kira sama ada perubahan kecil mahupun besar, akan menjelma di hadapan korang dan seterusnya mungkin akan terus menghantui kehidupan harian korang.
Mengikut kajian yang telah pon Mieya perhatikan sejak kebelakangan ini, ramai orang mengalami perubahan dari segi fizikal mereka, iaitu rupa bentuk badan. Ada yang bertukar menjadi bertambah besar, dan ada juga yang semakin mengecil.
Tapi kali nie, Mieya hanya akan kupas serba sedikit tentang mengapa keadaan fizikal mereka boleh berubah menjadi besar? Antara sebab dan punca daripada permasalahan ini ialah :
* stress
Biasanya seseorang itu mudah mengalami stress apabila emosi tidak stabil. Bagi mengatasi masalah ini, sesetengah orang suka mengambil makanan secara berlebihan. Tahukah anda, setiap kali kita stress, kadar kortisol didalam badan juga akan meningkat. Kortisol membantu membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab untuk pengumpulan lemak dibahagian perut. Kortisol juga melemahkan sistem immunisasi dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Jadi kurang-kurangkanlah stress!
* tak cukup tidur
Tahukah anda bahawa orang yang tidak mendapat tidur yang cukup meningkatkan risiko menjadi obesiti? Perubahan hormon dan glukosa terjadi ketika tubuh kita tidak mendapat istirehat yang cukup. Kurang tidur dapat memacu kelaparan dan kelelahan yang dapat mengurangi aktiviti fizikal dan menyebabkan kenaikan berat badan.
* amalan pemakanan yang kurang sihat
Kecenderungan masyarakat pada masa sekarang yang suka mengambil makanan segera dan ringan serta tidak mengutamakan pemakanan seimbang dalam diet seharian serta makan mengikut selera.
* tak makan
Percaya tak kalau kita sengaja tak makan waktu tengahari, kita akan makan lebih banyak secara tak terkawal bila tiba waktu makan seterusnya. Tak makan akan menyebabkan badan kita kekurangan kalori dan nutrient untuk kegunaan badan. Disamping itu apabila perut sangat lapar, kita akan mudah untuk memilih makanan berlemak dan berkalori tinggi dan akhirnya akan disimpan sebagai lemak diperut kita.
* kurang bersenam
Latihan bebanan dan kardiovaskular membantu kita membakar kalori. Latihan kardio diwaktu pagi membantu pembakaran lemak yang efisyen. Latihan bebanan yang sistematik membantu lebih banyak otot dibina dan meningkatkan kadar metabolisma. Jadi kita tetap membakar kalori walaupun sedang berehat.
That's why lah, di awal pendahuluan entri ini Mieya suruh korang bersikap cool je.
Jangan bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu. Try to accept the fact that he or she is not belong to you. Maybe one day, you will have a very very good, handsome, gorgeous partner than that you ever had before. Who knows right???
5 comments:
pena je. tapi tak efek pape pun kat badan? haha
Jemput dtg blog :p
itu semua b'gntung pada diri sendiri jugak dalam mengewal emosi masing-masing..
wahh terbaik lah post mieya kali ni. thanks tau :)
aischa> thanks sudi singgah membaca :)
patutlah nelly gemuk semacam je ..
Post a Comment