Hargailah Mata Anda

DI ANTARA deria pancaindera manusia  yang paling penting bagi manusia ialah mata.  Tanpanya, sukar bagi diri kita untuk menjalani kehidupan seharian.

eheh, jangan tersalah anggap yaa kawan-kawan semua !!   Topik yang bakal Mieya bicarakan kali ini tiada kena-mengena dengan masalah kerabunan mahupun kesakitan pada mata.

Tapi, topik entri kali nie lebih berkisar tentang kaedah yang sesuai digunakan untuk memelihara kecantikan mata.  Umumnya, terdapat beberapa cara bagi menjaga mata
supaya kelihatan lebih bersinar.

tips penjagaan mata

Jika anda menggunakan solekan pada mata, pastikan anda membersihkannya sebelum tidur. Membersihkan mata daripada solekan juga harus dilakukan dengan betul. Hal ini bagi mengelakkan bahan kimia meresap ke mata yang boleh membawa kesan kepada rabun warna.

Justeru, bahan pembersih mata yang sesuai perlu digunakan bagi menanggalkan solekan.

Mengurut sekeliling mata juga boleh mempercepatkan pengaliran darah dan mengelak daripada wujudnya kedutan.  Mulakan urutan di bawah mata, di tepi dan di kelopak mata.  Ulang cara yang sama di sebelah mata lagi.

Cara tradisional juga boleh diamalkan.  Anda hanya perlu menggunakan daun teh
dengan merendamnya ke dalam air panas. Apabila sudah sejuk, letakkan daun teh ke
kelopak mata.  Sebaik-baiknya tutup dengan tuala bersih dan biarkan seketika.

Cara yang paling mudah dan simple untuk dilakukan adalah dengan menggunakan mentimun.  Hiris mentimun nipis-nipis, kemudian letakkan di kelopak mata untuk seketika.  Biasanya mentimun akan menjadi panas dengan cepat, jadi anda perlu menggantikan mentimun itu beberapa kali bagi menghilangkan keletihan pada mata..

Selain itu, anda juga boleh menggunakan ketulan ais kecil bagi menyegarkan mata yang kelihatan lesu dan mengantuk. Letakkan tisu bersih dan tutupkan kelopak mata.  Kemudian, ambil ais dan gosok di atas tisu itu beberapa kali.

p/s : Mata yang cantik dan bersih lahir daripada mata yang sihat. Oleh itu, peliharalah anugerah ciptaan tuhan ini setiap waktu.


7 comments:

Unknown said...

nice info ! XD

Unknown said...

akmal> mekasih ye bro :)

ezza haniza said...

betul u cakap !


http://takkeciksgtpown.blogspot.com/2011/07/dia-suka-dia-dah-takda-dara-grrrr.html

Unknown said...

ezza> mekasih kerana sudi meluangkan masa di sini.. :)

fareiyka said...

cantik mata tu. . mata sape tu che mieya ooi ??

Unknown said...

ieyka> entah lah.. Mieya main pinjam je mata model nie sekejap.. Sesuai untuk poster pengiklanan :)

Cik Itah said...

tabiat buruk sy..kalau malas sangat terus je tido tanpa bersihkan maskara apa semua huhuu insyAllah lepas baca tips dari mieya ni akan rajin la sy membersihkan mata hehehe