Showing posts with label Dijamin Berkesan. Show all posts
Showing posts with label Dijamin Berkesan. Show all posts

Review Boya Mask Gluta Q10

Assalamualaikum semua..

Weee.. lama dah nak buat review pasal produk Boya Mask ni. Akhirnya, berjaya juga menaip. Itupun bila teringat
dah lama tak berkongsi khabar dekat blog dahku.

Tahu tak, beberapa bulan yang lepas merupakan saat-saat paling down Mieya.. dengan kulit muka kusam, blackhead dan jerawat bertepek-tepek di pipi, hidung dan dahi. Jerawat besar okey! Sampai kawan sekerja (foreigner worker) siap ada yang bertanya kenapa dengan muka Mieya? Kenapa tak selicin macam dulu?

So, Mieya start guna Boya Mask ni hujung bulan Mac lepas. Rasanya ramai yang dah tahu pasal produk 
"Sleeping Maskni. Untuk pengetahuan, mask ni bukannya jenis peel-off mask yang biasa kita pakai tu, tapi mask ni kita apply pada waktu malam sebelum tidur.

Caranya, picit mask tu ke tapak tangan..then gosok je la macam korang sapu lotion gitu. Boleh juga disapu ke muka asalkan jangan terkena mata sudah. Tak perlu bilas. Lepas kering, boleh lah terus tidur. Esok pagi, just cuci muka macam biasa. 

Jangan risau mask ni tak melekit pon. Kepekatan Q10 Glutathione menjadikan kulit putih kemerah-merahan (pinkish). Ia juga berupaya mengurangkan kedutan, bintik-bintik hitam, jerawat dan masalah kulit yang lain.

Mieya just pakai dekat muka, buku lali dengan tangan je. Kulit muka rasa fresh and its smell nice. Bangun pagi esok, bersihkan muka sikit. Kulit rasa soft je, halus-mulus, anjal. Cerah? Semestinya tak.. Sebabnya Mieya just 
pakai kadang-kadang je, itupun kalau ingat lah. Lagipun, mana ada produk yang boleh cerah dalam sekelip mata kan?

Jerawat masih lagi ada, tapi tak ada lah teruk seperti dulu. Jerawat kecik-kecik macam tu. Kulit muka Mieya
jenis berminyak, adalah nampak kurang sikit.
hasil vitamin C Pahang Pharma + Boya Mask

Terus-terang, Mieya kurang suka apply krim di muka. Rasa rimas plus malas (padahal dulu, hari-hari mesti tepek krim sebelum keluar) Sekarang muka togel, bedak takde.. Sun block, krim pencerah lagi la.. Jadi tak hairan lah, kulit sunburn dan berbelang-belang gitu.

Bila guna boya mask, rasa macam complete hidup. Jimat, tak perlu fikir nak tepek bermacam-macam skincare di muka, dan mudah kerja.

Harga Boya Mask cuma serendah RM30 je, kandungan 140ml. Boleh tahan 2-3 bulan kalau pandai jimat. hehehe

Nak tahu try lah dulu. Mana tahu kot-kot sesuai dengan kulit korang juga..

Sekian.. Daaa...


Mula Berjinak-jinak Dengan Bisnes Online

Assalamualaikum wbt :)

Kalau ada yang perasan lah kan.. Lately, Mieya agak kurang aktif menghupdate blog. Biasanya paling koman pon, mesti ada dekat 20 entri setiap bulan (tahun lepas). But now, jumlah entri semakin berkurang setiap bulan.

Well actually, Mieya sedang dalam proses untuk menjalankan bisnes online. Mesti ada yang pelik bin hairan kan macam mana Mieya boleh terlintas nak menceburkan diri dalam online bussiness ni?

Actually sebab Mieya nie antara individu yang gemar shopping online terutamanya bab supplemen kesihatan & kecantikan diri. Mudah, jimat masa dan tak perlu nak penat berjalan. Cuma perlu tunggu barang sampai di rumah sahaja.


Lagi satu, dapat sokongan moral daripada kakak ipar. Katanya, daripada duduk online sahaja, shopping sakan tanpa sebarang pulangan. Nak buat apa kan? At least dengan berniaga online ni, dapat juga Mieya kumpul pengalaman di samping memantapkan lagi skill melayan kerenah pelanggan. (Okey, kerja full time Mieya sekarang ni pon memang selalu berhadapan dengan pelanggan.)

Untuk permulaan ni, Mieya cuba jual supplemen kecantikan dan kesihatan seperti :


Insyaallah, kalau mendapat permintaan dan sambutan yang baik, Mieya akan tambah lagi lain-lain produk. Wish me luck and do support me.

Thank you :)