Assalamualaikum wbt :)
Bercerita pasal menu makanan idaman perut petang semalam. Selalunya makan benda yang sama sahaja di hujung minggu. Kalau bukan kek coklat, digantikan dengan pisang goreng, cakoi, dan putu piring. Kalau bukan rojak, sudah semestinya mee kari ataupun bihun sup.
Menu biasa dihujung minggu kalau malas nak masak petang. Semua main pakat-pakat beli je kat gerai-gerai di sekitar Taman Medan nie.
Tapi semalam...
Buat pertama kalinya, Mieya sekeluarga menikmati pulut mangga. Tahu tak betapa kita-orang sekeluarga tak pernah tahu langsung mengenai kewujudan pulut mangga nie sehinggalah semalam? Kalau pulut durian tu, biasalah dengar dan makan.
Ohh ya! Menurut abah Mieya, penjual pulut mangga nie dulunya ada buka cawangan restoran kat Rawang. Tapi tak berapa nak laris sangat memandangkan kawasan yang agak kurang tumpuan. So sementara nak mencari tapak perniagaan yang lain, dia buka lah gerai kat sini.
Bagi Mieya sekeluarga, rasa pulut mangga nie memang kena dengan selera kami semua. Lagi-lagi, bagi penggemar buah mangga macam kita-orang lah. Memang cukup perfect hidangan ini, dengan rasa lemak dan santan yang melimpah ruah serta mangga yang manis dan tak terlalu keras.
P/s : Korang pernah makan ke pulut mangga nie?
12 comments:
sedapnya tgk..nyum2
favourite akak la pulut mangga nie..;p
sedapnya pulut mangga :)
miza suka :)
tak pernah makan, sedap ye?
tak pernah makan, sedap ye?
Nampak sedap...tp x pernah cuba pun pulut mangga nie..
tak pernah mkn...
sedap ke mieya..?
pulut durian pernahlah nur mkn..hihi
pernah makan tapi manis sangat. start daripada tu hana xmakan.. hehe
kalau pulut durian lagi terangkat,,..akak xpernah makan..tgk org makan pernah laa
sedap kan...hehehe....cik siti tak beli..mak cik siti yg buat....sedap sangat sampai menjilat jari...nyum2
Sedap tau pulut mangga, pelik pulak AJ dengar Mieya tak penah tau....
Takpe, sekarang dah tau kan... =D
cik kumbang pun xpernah makan pulut mangga,pulut durian pernah la hehe
Post a Comment