Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

CPUV Ke 12 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt semua :)

Alhamdulillah.. Rezeki jari jemari yang tak berapa nak runcing, ligat menari di keyboard sama ada keyboard komputer di office dan juga keyboard laptop di rumah.


Dah lama betul, CPUV baru tak datang bertandang masuk ke blog Mieya. Mungkin kerana kadar persaingan yang tinggi dalam kalangan blog. Tapi syukurlah, ada rezeki lagi di bulan Jun ini. Moga-moga, CPUV dari University Of London ini akan bertahan lama di blog Mieya ni.

Walaupun rutin blogging Mieya tidaklah serancak dahulu kala, membalas komen sampai berpuluh-puluh dalam sehari. Blogwalking dari satu blog ke blog lain sampai ke angka beratus-ratus sehari. Dah tak boleh sangat nak selincah dulu. Hanya sempat singgah ke 5-6 blog je sehari.

Maklum lah, dah terikat dengan komitmen lain kan.. yakni kerja. Haruslah pasrah dan redha bila jarang-jarang ada masa walau nak update satu entri sehari. Jikalau takde kesungguhan yang tinggi dalam diri, memang terabai lah blog ini jadinya.. huhu kesian awak, kan blog?

Walau bagaimanapun, akanku usaha lagi sedaya mungkin untuk aktif berblogging seperti dulu.


CPUV Ke 11 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt semua :)


Minggu lepas, Mieya dah cashout. Minggu ini pula.... Alhamdulillah. Dapat lagi CPUV baru yang ke sebelas bagi tahun 2013 nie.

CPUV kali ini datangnya dari KIA - What Is Project C? Wahhh! Nampaknya, mesti ramai yang masih tertanya-tanya bukan. Apakah itu Projek C? Same goes with me, masih lagi tak tahu jugak.

BTW, special thanks kepada pihak Nuffnang dan advertiser sebab sudi memberi peluang kepada blog Mieya untuk menjalankan iklan produk mereka.

Pssssttt.. : Masihkah ada masa untuk berblogwalking dan membalas jejak? Yup, still ada masa cuma line internet tak berapa nak ada. wuhuhuhu T.T


Cash Out Nuffnang Kali Ke 4

Assalamualaikum wbt :)

Rasanya, awal bulan Mei yang lepas Mieya dah pon cashout earning Nuffnang. Tapi alhamdulillah, kerana masih diberi peluang untuk cashout Nuffnang lagi di penghujung bulan Mei 2013.

Seriously, Mieya betul-betul tak sangka boleh cashout Nuffnang sebanyak dua kali dalam masa sebulan sahaja. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bagi diri Mieya sepanjang berblog ini.



Okey.. Sebelum nie, Mieya memang takde mention atau sebut apa-apa pun pasal jumlah earning Nuffnang yang telah Mieya cash out kan?

Bukannya tak nak berkongsi dengan para pembaca semua, tapi Mieya tak nak dianggap sebagai seorang yang riak dan suka menunjuk-nunjuk.

Cukuplah sekadar Mieya bagitahu,  bahawa earning tersebut cukup bagi Mieya untuk menampung kos membuat Giveaway pertama Mieya nanti. Bila? Tunggu lah masa yang sesuai nanti ye :)

Ohya.. masih ada 2 CPUV yang sedang berlegar-legar di blog Mieya nie. CPUV dari Origins Ginzing dan CPUV DiGi WWWOW. Kalau nampak, sudi-sudikanlan untuk klik ye?

Terima kasih :)


CPUV Ke 10 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu kalian :)

Rasanya, baru 3 hari lepas blog Mieya dikunjungi CPUV campaign baru daripada Nuffnang. Tapi siapa sangka.. kali ini dapat lagi. Alhamdulillah. Syukur, Allah murahkan rezeki pada blog Mieya.



Kali ini, dapat CPUV Campaign daripada DiGi WWWOW 2013.. Haaa.. baru teringat yang penyertaan bagi pertandingan besar ini telah pon dibuka.


So, kalau rakan-rakan blogger yakin bahawa blog kalian mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Di mana korang rasa, blog korang layak diberikan pengiktirafan (anugerah). Apa kata, kalau korang cuba nasib dengan menjoin DiGi WWWOW 2013??

Di samping dapat meluaskan jaringan dalam kalangan rakan-rakan blogger, dapat juga timba pengalaman baru. hehe


CPUV Ke 9 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt and hi semua :)

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat kerana masih diberi kepercayaan dari pihak Nuffnang untuk menjalankan CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns di blog Mieya nie.

Jika dikira-kira, hampir tiga minggu lebih juga lah blog Mieya tidak menerima sebarang CPUV daripada Nuffnang. Tapi digantikan dengan 2 campaign assignment Blogbuster, di mana hasil pendapatan nya jauh lebih berganda jika dibandingkan dengan iklan CPUV nie. Alhamdulillah.


CPUV ke 9 setakat ini datangnya dari Origins Ginzing. Contoh iklan boleh tengok pada gambar di bawah ni. So, kalau terjumpa boleh lah klik-klik dengan penuh rasa kasih sayang. Ecewahhhh!


Apa-apa pun, terima kasih kepada Nuffnang, lebih-lebih lagi kepada pihak advertiser yang sudi memilih blog Mieya untuk menempatkan iklan produk mereka. Insyaallah, Mieya akan berusaha untuk menjaganya sebaik mungkin.


Cash Out Nuffnang Kali Ketiga

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah. Masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk cash out Nuffnang buat kali ketiga setelah memeram hasil blogging selama lebih kurang tiga bulan.

Satu jangka masa yang sangat singkat. Selalunya dekat enam bulan hingga setahun baru dapat cash out. Tapi kali ini, alhamdulillah. Nikmat rezeki pemberian Allah S.W.T


Sekarang ini, earning Nuffnang kembali kepada asal, iaitu "0" kosong. Manakala, masih ada satu CPUV yang masih berlegar-legar di sekeliling blog.

Terima kasih Nuffnang kerana sudi memberi berbagai-bagai jenis iklan CPUV dan CPC yang menarik. Terima kasih kerana masih lagi memberi kepercayaan kepada blog Mieya.


Pelik lah..

Assalamualaikum wbt :)

Dah lama sebenarnya Mieya perasan akan hal ini. Cuma tak berapa nak ambil peduli sangat, just pandang sipi sipi. And then terus close tab tanpa berpaling lagi.

Haih, apa benda pula yang sedang Mieya perkatakan sekarang nie?

Haaaa... cuba tengok gambar tu dulu.


Ini total earning di akaun Nuffnang Mieya. Jumlah keseluruhan terpaksa Mieya cover kan atas alasan tak mahu dianggap riak atau menunjuk-nunjuk. Bukan niat Mieya nak bermegah atau apa, cuma nak berkongsi sahaja.


Yang nie pula, jumlah keseluruhan earning di bahagian bawah sekali. Pelik betul, macam mana boleh terlebih satu sen nie? ke pihak Nuffnang pening sampai tersalah kira?

And bila Mieya selidiki, rupa-rupanya..


Ada satu lagi CPUV campaign yang menyelinap masuk secara senyap-senyap ke dalam blog Mieya. Serius, Mieya langsung tak perasan akan kehadiran cpuv dari Women March 2013 nie. Entah bila cpuv nie masuk pon Mieya tak tahu. And yang lagi mengejutkan, dah credited dah pon earning nya.

Apa-apa pun, terima kasih Nuffnang sebab sudi lagi bagi Buffered earning kat blog Mieya nie. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak.


CPUV Ke 8 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt :)

Serius Mieya betul-betul tak sangka, blog ini masih diberi CPUV Campaign oleh Nuffnang. Maklum lah, trafik blog Mieya ni semakin tak cun sejak akhir-akhir ini. Salah sendiri jugak, jarang ada masa yang khusus untuk berblogwalking seperti dulu.

Walau bagaimanapun, blog tetap update. Mungkin ini dinamakan rezeki berblogging. Alhamdulillah.


CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaign kali ini adalah dari Hotlink Twitter Freezone. Wah, macam tahu-tahu sahaja yang Mieya nie pengguna setia Maxis yang rajin membeli internet untuk tujuan bertweeting.

Tapi sekarang, dah jarang sangat bertweeting. Tapi lebih kepada scrolling up and down status orang, tengok gambar-gambar cantik di instagram, whatsapp dan surf internet thru mobile phone. hehe nampak sangat takde kerja lain lagi.

Sedikit info mengenai Hotlink Twitter Freezone :

Hotlink Twitter Freezone is part of Maxis Freezone sites which allows you to SURF FREE without any data charges.  You are allowed to “Surf Free on Twitter Mobile” from 15April until 15July 2013.

Apapun syukur sangat rezeki yang diberikan. Terima Kasih kepada pihak Nuffnang atas pemberian CPUV (Cost Per Unique) ini. Terima kasih juga atas sokongan yang diberikan. Alhamdulillah~


CPUV Ke 6 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^^

Tak perasan pulak bila iklan Samsung Note 2 Colours nie masuk sebagai CPUV Nuffnang yang ke 6 di blog ini. Tetiba je check pagi tadi, dah melekat lagi CPUV baru dalam blog Mieya.


Alhamdulillah.. Rezeki.. Terima kasih kepada pihak Nuffnang dan pengiklan kerana sekali lagi memilih blog Mieya untuk mengiklankan produk mereka. 



Apa-apa pun, thanks to my reader sebab sudi singgah ke blog Mieya setiap hari. And also, terima kasih Nuffnang sebab sudi bagi CPUV meskipun momentum berblogging agak kucar-kacir sikit lately. 

Insyaallah, Mieya akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan lagi prestasi di blog Mieya dari hari ke hari.


CPUV Ke 5 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Alhamdulillah. Walaupun kebelakangan ini, Mieya agak jarang mengupdate blog. Namun itu bukanlah penyebab bagi pihak Nuffnang untuk terus mengetepikan blog picisan seperti Mieya nie.

Syukur kerana pihak Nuffnang  tak jemu-jemu memberi semangat kepada blog Mieya dengan mendermakan satu CPUV baru di awal bulan April 2013 nie, iaitu Dumex Dugro Core. Macam tahu-tahu je yang Mieya nie penggemar susu tepung Dumex ketika kecik dulu.


contoh iklan Dumex dugro

Inilah yang dikatakan rezeki. Terima kasih kepada Nuffnang dan pihak advertiser Dumex di atas pemberian CPUV ke-5 ini. Nampak gayanya ada 2 CPUV campaign yang sedang berjalan tika dan saat ini. hehe

Kepada rakan-rakan blogger yang belum mendapat kunjungan balas daripada Mieya, janganlah marah ye. Mieya sedang cuba untuk berkunjung ke blog kalian secara relaks dan santai. Harap korang faham.


CPUV Ke 4 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt semua :)

Alhamdulillah.. Akhirnya ada juga CPUV baru yang melekat di blog Mieya.. Dengan penuh kesabaran Mieya tunggu tau. hehehe TQ Nuffnang sebab sudi bagi CPUV ke 4 ni untuk Mieya.

Beberapa hari ini, Mieya tak check pon akaun Nuffnang Mieya sebab merajuk mengenai permasalahan yang berlaku sebelum ni. Alhamdulillah, semuanya dah kembali seperti sedia kala. Iklan kat unit Large Rectangle pon dah kembali berfungsi. Cuma CPUV yang berjalan sebelum ni, agak slow sikit progress earningnya. Tapi takpe, sebaiknya Mieya perlu perbanyakkan bersabar. Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya.

contoh iklan

CPUV ke 4 Untuk tahun 2013 kali ini daripada British Council UK March... Dan yang paling best, CPUV Pertama dan CPUV ketiga, masih running dalam blog picisan Mieya nie. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Harap-harap, lama lah lagi campaign nie menginap di blog Mieya. hihihi

P/S : tengah gigih nak balas jejak korang semua ni.


Cara Hantar Tiket Kepada Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Kalau ada yang perasan, Mieya ada up satu entri tentang bagaimana nak dapat CPUV dari Nuffnang sebelum ini. Alhamdulillah. Rasanya, entri itu sangat berguna sebagai panduan kepada blogger yang baru belajar pasal Nuffnang ni. termasuklah diri Mieya sendiri.


Dan salah satu tips yang Mieya kongsikan ialah kena rajin hantar ticket pertanyaan kepada Nuffnang. Apa itu hantar tiket Nuffnang?

Untuk pengetahuan rakan-rakan yang masih kurang arif pasal Nuffnang ni.. Hantar tiket tu lebih kurang macam kita lah kan.. Kalau nak contact someone untuk bertanya itu ini, kita mesti akan call, sms, whatsapp atau email. kan?

So, hantar tiket nie lebih kurang kita tanya soalan melalui email kepada Nuffnang tapi perantaranya ialah melalui tiket ini.



Tutorial blog cara hantar tiket Nuffnang

1. Log in akaun Nuffnang anda.
2. Scroll down Dashboard Nuffnang sampai bawah sekali.. and then, klik pada Contact us
:




3. Korang akan dibawa ke satu page macam ni. Korang tick pada Blogger Enquiries/Suggestions. Pastu klik next.

4. Kalau dah siap isi semua, anda klik lah pada Submit. Ia akan keluar segala content tiket yang korang hantar pada pihak nuffnang. Senang je kan.?



InsyaAllah paling cepat nuffnang akan respon, 1-2 hari. Tunggu sahaja dengan penuh kesabaran.


CPUV ke 3 dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt :)

Untuk minggu pertama di bulan baru, iaitu Mac 2013.. Ada juga yang menyelinap masuk CPUV ke 3 dari Nuffnang 2013 untuk blog Mieya ni. Alhamdulillah.

CPUV ke 3 ni datangnya dari Huggies Review Contest. Rasanya, semestinya korang semua dah lama mengenal jenama HUGGIES nie kan? Yela.. kat tv asyik dok tayang je iklan huggies nie. Mahunya tak kenal?



Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia.




Masa Untuk Cashout Nuffnang !

Assalamualaikum :)

Hari ini merupakan minggu akhir dalam bulan Februari. Kurang dari 48 jam lagi, kita bakal bertemu di bulan yang baru. Masa yang sangat sesuai untuk cashout earning Nuffnang, setelah hampir beberapa bulan bertungkus-lumus menanti dengan penuh sabar.



Memandangkan Buffered Earning dari Amway Nutrilife yang berlangsung dari tahun lepas, telah pon bertukar status dan dikreditkan terus ke akaun Nuffnang Mieya. Maka, seperti yang dijanjikan.. Akhirnya Mieya cashout juga.

Jumlahnya, takde lah banyak. tapi, cukuplah kalau nak bayar duit broadband Maxis selama sebulan setengah. hikhik Alhamdulillah, bagi blog biasa macam Mieya nie, cukuplah tu.



Fuhhh. kembali kepada RM0.00 !



Akhirnya, Dah Tahu Nuffnangers yang Berkunjung ke Blog

Assalamualaikum wbt :)

Tengah godek-godek akaun Nuffnang tadi, Mieya tertekan kat gambar Nuffnangers who recently viewed your blog. And then, new tab baru terbuka secara automatiknya. Lalu membawa Mieya terus ke blog si pengintai. 

Terkejut Mieya tau !  hihi tak perasan pulak, bila masa benda ini beroperasi. 



Sebelum ni Mieya main tekan-tekan, tak lut pulak. Kaku disitu. Tapi sekarang ni, dah boleh. Haih, garu kepala

Apa-apa pun, tahniah kepada pihak Nuffnang kerana mengembalikan semula aplikasi ini. Senang sikit nak terjah balik Nuffnangers yang singgah ke blog kita. Lebih-lebih lagi, mereka yang suka baca senyap-senyap tu. Suka betul jadi silent reader di blog Mieya nie.




CPUV Kedua dari Nuffnang bagi Tahun 2013

Assalamualaikum wbt kepada pembaca semua :)

Jika sebelum ini dapat CPUV Nuffnang dari Suara13.com; alhamdulillah. Sekali lagi blog Mieya diberi peluang dan kepercayaan oleh pihak Nuffnang dan advertiser untuk memaparkan iklan produk mereka. Terima kasih Nuffnang !

Kali ini, dapat CPUV campaign dari Popular Feb 2013. Di mana, kedai buku Popular sedang mengadakan peraduan terutamanya khas kepada semua pemegang Baucar Buku 1 Malaysia! 



Apa yang perlu anda lakukan ialah... 


Gambar: Here are some exciting news for holders of Baucar Buku 1 Malaysia (1 Malaysia Book Voucher)! Spend RM250 worth of BB1M in any POPULAR outlets and get RM50 Gift Voucher + 1 year POPULAR Card for FREE* while those who spend RM150 worth of BB1M will get RM10 Gift Voucher + 1 year POPULAR Card FREE*!

That's not all! You can even win a chunk of RM 60,000 worth of Monthly & Grand Prizes with your BB1M! Just click on this link http://bit.ly/BB1MContest  to find out how! Share this contest to your friends & stand a chance to win additional POPULAR Gift Vouchers worth RM25!

***

Berita hangat untuk pemegang Baucar Buku 1 Malaysia! Belanjakan sebanyak RM250 BB1M di mana-mana kedai buku POPULAR dan mendapat baucar bernilai RM50 + 1-tahun Kad POPULAR PERCUMA* atau belanjakan sebanyak RM150 BB1M dan mendapat baucar bernilai RM10 + 1-tahun Kad POPULAR secara PERCUMA*

Anda juga berpeluang untuk memenangi Hadiah-Hadiah Bulanan serta Hadiah-Hadiah Utama berjumlah sebanyak RM 60,000 dengan BB1M anda! Klik pada http://bit.ly/BB1MContest untuk menyertai sekarang! 'Share'kan peraduan ini kepada rakan-rakan anda dan berpeluang untuk memenangi ekstra baucar hadiah POPULAR bernilai RM25!

Belanjakan sebanyak RM250 BB1M di mana-mana kedai buku POPULAR dan dapatkan baucar bernilai RM50 + 1-tahun Kad POPULAR PERCUMA* atau belanjakan sebanyak RM150 BB1M dan dapatkan baucar bernilai RM10 + 1-tahun Kad POPULAR secara PERCUMA*


P/S : Sayang Nuffnang ketat-ketat....dengan harapan, bagi CPUV lagi !





CPUV Pertama Nuffnang bagi Tahun 2013

Assalamualaikum wbt :)

Haaa. What's up guys..!

Setelah sekian lama menunggu...dan pernah dua tiga empat kali rasa macam give up dah nak menunggu. Tetapi akhirnya melekat juga CPUV pertama bagi tahun 2013.

Terkedek-kedek betul blog Mieya nie. Orang lain dah merasa hampir 9 ke 10 CPUV/BE untuk tahun 2013 nie. Manakala Mieya pula, dah masuk pertengahan bulan Februari baru dapat seketul BE. hahaha kesian betul !

Alhamdulillah, masih lagi mendapat kepercayaan daripada pihak Nuffnang dan advertiser. Biarpun mood blogging semakin tenggelam ke dasar laut ditambah dengan kesibukan dalam mengemas rumah yang macam sarang tikus. Akhirnya Nuffnang berbesar hati memberi CPUV terbaru.

Nak tahu apa CPUV terbaru di blog Mieya nie?


Kalau tak silap Mieya, Suara13.com merupakan sebuah laman web online yang mengandungi berita-berita berkisar politik yang berlaku dalam negara kita. Di mana menggunakan pepatah Dari rakyat Untuk rakyat sebagai tema bersesuaian dengan slogan kerajaan janji ditepati ! Maklum sahaja lah, bahang PRU 2013 kan semakin dekat terasa ! 


Dan bagi mereka yang masih berusaha mendapatkan CPUV/BE, apa kata kalau korang cuba praktikkan tips yang Mieya lakukan nie.



Tips Dapat CPUV Campaign Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)


Inilah kerenah manusia. Bila Nuffnang dah bagi CPUV Campaign berketul-ketul tak reti nak jaga dengan penuh kasih sayang. Bila tak bagi CPUV pulak, mula lah nak merajuk. Buat protes sana sini. hisyy, teruknya! 


Ramai yang masih tak tahu apakah itu BE atau CPUV, terutamanya blogger baru. CPUV adalah singkatan daripada perkataan Click-Per-Unit-Visit yang bermaksud pendapatan terumpuk/terkumpul. Ia adalah iklan berbayar terbaik dari Nuffnang. Anda akan dibayar berdasarkan Unique Visitor dan juga jumlah klik yang diterima semasa kempen sedang berjalan


Jadi, macam mana cara nak dapatkan CPUV nie? Haaa... Macam mana? macam mana???


Okey, kalau korang search kat google tu, confirm berlambak entri pasal tips nak dapatkan CPUV yang dikongsi oleh blogger lain. Hmmm, itu cara dorang, macam mana pulak dengan cara Mieya ye? 

  • Status keahlian Nuffnang mesti Gliteratti/Exclusive. Kalau berstatus Ordinary..kebarangkalian untuk menerima CPUV adalah sangat tipis sekali.
  • Pastikan kedudukan iklan Nuffnang, iaitu Leaderboard, Skycraper dan Large Rectangle terletak di tempat yang sepatutnya.

  • Jangan sesekali menduakan Nuffnang, iaitu letak iklan lain selain daripada Nuffnang. Kalau Churpchurp tu okey lagi lah.
  • Update Blogger Bio sekurang-kurangnya sebulan sekali
  • Tonjolkan keunikan blog korang sama ada ceritakan serba-serbi pasal diri dan blog dalam survey.. atau upkan entri yang readers suka.
  • Rajin-rajin berinteraksi dengan pihak Nuffnang dengan menghantar tiket. Tanya je apa-apa soalan mengenai CPUV. Kenapa blog korang tak dapat CPUV? confirm pertanyaan korang akan dijawab.
  • Pastikan masa Loading untuk membuka blog korang tak terlalu berat atau lambat. Kalau boleh, widget yang tak diperlukan sila buang.
  • Rajin-rajin update blog at least seminggu 3 kali atau lebih. Hal ini sekaligus menunjukkan blog korang aktif di mata pihak Nuffnang.
  • Pastikan entri yang korang taip adalah asli. Kalau copy paste pon, pandai-pandailah bagi backlink, adjust ayat bagi mantap lebih sikit. Sebabnya Nuffnang menitik beratkan keaslian sesebuah artikel yang ditulis.
  • Jauhi diri anda dari menaip entri berbaur lucah dan juga berunsurkan politik. Ingat, hasil pendapatan daripada entri lucah tak halal ye.
  • Jangan klik iklan sendiri, nanti tak pasal-pasal akan dianggap sebagai fraud klik dan berkemungkinan besar, akaun Nuffnang korang kena banned !
  • Maintain kan trafik at least 50UV. Jangan biarkan trafik jatuh macam naik turun tangga. Kalau boleh tingkatkan dari sehari ke sehari.
  • Kalau boleh, dapatkan pembaca setia blog masing-masing. So disini, komunikasi dua hala sangat memainkan peranan ye?
  • Sentiasa sabar. Mungkin tiada iklan yang sesuai untuk korang kan? Atau mungkin belum sampai lagi rezeki korang.

Itu je lah antara tips yang Mieya praktik kan selama ini. Tapi still, kekadang ada juga masa-masanya blog Mieya langsung tak diberi CPUV campaign. Mungkin tiada lagi iklan kempen yang bersesuaian dengan demografi blog dan juga pembaca blog Mieya nie kot. 

Takpe, yang penting dapat meluangkan sedikit masa dengan hobi berblogging selain dapat mengenali kawan-kawan baru di sini pon dah kira satu bonus buat Mieya. At least, ada juga tempat untuk meluahkan kata-kata.


Tak Sabar Nak Cashout Nuffnang

Assalamualaikum wbt :)

Punya lah lama menabung di bawah naungan Nuffnang. Sepatutnya, hujung tahun lepas yakni bulan Disember 2012 dah boleh cashout buat kali yang kedua dah. (Hasil terkumpul dari bulan Julai 2012) 


Tapi, memandangkan ada 4 iklan CPUV yang masih rancak berjalan ketika itu, Mieya bercadang untuk cashout sesudah kesemua iklan CPUV tersebut bertukar status ke Metered Earning. 

Sampai lah ke sekarang, tunggu punya tunggu. Akhirnya, iklan CPUV campaign yang masih berstatus on going sekarang tinggal satu je lagi.


Bagi tahun ini, blog Mieya masih lagi tidak berkesempatan untuk merasa atau menerima sebarang iklan CPUV daripada pihak Nuffnang dan para advertiser.

Mungkin tiada iklan yang bersesuaian dengan kategori entri dan lapisan pembaca di blog Mieya nie agaknya. Takpe, think positive. Mungkin ada hikmah di sebalik ini semua.

P/s : Sejurus selepas iklan CPUV nie bertukar status ke Metered earning, akan Mieya cashout akaun Nuffnang Mieya dengan kadar segera. #Pasti


BE Nuffnang | DiGi DEP Golden Disc Award

Assalamualaikum dan hai semua :)

Tersangatlah lambat bagi Mieya untuk mencoret update terbaru mengenai Nuffnang di sini. Sepatutnya entri ini dihupdate tahun lepas.

Tapi memandangkan kita sudah pon melangkah ke tahun yang baru, iaitu 2013. Maka, semestinyalah entri nie takkan dibiarkan terbazir begitu sahaja. Mesti mahu publish jugak. Rugi woah !


Alhamdulillah. Ada lagi rezeki Mieya sepanjang berblogging nie untuk mendapat Buffered Earning pada penghujung bulan Disember 2012. Dan iklan-iklan daripada CPUV campaign yang sebelum ini pon masih lagi rancak berjalan dengan bergayanya.


Kali ini Mieya dapat BE daripada DiGi DEP Golden Disc Award. Dan ini merupakan BE yang ketiga yang masih bertahan sehingga ke tahun 2013 nie. Alhamdulillah. Terima kasih ye Nuffnang.

Tak lupa jugak TERIMA KASIH untuk korang semua yang sentiasa singgah ke blog Mieya.