7 Ayat-ayat Lapuk Mengorat Perempuan

Assalamualaikum wbt and hello peeps :)

Semua gadis pernah kena mengorat kan?

Certain perempuan, kalau dah kena mengorat tu mesti rasa WOW gila, dah rasa DIVA tak hingat sangat. Kemain senyum sampai ke telinga. Certain perempuan excited bila kena mengorat, manakala ada juga yang tak suka atau buat-buat tak layan, just like me. T_T

So kali ini, Mieya senaraikan beberapa ayat mengorat perempuan yang common, biasa dah dengar, dan kira macam dah lapuk lah kalau nak mengayat awek-awek di facebook mahupun di tepi-tepi jalan.



1. Hai, boleh berkenalan?
Selalunya digunakan bila kita berjalan-jalan di pusat beli belah atau bertembung sekumpulan jejaka nakal. Kalau sudah berjumpa di tempat awam macam itu dan kita langsung tidak kenal dia, jangan haraplah hendak berkenalan. Lagipun, kita tahu mereka cuma main-main!

2. Larilah laju sikit!
Biasanya apabila kita sedang beriadah atau joging di taman, ayat inilah yang diajukan. Taktik yang sangat menjengkelkan - sudahlah suruh orang lari laju-laju, dia pula melepak tepi bangku sambil menghisap rokok. Tolong lah!

3. Hai, boleh tak I minta nombor you?
Sering berlaku di majlis keramaian dan kalau lelaki bertanyakan nombor telefon tidak sampai 10 minit selepas berkenalan, nampak sangat dia terdesak! Lebih elok jika dia beri calling card. Kalau hendak juga menghubungi kita, sebagai permulaan saya fikir e-mel paling sesuai.

4. Hai, kawan saya di sana itu kata awak cun lah!
Selalunya di parti atau majlis sosial. Kalau seseorang lelaki hantar kawan sebagai wakil, saya rasa kurang kagum. Kalau hendak, datanglah sendiri.

5. Pheeeewit...pheeewit! Hai kak long, Yang Pakai Baju Merah tu. Sombong lah!
Pelik lelaki yang suka bersiul di depan wanita, macamlah kita ini anak kucing. Ini contoh lelaki yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati wanita. Pangkah habis-habis!

6. Awak dah ada pakwe? Boleh mintak no telefon?
Bila ditanya kenapa minta nombor phone perempuan tu?Kata nak kenal dengan lebih rapat lagi. Walhal baru jumpa/kenal sehari dah minta nombor phone, nampak macam terdesak sangat je kau ni.



7. "Macam pernah jumpa lah, tapi tak ingat dekat mana?"
Ayat ni paling banyak digunakan oleh lelaki terdesak nak dapatkan awek yang dia nampak lalu depan mata dia. Padahal kau tak pernah jumpa pon perempuan tu sebelum ni. tapi kau cakap depan perempuan tu seolah-olah memang pernah jumpa. Kau nak buat perempuan tu berhenti depan kau dan cuba recall balik memory dia, dalam masa yang sama perempuan tu akan argue dengan kau "ada ke? kat mana eh?rasa macam tak pernah".

Pada pendapat Mieya, kalau nak mengorat seseorang perempuan tu, biarlah dengan cara yang beradab, cool dan gentle sebagai seorang lelaki. Better berterus terang, jangan terlalu mendesak ( nanti kami takut :P ) dan jangan lupa untuk bermanis muka.

Tips lain, itupon kalau korang berani lah kan.. pi jumpa ibu ayah 'dia'.


5 comments:

Farah Waheda Wahid said...

ini semua pick up line yang dah basi kan mieya? *_^

Sofea said...

Nowdays, bagi name card je, segala details ada dalam tu, email, pekerjaan, no phone..

cuma status peribadi je tak der.. itu yang kena call n kenal dulu.. baru tahu.. hehehe

Fatihah Azanan said...

Hahaha. Nice sharing!
Biasa terkena no 6 atau 7 tu.hehe

Mitsu Kizu Zie said...

nasib baik tak pernah buat cmtu haha

Unknown said...

haha ayat no 7 tu la xleh blah..
menyampah kalau dorg bersiul, bukan stakat kucing, kita ni dh mcm tikus je gayanya