Showing posts with label teens. Show all posts
Showing posts with label teens. Show all posts

Complicated : Lelaki dan Perempuan

Assalamualaikum wbt and hai korang !

Dah lama rasanya nak up-kan entri ini. Tapi macam biasa lah.. idea saja yang ada, isi kandungan mukadimahnya langsung tarak.. 

Okay, basically ada berbagai-bagai jenis manusia dalam dunia ini dengan kerenah serta ragam yang pelbagai. So, tak hairan lah jika kadang-kadang setiap tingkah laku kita seringkali disalah tafsir oleh orang sekeliling kita. Sampaikan ada di antaranya yang berasa jelek dengan diri kita tanpa kita sedar. 

Mungkin mereka kurang gemar dengan cara kita.. tapi bagi kita, 'benda' tu cuma biasa-biasa je, tak ada lah serius sangat. Sebabnya dah itu perangai semulajadi kita. Nak buat macam mana lagi. Agak complicated di situ kan? 

So kali ini, Mieya akan list beberapa point untuk membuktikan complicated antara lelaki dan perempuan.


Penampilan
Lelaki : Lelaki akan memakai setiap pakaian yang dimilikinya berulang-ulang kali selagi tak lusuh atau koyak. Baju tak iron pon still okey, boleh keluar jalan-jalan lagi. 

Perempuan : Perempuan lebih cerewet dalam berpakaian. Setiap kali nak bersiap ke tempat kerja mahupun keluar membeli-belah, haruslah berpakaian kemas, menarik dan sedondon. Kadang-kadang hal kecik seperti tudung tak mahu bentuk atau senget sedikit, boleh rasa macam tak selesa tau bila berhadapan dengan orang lain.


SMS
Lelaki : "Awak tengah buat apa? Dah makan belum" adalah antara ayat yang sering diucapkan oleh para lelaki melalui telefon. Bagi mereka, ayat yang ringkas, spesifik dan mudah difahami sebagai tanda mereka bersungguh-sungguh ingin tahu semua hal tentang anda.

Perempuan : Mudah bosan bila seringkali diajukan dengan soalan yang sama setiap hari seperti :
Awak tengah buat apa?
Dah makan ke?
Sihat? Tak keluar ke hari ni?
Maybe tak semua lah yang macam tu cuma certain sahaja just like me. Well, wa hati brutal punya orang. Tak suka perbualan yang terlalu formal. Sometimes kena out-going sikit, huha-huha sana sini.


Term 'KAWAN'
Lelaki : Kalau dorang dah tahu nama dan pernah terserempak beberapa kali. Just angkat tangan (menyapa) apabila berjumpa dengan seseorang pon dah kira sebagai kawan.

Perempuan : Selagi tak bercakap dan berbual at least beberapa sentence, title kawan tu masih belum wujud. Tapi bila dah kerap kali berjumpa dan berbual macam mak jemah, itu dah declare sebagai kawan.


Privacy

  • Pinjam Barang
Lelaki : Kalau bab pinjam barang ni memang senang dan sempoi. Kebanyakannya main ambil saja tanpa minta kebenaran terlebih dahulu. Tapi tak semua lelaki macam ni. Kadang-kadang ada yang terlalu sayangkan barang masing-masing sampai tak bagi langsung. "Barang aku barang aku. Barang kau barang kau"

Perempuan : Lagi straight and proper dalam bab ni. Kalau nak pinjam, kena minta baik-baik dan mengharapkan barang tu akan dikembalikan dalam keadaan baik. Sometimes kalau main ambil tanpa minta kebenaran, mesti akan timbul satu isu kecil hati dan tak selesa. 


  • Baca Message/Text Kawan
Lelaki : Kalau dapat handphone kawan tu, alasan nak main games, bluetooth lagu dan sebagainya. Tapi awas, mesej-mesej korang mungkin sedang dibaca oleh mereka juga. Nak pula yang jenis suka letak handphone merata-rata.  So, jaga-jaga! Lebih selamat kalau anda letakkan password pada handphone korang.


Perempuan : Bab handphone memang dia jaga sungguh. Tak ada nak campak-campak merata. Kalau boleh nak letak atas meja tu, sangat berhati-hati. Kalau ada kawan yang suka selongkar handphone dikira sebagai tak senonoh. 


Terus Terang
Lelaki : Lelaki ingin selalu berkongsi segala hal dengan orang lain, namun kadang-kadang dia tak pandai mengungkapkan dengan baik. Mereka lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Tapi AWAS, jangan sesekali memaksa mereka untuk bercerita isu sensitif.

Perempuan : Tak seperti lelaki, perempuan tak suka berkongsi cerita berkaitan diri dengan orang lain. Mereka suka pendam perasaan sampai kadang-kadang makan diri. Bila disoal, dia cuma akan menjawab, "tak ada apa-apa. Saya okey lah. Don't worry !" Mereka tak ingin orang sekeliling merasa risau.


Okey, enough lah rasanya 5 point tentang Perbezaan Complicated antara Lelaki dan Perempuan. Just sharing pendapat dan kesimpulan mengikut pemerhatian Mieya sahaja. So rasanya, korang dah boleh agak kot Mieya ni jenis yang macam mana? kan ?