Sekarang nie tak boleh dah nak mengadap blog berjam-jam lamanya seperti selalu. Dah agak jarang nak jenguk blog kawan-kawan yang lain. Perhatian sekarang dah tumpu kepada Pilihan Raya Umum yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Padahal, umur Mieya pon belum cukup lagi nak daftar sebagai pemilih.
Nak tak nak kena buat-buat lupa diri yang Mieya nie ada blog. Kalau tak. Tidur 4 jam, jenguk blog 5 jam. dah selalu dah. -.-'
Bermula esok, 5 April, iaitu seawal 7.30 pagi. Mieya akan bertolak ke Cyberjaya bagi mengikuti Karnival Cyberjaya. Tak tahulah pulak ada program apa yang dianjurkan di sana memandangkan Mieya baru je dimaklumkan petang tadi. Mahunya tak kelam kabut.
Manakala pada 7 April bersamaan hari Ahad pula, Mieya bersama beberapa petugas yang lain akan menjalankan tugas untuk mengagihkan sticker dan kad maklumat tempat pembuangan undi kepada anggota masyarakat di kawasan penempatan Mieya.
Sementara tengah 'free' takde apa-apa benda yang ingin dilakukan, Mieya pon mengambil kesempatan untuk membuat sesuatu perkara yang berfaedah. Segala macam program yang ada, Mieya cuba untuk melibatkan diri. Sekali-sekala nak timba pengalaman baru, tak salah kan?
Ini pun, Mieya baru sahaja pulang dari mesyuarat bersama petugas yang lain. Ala, kerja Mieya senang je. Pergi ke rumah bakal pengundi, suruh check maklumat diri. And then setelah memastikan segala maklumat adalah benar, serahkan sahaja kad tersebut kepada mereka.
Haaa.. Baiklah. Sejurus selepas entri ini dipublish, perlulah korang tahu bahawa bantal dan tilam yang empuk sedang menanti Mieya untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
19 comments:
wahh..rajinnya mieya...
Baguslah kalau macam tu, xdelah mbazir masa...
terisi jugak dgn aktiviti berfaedah...
good night mieya :D hehehe
bagusnya mieya, kiranya sukarelawati le ni..
macam2 aktiviti di cyberjaya dan putrajaya ye..
saya dulu study di MMU cj..belum ada lagi menda2 camni dulu
macam best je..
Tapi yang tak bestnya takde siapa dapat teman....
Mr.JR keje...
hye..singgah sini bls kunjungan... ;)
sibuknya mieya ye..tak pa,yg penting take care ye :)
bagusnyaa mieya bukan kerja2 yang ena sendiri pun tak reti nak uruskan... apapun, All the best okay.. semoga Allah permudahkan urusan kehidupan sis
Selamat menjalankan tugas
slmt bertugas yer dear
@Cik Nur™ Haa.. itulah matlamat utama Mieya buat masa ini. Nak kerja, mungkin tak bersedia lagi. Sementara tu, isikan masa yang ada dengan aktiviti berfaedah.
@umi alya ha'ah. nampaknya macam itu lah gayanya.
@Qashmere Baru je ada nie. Sebab tu Mieya kemain bersemangat nak join.
@AyueJean AJ ala... kesiannya.
@Deqla Manjew TQ deqla. Nanti Mieya singgah balik ye
@QasehnyaRania Orait. Thak you for your concern, sis :)
@✿AINAA ROSEBERRY✿ Thank ena :)
@eddy ipoh Terima kasih eddy :)
@Kesuma Angsana Terima kasih KA :)
Post a Comment