Kadang-kadang Mieya pelik juga dengan sikap sesetengah manusia yang menilai manusia lain berdasarkan rupa paras.
Kalau muka handsome bersih, baik budak nie mesti molek pekertinya.
Kalau muka serabai tak berapa nak kacak, eh hati-hati sikit tengok muka dia nie
tak boleh nak percaya. Entah-entah perompak.
Kalau muka berjerawat, sah tak pandai jaga kebersihan. Tak pun mesti otak selalu kuning.
Kalau pakai baju branded, oh budak nie mesti gaji besar kerja bagus.
Cerah masa depan.
Kalau pakai pakai baju bundle seluar baggie pulak, ini mesti kutu jalanan
takde masa depan. Melepak je kerjanya.
Yang paling Mieya tak faham, bila ada yang menilai dengan sebaris ayat
'tengok muka je dah tau, bodoh'.
Sekarang kau cuba nak blame Tuhan ke sebab cipta wajah dia macam tu? Mieya betul-betul tak faham macam mana pemikiran macam tu boleh datang dari otak manusia yang katanya ada akal. Sampai ada Facebook page lagi.
Sebenarnya, Mieya kesian sangat dengan lelaki atau perempuan yang direject kekasihnya bila mana rupa paras menjadi taruhan. Kau tahu apa rasanya bila orang tu tak teringin langsung pun nak kenal dulu siapa diri kau yang sebenarnya hanya kerana syarat wajib yang satu tu tak capai markah penuh?
'Muka macam tu? Sorry bro, aku tak pandang.
Bukan taste aku'.
Bukan taste aku'.
Bagi Mieya lah, apa yang ada depan mata kita selalunya tak boleh dipercayai..
Orang yang kau kata takde masa depan tu lah, satu hari nanti buat kau ternganga mulut melopong. Orang yang kau reject tu lah yang akan buat kau menyesal tak sudah.
Ya. Kau pandang rupa, tak pandang yang di dalam. Kan dah rugi sendiri??
anda mungkin berminat untuk membaca :
- cinta internet
- cinta zaman remaja
- cinta pandangan pertama
- bicara soal cinta
- putus cinta boleh menyebabkan kegemukan?
2 comments:
betol3...
setuju....
maybe bcoz penah jd pd azie...yela,azie x cntik so dorg reject cmtu jew without knowing diri kite
but now,azie brsyukur ade jgk yg leh trime kekurangan diri azie
Post a Comment