Assalamualaikum wbt kalian..
Mood pada hari nie menunjukkan satu tanda yang positif.. So, hye everyone !
Actually, di saat entri ini ditaip, Mieya baru sahaja selesai membaca suratkhabar..
( tolonglah percaya ! ) Dan entri kali nie, Mieya nak kongsi sikit salah satu filem yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi, iaitu Karipap Karipap Cinta..
Rasanya, Cik Epal pon dah review pasal filem nie baru-baru nie kan? Takpe, itu
versi Cik Epal punya, sekarang nie kita dengar review versi Mieya Atiera pulak..
Ada ke yang nak dengar nie?
versi Cik Epal punya, sekarang nie kita dengar review versi Mieya Atiera pulak..
Ada ke yang nak dengar nie?
Sinopsis filem nie, Mieya malas nak cari..
So, pandai-pandailah korang godek-godek kat laman Google.com nie ye?
Othman Hasham, seorang pengarah filem berpengalaman dalam mengarahkan filem kira-kira 10 tahun lalu menerusi Soalnya Siapa?
Karipap Karipap Cinta diadaptasi daripada novel karya, Nazri M Anuar dengan kos pembikinan sebanyak RM1.7 juta dan bakal ditayangkan pada 30 Ogos nanti.. Dengar cerita, Nazri Anuar nie pon seorang blogger jugak tau !
Filem ini sebenarnya mempunyai jalan cerita yang baik, tersendiri serta mencuit hati..
Tidak dilupakan, babak-babak berunsurkan nasihat turut dimasukkan.. Tetapi tidak mengetepikan elemen hiburan yang santai dan bersahaja.
Malah, keseluruhan jalan cerita Karipap Karipap Cinta adalah sama seperti struktur cerita asal di dalam novel.. Cuma terdapat beberapa babak yang diubah mengikut kesesuaian di dalam filem..
Walaupun ceritanya bagus tetapi mungkin pemilihan pelakon utama menyebabkan persembahan Karipap Karipap Cinta ini agak kurang menyengat.. Ada yang berpendapat gandingan Gambit Saifullah dan pendatang baru, Melia Aimellia sebagai watak utama dilihat sebagai langkah yang kurang tepat..
Karipap Karipap Cinta turut dibantu pelakon berpengalaman luas, Eman Manan, Afizuddin Fazil, Shawal Ruslan, P Jagen dan Elysya Iksana.. Dari segi lakonan, ternyata Eman Manan lebih menyerlah menerusi aksi komedi selamba walaupun wajahnya dilihat lebih kepada watak serius..
Sekian sahaja review daripada saya Mieya Atiera melaporkan diri dari tv channel enampulohsembilan, kita kembali ke seri pentas.. Sekian terima kasih..
3 comments:
yeayhh ! ryn da bace novel dy. . hehe. .
if ta tgokk pown ta pe laa kan3 ? :))
cik cweety suke mkn karipap tau..hhehee
eryn> terpulang pada diri masing-masing sama ada nak tengok atau tak..
cweety> Mieya pon suke jugak :)
Post a Comment