Perempuan Dan Novel

Assalamualaikum wbt :)

Lepas dua hari mengabdikan mata agar terus tekun membaca novel dengan segera. Terus Mieya update blog dengan kadar lebih pantas daripada biasa. Jantung dah berdegup pantas kemain setelah meninggalkan blog tanpa riak bersalah.

Ohh ya. Nak bercerita pasal novel cinta, at last melalot entah ke mana. Sungguh begini lah rasanya setelah habis feeling-feeling, tangkap lentok dengan watak-watak dalam novel tersebut. umpama makan roti buku calit dengan kaya atau cekelat tambah butter. manis tawar suram gundah gulana dan tampak pelik.

Nak tunjuk gambar novel yang kali kedua Mieya beli

Perempuan dengan novel, memang sebati; tak dapat dipisahkan. Kalau baca novel sangat Feeling habis. Pokoknya semua ciri-ciri  jejaka idaman mereka, semuanya ada dalam watak hero itu. Tambah lagi satu pulak kadang-kadang watak hero novel tu sama dengan Balak dia. Perghhhh dia punya bayangkan watak hero itu. Sejibik lah. 

Pernah terfikir tak, kenapa orang perempuan suka membaca novel?

Orang perempuan mempunyai sifat sentimental dan mudah menjiwai perasaan dan keadaan sekeliling. Mereka lebih emosi berbanding lelaki. 

Sehinggakan ada orang perempuan yang mengalirkan air mata sekiranya jalan cerita novel itu menyedihkan. kadang-kadang orang perempuan akan tergelak-gelak sendiri apabila unsur lawak diselitkan dalam cerita tersebut. bagi cerita yang jiwang pula, pasti ada yang tersenyum-senyum sendiri akan dialog yang dibaca. 


Lagi satu sebab orang perempuan suka baca novel ialah mereka mempunyai lebihan masa untuk membaca berbanding lelaki.

Macam Mieya, Mieya bukanlah penggemar novel (suka mengumpul novel). Tapi Mieya suka membaca. Berilah cerpen ke, majalah atau buku apa-apa sekalipun, semuanya Mieya akan baca. hmmm...Habit dari kecik lagi kot. 

Bilangan novel yang berada dalam koleksi Mieya, boleh dikira dengan jari. Thats mean, tak banyak. Mieya lebih gemar membaca and then, barulah membuat penilaian sendiri sama ada nak beli atau tak. Kekadang novel yang Mieya minati, dah tiada dalam stok kat kedai pon. Habis. Okey, itu sungguh menyedihkan.

Tapi Mieya tak kisah. Mana yang ada je, Mieya terus sambar. hehe

P/S : Korang suka baca novel? Novel apa je yang best? JOM kongsi...


35 comments:

Unknown said...

English novels are awesome!

Unknown said...

English novels are awesome!

Ayue Rejaluddin said...

Lama tak membeli dan membaca novel..
Tapi sekali baca, lupa segalanya..
Macam dah termasuk masa dalam cerita tu...
Hehheheh..

✿INA AINAA✿ said...

tak minat novel melayu... hahaha... ena ni suka cerita yg berfantasi tapi masuk dek akal kita...

Berry Lavynia said...

Dah lama sangat xbaca novel..
ingat lagi, dulu kalau bc novel sehari je boleh abih..heeee :)

tashira sha said...

hee,that's right. setuju sangat. sekarang ni sha tengah cari novel katarak,sambungan novel kau pertama aku kedua. seriously,best sangat :D

Amirah. said...

sayaa suka baca novel! hihi skang tgh baca novel akhir sebuah cinta by siti nur dhuha.. bestt :)

Mek Onie said...

onie kalau novel cecinta kurang sikit,hee

Unknown said...

suka sangat...tp skrg da stop...takut nanti melalut sampai ke laut pulak...heheh...dalam byk2 novel, cik siti suka novel "andai itu takdirnya"

Sabella Mohamad said...

bella tak obses sgt dgn novel ni . tapi dari sekolah rendah lg baca novel2 kakak . hehe . kira minat la jugak baca novel . ade tu novel yg bella suka , sampai 3-4 kali khatam . sebab suka sangat watak hero & heroin dia . bhahaha

IMA SALSUZAIMA said...

hihi..best kot baca novel. Tapi ima bukan golongan itu.sebab bila baca novel ima x boleh berhenti.dan bila x berhenti, kepala jadi sakit seakan migrain. 1 lg, kalau membaca, ima x suka d ganggu.kalau dh d ganggu, kemarahan pula akan timbul. so utk elakkan smua tu, ima tinggalkan aktiviti itu.haha

Anonymous said...

selamat membaca

NoEn said...

layan juga novel..tp sekrang dh xde masa nk bc novel

Unknown said...

Cinta sambal belacan? haha macam lawak je. Rindunya nak baca novel melayu balik! huhu.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

akak pun suka baca novel gak :-)

Miss N™ said...

nanti cuba baca novel andai itu takdirnya...

mmg best... :)

ezyra taharin said...

zyra dah baca novel pengantin ekspress tu..not bad la cte dia..huhu..skrg tgh baca novel kau pemilik hati

Mysara Ab Rahman said...

mai pn ske baca novel...
mostly skrg dari KAKI NOVEL, PENULISAN2U,KARYA SENI

Unknown said...

@Alien Ohsem Mieya tak minat baca novel inggeris. tak tahu kenapa. huhuhu

Unknown said...

@AyueJean AJ Betul tu. Kadang-kadang sampai terbawa-bawa karakter watak dalam novel tu ke dunia realiti.

Unknown said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿ Mieya pulak lebih gemar cerita fantasi berbentuk visual, filem lah kan. Kalau buku-buku memang kurang sikit

Unknown said...

@Berry Lavynia Setakat nie, Mieya pernah pecah rekod baca novel dalam masa 3 jam 30 minit je. Pehhh, terbaik !

Unknown said...

@taShira Sha Really? Nanti Mieya nka cari lah. Thanks for sharing :)

Unknown said...

@Princess Syazliyana Yeke best? Nanti Mieya gi survey2 dulu. hehe

Unknown said...

@onie Habis tu, buku apa je yang sis layan?

Unknown said...

@eimah siti Heheh. betul tu. Kalau terlebih layan, memang melalut habis kang.

Unknown said...

@sabella mohamad waha.. hebat lah tu kalau dah khatam lebih 3 kali. Mieya paling2 pon dua kali je.

Unknown said...

@Ima Salsuzaima haaa.. susah lah tu. So far, nasib baik Mieya tak pernah alami migrain. Alhamdulillah.

Unknown said...

@Kesuma Angsana Terima kasih KA :P

Unknown said...

@NoEn Tapi akak still boleh layan menjahit kan? Jeles betul, Mieya dah lah takde bakat dalam menjahit. huhuhu

Unknown said...

@Ain SSB hahaha. tengok tajuk pon dah tahu kan. Cerita nie ada kena mengena dengan sambal belacan.

Unknown said...

@Wanieys a.k.a IbuQalief Sama lah. Hilangkan tensi lah katakan

Unknown said...

@Cik Nur™ Insyaallah, nanti Mieya cuba cari. Dah dua orang dah yang promote novel nie kat Mieya. Tak sabar nak baca !

Unknown said...

@ezyra daniel Okey, kalau best, roger2 kat Mieya ye :)

Unknown said...

@Mysara Ab Rahman Mieya stick terus kat Penulisan2u