Ini Soal Maruah !

Assalamualaikum wbt....

Actually, sekarang ni Mieya betul-betul tengah trauma, dalam masa yang sama malu pon ada, terkejut lagi lah. Ini pon terpaksa jugak kuatkan semangat untuk datang bekerja. Semua ini gara-gara satu peristiwa hitam yang terjadi awal pagi tadi.

Hmm.. Mieya pon tak nak ulas panjang-panjang sebabnya hal ini boleh mengaibkan maruah diri sendiri. So, biar lah Mieya rahsiakan segala apa yang telah terjadi. Semuanya hanya Mieya serta ahli keluarga sahaja yang tahu.

Allah itu Maha Melihat.. Maha Berkuasa.. Semoga individu tersebut diberi balasan yang setimpal dengan apa yang telah / akan dia lakukan kepada Mieya..

Amin.

P/S : Peristiwa pagi ini memang memberi impak yang besar kepada Mieya.
kena intai, skodeng, rakam aksi tidak senonoh, gambar bogel, mengaibkan

Mula Berjinak-jinak Dengan Bisnes Online

Assalamualaikum wbt :)

Kalau ada yang perasan lah kan.. Lately, Mieya agak kurang aktif menghupdate blog. Biasanya paling koman pon, mesti ada dekat 20 entri setiap bulan (tahun lepas). But now, jumlah entri semakin berkurang setiap bulan.

Well actually, Mieya sedang dalam proses untuk menjalankan bisnes online. Mesti ada yang pelik bin hairan kan macam mana Mieya boleh terlintas nak menceburkan diri dalam online bussiness ni?

Actually sebab Mieya nie antara individu yang gemar shopping online terutamanya bab supplemen kesihatan & kecantikan diri. Mudah, jimat masa dan tak perlu nak penat berjalan. Cuma perlu tunggu barang sampai di rumah sahaja.


Lagi satu, dapat sokongan moral daripada kakak ipar. Katanya, daripada duduk online sahaja, shopping sakan tanpa sebarang pulangan. Nak buat apa kan? At least dengan berniaga online ni, dapat juga Mieya kumpul pengalaman di samping memantapkan lagi skill melayan kerenah pelanggan. (Okey, kerja full time Mieya sekarang ni pon memang selalu berhadapan dengan pelanggan.)

Untuk permulaan ni, Mieya cuba jual supplemen kecantikan dan kesihatan seperti :


Insyaallah, kalau mendapat permintaan dan sambutan yang baik, Mieya akan tambah lagi lain-lain produk. Wish me luck and do support me.

Thank you :)

Giveaway 2014 by Syira Lokman

Assalamualaikum :)

So today, Mieya nak join Giveaway 2014 by Syira Lokman. Dah lama rasanya Mieya tak meluangkan masa untuk join segmen / GA. Hope ada rezeki untuk menang kali ni.


Tamat : 25 Mac 2014

Bag Of Love : February 2014

Assalamualaikum wbt :)

I couldn't imagine how happy I am to receive this Bag Of Love for February 2014 Edition. Firstly, it's their first anniversarybag! On this month's bag (same concept like last month's) its reusable mini tote bag with a various cute illustrations which its very practical and easy to carry to anywhere. So convenient!


The bag, itself comes with a cute little badge... Don't you love it?


So here’s a snap shot of what’s inside the bag. Did you spot fulled size product? Finally...


1. Wella Professionals Extra Volume Styling Mousse, 50ml, RM 54
Kalau bulan lepas, Mieya dah try guna syampu dan perapi rambut dari rangkaian Wella. And alhamdulillah, rambut Mieya jadi lembut serta rambut yang gugur semakin kurang melekat dekat sikat. Tak sabar rasanya nak cuba mousse ni !

2. Nanowhite Infinity Diligent Night Masque, Full-sized, 80ml, RM 79.90
Sapukan secara nipis pada muka dan biarkan semalaman. Basuh pada hari berikutnya. I'm excited enough to try it on. Sebabnya teringin nak ber"masque" di malam hari, tapi sayangnya tak pernah kesampaian. Memandangkan ia dalam saiz penuh, so I'll have many nights of laziness enabled ahead! 

3. Murad's Renewing Eye Cream, sample size, 5ml, RM 
FYI, Mieya sangat-sangat familiar dengan Murad, di mana Mieya pernah menggunakan salah satu produk dalam rangkaian Murad. Ingat lagi dengan Murad Resurging Hydrating Toner? Krim untuk mata juga antara produk yang Mieya teringin nak guna selain masque tadi.

4. PHYTOMER Kit
i) PHYTOMER Hydrasea Ultra Moisturizing Polarized Water Serumsample size of 3ml.

ii) PHYTOMER Hydra Original Non-Oily Ultra Moisturizing Fluidsample size of 3ml.

iii) PHYTOMER Hydrasea Thirst-Relief Re-hydrating/Relaxing Mask, sample size of 5ml.


Oleh sebab Mieya tak pernah cuba Phytomer sebelum ni. Jadi, Mieya agak teruja to give a shot since they appear to mosturizing out skin.

5. G'SANG Nail Polish Gel Effect, Full-sized, RM 18.90
Rata-rata ramai yang over-excited sebab dapat pewarna kuku, malangnya Mieya tak. Tak pernah pakai lagi benda ni walaupun ada keinginan untuk mencubanya. Sebabnya Mieya dapat yang warna hitam. (warna pink takde ke?) tsk~

6. A voucher for FREE 1st trial 5D Nano Lift Facial Treatment worth RM502 from DrNANO LABCEL.



And so these are all the items in Bag of Love February Edition, Love is in...the bag!


Sad to say that they no longer having the bag every month, instead they have one bag bi-monthly. Sneak peek for March/April bag is really cute trust me, go grab them now before it's too late! They gone real quick!


To subscribe, go to www.bag-of-love.com. And also stay tuned to their latest update on facebook page www.facebook.com/BagofLove


CPUV Ke 6 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah.. Dalam sibuk menyiapkan entri untuk di auto-publish kan nanti, tuptup buka akaun Nuffnang.. melekat lagi CPUV terbaru dari Digi - Project Red.

Terima kasih DiGi and Nuffnang kerana masih memilih blog Mieya untuk meletakkan iklan mereka. Ni yang menaikkan lagi mood nak menaip entri-entri baru.


Perkembangan blogging sekarang ni pon, Mieya sedang cuba untuk kembali aktif blogwalking ke blog rakan-rakan semua. Biarpun kehidupan kini agak terumbang-ambing sedikit ekoran kejadian emak terjatuh tempoh hari sekaligus membataskan pergerakan seharian. Ditambah pula dengan skop kerja yang semakin memeningkan saban hari.

Takpe lah, biarkan situasi ini semua menjadi satu cabaran bagi diri Mieya untuk bijak membahagikan masa antara blogging dengan personal life. Insyaallah.

Terima kasih kepada pembaca yang sentiasa setia berkunjung ke teratak blog Mieya Atiera dan juga silent reader. Semoga kita sama-sama dapat memperoleh dan berkongsi ilmu di masa akan datang.


7 Ayat-ayat Lapuk Mengorat Perempuan

Assalamualaikum wbt and hello peeps :)

Semua gadis pernah kena mengorat kan?

Certain perempuan, kalau dah kena mengorat tu mesti rasa WOW gila, dah rasa DIVA tak hingat sangat. Kemain senyum sampai ke telinga. Certain perempuan excited bila kena mengorat, manakala ada juga yang tak suka atau buat-buat tak layan, just like me. T_T

So kali ini, Mieya senaraikan beberapa ayat mengorat perempuan yang common, biasa dah dengar, dan kira macam dah lapuk lah kalau nak mengayat awek-awek di facebook mahupun di tepi-tepi jalan.



1. Hai, boleh berkenalan?
Selalunya digunakan bila kita berjalan-jalan di pusat beli belah atau bertembung sekumpulan jejaka nakal. Kalau sudah berjumpa di tempat awam macam itu dan kita langsung tidak kenal dia, jangan haraplah hendak berkenalan. Lagipun, kita tahu mereka cuma main-main!

2. Larilah laju sikit!
Biasanya apabila kita sedang beriadah atau joging di taman, ayat inilah yang diajukan. Taktik yang sangat menjengkelkan - sudahlah suruh orang lari laju-laju, dia pula melepak tepi bangku sambil menghisap rokok. Tolong lah!

3. Hai, boleh tak I minta nombor you?
Sering berlaku di majlis keramaian dan kalau lelaki bertanyakan nombor telefon tidak sampai 10 minit selepas berkenalan, nampak sangat dia terdesak! Lebih elok jika dia beri calling card. Kalau hendak juga menghubungi kita, sebagai permulaan saya fikir e-mel paling sesuai.

4. Hai, kawan saya di sana itu kata awak cun lah!
Selalunya di parti atau majlis sosial. Kalau seseorang lelaki hantar kawan sebagai wakil, saya rasa kurang kagum. Kalau hendak, datanglah sendiri.

5. Pheeeewit...pheeewit! Hai kak long, Yang Pakai Baju Merah tu. Sombong lah!
Pelik lelaki yang suka bersiul di depan wanita, macamlah kita ini anak kucing. Ini contoh lelaki yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati wanita. Pangkah habis-habis!

6. Awak dah ada pakwe? Boleh mintak no telefon?
Bila ditanya kenapa minta nombor phone perempuan tu?Kata nak kenal dengan lebih rapat lagi. Walhal baru jumpa/kenal sehari dah minta nombor phone, nampak macam terdesak sangat je kau ni.



7. "Macam pernah jumpa lah, tapi tak ingat dekat mana?"
Ayat ni paling banyak digunakan oleh lelaki terdesak nak dapatkan awek yang dia nampak lalu depan mata dia. Padahal kau tak pernah jumpa pon perempuan tu sebelum ni. tapi kau cakap depan perempuan tu seolah-olah memang pernah jumpa. Kau nak buat perempuan tu berhenti depan kau dan cuba recall balik memory dia, dalam masa yang sama perempuan tu akan argue dengan kau "ada ke? kat mana eh?rasa macam tak pernah".

Pada pendapat Mieya, kalau nak mengorat seseorang perempuan tu, biarlah dengan cara yang beradab, cool dan gentle sebagai seorang lelaki. Better berterus terang, jangan terlalu mendesak ( nanti kami takut :P ) dan jangan lupa untuk bermanis muka.

Tips lain, itupon kalau korang berani lah kan.. pi jumpa ibu ayah 'dia'.


CPUV Ke 5 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)


Alhamdulillah.. Ada jugak rezeki CPUV dari Nuffnang yang muncul bagi bulan March 2014 ni. Tengah menari-nari dengan rancaknya dalam blog Mieya ni.

CPUV kali ini datangnya dari KFC - Zinger Reloaded. Iklan kempen yang dipaparkan adalah dalam bentuk video. Jom lah pakat ramai-ramai tengok apakah menu terbaru yang KFC sajikan kepada semua peminat KFC.

Terima kasih kepada pihak advertiser dan Nuffnang kerana sudi memberi kepercayaan kepada blog budakshumort untuk menyiarkan iklan kalian. Terima kasih juga kepada rakan pembaca yang sudi singgah membaca disini.

Cabaran 15 Hari | Clinicell Oral Skincare

Assalamualaikum wbt dan salam berhujung minggu kepada rakan pembaca semua :)

Mungkin ada di kalangan pembaca blog Mieya yang masih tercari-cari produk kecantikan dan kesihatan
yang affordable serta semestinya 100% berkesan.
CLINICELL adalah antara oral skincare yang terkini di pasaran. Walaupun masih baru, ternyata ramai orang sepakat dok puji melambung akan tahap keberkesanan produk ini. 

So, Mieya pun apa lagi, terdetik jugak lah dalam hati nak cuba jugak. And alhamdulillah, baru-baru ini Mieya diberi peluang untuk mencuba Clinicell Oral Skincare ni... Serius sangat-sangat teruja..!

INFO PRODUK 

Nama : CLINICELL Oral Skincare - Anti Aging & Whitening Essence 
Keluaran : CLINICELL COSMECEUTICALL (M) SDN.BHD
Buatan : Malaysia
Pengesahan : JAKIM & KKM
Harga : RM 145/kotak (15 sachet) -  NP
               RM 120/kotak - Promotion Price

Terima kasih kepada pihak Clinicell sebab sudi beri peluang kepada Mieya untuk merasai sendiri kelebihan yang terdapat dalam Clinicell. Di antaranya ialah : 

1. Anti Penuaan 
2. Menggalakkan penghasilan semula kolagen dalam badan 
3. Memutihkan kulit 
4. Meremajakan kuit 
5. Menganjalkan kulit 
6. Melindungi dari sinaran UV 
7. Melembapkan kulit 
8. Mengurangkan kedutan dan garis – garis halus 
9. Mengurangkan jeragat kulit dan jerawat 
10. Menyihatkan badan 
11. Membantu menguatkan rambut 
12. Mengurangkan masalah sakit sendi dan otot 
13. Menguatkan kuku rapuh 
14. Mengeluarkan toksin dalam badan 
15. Membantu mencegah penyakit Kanser dan juga penyakit lain yang berhubung kait dengan sel seperti Parkinson dan Strok 


Dari segi packaging memang Mieya suka sebab dalam bentuk sachet. So, senang lah kalau nak dibawa jalan ke mana-mana pon. Selit je dalam handbag pon muat jugak.

Maka, bermula hari ini (15 March 2013) Mieya akan berCLINICELL selama 15 hari ni. So, nantikanlah review nya nanti. Okey??

Berminat untuk mencuba bolehlah membuat pembelian secara online di :

(Shaker akan diberikan secara PERCUMA bagi setiap pembelian)

untuk info lebih lanjut atau news update sila like dan follow.
Instagram Clinicell : @clinicell4u 
Facebook Fanpage Clinicell : www.facebook.com/clinicell.cosmeceutical 

6 Kesalahan Fesyen yang Perlu Dielakkan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat rakan pembaca sekalian :)

Manusia dengan fesyen memang tak dapat disangkal atau dipisahkan lagi. Lagi-lagi, kalau ternampak handbag, dress, t-shirt atau mungkin kasut yang lawa kemain. Boyfriend/Girlfriend pon boleh tertinggal nun jauh di belakang sana. kan?kan?

Rasanya, majoriti daripada bebudak zaman sekarang tak kira umur, bangsa mahupun agama, semuanya suka sangat bergaya. Apa lagi kalau tibanya time sale (jualan murah), kemain penuh satu troli. Semuanya mesti lah cun-melecun, nampak stailo habis.


Seringkali kita melihat masih ada orang yang berfesyen tetapi masih kelihatan tidak sesuai digayakannya. Ada juga yang kadang-kadang menjadi mangsa fesyen. Kesalahan dalam berfesyen adalah sesuatu yang normal. Walau bagaimanaupun, tak salah bukan kalau kita cuba untuk mengelaknya?

1. Memakai stoking Dengan Sandal
Padanan ini agak tidak kena langsung lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca negara kita yang panas.Kalau boleh, pakailah stoking bersama kasut, flat shoe kerana sandal direka untuk menampakkan kaki anda.

2. Jangan suai padan pakaian yang pelik-pelik
Tidak salah jika korang ingin suai padan pakaian korang tetapi biarlah hasilnya sedap mata memandang. Jangan pula korang memakai tali leher dengan kemeja T berkolar, Turtle neck dengan seluar pendek atau apa sahaja yang menampakkan korang seperti mangsa fesyen. Jangan kerana hendak berfesyen korang diketawakan.


3. Pakai untuk menunjuk-nunjuk
Korang harus ingat dalam berfesyen ”less is more”. Elakkan menunjuk-nunjuk label atau jenama pakaian korang. Sudahnya nanti ada yang menggelarkan papan iklan bergerak pula. Pilihlah gaya yang ringkas dan sederhana kerana itu lebih baik.
4. Elakkan memakai sut pejabat tetapi mengenakan beg sandang
Korang nampak tampan dalam sut pejabat, tetapi mengapa perlu menyandang beg? itu sudah silap. Sebagai lelaki berkarier, tidak ada salahnya korang berbelanja sedikit membeli beg pejabat, tentu penampilan korang lebih menawan bukan.




5. Bergaya tidak kena tempat.
Sekiranya ingin menghadiri sesuatu majlis. Tidak salah jika korang bertanyakan tema atau dress code untuk majlis tersebut. Jangan hentam keromo nanti korang juga yang malu. Jika ingin keluar makan malam dengan teman-teman cukup sekadar mengenakan kemeja-T, Seluar Jeans dan kasut yang sepadan. Tidak perlu berlebih-lebihan.
6. Pilih Baju ikut saiz badan
Elakkan daripada mengenakan baju yang besar dan menggelebeh atau yang sempit sehingga ‘melekat’ di badan. Pilihlah saiz pakaian yang benar-benar sesuai dengan tubuh korang agar apa yang dipakai nampak elok dan menarik.


Kesalahan berfesyen di atas adalah di antara yang paling sering dilakukan. Dan korang seharusnya mengelakkan daripada melakukan kesalahan ini. 

Ingat, orang akan melihat penampilan kita terlebih dahulu sebelum melihat yang lain, maka pastikan penampilan korang mampu memikat hati sesiapa sahaja.


Bacaan Terkini IPU Jerebu 14 Mac 2014

Assalamualaikum wbt.

Nampaknya kadar indeks pencemaran udara di daerah negeri Selangor semakin hari semakin berada di paras yang membimbangkan.

Hidung berhingus, mata berair... Pedih! Nak bernafas pon susah. Lagi-lagi Mieya yang berulang-alik ke tempat kerja dengan menaiki motorsikal ni. Jarak penglihatan agak terbatas jugak lah. Bangunan-bangunan pencakar langit kelihatan kurang jelas. Nasib baiklah masih boleh nampak jalan lagi.

Hari ini pon lebih kurang sama keadaannya. Khabarnya ada hutan yang terbakar. Tapi tak dapat dipastikan lah dekat kawasan mana yang terbakar tu.

Berikut merupakan kadar indeks jerebu sekitar jam 8 pagi tadi.


Update pukul 10 pagi tadi :


Update pukul 12 tengah hari tadi :


Seperti yang korang dapat lihat, kadar jerebu dekat kawasan Pelabuhan Klang dan juga Banting berada di paras tertinggi sekali. Dengar cerita sebanyak 131 buah sekolah di kawasan tersebut telah diarahkan tutup serta-merta.

Bagaimana pula dengan catatan IPU di kawasan korang?

P/S : will be update more about the air quality dari semasa ke semasa.

Notis Catuan Air di Selangor, KL & Putrajaya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Catuan bekalan air peringkat ketiga di Lembah Klang akan bermula Isnin ini, 10 Mac sehingga 31 Mac 
melibatkan 577 kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Catuan peringkat ketiga itu berikutan tujuh empangan di Selangor yang terus menyusut iaitu Sungai Selangor, 
Sungai Tinggi, Sungai Semenyih, Sungai Langat, Klang Gates, Tasik Subang dan Sungai Batu.
“Paras empangan Sungai Selangor pada Jumaat lepas ialah 196.35m dan paras hari ini ialah 194.10m, 
yang menurun 2.25m dalam tempoh seminggu.
“Dari segi peratus simpanan aktif, peratus simpanan hari ini ialah 43.24 peratus berbanding 46.90 peratus minggu lepas yang menurun 3.66 peratus. Ini adalah pengurangan yang tinggi,” 
Actually, seawal jam 6 pagi tadi (sewaktu menyiapkan sarapan) Mieya dah perasan dah. Air yang keluar
semakin perlahan berbanding hari kebiasaannya. 
So, pagi-pagi bila sampai je dekat ofis, Mieya terus baca Notis Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga dekat 
laman web Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Dan seperti yang dijangkakan, kawasan penempatan Mieya sekeluarga turut terkena tempiasnya.

So, lepas ni kenalah berkerjasama sesama adik-beradik untuk aktiviti menadah air bagi keperluan minum, mandi, 
basuh baju, cuci pinggan mangkuk.
P/S : Macam mana pulak dengan kawasan perumahan kalian? Adakah bekalan air turut terjejas juga seperti Mieya? 
Jom check di laman sesawang http://www.syabas.com.my/

The Lilac Box 6 | 2014 Edition

Assalamualaikum wbt :)

Hey beautiful ladies!

So today, Mieya nak review pengalaman blind date pertama Mieya dengan The Lilac Box. Selalu baca post entry from beauty bloggers pasal their blind date with beauty box. Tengok macam best. Why not Mieya try jugak kan?
A little note to reuse this box as a re-gift to our loved ones. :)

Mungkin sebab ini merupakan kotak pertama bagi tahun 2014, jadi tak hairan lah kalau mood Valentine's day masih jelas kelihatan.

Now, jom tengok apa produk yang ada dalam box kali ni :


Memandangkan this is my first subcription, Mieya tak expect yang tinggi-tinggi melambung sangat mengenai apa item yang akan diberi. But still a little bit disappointed because there was no full size item. So, lets get started with the items one by one.


1. StriVectin-WH Photo-White Booster Serum
TLB team ni kan, macam tahu-tahu je yang Mieya memang perlukan sesuatu produk bagi mencerahkan lagi tona kulit setelah sunburn berulang-alik dari Shah Alam > Petaling Jaya setiap hari. The other blogger, ada juga segelintir dua yang dapat sesuatu yang berbeza iaitu Night Cream.

2. Kneipp Body Oil Almond Blossom
Actually, pernah dapat sample dari rangkaian produk Kneipp sebegini semasa purchase Modbox. Tapi tak banyak mana pun, saiz dalam peket-peket kecik cili sos beli dekat McD tu. Tapi yang ini, dapat dalam botol kecik senang nak sumbat dalam beg.

3. Balmain Eau D’Ivoire EDT
As this is my first time getting a perfume in small sized, I'm not entirely sure what to do with them. I mean, how to use it? Lol -,-"

4. Kerastase Masque Sensidote Dermoa-Calm
I'm really adored this! It's a mask which I think it will helps me in solving my hair issues. Futhermore, it brought from L'oreal Paris. I'm the one who exciting enough to try it on :)

5. Kerastase Homme Capital Force Shampoo
I'm totally become speechless again. Got another extra gift from TLB team for the men. As usual, I'll give it to my brother.

6. Algotherm's Plumping Original Gel & Reviving Source Mask
At first, I think I will get the Foaming Cleansing Clarifying Gel and the Youth Clarifying Fluid, both of which sound infinitely more appealing. But unfortunately, I got the other one. I don't have wrinkles yet, so I'm a little concerned that people are sending me anti-aging products for such a purpose. -,-"

Kesimpulannya, The Lilac Box tidak terlalu mengecewakan sangat. Cuma Mieya harap pada masa depan, pihak TLB boleh memperbanyakkan lagi full-sized product dalam setiap box. Tak puas hati sebab orang lain dapat kombinasi produk yang berbeza dengan Mieya, macam Algotherm tu. :(


Segalanya Berubah 360 Darjah

Assalamualaikum wbt :)

Sejak bercuti seminggu menjaga emak sakit (kaki patah tempoh hari).. Mieya lah menggalas tugas menggantikan emak. Kutip baju kotor untuk dibasuh, kemas rumah, sapu sampah, mop lantai rumah, cuci tandas, cuci pinggan mangkuk kotor, memasak and etc. Now, baru tahu betapa penatnya emak seharian berada di rumah.

Kebiasaannya pada hari-hari biasa.. Dari Isnin hingga lah ke hari Sabtu, Mieya sibuk dengan urusan di tempat kerja sahaja. Hujung minggu lah masanya membantu emak apa yang patut. Itupon sekadar tolong sikit-sikit je. Bab memasak, langsung tak sentuh sangat periuk kuali dekat rumah. Selalunya, Mieya temankan emak bersembang sambil sediakan bahan untuk dimasak.
Bila emak dah sakit tak boleh nak bergerak sangat.. Pada mulanya, Mieya cuma masak nasi and then beli lauk dekat luar. Lama-kelamaan, adik Mieya complain sebab bosan asyik makan lauk yang sama sahaja.

Maka berbekalkan skill masak secebis dua, Mieya cuba masak lauk-pauk simple yang selalu emak masak. Setiap hari, kepala otak ligat berfikir nak masak lauk apa yang boleh kenyangkan semua perut. (Selalunya, pagi-pagi emak yang tanya dekat anak-anak, nak makan apa hari ni?) Tapi sekarang, sendiri yang fikir lalu tanya emak nak makan apa.

Kehidupan Mieya sekarang ini, memang sangat-sangat jauh berbeza sejak emak jatuh sakit ni. Masa yang ada agak terbatas. Cuti yang ada cuma berbaki 2-3 hari sahaja lagi. Lepas ni, siapa lah yang nak jaga emak bila Mieya mula bekerja nanti?

Insyaallah, maybe esok atau lusa nak bawa emak ke hospital untuk sesi pemeriksaan yang seterusnya. Diharapkan adalah sinar keajaiban yang berlaku. Amin.


Resepi : Kobis Goreng

Assalamualaikum wbt :)

So today, nak share masakan lauk yang paling simple..paling mudah lah nak cuba buat first beginner macam Mieya nie. Oleh sebab, sayur goreng merupakan antara menu yang selalu emak Mieya masak dekat rumah (before sakit). Jadi secara tak langsung, Mieya pon dah terbiasa dengan step memasaknya.

Sayur tumis kobis goreng

Bahan-bahan yang diperlukan :
Kobis (banyak mana pon tak kisah)
ikan bilis
1 biji cili merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 labu bawang merah besar (dihiris)
garam dan sedikit serbuk perasa

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili merah dan kobis ke dalam periuk.
3. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
4. Tuangkan sedikit air dan tutup periuk dengan penutup selama 5-10 minit.
5. Buka penutup periuk dan kacau sampai masak.
6. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.