Self Esteem dan Keyakinan Diri

Assalamualaikum wbt :)

Kalau korang pernah rasa macam ni, sila teruskan pembacaan..

Korang pernah tak rasa tak yakin dengan diri sendiri, low self esteem, tidak percayakan diri sendiri??
Sampai nak jumpa dan bercakap dengan orang lain pon teragak-agak, segan, malu, apatah lagi nak berdiri di depan khalayak ramai.
Ya, hal ini pernah terjadi kepada Mieya suatu ketika dulu. 

Tengok orang lain pandai-pandai belaka, boleh bawa diri sendiri tetapi kita tidak. Apabila berada ditengah-tengah kelompok manusia, kadang-kala Mieya sering berasa kerdil dan serba tidak kena seolah-olah orang lain memandang rendah terhadap diri dan mengetahui kelemahan diri kita. 

Dulu selalu kena.. Kurus sangat lah, kening nipis macam kena cukur lah, muka tangan berparut lah. Mula-mula rasa cool je, tapi bila dah tiap hari kena, terasa macam menusuk dalam jiwa pulak. Orang sekeliling memang takkan perasan dengan perubahan diri Mieya, maklum lah Mieya agak pendiam orangnya.



Sampai ke satu tahap, Mieya rasa tak suka dengan diri sendiri sehingga sering merasakan diri serba kekurangan. Maybe semua ni berpunca dari kesan kemalangan di jalan raya semasa Mieya berumur 5 tahun dulu. Parut kekal di anggota masih ada apatah lagi parut di dalam hati.

But now, alhamdulillah... I'm feeling much better than before, maybe sejajar dengan peningkatan usia. Dah boleh fikir kenapa perlu buang perasaan rendah diri serta tiada keyakinan dalam diri. Antaranya : 

  • Allah SWT yang cipta kita. So, kena terima diri seadanya, kerana tak semua manusia sempurna. Jadikan kekurangan sebagai kelebihan yang tiada pada orang lain.
  • Luaskan pergaulan. Mulakan dengan sesi 'ice breaking' serta bergaul dengan mereka yang bercita-cita tinggi serta bersemangat kental.
  • Tingkatkan penampilan diri. Beri perhatian pada penampilan sebelum keluar rumah. Berpakaian kemas adalah sangat digalakkan.
  • Sentiasa bersikap tenang dan singkirkan imaginasi negatif. Kawal diri sekiranya berada dalam situasi tegang dan tertekan.
  • Sahut cabaran yang baru. Biasakan diri untuk mencuba sesuatu benda baru bahawa tiada yang mustahil di dunia ini.


Sekarang, Mieya lebih tenang, boleh kawal perasaan meskipun rasa gementar dan darah gemuruh tu masih melekat dalam diri. Nak berkomunikasi depan khalayak umum pon tak ada masalah, walaupun still merangkak-rangkak gaya percakapannya (tak teratur). mueheee 

Apa-apa pun, kita kena sentiasa sayang diri kita. Kalau bukan kita yang sayang diri kita, takkan nak mengharapkan orang lain pula, kan? Be Positive all the time. Tak kira lah apa jua situasi yang menimpa diri kita, baik atau buruk. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.


5 comments:

drshikinzainal @ ekin said...

Alhamdulillah you dah appreciate yourself.
I was once like that before. But now i've changed oso. Yes, i did those things above & 1more thing you have to think that you are also great people. Kite mmg xkn dpt puaskan hati all people around.

drshikinzainal @ ekin said...

Truly find good values in yourself. You will see that other people also lack of it. We are all different people so that we have different capabilities. Just continue learning every good things that come to your life & appreciate them & make use of them. You can be better.

drshikinzainal @ ekin said...

Jom join GA saya.
http://drshikinzainal.blogspot.com
Stick at top.

Unknown said...

nice entry dear=) bab gugup2 nana la tu.....:')

tashira sha said...

dari form 1 until form 6 ni masih lagi rasa macam tu. entah bila lah nak hilang perasaan negative ni. :3 hmm