Fairy Beauty Life Food | Review

Assalamualaikum wbt :)

Mungkin ramai yang tak tahu, kajian membuktikan 1 daripada 3 rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti dan kolestrol yang tinggi. Masalah kolestrol ni bukan hanya berlaku kepada mereka yang gemuk sahaja, mereka yang kurus turut sama tak terkecuali ye.

Tahap kolestrol yang tinggi boleh mengakibatkan salur darah tersumbat sekaligus boleh menyebabkan badan lumpuh (strok), tekanan darah tinggi dan pedih ulu hati.

Pepatah Melayu ada mengatakan, mencegah lebih baik dari mengubati. Kan? Special thanks to Hishop Malaysia sebab memperkenalkan produk Fairy Beauty Life Food kepada Mieya.

Fairy Beauty Life Food merupakan fungsi inovasi berkonsepkan formulasi kesihatan & nutrien yang baik. Gabungan nutrien hebat dengan gear nutrien badan mampu menyerap dan merangsang pertumbuhan serta pembaikan semula sel-sel yang tidak berfungsi.


Kalau korang nak tahu, Life Food dikuasakan oleh Mulberry & Ligonberry, Chia Seed, Protein Soya, Ekstrak Mineral Algae Merah, Oat Brane dan banyak lagi. Ia memberi manfaat kepada sistem imunsasi, fungsi badan, pencegahan kepada bahaya penyakit dan jangkitan.


Cara Pengambilan Life Food



  • Ambil 3 - 4 sudu bersama 250 ml air suam. Kacau rata.
  • Minum dua kali sehari, iaitu sebelum sarapan dan sebelum makan malam. (atau bila-bila masa yang sesuai)




    My Opinion : 

    Mula-mula memang teruja sangat nak minum sebab baunya pon sedap just like cereal nestum gitu. But, apabila Mieya cuba untuk menikmatinya pada hari pertama.. Tak tahu lah kenapa tekak tak boleh nak terima dengan lebih baik.

    • minggu pertama consume, hanya 1/4 cawan sahaja yang dapat dihabiskan. Selebihnya buang ke sinki.
    • minggu kedua, boleh lah survive sampai setengah hingga 3/4 cawan gitu. Kira okey lah ada jugak peningkatan.
    • After that, baru boleh berjaya nak habiskan secawan terus. Yeay !

    Bukan apa u'olls, tekak Mieya ni memang agak susah nak terima tekstur minuman yang likat tanpa gula tambahan seperti yogurt ni. Tapi kalau suruh makan serbuk begitu sahaja, still boleh consider lagi lah.

    So far, tak boleh lah nak cerita berapa jumlah kadar peratusan kolestrol dan juga paras gula dalam darah yang berjaya dikurangkan.. Sebabnya Mieya pon tak reti nak kira. lol -,-

    Tapi apa yang pasti, perut lambat rasa lapar thats mean ia kawal pemakanan kita. Lepas tu saja-saja lah pi timbang berat badan, and alhamdulillah Mieya berjaya turunkan berat badan sebanyak 2-3 kg. Kira okey dah tu, tak boleh nak turun banyak-banyak sangat sebab dikhuatiri BMI jadi tak normal pulak.


    Tipu lah kalau nak cakap, dengan minum Life Food ni sahaja berat akan turun dengan serta merta. Di samping itu, amalan gaya hidup sihat dan cara pemakanan yang seimbang juga perlu seiring kalau inginkan result yang lebih gempak.

    Exclusive RM20 rebate for Mieya Atiera's readers : FAIRYNEW

    *With minimum purchase of RM99, valid till 31 July 2014

    More info go to :
    Subscribe to HiShop for exclusive updates : http://www.hishop.my/subscribe 
    **Disclaimer - This product(s) were send to me for product review purposes.

    CPUV Ke 9 Dari Nuffnang 2014

    Assalamualaikum wbt dan salam berhujung minggu buat semua :)

    Dah lama rasanya blog Mieya tak dikunjungi sebarang CPUV Campaigns from Nuffnang. Maybe sebab kurang aktif berblogging sejak kebelakangan ini.

    Walau bagaimanapun, dalam usaha mengembalikan semula semangat blogging.. Pihak advertiser dan Nuffnang telah membuka peluang kepada blog Mieya untuk menjalankan iklan terbaru mereka, iaitu Sanofi Lactacyd April 2014.


    Actually, Sanofi Lactacyd ni merupakan antara produk kesihatan wanita yang wajib ada. Tahukah anda, kebanyakan WANITA diluar sana majoritinya tidak mengambil berat tentang kesihatan bahagian Miss V. Kesedaran tersebut hanya akan ada apabila kesakitan melanda.

    Sekiranya kebersihan kawasan intim diabaikan, pelbagai jenis jangkitan mudah menyerang seperti kegatalan, berbau serta  keputihan. Justeru, bagi mengelakkan hal sedemikian rupa terjadi, setiap wanita disarankan agar kawasan Miss V dicuci dengan pencuci yang sesuai supaya sebarang jangkitan dapat dielakkan.

    cpuv CPUV   Sanofi Lactacyd // Thank you Nuffnang
    Bersempena dengan itu, pihak Lactacyd berbesar hati untuk memberikan free sample kepada semua wanita. Caranya mudah sahaja :


    1. Klik pada iklan Lactacyd atau boleh klik link ini
    2. Isi beberapa maklumat yang diperlukan.
    3. Dah siap, hantar dan tunggu sample anda sampai ke rumah nanti


    Perkongsian Jumaat #17 | 10 Ayat Cerminan Diri

    1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
    2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesali lah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
    3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
    4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
    5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

    6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
    7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
    8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
    9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
    10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat sesuatu kebaikan.

    Self Esteem dan Keyakinan Diri

    Assalamualaikum wbt :)

    Kalau korang pernah rasa macam ni, sila teruskan pembacaan..

    Korang pernah tak rasa tak yakin dengan diri sendiri, low self esteem, tidak percayakan diri sendiri??
    Sampai nak jumpa dan bercakap dengan orang lain pon teragak-agak, segan, malu, apatah lagi nak berdiri di depan khalayak ramai.
    Ya, hal ini pernah terjadi kepada Mieya suatu ketika dulu. 

    Tengok orang lain pandai-pandai belaka, boleh bawa diri sendiri tetapi kita tidak. Apabila berada ditengah-tengah kelompok manusia, kadang-kala Mieya sering berasa kerdil dan serba tidak kena seolah-olah orang lain memandang rendah terhadap diri dan mengetahui kelemahan diri kita. 

    Dulu selalu kena.. Kurus sangat lah, kening nipis macam kena cukur lah, muka tangan berparut lah. Mula-mula rasa cool je, tapi bila dah tiap hari kena, terasa macam menusuk dalam jiwa pulak. Orang sekeliling memang takkan perasan dengan perubahan diri Mieya, maklum lah Mieya agak pendiam orangnya.



    Sampai ke satu tahap, Mieya rasa tak suka dengan diri sendiri sehingga sering merasakan diri serba kekurangan. Maybe semua ni berpunca dari kesan kemalangan di jalan raya semasa Mieya berumur 5 tahun dulu. Parut kekal di anggota masih ada apatah lagi parut di dalam hati.

    But now, alhamdulillah... I'm feeling much better than before, maybe sejajar dengan peningkatan usia. Dah boleh fikir kenapa perlu buang perasaan rendah diri serta tiada keyakinan dalam diri. Antaranya : 

    • Allah SWT yang cipta kita. So, kena terima diri seadanya, kerana tak semua manusia sempurna. Jadikan kekurangan sebagai kelebihan yang tiada pada orang lain.
    • Luaskan pergaulan. Mulakan dengan sesi 'ice breaking' serta bergaul dengan mereka yang bercita-cita tinggi serta bersemangat kental.
    • Tingkatkan penampilan diri. Beri perhatian pada penampilan sebelum keluar rumah. Berpakaian kemas adalah sangat digalakkan.
    • Sentiasa bersikap tenang dan singkirkan imaginasi negatif. Kawal diri sekiranya berada dalam situasi tegang dan tertekan.
    • Sahut cabaran yang baru. Biasakan diri untuk mencuba sesuatu benda baru bahawa tiada yang mustahil di dunia ini.


    Sekarang, Mieya lebih tenang, boleh kawal perasaan meskipun rasa gementar dan darah gemuruh tu masih melekat dalam diri. Nak berkomunikasi depan khalayak umum pon tak ada masalah, walaupun still merangkak-rangkak gaya percakapannya (tak teratur). mueheee 

    Apa-apa pun, kita kena sentiasa sayang diri kita. Kalau bukan kita yang sayang diri kita, takkan nak mengharapkan orang lain pula, kan? Be Positive all the time. Tak kira lah apa jua situasi yang menimpa diri kita, baik atau buruk. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.


    6 Sebab Best Berbelanja di NILE.com.my !

    Assalamualaikum wbt dan hai korang :)

    Dah lama Mieya nak tulis review tentang Nile.com.my ni.

    Tapi selalu je terlupa nak transfer gambar ke laptop kesayangan hamba ni. Okey, bukan lupa tapi malas sebenarnya nak belek-belek gambar satu per satu T.T

    Mieya ni cukup susah nak keluar ke mana-mana mall semata-mata nak shopping baju, tudung, and etc. 
    So, membeli belah secara online (online shopping) sudah menjadi satu hobi baru buat Mieya sejak pertengahan tahun lepas.

    So nak dijadikan cerita, terjumpa dengan laman sesawang Nile.com.my semasa sedang dok survey baju
    blouse yang murah-murah. Laman web Nile.com.my tampak seperti portal online shopping yang lain, dengan pelbagai jenis produk yang ditawarkan. Namun apabila melihat harganya jauh berbeza berbanding laman web yang lain, memang tak keruan lah Mieya.



    Actually, Mieya bukanlah kedekut seperti yang korang sangkakan. Kalau benda berbaloi, murah, ada diskaun yang tak terkalah, mengapa mesti ditolak akan peluang yang jarang ada ni? So, yang mana Mieya berkenan Mieya terus order sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun sebagai hadiah kepada orang lain.


    Di sini Mieya rumuskan sedikit 6 Sebab Korang Perlu Berbelanja di Nile.com.my !
    • Harga terendah di pasaran
    Diskaun banyak gila. Mieya tahu, NILE pon masih ada ambil untung sikit-sikit. Tapi jika dibandingkan dengan harga shopping mall atau kedai yang lain, harganya memang tak masuk akal gak. Harga asal dia memang mahal. 
    Tapi di NILE, korang boleh dapat harga diskaun yang mengagumkan.



    Tribal Long Blouse, Love Chain, Hand bag, Make Up Bag,
    Ipad Portable Mirror, Make Up Brush 7 in 1, Men Watch
    • Barang "Rare" (Jarang jumpa dekat kedai lain)
    Tak percaya, boleh pergi usha. Ada buku dengan genre yang pelbagai, belt, t-shirt, dress, blouse, jacket, 
    baju bayi, beg tangan, beg sandang, cap, kasut, heels, Set penjagaan diri, storage boxes, aksesori kereta, barang office, peralatan sukan, aksesori handphone, powerbank, oven, vacuum, serta banyak lagi.


    • Penghantaran Barangan yang Pantas
    Tak silap Mieya 1-2 hari bekerja sahaja. Hari ini Mieya order, tunggu dalam 24jam untuk pihak Nile proses order. Lusanya, dah sampai. Bagi Mieya, servis perkhidmatan mereka sangat memuaskan.

    • Ready Stock
    Lagi-lagi bila menjelangnya musim perayaan, makin banyak stok baju-baju dan aksesori yang menarik. So, time tu  lah kena cepat-cepat grab peluang yang ada, siapa cepat dia dapat. Kebanyakan stok yang cantik-cantik, memang cepat habis.

    • Ada resit bagi setiap pembelian
    Ada sesetengah online shop, takde bagi resit. Hanya bermodalkan kertas A4 dan dakwat hitam, takkan itu pon nak kedekut sangat kan? So, good job Nile !

    • Banyak review dari blogger
    Malas Mieya nak bagitahu siapa. Korang pi google cari dan baca sendiri ye? Walaupun, ada juga yang dapat barang tak menepati kualiti dan piawaian diri sendiri. Takpe jangan risau, just hubungi dan email segala permasalahan anda di Nile. Boleh refund balik okey? Sounds good, right?



    Website : www.nile.com.my
    Hotlink : 1700-818-400 (panggilan dicas pada kadar biasa)


    Complicated : Lelaki dan Perempuan

    Assalamualaikum wbt and hai korang !

    Dah lama rasanya nak up-kan entri ini. Tapi macam biasa lah.. idea saja yang ada, isi kandungan mukadimahnya langsung tarak.. 

    Okay, basically ada berbagai-bagai jenis manusia dalam dunia ini dengan kerenah serta ragam yang pelbagai. So, tak hairan lah jika kadang-kadang setiap tingkah laku kita seringkali disalah tafsir oleh orang sekeliling kita. Sampaikan ada di antaranya yang berasa jelek dengan diri kita tanpa kita sedar. 

    Mungkin mereka kurang gemar dengan cara kita.. tapi bagi kita, 'benda' tu cuma biasa-biasa je, tak ada lah serius sangat. Sebabnya dah itu perangai semulajadi kita. Nak buat macam mana lagi. Agak complicated di situ kan? 

    So kali ini, Mieya akan list beberapa point untuk membuktikan complicated antara lelaki dan perempuan.


    Penampilan
    Lelaki : Lelaki akan memakai setiap pakaian yang dimilikinya berulang-ulang kali selagi tak lusuh atau koyak. Baju tak iron pon still okey, boleh keluar jalan-jalan lagi. 

    Perempuan : Perempuan lebih cerewet dalam berpakaian. Setiap kali nak bersiap ke tempat kerja mahupun keluar membeli-belah, haruslah berpakaian kemas, menarik dan sedondon. Kadang-kadang hal kecik seperti tudung tak mahu bentuk atau senget sedikit, boleh rasa macam tak selesa tau bila berhadapan dengan orang lain.


    SMS
    Lelaki : "Awak tengah buat apa? Dah makan belum" adalah antara ayat yang sering diucapkan oleh para lelaki melalui telefon. Bagi mereka, ayat yang ringkas, spesifik dan mudah difahami sebagai tanda mereka bersungguh-sungguh ingin tahu semua hal tentang anda.

    Perempuan : Mudah bosan bila seringkali diajukan dengan soalan yang sama setiap hari seperti :
    Awak tengah buat apa?
    Dah makan ke?
    Sihat? Tak keluar ke hari ni?
    Maybe tak semua lah yang macam tu cuma certain sahaja just like me. Well, wa hati brutal punya orang. Tak suka perbualan yang terlalu formal. Sometimes kena out-going sikit, huha-huha sana sini.


    Term 'KAWAN'
    Lelaki : Kalau dorang dah tahu nama dan pernah terserempak beberapa kali. Just angkat tangan (menyapa) apabila berjumpa dengan seseorang pon dah kira sebagai kawan.

    Perempuan : Selagi tak bercakap dan berbual at least beberapa sentence, title kawan tu masih belum wujud. Tapi bila dah kerap kali berjumpa dan berbual macam mak jemah, itu dah declare sebagai kawan.


    Privacy

    • Pinjam Barang
    Lelaki : Kalau bab pinjam barang ni memang senang dan sempoi. Kebanyakannya main ambil saja tanpa minta kebenaran terlebih dahulu. Tapi tak semua lelaki macam ni. Kadang-kadang ada yang terlalu sayangkan barang masing-masing sampai tak bagi langsung. "Barang aku barang aku. Barang kau barang kau"

    Perempuan : Lagi straight and proper dalam bab ni. Kalau nak pinjam, kena minta baik-baik dan mengharapkan barang tu akan dikembalikan dalam keadaan baik. Sometimes kalau main ambil tanpa minta kebenaran, mesti akan timbul satu isu kecil hati dan tak selesa. 


    • Baca Message/Text Kawan
    Lelaki : Kalau dapat handphone kawan tu, alasan nak main games, bluetooth lagu dan sebagainya. Tapi awas, mesej-mesej korang mungkin sedang dibaca oleh mereka juga. Nak pula yang jenis suka letak handphone merata-rata.  So, jaga-jaga! Lebih selamat kalau anda letakkan password pada handphone korang.


    Perempuan : Bab handphone memang dia jaga sungguh. Tak ada nak campak-campak merata. Kalau boleh nak letak atas meja tu, sangat berhati-hati. Kalau ada kawan yang suka selongkar handphone dikira sebagai tak senonoh. 


    Terus Terang
    Lelaki : Lelaki ingin selalu berkongsi segala hal dengan orang lain, namun kadang-kadang dia tak pandai mengungkapkan dengan baik. Mereka lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Tapi AWAS, jangan sesekali memaksa mereka untuk bercerita isu sensitif.

    Perempuan : Tak seperti lelaki, perempuan tak suka berkongsi cerita berkaitan diri dengan orang lain. Mereka suka pendam perasaan sampai kadang-kadang makan diri. Bila disoal, dia cuma akan menjawab, "tak ada apa-apa. Saya okey lah. Don't worry !" Mereka tak ingin orang sekeliling merasa risau.


    Okey, enough lah rasanya 5 point tentang Perbezaan Complicated antara Lelaki dan Perempuan. Just sharing pendapat dan kesimpulan mengikut pemerhatian Mieya sahaja. So rasanya, korang dah boleh agak kot Mieya ni jenis yang macam mana? kan ? 

    Fairy Beauty Fairy Blossom | Review

    Assalamualaikum wbt and holla loves :)


    Sekarang kalau nak cantik ekspress, hanya perlukan masa dua tiga saat sahaja dengan adanya pelbagai application kat smartphone. Misalnya, Camera360 and Perfect365 saja pon dah boleh menjadikan kulit muka kelihatan licin, kalah Suzy Miss A tu haaa.

    Mieya rasa sangat bertuah dan teruja kerana diberi peluang untuk mencuba dan berkongsi pendapat mengenai produk kecantikan Fairy Beauty dari HiShop Malaysia!


    For your information, fairy beauty merupakan minuman kesihatan yang diperbuat drpd bahan semulajadi dan dikilangkan di Malaysia. 


    Under this series, there are Fairy Whitez and Fairy Blossoms. Mieya
     rasa Hishop memahami diri Mieya dengan cukup baik di mana produk yang diberikan adalah Fairy Blossom, iaitu untuk meningkatkan dan memiliki kecantikan yang lebih feminin melalui penghapusan toksin, pembaikan, khasiat dan perlindungan. 



     What is Fairy Blossom?
    Every drop of essence contains the purest energy of revival and regeneration- phytoestrogens, chemical substances with properties that mimic the actions of natural female hormones to promote breast firming and development. In addition, they help in hormone regulation, which aids to alleviate a variety of discomforts and symptoms caused by hormone imbalance.

    Suitable for adults age 16 and above.


    Kalau korang nak tahu, produk Fairy Beauty ni telah memenangi Special awards di bawah kategori supplemen kecantikan dalam Cite Cosme Beauty Awards 2012/2013 organized by Beauty, Mina and ViVi magazines.

    Fairy Blossom dirumus dengan bahan-bahan penting seperti Mulberry & Ligonberry, Sel Tunjang Epal, Keladi Liar, soya isoflavon dan banyak lagi. Ia membantu melegakan masalah haidgejala menopaus dan memberikan khasiat dari dalam.


    How to drink? Bila masa yang sesuai untuk minum?
    Senang saja. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, pastikan Fairy Blossom diambil setiap kali sebelum breakfast. Caranya :
    •  Goncang dulu supaya ekstrak yang terkandung di dalamnya menjadi sebati. 
    •  Buka cap, gunakan opener untuk tebuk lubang dan masukkan straw pada bahagian tengah rubber cap.
    •  Sekarang, boleh lah menikmati rasa minuman beri, masam-masam manis dengan penuh perasaan. Eceh!

    My opinion :
    Seriously, Mieya suka konsep packaging nya yang selamat serta tersusun rapi dalam kotak. The bottle is so elegant and convenient to bring anywhere since it's just a small bottle.


    * Gambar 1st, hari pertama consume Fairy Blossom (kulit muka berminyak dan berjerawat)
    * Gambar 2nd, hari ketujuh (jerawat mula pudar)
    * Gambar 3rd (Ini gambar dekat office. Eyebag sebab tak cukup tidur)



    To me, the taste is quite acceptable, much better than what I expected. Digalakkan ambil sekali sehari sahaja. Rasanya macam minum pati kurma yang pekat. Kuantitinya sangat sedikit, 22ml sahaja. Sekali slurp memang gerenti habis. Letak pula dalam peti ais, memang sedap lah minum di pagi hari.

    So far, after having it for 20 days, Mieya boleh nampak perubahan pada kondisi kulit muka di mana tampak lebih licin (kesan jerawat pon tak kelihatan) dan rasa macam sedikit bertenaga lately serta badan tak lesu. 

    Tidur pon rasanya lebih bagus daripada sebelum ini. Selalunya kurang lena sebab sering terganggu @ terjaga tak kira masa. Maybe, sebab tidur yang mencukupi ni buat kulit muka much better than before. Tang dada tak tahu lah nak describe macam mana. Tapi nampak lebih firm berbanding sebelum ni. Namun, menstrual problem still lagi berterusan. I guess it takes longer time to see the effect. 


    Berita baik untuk korang, Fairy Beauty is currently running a promo to get FREE 4 bottles with purchase of 2 boxes!



    Exclusive RM20 rebate for Mieya Atiera's readers : FAIRYNEW

    *With minimum purchase of RM99, valid till 31 July 2014



    More info go to :
    Subscribe to HiShop for exclusive updates : http://www.hishop.my/subscribe 
    **Disclaimer - This product(s) were send to me for product review purposes.

    Komisen Kedua dari Ashadee

    Assalamualaikum wbt :)

    Alhamdulillah, tiga hari lepas dapat lagi rezeki hasil dari blog. Walaupun tak besar nilainya. Namun berhasil juga usaha dari pembelajaran yang berterusan walaupun sejak akhir-akhir ini Mieya agak sibuk sedikit. 




    Jika korang ingin memulakan perniagaan internet tetapi korang ketandusan idea nak buka perniagaan jenis apa. Mieya sarankan korang cari idea perniagaan internet mengikut minat masing-masing. 

    Bak kata orang cerdik pandai dalam bidang perniagaan, "Buatlah kerja mengikut minat kita". Jika korang buat kerja mengikut minat, pastinya korang tidak akan mudah berputus asa.

    Sebaliknya, korang akan jadikan setiap kesusahan dan masalah di dalam dunia perniagaan sebagai asam garam untuk meneruskan kejayaan. Bagi yang masih tercari-ca11i idea nak memulakan perniagaan internet. Mieya sarankan korang dapatkan "Panduan 101 Idea Perniagaan Internet".


    Keluarkan sedikit modal bagi membuka peluang untuk anda terus maju dalam dunia perniagaan internet. Banyak peluang menarik yang akan menanti korang. Selamat berusaha.

    Jom baca entri lain :



    5 Cara Buat Duit dengan Facebook Page

    Umumnya kini, social media bukan lagi sekadar ruangan untuk bersosial, berkomunikasi serta berhubung dengan orang lain di seluruh dunia sahaja.
    Ia juga boleh jadi sebagai salah satu lubuk emas untuk menghasilkan pendapatan. Di Amerika Syarikat, laman sosial media khususnya Facebook memberi laluan kepada penggunanya untuk membina perniagaan.
    Selain daripada menjual produk fizikal seperti pakaian, makanan dan sebagainya, terdapat banyak lagi alternatif yang boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan baru.

    Berikut adalah pendapat pakar pemasaran Facebook iaitu Mari Smith, mengenai strategi buat lebih banyak duit di laman sosial media khususnya Facebook:
    #1 – Jualan Facebook Pages
    Dalam kes ini, kita menyelesaikan masalah orang ramai untuk memiliki Facebook Pages yang sudah mempunyai jumlah ‘Likes’ yang tinggi. Mereka tidak perlu melaburkan masa, wang dan tenaga yang banyak untuk membina dari peringkat awal.
    Biasanya harga jualan Facebook Pages boleh mencecah lebih RM1,000. Bergantung pada jumlah ‘Like’, kadar aktif di antara pengguna Facebook, dan hubungan dengan pemilik Facebook Pages.
    Terdapat beberapa laman forum yang sentiasa mempunyai pelanggan yang mahu membeli Facebook Pages. Antaranya adalah:
    • Wicked Fire.
    • Warrior Forum.
    • Digital Point Forum.
    Facebook Pages yang bernilai tinggi adalah Facebook Pages yang mempunyai tiga elemen seperti yang disebutkan sebelum ini. Justeru itu, jika kita mahu menjual dengan harga yang tinggi, maka tingkatkan kualiti Facebook Pages.
    #2 – Jual Iklan Di Facebook Pages
    Banyak perniagaan mencari alternatif untuk mempromosikan produk dan servis mereka. Sekiranya kita mempunyai jumlah ‘Like’ yang banyak iaitu melebih 10,000, kita boleh menawarkan perkhidmatan pengiklanan.
    Iklan boleh dibahagi kepada beberapa bahagian seperti:
    • Pengiklanan berbentuk teks.
    • Pengiklanan berbentuk gambar.
    • Pengiklanan berbentuk video.
    Cara untuk melakukannya adalah menghubungi syarikat yang berkaitan dengan niche Facebook Pages kita. Sebagai contoh, jika kita mempunyai Facebook Pages tentang tip-tip masakan, kita boleh menghubungi syarikat yang menawarkan perkhidmatan katering, restoran dan sebagainya.
    #3 – Jual Aplikasi Facebook
    Facebook juga memberikan peluang kepada para pembangun aplikasi di seluruh dunia untuk berkongsi kepakaran mereka, menerusi ruangan Facebook Apps. Pasaran ini bernilai USD ratus juta.
    Rujukan pasaran Facebook Apps boleh didapati menerusi https://apps.facebook.com/marketplace/.
    Buat duit dengan aplikasi Facebook boleh dibahagi kepada dua cara iaitu:
    • Jual iklan.
    • Naik taraf kepada servis premium daripada percuma.
    #4 – Jual Produk Orang Lain (Dropship)
    Atau lebih mesra disebut sebagai affiliate. Bermakna kita menjadi agen dan memperoleh komisyen apabila mempromosikan produk orang lain.
    Di Malaysia, antara sumber untuk menjadi agen produk digital adalah Ashadee.com. Di mana kita boleh mempromosikan e-book terbitan Ashadee dan memperoleh komisyen yang lumayan setiap bulan.
    Dengan menggunakan Facebook Pages, kita boleh mempromosikan pautan e-book ini kepada semua pengguna yang ‘Like’.
    #5 – Jual Perkhidmatan dan Kepakaran
    Facebook Pages adalah tempat yang sesuai untuk menjual servis. Sebagai contoh, jika kita mempunyai Facebook Pages yang menawarkan tip-tip penulisan, kita juga boleh mengambil peluang untuk menawarkan perkhidmatan menulis artikel untuk bisnes-bisnes kecil.
    Menurut Dr. Azizan Osman, ramai pemilik bisnes yang inginkan penulis untuk membantu perniagaan mereka. Justeru itu, ini adalah satu pasaran yang luas dan lumayan.