Pengalaman Membeli Belah Di Zalora

Assalamualaikum wbt :)

Nak cakap Mieya nie anti-fesyen, pernah lah jugak selak sehelai dua mukasurat bab fesyen dalam majalah Remaja tu. Malahan, setiap bulan dah list majalah Remaja sebagai senarai benda wajib beli. Kadang-kadang, sempat juga mencuci mata belek website fesyen sampai berjam-jam lamanya.

Nak kata Mieya suka berfesyen, tak kena juga memandangkan Mieya jarang keluar hang out. Koleksi kasut dan pakaian yang sedia ada pon, boleh dikira dengan jari je.

Jadi, bila dapat tahu yang pihak Zalora menawarkan voucher bernilai RM50 untuk membeli-belah dan seterusnya memberikan sedikit ulasan mengenai perkhidmatan mereka. Nak nak lagi, dah semakin ramai blogger yang menyambut baik atas peluang yang diberikan. Terus membuatkan Mieya rasa teruja tak ketahuan hala.

 

Niat di hati, Mieya ingin mencari sepasang dua kasut memandangkan dah lama tak shopping kasut. kasut bajet simple dan look nice, semestinya feveret kecintaan hati. Okey, kita split kepada dua. Satu untuk Mieya dan satu lagi untuk adik Mieya.

foine. Berkat kesabaran menunggu dari hari ke hari. Akhirnya, tepat seminggu dari tarikh order (petang 30 Mac), pagi 6 April baru sampai. Terkejut Mieya tau. Ingatkan Zalora buat-buat lupa. Maybe ada masalah teknikal agaknya.

 

Bila tengok gambar, rasa biasa-biasa je. Tapi bila dah cuba sarung dan pakai, kemain terasa tinggi semacam. hikhik

So far, Mieya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan Zalora sebabnya :

1) Cash on Delivery - barang sampai and then, korang terus bayar.

2) 30 Days Free Return - Boleh terus tukar kalau item rosak atau salah saiz

3) Caj Penghantaran - Depends; ada yang ada dan ada yang takde. Tapi tak mahal, cuma RM5 je.

4) Kualiti terjamin -  Mieya dah puas belek-belek kasut tersebut and sangat berpuas hati


Memandang harga kedua-dua kasut nie more than RM50, Mieya bayar baki selebihnya menggunakan perkhidmatan Cash On Delivery. First time beli lah kata kan, so tahap curiousity tu sangat tinggi. Tapi bila barang sampai seperti yang dijanjikan, terus rasa was-was tu takde lagi.

Ini pun, Mieya baru je lepas order kasut lagi. hehehe Rambang mata pulak tengok kasut kemain lawa-lawa.



Jadi korang, apa tunggu lagi? Jom pakat shopping di zalora.com.my
atau sebarang pertanyaan korang boleh email ke zalorateam@zalora.com.my
Facebook zalora:  www.facebook.com/zaloramalaysia


32 comments:

Miss N™ said...

gayatnya Nur tgk kasut tu.,
Nur tak pandai pakai heel...
takut..huhuh

Umialya said...

wahhhhhhhhhhhhhh bergaya sakan Mieya, 3 inci erk?

nuyui a.k.a miss YUI said...

wow..gojes kasutnya..hihi

Anonymous said...

wah menarik juga ni !

Himawari Mirsada said...

sis pn baru beli mmg cpt sampai..tp xbuat entry lagi utk itu,hehe

hana hadi said...

kasut ada rantai la.. cute2
berapa ringgit untuk 2 pasang ni

Ayue Rejaluddin said...

AJ suka brand Dolce Solce tu....
Comfort... =D

✿INA AINAA✿ said...

wahhh bagusnyaaa dapat voucher percuma dari zalora.. camne dapat?? ena tak dapat pun.. huaaaa.. cantik kasut2 yg sis beli.. nak juga

Mummy MM said...

Cantiknya kasut tu.. Rasa macam nak beli jer..

Mya Abdullah said...

sangat lawa la kak..
COD..dia betul2 barang tu sampai baru kita bayar ye?

Unknown said...

kunjungan perdana gan..
salam kenal dan sukses terus.

Annamariana1989 said...

wah, cantiknyaaa...... anna slalu tgok dlm on9 jew..

Annamariana1989 said...

wah, cantiknyaaa...... anna slalu tgok dlm on9 jew..

mummyrinazone beauty said...

belum lagi terbuka hati nak beli..nnt tgk2 cuci2 mata dulu=)

Anonymous said...

Cantik kasut tuuuuuu ;D

Si Matatajam said...

Pergh tingginya heels..mau Terkehel kalau akak yg pakai tu..

Unknown said...

@Cik Nur™ Mieya pon bukannya pakai selalu pon heels nie. Sesekali je.

Unknown said...

@umi alya Bukan 3 inci kak, tapi lebih lagi. Lebih kurang dalam 13cm. Tinggi kan?

Unknown said...

@nuyui a.k.a miss YUI Ha'ah.. sangat-sangat gojes. Tu yang terus sambar dua pasang sekali tu. hehe

Unknown said...

@Kesuma Angsana TQ KA :)

Unknown said...

@elyna mirsada Buatlah entri cepat. Tak sabar rasanya nak tengok apa pilihan sis :)

Unknown said...

@hana hadi Mmenag cute sangat-sangat. Semua sekali RM129.

Unknown said...

@AyueJean AJ Ha'ah. Mieya yang first time pakai pon rasa selesa je.

Unknown said...

@NoEn hehehe.. sekali-sekala kak.

Unknown said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿ Minta lah kat Zalora. Hantar emel, insyaallah akan dibalas.

Unknown said...

@Isabel Diaz hehe. memang cantik. selesa lagi. Jom lah shopping !

Unknown said...

@Mya Abdullah Yup, betul. Barang sampai, baru kita bayar kat penghantarnya.

Unknown said...

@ANNA MARIANA Bila lagi nak merasa beli sendiri? Cubalah. Confirm tak menyesal punya !

Unknown said...

@wan nurul hezrina abd halim Mieya tak boleh cuci mata sangat. Nnati tangan gatal-gatal nak beli jugak. eeee... tak suka !

Unknown said...

@Sally Yatiey Terima kasih :)

Unknown said...

@Si Matatajam hahaha.. Insyaallah takdenya nak terkehel kak. Doakan yang baik-baik je okey?

Unknown said...

Kan kan, best membeli di Zalora..ada je orang tak puas hati gara2 lambat sampai..aku punye ok je hehe