5 Mei 2013, Tarikh PilihanRaya Umum (PRU 13)

Assalamualaikum wbt.

Wah, kemain meriah lagi dashboard blog Mieya dengan lambakan entri mengenai tarikh untuk mengundi bagi PilihanRaya Umum (PRU 2013). Di mana Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia baru sahaja mengesahkan bahawa tarikh Penamaan Calon pada 20 April 2013 dan tarikh Pilihanraya Umum ke 13 di tetapkan pada Ahad, 5 Mei 2013. 

Ohhh ya.. Mieya baru je tahu berita nie tadi, iaitu sewaktu Berita Terkini TV3 pada pukul 1.30 tadi. Nampak sangat ketinggalan.


image

Padahal dari tadi fikiran dok terbang melayang menanti bilakah barangan daripada Zalora akan sampai. Mieya dikhabarkan barangan tersebut akan dihantar pada hari ini. 

Punya lah puas Mieya tunggu di hadapan pintu sedari tadi, namun hampa. Kunjungan yang dinanti, tak tiba-tiba lagi. 

Yang ada cumalah kunjungan daripada mat bangla jual karpet. Pakai baju bewarna oren pulak tu. Mati-mati Mieya ingatkan, pihak Zalora tadi. Nasib baiklah mat bangla tu bawa karpet, at least dapat lah bezakan jugak. hikhik

Apalah nasib..

Masa yang ada terbuang lagi macam tu sahaja. Kalau lah masa dapat diputar kembali, Mieya rasa mungkin dah siap 4-5 entri dah sekarang. tsk tsk

Btw, selamat mengundi kepada para pengundi semua. Buatlah pilihan yang bijak.


13 comments:

Umialya said...

bagusnya Mieya, up to date..

Anonymous said...

Selamat mengundi ;D

Mime MF said...

sy first time nk mengundi ni..hihi :P

Mummy MM said...

Akhirnya diumumkan jugak tarikh PRU

Si Matatajam said...

Selamat mengundi bagi yg layak...

Miss N™ said...

hari ahadkan...

Myra Jay said...

Jom kita mengundi :D

Unknown said...

@umi alya Informasi semasa, kena lah juga sesekali ambil tahu. Barulah layak digelar warganegara prihatin.

Unknown said...

@PuanGojes ha'ah. takpe Puangojes. Take your time.

Unknown said...

@Sally Yatiey Selamat bertugas kepada diri sendiri. Nak mengundi, umur tak cukup.

Unknown said...

@Mime MF Wah, mesti tak sabar-sabar kan?

Unknown said...

@Isabel Diaz Yup. Akhirnya kan.

Unknown said...

@Cik Nur™ Tak pasti lah pulak.