follower itu penting ke?

Assalamualaikum dan selamat malam semua :)

ohhh, dear bloggers sekalian :)  Terasa lama sungguh Mieya tidak menaip di sini walhal sebelum-sebelum nie memang tidak sah kalau sehari Mieya tidak memenuhi ruangan dashboard korang dengan entry-entry yang merepek meraban. Disebabkan kesibukan dengan peperiksaan pertengahan tahun yang tidak berhenti-henti menjelma, menyebabkan tanggungjawab di belog terpaksa ditolak tepi. Mohon ampun ya wahai belog sayanggg :)


Errr, sebenarnya kan Mieya dah tiada mood nak menghadap buku sepanjang masa. Semakin Mieya ingin membacanya, semakin Mieya merasakan masih terlalu banyak perkara yang perlu Mieya pelajari. arghh, sungguh Mieya penat, penat dan penat !  Okay, cukup setakat tu luahan hati yang tak seberapa daripada Mieya. Sebenarnya, bukan itu yang Mieya ingin bicarakan di sini tetapi hari nie Mieya nak berbicara soal follower.


Umumnya, Mieya tahu bahawasanya korang pon dah sedia maklum tentang apa itu follower. Siapa cakap, follower tu tak penting? Follower tu lah yang mempengaruhi kedudukan sesuatu blog tu. Tapi kan, belog yang hebat tidak semestinya ramai follower kan? yela, kalau ada ramai follower but entry macam entah apa-apa pon tak berguna jugak. Apa yang Mieya perhatikan dunia belog sekarang nie kan, ramai orang dok berlumba-lumba nak dapatkan follower yang banyak, nak kejar trafik semata-mata.


Mieya sendiri pon pernah jadi macam tu suatu ketika dahulu. Apa yang terdetik dalam fikiran Mieya waktu mula-mula wujudnya blog nie, blogwalking hanya sekadar nak mengharapkan orang follow je. and Mieya tak tahu pon sama ada orang baca ke tidak celoteh budak shumort nie.

Maklum lah, empunya blog pon tidak se'popular' mana. Ditambah pula dengan entry yang merapu meraban, memang patut lah orang pandang sebelah mata je. Tetapi, apabila Mieya fikir-fikirkan balik, menulis tu kan suatu seni. So, memang tidak salah kalau Mieya mencuba mengembangkan seni penulisan Mieya melalui alam maya nie.


Kadang-kadang, Mieya jeles jugak tengok orang yang mempunyai follower yang ramai. Tapi, bila difikirkan balik, kuantiti follower itu tidak penting tetapi kualiti penulisan tu yang perlu kita titikberatkan. Sebenarnya kan, kalau kualiti penulisan kita bagus, tak payah blogwalking pon takpe. Sebabnya, follower tu akan datang dengan sendirinya untuk membaca entry kita.

Caranya senang sahaja, pastikan entry yang korang buat tu betul-betul bermanfaat untuk orang lain membacanya. Setakat buat entry copy and paste je nak buat apa kan? Sekali-sekala masukkan lah jugak entry korang sendiri. haa, dari situ barulah orang lain tahu macam mana gaya penulisan korang yang sebenarnya.


Then, kalau dah ada follower setia tu, pandai-pandai lah jaga hati dorang. Layan mereka macam kawan rapat, bukannya sebagai seorang follower. Macam Mieya kan, cara yang Mieya gunakan untuk menghargai follower Mieya adalah dengan membuat entry yang lebih bagus walaupun kadang-kadang Mieya merasakan entry tersebut semakin membosankan.

So, last words from me is, blogging is just one of my hobby. Don't expect that every blogger only focus on the blog only. They also a human like you all that have the other work to do beside writting the blog. Remember that !

tutorial comment pop-up window

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi bloggers.. ehh, ada pulak budak shumort nie hari nie? tak pergi sekolah ke celebrate for Teachers day? Actually kan, semalam selepas selesai sahaja mengepos entry nie , Mieya menunggu kepulangan abang tersayang untuk menemankan Mieya memilih hadiah buat cikgu tersayang..

tetapi, dari saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam Mieya menunggu.. Beliau tidak juga pulang-pulang. huh, dasar punya abang kalau dah jumpa dengan kawan-kawan memang langsung takkan ingat jalan pulang ke rumah dah. Mieya teruskan usaha untuk menunggu sehingga ke waktu malam pulak and then, guess what? Mieya ketiduran sudah.. Maybe sebab kepenatan yang teramat sangat. So, that's mean tiada hadiah lah kan? Oh my god ! What to do now, just ask for the 'cuti rehat' from my beloved mother lahh. Yes,  I got it !


Back to the title post above okay. Actually, sudah agak lama kan belog Mieya nie tidak dipenuhi dengan tutorial ? Almaklum lah, tahap kemalasan yang menebal dalam diri yang tidak dapat dielakkan menyebabkan entry tersebut terbiar sendirian. Tutorial nie di request oleh cik anon daripada kotak formspring Mieya.

STEP 1 
Log in blogger dashboard => settings => comments


STEP 2
Scroll down sehingga tertera tulisan  "Comment Form Placement"  dan tick pada Pop-up window


STEP 3
Scroll down lagi sehingga tertera tulisan "Show word verification for comments?"  dan tandakan NO.


STEP 4
Sudah siap, tekan SAVE SETTINGS



Kelebihan menggunakan kotak comments pop-up nie ialah lebih user friendly. Pembaca hanya perlu tekan pada butang komen dan satu kotak kecil akan keluar berasingan dengan entry yang sedang dorang baca. Pembaca bukan sahaja dapat memberikan komen dengan mudah, malah mereka juga msdih boleh membaca entry tersebut dalam pada masa yang sama.


SELAMAT MENCUBA ye kawan-kawan !

cinta pandang pertama

Assalamualaikum wbt kalian dan selamat malam kalian.

Memandangkan idea tak selalu datang mencurah-curah macam ladang gandum, so kalau sekali dah datang bergolek-golek better terus je update kan. Even tengah busy dengan peperiksaan pertengahan tahun yang masih lagi sedang berjalan, buku-buku menjerit-jerit meminta untuk dibuka dan dibaca dengan sepenuh hati. Akan tetapi, jari tetap gagah menaip demi menjaga belog budak shumort the colourful of pink nie daripada terus bersawang-mawang. hehe :)


Okay, selesai sudah satu perenggan untuk meluahkan perasaan pada hari ini yang menggambarkan perasaan kasih sayang Mieya yang membuak-buak terhadap belog buruk ini. haha,, see see korang nampak ke tak perubahan perasaan Mieya nie? oke, siapa tak nampak, sila pakai kanta pembesar untuk melihat dengan lebih jelas.


Actually kan, dah lama dah Mieya nak menulis tentang entri nie. Tetapi, disebabkan sistem hati dan perasaan yang sedang bergelora menyebabkan entry ini sering bertangguh-tangguh. okay, nak sambung balik cerita disebalik entri nie. Entri nie ditujukan khas untuk mereka-mereka yang mahu membacanya. :)


Setiap orang pernah melalui cinta pandang pertama kan? Okay, siapa yang tak pernah tu meh habak sikit kat Mieya nie sat !  *ehh, sejak bila pulak Mieya bertukar menjadi anak mami pulak nie? -__-"  Bagi yang pernah melaluinya, mungkin saat itu kita merasa hairan mengapa kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata dengan si dia. Tidak kurang pulak tu ramai yang tidak yakin bahawa cinta pada pandangan pertama boleh menjadi sesuatu yang dianggap cinta sejati.

Okay, Siapa yang akan melupakan love first sight kan?  Di mana waktu itu kita terasa ada rama-rama yang terbang-terbang dalam perut kita, terasa dalam hati ada taman bunga-bunga cinta, lautan api sanggup di renangi, gunung Everest sanggup di daki dan macam macam lagilah. Segalanya hanyalah untuk si cinta hati.. Seronok ke bercinta berlandaskan cinta pandang pertama? Entah lah, agak sukar untuk Mieya jelaskan di sini.. :)
No matter how many times we fall in and out of love, it always feels new to us and it makes us feel alive yet at times, the wound is so deep that you just want to crawl up and hide in a cave and cry to your heart's content..  Its never easy when there's nobody to listen to you, no shoulder to cry on, nobody to tell you it'll all be fine, and worse off when your friends just dont get it..
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama..
cewahhh, ayat jiwang semacam ! siap berbunga-bunga lagi macam pernah lalui situasi macam tu pulak. Ohhh, yes i am !  but, dengan siapa ye? HAHA, mana boleh bagitahu kat korang ouh. Sedangkan nak bagitahu dekat "si dia" pon tak berani, inikan pulak nak bagitahu korang. MAAF awak !

Mieya lebih rela memendam perasaan ini sendirian daripada meluahkannya kepada orang lain. sebabnya kan, Mieya malu malu malu segan sangat-sangat lah. Rasa macam nak menyorok kat belakang tiang lampu je. *eh, macam muat pulak nak nyorok kat situ.  tapi kan Mieya rasa, buat masa sekarang nie Mieya akan terus fokus pada pelajaran je dulu.. Lagipon, SPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. belum lagi ditolak tambah dengan waktu cuti, waktu makan, waktu tidur, waktu belajar dan blablabla. Haisy~ takot wooo !

Perasaan dalam diri Manusia

Assaamualaikum dan selamat petang semua :)
p/s : orang nak bagi ceramah kenalah sopan sikit, kan? HEE~


Kali nie, Mieya nak bagi ceramah ringkas tentang perasaan.. Jadi, disini Mieya nak ajak korang selami serba sedikit tentang perasaan manusia.. Boleh kan? Terdapat bermacam-macam perasaan yang ada dalam diri manusia nie.. Kadang kala suka, kadang kala sedih.. Kadang kala benci, kadang kala rindu.. Kadang-kadang, kita sendiri pon tak tau macam mana nak tafsirkan apa sebenarnya perasaan yang sedang ada dalam diri kita sekarang nie.. Susahnya bukan? memang tak ada apa pon perkara dalam dunia nie yang senang-senang..

Sepatutnya kita sebagai manusia, perlu sentiasa bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai seorang manusia.. Yang punya akal fikiran, hati dan perasaan.. Hanya manusia sahaja yang dikurniakan perasaan dalam hati mereka seperti perasaan sedih, benci, marah, suka, cinta, rindu dan sebagainya.. Jadi, jangan mengeluh sekiranya diri kita merasai kesusahan, ataupun dirundung kesedihan kerana itu adalah lumrah bagi setiap manusia.. Kita tak dapat nak elakkan diri daripada merasai perasaan sebegitu..


Dan, dalam kepelbagaian perasaan itu, ada beberapa jenis perasaan yang sering manusia heboh memperkatakannya.. Apakah perasaan tersebut? Jom kita terokai bersama-sama !


* Sedih.
Semua manusia pernah berasa sedih.. Apa yang menyebabkan manusia bersedih? Sebenarnya banyak sebab yang dapat kita kaitkan dengan perasaan ini sehingga tak termampu pulak Mieya nak dihuraikan satu persatu.. yela kan, lain manusia, lain lah sebabnya.. Sama ada sesuatu perkara itu besar atau kecil yang boleh menyebabkan seseorang manusia itu berasa sedih, hakikatnya, perasaan sedih itu tidak dapat lari daripada diri manusia..

Sebagai contoh, kita akan sedih bila kehilangan seseorang yang kita sayangi dan kasihi.. Sedih bila ibu atau bapa kita pergi mengadap ilahi.. ataupon sedih bila kita tak cemerlang dalam peperiksaan.. ataupon sedih bila barang kesayangan hilang.. Eh, pernyataan yang terakhir nie macam nak memperli Mieya yang kehilangan enset tersayang je? HAHA, pedulikan itu semua !  dan macam macam lagi sebab yang boleh menjadikan seseorang manusia itu berasa sedih..


Setiap manusia mempunyai kehidupan yang tersendiri, kisah atau jalan cerita yang kadang-kadang amat payah untuk dibicarakan kepada umum.. yelaaa, manusia sentiasa berbeza antara satu sama lain, jadi memang tak hairanlah kalau sebab untuk mereka bersedih mungkin berbeza..

Tapi pada hakikatnya, semua manusia ada perasaan sedih itu.. Cuma bila dan di mana perasaan itu timbul je yang kita sendiri pon tak tahu.. Yang penting, jangan sesekali mengeluh dan menyalahi takdir andai kata kalau kita berasa sedih.. Cuba dekatkan diri dengan NYA, dan berserah segalanya kepada NYA, panjatkan doa dengan sepenuh hati.. InsyaAllah, Allah sentiasa ada bersama kita.. Dan secara tidak langsung akan hilang kesedihan itu suatu hari nanti sedikit demi sedikit..


* Gembira.
Bila ada perasaan sedih, sudah tentulah ada juga perasaan gembira.. yelaa,, kata antonim yang sudah sebati dengan kehidupan seharian kita.. Setiap kesedihan itu akan dihadiahkan dengan kegembiraan manakala setiap kegembiraan itu akan menyusul dengan kesedihan.. Begitulah sebaliknya..

Perasaan sedih dan gembira sering bertukar ganti dan hadir dalam hidup setiap manusia.. Sama seperti perasaan sedih.. Ada pelbagai sebab yang boleh menggembirakan hati manusia.. Macam-macam perkara yang boleh membawa kepada kegembiraan.. Perasaan ini sangat pelbagai dan subjektif kerana lain orang lain hatinya sekaligus membuatkan sesuatu sebab kegembiraan itu berainan antara satu sama lain.. bukankah begitu?


Okay, sudalah sampai disini.. Tak perlu lah Mieya nak bercerita panjang berkenaan perasaan gembira.. Sebabnya, semua orang pon dah tahu..  Walaupun kita diberi hadiah sebiji gula-gula oleh seseorang, tetapi sebagai seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan.. Perasaan gembira itu tetap akan hadir bukan?

Tapi, apabila hidup kita di datangi dan dipenuhi dengan cahaya kegembiraan, jangan pula kita terlalu asyik dan leka sehingga kita boleh lupa dari mana datangnya kegembiraan itu.. INGAT, segala apa perasaan yang hadir dalam diri kita, semuanya datang dari ALLAH.. begitu juga dengan perasaan gembira.. DIA lah yang memberikan kita kegembiraan itu.. Sebagai hambaNYA, ucapkanlah dan amalkanlah kata syukur,  "Alhamdulillah"  andai kita berasa gembira dan bahagia dengan sesuatu..


* Benci.
Benci merupakan suatu penyakit yang boeh mengganggu ketenteraman hidup manusia.. Sesungguhnya, perasaan benci itu hadir apabila timbulnya perasaan ketidakpuasan hati antara satu individu dengan individu yang lain sehingga membawa kepada perbalahan.. Perasaan marah dan benci memang takkan dapat lari daripada diri manusia..

Cuba tanya kat sesiapa sahajalah, siapa yang tak pernah marah-marah orang? Tipulah kalau korang jawab tak pernah.. Semua manusia pernah marah dan pernah benci akan sesuatu.. Tapi, jangan biarkan perasaan benci itu mengaburi mata anda dan mengatasi segala-segalanya.. Kelak diri dan jiwa kita yang bakal terseksa..


Andai kata, sekiranya ada insan yang pernah membuatkan kita merasa marah dan benci padanya, cubalah belajar untuk memaafkannya.. Memang di akui, amat sukar untuk memaafkan diri seseorang yang pernah melukai hati kita.. Tapi, sampai bila? Sampai bila kita mahu hidup dalam kebencian? Bukan sahaja menyebabkan hati kita menjadi semakin tak tenang, tetapi jiwa kita semakin sakit..

 INGAT, Siapalah kita untuk menghukum dan membenci manusia dengan sepenuh hati.. Allah itu lebih berkuasa.. Sama-sama lah kita memuhasabah diri sendiri untuk membersihkan hati dari perasaan benci.. Sekiranya perasaan itu dibiarkan dan bila perasaan benci itu semakin meninggi, kita akan cenderung ke arah dendam.. Entah apa yang kita akan lakukan bila dendam mengusai diri kerana Syaitan sentiasa mahu mengapi-apikan manusia serta mahu kita saling berdendam dan membenci.. Mahukah kita hidup dalam keadaan begitu? Nauzubillahminzalik~ Jauhkanlah dari keadaan sedemikian, Ya Allah..


* Iri hati.
Manusia juga tidak boleh lari dari perasaan iri hati, atau bahasa yang sama erti dengannya ialah cemburu.. Cemburu disini bukanlah sekadar cemburu dalam percintaan dan perhubungan tetapi  apabila dikupaskan dengan lebih dalam, perkataan iri hati ini membawa maksud yang amat luas..

Perasaan cemburu itu terbahagi kepada dua jenis, ada yang baik dan ada jugak yang buruk.. Tak salah kalau kita menjadi pelajar yang cemburu akan kejayaan teman-teman yang sedang berjaya, malah kita boleh menjadikan perasaan cemburu itu sebagai pemangkin semangat untuk berjaya.. Tapi, jangan sampai, kita cemburukan kejayaan seseorang itu, dan kita bertindak untuk menjatuhkannya.. yaaa, memang senang untuk kita bercakap jangan.. "Jangan Cemburu" !  Tapi realitinya? Kita sendiri pon tak tahu.. Bagaimana dunia? macam-macam perkara boleh berlaku bila perasaan iri hati dan cemburu menguasai diri bukan? Jadi, sama-sama kita renung-renungkan dan berfikir sejenak..


Baiklah, rasanya buat masa ini, setakat ini sahajalah yang ingin dikongsikan bersama.. EMPAT perasaan itu memang tak dapat lari dari diri seorang manusia.. Jadi, sama-sama lah kita beringat, jangan biarkan diri kita leka dengan sesuatu.. Takut suatu hari nanti, kita sendiri akan termakan dengan kelekaan itu.. baik sedih mahupun gembira, benci dan iri hati, jangan biarkan perasaan itu bermaharajalela dalam diri kita.. ingatlah bahawa Allah maha mengetahui dan mahukan yang terbaik untuk kita..  Kita semua sama dan dalam erti kata lain, kita semua manusia.. Mieya juga sama seperti kalian.. Sama-sama lah kita renung-renungkan.

aku tak suka manusia jenis nie

Assalamualaikum wbt semua :)

Hello my dearest readers and my super sweet and super handsome followers. How are you today? Ada baik,  ada sihat? Mieya harap korang semua baik-baik je lah ye.

Actually, Mieya betul-betul tak faham. Bukannya sebab Mieya tak faham akan formula add math ataupun peta dunia, tapi Mieya tak faham dengan perangai manusia nie. errr, enough for the intro yang panjang berjela-jela nie !

The truth is, Mieya PALING PALING PALING tak suka dengan sesetengah jenis orang nie. Haisy, tak pasal-pasal korang dah termasuk dalam senarai yang Mieya tak suka. Nak tahu siapakah mereka? okay, meh sini tengok :


* Manusia yang mudah berubah
errr, maksud Mieya di sini bukannya berubah menjadi ultraman, superman mahupun spiderman tu, tapi berubah sikap. Contohnya macam nie, hari nie budak tu baik sangat-sangat dengan korang,  nak sembang-sembang, gelak-gelak semuanya dengan korang. Then, esok pulak budak tu marah-marah korang lepas tu mula lah tak nak layan korang.

Hari lepas tu pulak, budak tu datang balik kat korang, siap nak bermanja-manja pulak dengan korang lagi. What the hell lahhh. macam apa-apa je entah. heh actually, korang faham ke apa yang Mieya cakap nie? Ayat hiperbola habis. Kalau cikgu BM Mieya nampak nie, confirm dia takkan bagi lagi markah tinggi-tinggi untuk karangan.


Jadi di sini, Mieya ingin memberi nasihat sikit. dengar baik-baik ye :)  Even kalau waktu tu korang baru lepas kena marah ke, sakit hati atau senang cerita, walau sesibuk mana sekalipon korang pada waktu tu. please lah, jangan nak layan kawan-kawan korang macam melepaskan batu di tangga, buat endah tak endah je.

Cuba fikir sikit yang dorang tu bukannya anak patung yang kaku, tak bergerak dan hanya tahu berdiam diri je. Dorang pon ada hati dan perasaan jugak tau ! Jangan hanya nak memikirkan kepentingan diri sendiri je, fikirkan jugak orang disekeliling kita. Tanpa dorang, korang takkan ke mana-mana lah. Serius Mieya cakap !


* Manusia yang bajet bagos .
Fuhhh~  Mieya rasa macam nak tembak lepas tu nak cincang-cincang je orang yang macam nie. Dalam fikiran dorang, "apa yang dorang buat semuanya betul, tapi kalau orang lain yang buat semuanya serba tak kena"  See. Macam mana lah kadang-kadang Mieya tak bengang kan?

Well, di sini Mieya nak beritahu sikit, kalau korang ditugaskan untuk membuat kerja secara berkumpulan. Please lah jangan nak berlagak pandai sangat. Korang tak payah nak tunjuk betul sangat. In any condition, dia rasa bahawa diri dia je yang betul. Bila semua orang dah membantah, dia still nak memperjuangkan apa yang dia dah usulkan tadi konon-kononnya. Dah memang sah, dalam setiap tugasan yang membabitkan kumpulan mesti cakap dia je yang menang sedangkan dalam pada masa yang sama, ramai orang yang membantah.


ohhh dear, tolonglah. dah namanya kerja berkumpulan kan? So, kalau nak buat sesuatu tu biarlah bersama-sama, bincang elok-elok dan jangan lupa tanya pendapat antara satu sama lain. Barulah hasil kerja yang korang buat tu bermutu dan berkualiti tau. Ini tidak, semua nak ikut cakap dia seorang je.

Then, bila orang tak nak sokong kau buat itu buat ini, mula lah nak mengamuk tak tentu pasal. Mula lah perasan yang orang dah tak nak layan kau? Sebab semua orang dok cakap "Malas nak cakap banyak dengan dia nie. Asyik kata dia je yang betul, kata kita semuanya tak nak terima macam lah perfect sangat"..


* Manusia yang bermuka-muka .
Setuju tak kalau aku cakap semua orang di dunia nie hipokrit? Okay sekarang masing-masing pergi ambil cermin, lepas tu tanya sama diri masing-masing, "aku pernah tak nak mengata orang tu, orang ini, tapi still berkawan baik lagi dengan dia?" Haaa~ Nampak tak nampak tak? Semua orang hipokrit kan. Sebab? Tujuan yang agak baik, iaitu MALAS NAK GADUH.. Kan?

Tapi kan, kalu boleh tolong lah jangan nak tunjuk sangat yang korang tu hipokrit. Apa korang ingat orang lain suka ke dengan tingkah laku korang nie? Kalau korang buat gitu, bukan sahaja boleh membuatkan orang di sekeliling yang melihat perlakuan korang tu merasa meluat tetapi kita orang yang tengok dari jauh nie pon rasa macam nak lempang muka dia laju-laju, tahu tak?

So, di sini Mieya nak minta tolong lah, jangan buat benda yang orang lain tak suka melihatnya okay? Sebenarnya, korang sendiri boleh berfikir sendiri, apa yang orang lain suka dan juga tak suka. Jadi, andai-pandailah bawa diri masing-masing.


* Manusia yang bercakap mengikut hidung bukannya fikiran .
Tahu tak apa beza manusia dengan haiwan? okay, soalan nie memang agak sukar sekali untuk dijelaskan sebab jawapannya tersangatlah banyak. Jadi, Mieya tukarkan ke soalan lain yang jauh lebih mudah lagi. Soalannya berbunyi macam nie, manusia cari makan guna apa? haaa, mesti semua orang dah dapat teka bukan? Jawapannya gunakan akal fikiran lah kan?

Okay, soalan seterusnya,  haiwan cari makan guna apa? yaa, jawapannya mestilah gunakan hidung untuk membau kan?  Jadi, manusia mestilah boleh berfikir sama ada sesuatu makanan tu boleh dimakan ataupun tidak kan? Tapi haiwan? Dorang tiada akal fikiran, tak boleh nak berfikir sama ada makanan tersebut tu boleh dimakan ke tak. Jadi, memandangkan manusia mempunyai fikiran, kalau nak bercakap pon mestilah menggunakan fikiran jugak. Jangan nak main cakap je,  jangan nak main judge je. Okay?

Kalau boleh, ambil tahu dulu cerita yang sebenarnya sebelum membuat konklusi sendiri. Sebab bila sekali korang dah terlepas cakap tanpa berfikir dahulu, korang dah tak boleh nak tarik balik dah perkataan korang tu. Sebab apa yang kau cakapkan tu belum tentu betul ke tidak. and kadangkala sampai boleh membuatkan orang lain terasa serta menimbulkan kemarahan. Faham? Jangan pecahkan hubungan korang dengan orang di sekeliling hanya disebabkan oleh hal sekecil ini. Tolong lahhh :)


* Manusia tak tahu erti rahsia
Yang ni part paling best dan simple je aku nak cakap.. Kalau korang nak berahsia dengan kawan-kawan sekalipon, janganlah sampai terkantoi.. Lagi-lagi rahsia yang berpandangan negatif seperti mengumpat, memfitnah serta yang seangkatan dengannya.. Sebab bila rahsia korang tu dah terkantoi, benda tu boleh menyebabkan orang lain terasa hati or senang cerita sakit hati..

Jadi, bagi sesiapa yang memberi rahsia atau dipertanggungjawabkan untuk menyimpan rahsia, tolonglah jaga  rahsia tu elok-elok ye.. Bukannya untuk kepentingan sendiri but untuk kepentingan orang lain jugak.. Lagipon, korang suka ke bila orang bergaduh hanya disebabkan oleh rahsia yang tak bermanfaat tu? fuhhh, buang masa je la der.. Well, Mieya tak nak tahu satu pon rahsia korang tu, bukannya ada kaitan dengan Mieya pon.. Hoho.


* Manusia yang hanya tahu nak complaint tapi tak pernah merasa
Bayangkan korang dah penat-penat buat kerja, tiba tiba ada orang complaint itu ini.. Perkara yang boleh menyakitkan hati ialah bila korang buat kerja, lepas tu  orang lain cakap korang pergi enjoy.. Apa yang korang rasa waktu tu ye? Mesti sakit hati kan? mesti nak marah-marah bukan, rasa macam nak tinggikan suara pon ada.. Okay itu kalau yang bad-tempered lah.. Kalau yang mood tengah baik punya, tentu akan diam je, malas nak banyak cakap lepas tu siap minta lebih masa lagi.. Woah, anak sape la tu kan?


Peliknya, kalau Mieya mengaku bahawa Mieya banyak kerja sekarang nie? Tak perlu pelik lagi sebab Mieya bakal menghadapi exam lagi beberapa hari lagi.. Jadi sekarang nie, Mieya tengah mengalami dunia seorang pelajar yang sebenar-benarnya.. Korang ingat belajar ni senang ke? Lagi-lagi kalau korang sudah di amanahkan untuk memikul satu tanggungjawab yang besar? Segala harapan dan nasihat yang cikgu-cikgu berikan itu semua amanah tahu.. So, kenapa pulak korang perlu rasa pelik kalau Mieya nak menunaikan amanah itu?

Ingat ini, orang yang tak merasa berada di tempat kita, memang tak tahu perasaan kita.. Korang tak faham apa yang Mieya rasa sekarang dan Mieya jugak tak faham apa yang korang rasa kan.. Tapi, kalau boleh Mieya tak nak masuk campur dengan hal-hal peribadi kau yang tak semegah mana.. Bukan selfish  mahupun menyombong diri... Tapi Mieya pon ada banyak lagi hal yang perlu difikirkan.. So sebelum bercakap, fikir-fikir dulu baik buruknya nanti ye kawan-kawan :)

Cara mengatasi masalah mulut berbau

Assalamualaikum wbt :)

Selamat petang semua..


Disebabkan mood Mieya pada hari ini tersangatlah baik.. ececehhh,, macam baik lah sangat kan? Okay, kali nie Mieya nak meneruskan entry sambungan untuk entry sebelum nie yang agak tidak lengkap.. Bagi yang belum membaca entry Mieya yang lepas, sila-sila lah ringankan jari-jemari anda untuk ke sini ye :) Terima kasih.. 

Bagaimana nak tahu yang anda mempunyai masalah mulut berbau?

Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut.. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri korang seperti suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak.. 

Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan korang sebaliknya korang perlu berterima kasih kepada mereka kerana korang boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini..

Apa patut anda lakukan sekiranya mempunyai masalah ini?


1. Membersihkan gigi setiap hari
yesss, yang nie memang WAJIB korang buat setiap hari !  Pastikan korang memberus serta menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membantu dalam membuang bakteria dan lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup.. Dengan ini, bakteria tidak dapat menghasilkan sulfur yang boleh menyebabkan mulut korang berbau.. 

Pastikan juga korang tidak terlalu tergesa-gesa semasa memberus dan flos gigi korang kerana ia tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut..  Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi..


2. Membersihkan lidah setiap hari
Ramai di antara kita yang kadangkala terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi.. Ingatlah bahawa kebanyakan bakteria tersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah.. Korang boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner).. 

Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi.. Selain itu, korang juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih..


3. Minumlah air
Korang memang disarankan untuk meminum air paling kurang pon 2 liter sehari.. Adalah lebih baik jika korang mengisi air ke dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari.. Dengan ini mulut korang akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari.. 

Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut korang sentiasa berair.. Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerobik..



4. Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol
Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau.. Dan jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut.. Jika korang hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol..


5. Mengunyah gula getah tanpa gula
Jika korang tidak dapat memberus gigi selepas makan ( terutamanya makan tengah hari ataupun snek), korang boleh mengunyah gula getah tanpa gula.. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang..


6. Periksa gigi jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang ( gingivitis, periodontal problem)
Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi.. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ.. Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi korang dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut korang..



7. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali
Selalunya kita tidak menyedari yang diri kita mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan.. Jika korang telah berasa sakit gigi, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius.. Doktor gigi boleh mengesan dengan awal sekiranya korang mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk..



Sebenarnya, Mieya tiada apa-apa motif pon dalam membuat entry ini.. Saje je nak berkongsi sedikit ilmu dengan korang-korang semua.. ye la, siapa yang mahu bila kawan-kawan semakin menjauh daripada diri  kita kan? Apa-apa pon yang kita nak atau harapkan, semuanya bermula dengan diri sendiri.. Mulakan dengan diri sendiri dulu, then barulah fikirkan pasal orang lain pulak.. kan kan kan? Seriously, korang kena anggukkan kepala tanda setuju dengan pendapat Mieya :)


p/s : Selamat mencuba ye kawan-kawan !

Masalah mulut berbau

Assalamualaikum wbt :)

how's your day today, guys? hopefully it is the great day for you all. Kali ini Mieya nak membebel pasal bau badan dan mulut. Boleh kan?  okay,  mari kita lihat sejauh mana masalah mulut berbau boleh menganggu rutin kehidupan seharian korang. Ya, impak yang diberikan memang cukup besar dan tidak patut dipandang remeh..

Kadang-kadang, disebabkan bau mulutlah orang tak mahu berkawan dengan kita atau semakin menjauhi kita.. Maksud menjauhi yang Mieya ingin terangkan di sini ialah, kalau kita bercakap dengan seseorang, orang itu akan memalingkan mukanya atau kita nampak dia seboleh-bolehnya nak berada dalam jarak yang lebih jauh dengan kita.. Tidakkah perkara ini sedikit sebanyak boleh menyebabkan keyakinan kita berkurangan?

Apa penyebab mulut anda mengeluarkan bau yang kurang enak?


a. Penyakit sistemik
Penyakit sistemik atau kelainan yang dideritai oleh seseorang boleh menimbulkan keadaan mulut berbau yang menunjukkan seseorang mungkin menghidap kencing manis atau diabetic ketosis.. Mereka yang menghidap penyakit ini boleh terhidu bau acetone iaitu satu bau aromatik yang boleh dikatakan agak selesa atau manis.. Bau ini, biasanya mudah dan dapat dikesan dari tepi katil seseorang pesakit diabetes sama ada oleh pakar perubatan atau doktor pergigian..


b. Jangkitan bakteria anaerobik
Jangkitan bakteria yang tidak sesuai pada udara dan tisu peridontium (gusi) dari rongga mulut merupakan faktor utama mulut berbau.. Bakteria ini, berkumpul, berkembang dan membiak kerana beberapa faktor seperti penjagaan gigi yang kurang rapi dan tidak teratur menyebabkan pembentukan plak mudah berlaku.. Plak atau jisim kumpulan sisa makanan, gagasan bakteria dan hasil rembesan air liur merupakan suatu unsur yang menyebabkan rongga mulut berbau busuk.. Ketiga-tiga faktor ini kemudiannya, mengalami proses pengapuran kalsifikasi yang menghasilkan medium untuk pertumbuhan bakteria yang merosak struktur gigi dan tisu gusi.. Justeru, amalan berkumur setiap kali selepas selesai makan banyak membantu dalam penjagaan kebersihan gigi dan tisu rongga mulut..


c. Penjagaan gigi
Kurangnya penjagaan kebersihan gigi dan tisu mulut sama ada di rumah atau kunjungan ke klinik pergigian boleh menyebabkan kerosakan pada tisu gusi.. Di samping itu wujudnya saku pada gusi yang melekat pada leher gigi memudahkan berlakunya penyumbatan dan penyimpanan sisa makanan antara leher dan celah akar gigi.. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berlarutan, mulut bukan sahaja berbau malah tisu periodontium akan rosak, akibatnya gigi akan terkeluar dengan sendirinya kerana ketiadaan tisu pendukungnya.. Tabiat ini juga mempunyai banyak hubung kaitnya dengan jangkitan atau radang pada struktur gigi dan tisu pendukung yang menyebabkan mulut berbau..


d. Ubat-ubatan
Penggunaan beberapa jenis ubat-ubatan juga boleh menyebabkan mulut seseorang berbau.. Rawatan penyakit herpes labialis atau dikenali sebagai penyakit pecah-pecah ulser pada bahagian pinggiran dan sudut rongga mulut yang menggunakan ubat dimethyl sulphoxide sebagai salah satu ubat yang menyebabkan mulut berbau..


e. Tabiat tidur berdengkur
umumnya, tabiat tidur berdengkur menyebabkan mulut menjadi kering.. Secara tidak langsung ia memudahkan berlakunya radang dari virus dan bakteria pada mukosa mulut.. Ia mempunyai hubungan dengan keadaan fisiologi tubuh semasa seseorang tidur nyenyak atau dalam keadaan berehat, kadar pengeluaran air liur dari kelenjar air liur di muka dan leher menjadi sangat minimum..


f. Jangkitan pada gigi
Ozaena merupakan suatu istilah khusus untuk bau dari suatu penyakit rongga hidung atau rhinitis yang sangat serius tetapi insidennya terlalu jarang dilaporkan..  Pesakit yang mengalami penyakit ini biasanya akan mengalami radang pada membran mukosa yang melapisi rongga hidung.Akibat proses ini, membran tersebut akan mengalami proses atropi iaitu suatu keadaan patofisilogi dari sel, di mana sel tersebut mengecil dari ukuran asalnya..  Keadaan ini secara tidak langsung mengeluarkan suatu jenis cairan rembesan hidung yang tebal dan kental.. Kesannya, ia akan menyebabkan bau yang dikeluarkan pada mulut terlalu busuk..



p/s: Jadi, mesej yang Mieya ingin sampaikan ialah jagalah kebersihan badan dan mulut kita agar kita sentiasa disenangi ramai..