Siapa kat sini yang pakai cermin mata? Nak tanya sikit,
Bila kali terakhir anda membersihkan cermin mata anda?
Cuba belek-belek sikit cermin tu, ada habuk tak?
Atau yang lagi best, ada kesan cap jari tak? Entah cap jari siapa lah yang sesat lalu mendarat kat cermin mata korang tu kan..? hahaha gurau je.
Cermin mata kita, perlu lah sentiasa dibersihkan. Nak beli bukannya murah kan? Kita selalunya akan mendapati cermin mata kita kelihatan sedikit kotor dan seakan-akan berlumut kerana memakainya hari-hari. So, takkan lah nak sangkut kat batang hidung kita dalam keadaan kotor gitu kan?
Nanti kalau orang-orang lihat, dicopnya kita sebagai kurang pembersih. Take note, Kebersihan melambangkan serta mencerminkan peribadi seseorang. Jadi, adalah penting bagi diri kita untuk menjaga nama baik sendiri.
So cara paling mudah untuk membersihkan cermin mata adalah :
1. Alirkan kanta cermin mata dengan air (seelok-eloknya air masak atau air suling atau air bio-tapis). Jangan lap cermin mata sebelum dialirkan dengan air. Takut nanti ada habuk kat atas lens korang. And silap-silap boleh calar lens korang.
2. Semburkan kanta cermin mata dengan spray atau bahan kimia khas untuk mencuci kaca mata. Cecair ini ada dijual di kedai optikal. (paling mudah, guna shampoo je)
3. And then, lap kan kanta cermin tu selembut-lembutnya dengan kain mikrofiber (kain yang korang dapat masa beli spek dulu)
4. Lepas lap, alirkan balik kanta korang tu dengan air. Kemudian keringkan kembali dengan kain yang bersih.
Tara.... sisa kotoran tersebut akan hilang dan ia akan jadi seperti bingkai cermin mata yang baru. Mudahkan!
15 comments:
Nur selalu cuci dgn cecair yg cuci lappy tu...
hihihi
ena guna spray yg khas untuk cermin je.. then lap... hehehe
masih bebas bercermin mata
Nasib tak pakai cermin mata. Rumit jugak nak bersihkan cermin mata ni.
oo.. xtau plak kena alirkan kat air tuh sebab AT selalu guna yang pencuci tu jer.. thank u sis for the tips!! ^_^
Wan budak speky jugak...dan sah bersihkannya...setiap hari mostly. Thanks. :)
tq tips yg bagus ni !
anak2 semua berspek..mak ayah tak berspek pun..
Nice sharing mieya ;) hee. Boleh try nanti ^_^
Tips yang menarik....ok akan dicuba nanti....hehe
kite dah lame tak cuci cermin mata. main lap mcm tu je. hee
Thanks for sharing sis.
KAK BUI PEMALAS NAK JAGA CERMIN MATA SBB TU LEBIH SENANG PAKAI LENS JER..HAHA
AJ tak pakai cermin mata...
Tapi kalau pakai cermin mata gelap, rasa tak selesa pulak pemandangan bila kotor...
Samalah situasinya tu kan,....
skrg nie fully pki spec...kdg2 bila xde mase just bersihkan pki ape yg sempat...tp tgk jugak kain ape yang nak di lap..by the way..nice sharing..boleh ikut nie
Post a Comment