Notis Catuan Air di Selangor, KL & Putrajaya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Catuan bekalan air peringkat ketiga di Lembah Klang akan bermula Isnin ini, 10 Mac sehingga 31 Mac 
melibatkan 577 kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Catuan peringkat ketiga itu berikutan tujuh empangan di Selangor yang terus menyusut iaitu Sungai Selangor, 
Sungai Tinggi, Sungai Semenyih, Sungai Langat, Klang Gates, Tasik Subang dan Sungai Batu.
“Paras empangan Sungai Selangor pada Jumaat lepas ialah 196.35m dan paras hari ini ialah 194.10m, 
yang menurun 2.25m dalam tempoh seminggu.
“Dari segi peratus simpanan aktif, peratus simpanan hari ini ialah 43.24 peratus berbanding 46.90 peratus minggu lepas yang menurun 3.66 peratus. Ini adalah pengurangan yang tinggi,” 
Actually, seawal jam 6 pagi tadi (sewaktu menyiapkan sarapan) Mieya dah perasan dah. Air yang keluar
semakin perlahan berbanding hari kebiasaannya. 
So, pagi-pagi bila sampai je dekat ofis, Mieya terus baca Notis Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga dekat 
laman web Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Dan seperti yang dijangkakan, kawasan penempatan Mieya sekeluarga turut terkena tempiasnya.

So, lepas ni kenalah berkerjasama sesama adik-beradik untuk aktiviti menadah air bagi keperluan minum, mandi, 
basuh baju, cuci pinggan mangkuk.
P/S : Macam mana pulak dengan kawasan perumahan kalian? Adakah bekalan air turut terjejas juga seperti Mieya? 
Jom check di laman sesawang http://www.syabas.com.my/

5 comments:

ejulz said...

kawasan ni mmg tiap2 tahun ker ada masalah air? kalau kat sarawak ada satu tempat tu tiap2 tahun mesti ada masalah air..

ejulz said...

follow sini.. :)

Lieya Von Jay said...

umah akak setakat lani ok lagi la. harap2 ok la smpai bila2 .

E'in said...

nasib baik kat jb xkena catu..

Putri said...

sabar la ye.akak tinggal kat perak so far x ada catuan air lagi.klik laneige utk awak