Selamat Tinggal Tahun 2012

Assalamualaikum semua :)

Hari ini, iaitu 31 Disember merupakan hari terakhir bagi kita semua berada di tahun 2012. Lebih kurang daripada beberaapa jam sahaja lagi, kita semua akan bertemu di tahun yang baru iaitu tahun 2013. 

Sudah semestinya, tahun 2012 ini bakal pergi meninggalkan kita semua dengan 1001 kenangan manis kan? Diharapkan segala macam peristiwa serta kenangan pahit dan manis di tahun 2012 sedikit sebanyak dapat memberi input, mesej dan pengajaran kepada kita semua dalam melalui kehidupan di hari mendatang.

Alhamdulillah. Mieya sudah pon selamat kembali pulang ke kampus UiTM tercinta pada petang semalam. Biarpun masih lagi penat di samping kesihatan tubuh badan yang kurang mengizinkan, kelas kuliah tetap dihadiri seperti biasa.

Niat di hati yang suci lagi kudus ini (silalah percaya) , Mieya nak sambut tahun baru bersama keluarga di bandar Petaling Jaya. tapi hampa, dek kerana kelas kuliah tidak boleh dianjakkan ke hari lain memaksa Mieya untuk segera kembali ke Pulau Pinang.

hanya mampu cilok gambar ni dari Google,
tak dapat nak tengok yang real punya. T.T
Esok cuti. Malam ini pula, ada makan-makan besar di rumah majikan abah. Di saat ahli keluarga Mieya yang lain sibuk melantak tak ingat dunia di sana. Mieya di sini keseorangan menyambut tahun baru. Sungguh tak cool !

Dah tak ada kata lain yang mampu untuk tabahkan hati Mieya selain :

Semoga tabah menyambut tahun baru di Pulau Pinang kesepian tanpa percikan bunga api seperti dulu, Mieya. 

heh? Apahal tersengih-sengih di sana? Siyes nie ! hmmm


Makhluk baru Dalam Hidup Mieya

Assalamualaikum wbt :)

Woah ! Sedar tak sedar, dah seminggu Mieya berada di rumah. Dan dalam keadaan separa sedar, esok Mieya bakal berangkat pulang ke kehidupan kampus, UiTM Permatang Pauh tercinta. Begitu pantasnya masa berlalu meninggalkan kita dari hari ke hari.

Dan semalam, pada tarikh 28 Disember 2012. Buat pertama kalinya Mieya menjejakkan kaki ke Plaza Low Yat. Wow, itu satu rekod pencapaian yang hebakkk dalam hidup Mieya. Nama je tinggal dalam kawasan bandar, tapi sayangnya hanya satu dua tempat sahaja yang pernah dijelajahi. Sadisnya !




Ce teka ce teka ! Kenapa kebelakangan ini Mieya selalu jarang-jarang menghupdate blog serta berbalas komen dengan korang? Okey, siapa yang jawab betul, sila duduk di sebelah. heheee

Padahal secara terang lagi bersuluh Mieya dah nyatakan penyebab utamanya di entri yang lepas.

Sebenarnya, Mieya baru sahaja membeli sebuah notebook baru. Wuhuuu! Gumbiranya rasa hati sangat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Rasa macam Mieya masih lagi sedang diulit mimpi lena pasal kenangan indah di masa silam dulu.

Mempersembahkan ! inilah rupa laptop baru kepunyaan Mieya Atiera. Laptop Acer Aspire E1 - 431. Mintak maaf lah. tak dapat nak lampirkan gambar laptop sendiri memandangkan Mieya sedang mengejar masa untuk mengemas barang-barang untuk dibawa pulang ke kampus nanti.

Urusan broadband masih lagi sedang diuruskan oleh abang Mieya dan Mieya dimaklumkan Sim Card broadband rosak. sebab tu tak boleh nak online semua tu. Jadi seperti biasa, wifi abang tetap dimanfaatkan secara bijak dan berhemah. Shhhhhh~~

Maka dengan ini, bermaksud inilah entri pertama Mieya menggunakan lappy baru. Alhamdulillah, sukanya Ya Allah. In Sha Allah, akan Mieya jaga dan rawat lappy baru Mieya nie dengan sebaiknya.

Dah lah. Nak sambung menonton cerita Instanbul Aku Datang bersama-sama dengan adik tersayang kejap. Byebye korang !


Bila Broadband Mogok Buat Hal

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Hari tu, punya lah ada seorang makhluk nie kan. Katanya nak topup menghupdate blog secara pukal setelah sekian lama blog ditinggal sepi keseorangan. Nak reload aktiviti berblogwalking serta berbalas komen sesama blogger demi mengeratkan lagi hubungan di alam maya sekaligus memeriahkan lagi industri blog tanah air yang semakin kurang menyengat.

Tuntasnya, janji hanya tinggal janji. Janji yang ditaburkan, yang dicanang-canangkan selama ini tidak berjaya dicapati. Apa yang ada hanyalah sebuah blog beserta entri kosong tanpa dipenuhi oleh corat-coret daripada kawan-kawan seperti selalu.

Bukannya sengaja, mahupun disengajakan di ada-adakan. Tapi, ada sesuatu kekangan yang menyebabkan semangat untuk berblog kembali jatuh merudum. Haih, lepas satu, satu lagi cubaan yang mendatang. Sabar je lah.

Kalau sebelum ini, Mieya dihurung masalah ketiadaan gadget dan juga line internet untuk mengonlinekan diri. Tapi kini, masalah encik berukband yang mana SIM/USIM card yang tak boleh dikesan pula menghantui hidup Mieya.

antara paparan yang keluar tiap kali menggunakan broadband

Sedangkan lagi beberapa hari sahaja lagi, cuti mid sem Mieya akan berakhir dan Mieya harus kembali semula ke kampus untuk menimba ilmu. Ini bermakna, dengan berbekalkan masa yang tinggal nie, Mieya perlu menyelesaikan masalah yang Mieya hadapi sekarang nie dengan segera.

P/s : Update blog kali nie pon dengan menggunakan line internet daripada wifi abang Mieya. Itupun secara curi-curi. Dasar licik punya orang ! kehkeh~


Segmen Eyriqazz : Ada Apa Dengan Nama Blog?

Assalamualaikum wbt :)

Lama dah rasanya Mieya tak berkesempatan nak join mana-mana segmen yang dianjurkan oleh para blogger. Maklum saja lah, ketiadaan bahan dan alternatif lain untuk menaip entri selincah dulu.

Jadi, bila dah ada peluang bertemu empat mata dengan laptop nie, semestinya lah Mieya takkan melepaskannya begitu saja. Nak nak lagi, kebelakangan ini dah ramai sangat yang bertanyakan soalan yang serupa kepada Mieya.

Haaa.. So, disebabkan segmen yang dianjurkan oleh Bro Eyriqazz sangat-sangat bertepatan dengan persoalan yang sering dilontarkan oleh para blogger mengenai diri yang menaip blog budakshumort nie. Dan malam ini, marilah kita bersama-sama merungkai segala macam persoalan yang sering membelenggu kepala hotak korang tu.



Mieya Atiera? Kenapa Mieya Atiera? Adakah ini nama sebenar?
Oh, tidak sama sekali. Nama Mieya Atiera sebenarnya adalah gabungan daripada dua nama panggilan Mieya sewaktu kecik dulu, iaitu Mia dan juga Nor Amirah Atirah

Pada mulanya, orang memanggil Mia disebabkan Mieya ialah seorang yang pelat dalam menyebut nama sendiri. Dan nama yang kedua, merupakan nama yang telah diberi oleh ibu angkat Mieya. Dan nama ini selalu diguna-pakai oleh abah untuk memujuk Mieya yang gemar merajuk sewaktu kecik-kecik dulu. heheh 

Jadi, disebabkan kedua-dua nama ini saling berhubung kait dengan kenangan indah Mieya semasa di zaman kanak-kanak dulu. Maka, dengan tak semena-mena Mieya telah menggunakan nama tersebut sebagai nickname di dunia maya.

Sebab kenapa Mieya Mahu Bro Eyriqazz komen pasal “Nama Blog” Mieya?
Sejujurnya, Mieya masih lagi mencari-cari identiti diri sendiri dalam dunia blogging ini. Mungkin pendapat atau pandangan daripada blogger lain boleh diambil kira bagi memperbaiki segala kekurangan dalam blog memandangkan Mieya masih lagi hijau (baru) dalam dunia blog ini. 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 31/12/2012


2 CPUV Baru, Thanks Nuffnang !

Assalamualaikum wbt :)

Dah lama rasanya Mieya tak bercerita mengenai Nuffnang di teratak blog Mieya nie kan? (sila angguk-anggukkan kepala sebagai tanda setuju)

Padahal, Mieya yang dah agak jarang meluangkan masa untuk berblogging disini. Yes, that's my fault ! I admit it. Sorry ! T.T


Untuk pengetahuan semua, Mieya masih lagi menyusun atur masa dan ruang untuk lebih ligat berblogging seperti dulu. Apa orang kata, perlahan-lahan merangkak. Harap sabar menanti ye semua. 

Alhamdulillah. Sepanjang blog tidak dijenguk serta diupdate secara auto-publish oleh si empunya blog (yakni Mieya). Nuffnang masih lagi sudi memberi kepercayaan kepada blog cikai Mieya nie untuk menjalankan beberapa iklan CPUV daripada pihak pengiklan mereka.


Kalau ada yang perasan, Buffered Earning (atau nama lainnya, CPUV) dari Maxis Roaming Peace Of Mind >>Tekan SINI untuk membaca entri<< masih lagi menari-nari dengan rancaknya di blog Mieya nie. Terima kasih Maxis dan Nuffnang !

Tetiba, bila buka laman web Nuffnang pagi tadi, ada dua lagi iklan CPUV baru yang dah lama juga menari-nari di sekeliling blog Mieya nie. Entah macam mana pula Mieya boleh tak perasan. Mungkin salah Mieya juga, sebab dah lama tak meninjau-ninjau akaun Nuffnang Mieya tu.

Dua iklan CPUV kali ini, datangnya dari Sunway Education Application dan juga Amway Nutrilite. Terima kasih kepada advertisers dan Nuffnang kerana sudi memilih blog Mieya sebagai medium pengiklanan kepada orang ramai.


Serius, Mieya berasa terharu sangat-sangat sekarang nie. Walaupun, Mieya semakin kurang aktif berblogging kebelakangan ini atas faktor kesibukan hidup sebagai seorang pelajar serta ketiadaan bahan untuk online (seperti line internet dan laptop) melainkan smartphone.

Akan tetapi, itu bukan penyebab untuk Nuffnang menganak-tirikan (mengetepikan) blog Mieya daripada menerima sebarang iklan berbayar. Alhamdulillah.

Btw, terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan  kepada kawan-kawan blogger yang sudi menjadi pembaca setia blog Mieya, yang sudi klik iklan-iklan sekaligus menyokong Mieya dalam dunia blog nie. Tanpa korang, blog kesayangan Mieya ini takkan membangun seperti sekarang nie. Kosong tanpa penghuni.

P/s : Sekadar berkongsi keterujaan hati selama berblogging dan bernaung dengan pihak Nuffnang.


Azam Tahun Baru, Kenapa Ramai Tak Berjaya Mencapainya?

Assalamualaikum wbt :)

Tinggal lebih kurang daripada seminggu sahaja lagi kita bakal bertemu di tahun baru. Dan seperti biasa, menjelang tibanya di tahun baru. Sudah semestinya kita semua sepakat untuk menulis atau mencatat segala macam azam atau impian yang ingin dicapai di tahun tersebut.

Persoalannya disini, apakah semua yang kita azamkan dulu, semuanya sudah tercapai atau masih belum. Kalau belum pula kenapa?

Haa.. Rasanya mesti ada di kalangan kalian yang baru tersedar daripada mimpi kan bila diajukan soalan sedemikian rupa? Ya, benar. Itu termasuklah sekali dengan Mieya. Mieya perasan, masih ada 2-3 azam/impian yang Mieya gagal untuk mencapainya.

Tentang apa isi azam/impian Mieya tu, tak dapatlah Mieya kongsikan disini bersama kalian. Bak kata Siti Nurhaliza, Biarlah rahsia dulu ye.

Okey, berbalik kepada persoalan yang Mieya ajukan di awal entri tadi. Kenapa ramai yang gagal dalam merealisasikan azam tahun baru mereka.

Baiklah, disini Mieya spesifik kan pada azam untuk mencapai matlamat kecergasan. Jenuh korang nak membacanya kalau Mieya terangkan untuk semua azam sekaligus.


  • Kita tak suka kan perubahan
Memang dari awal lagi, matlamat utama kita adalah untuk kurus. Tapi, tiada sesiapa yang sukakan perubahan - contohnya : Menukar sarapan lazat yang telah kita nikmati selama bertahun-tahun (menu sarapan nasi goreng ditukar dengan biskut rendah lemak) Its hard to break the habits.

Some of us maybe able to bear the changes hanya dalam jangka masa yang pendek dan GAGAL diteruskan untuk jangka masa yang panjang kerana bosan.

So, apa yang Mieya boleh cadangkan ialah lakukan perubahan dengan perlahan-lahan atau hanya tertumpu pada satu perkara sahaja dahulu. As you adjust to those changes, continue making further changes. Yang penting, haruslah ada progress dan perubahan untuk jangka masa panjang.

  • Tiada kesabaran
Kita semua inginkan keputusan penurunan berat badan yang cepat. Tapi kita semua lupa, berapa lama masa yang diambil untuk menambahkan berat badan anda. Misalnya, dalam dua tahun. Dan tiba-tiba nak tengok perubahan pada badan dalam masa dua hari? Cuba fikir, adakah ini logik atau tak?

Of course lah tak logik. So, apa yang perlu korang lakukan ialah sabar. Bukannya tak boleh nak dapatkan results drastik sebegitu, tapi kebanyakan daripada kita tak punya disiplin serta tak tahu macam mana nak menjayakan azam tersebut. 

  • Matlamat tidak realistik
Ramai yang ingin kelihatan cantik dan mempunyai potongan badan yang menarik macam model. Tapi, hanya banyak menonton televisyen dan membelek-belek muka surat majalah tanpa melakukan sebarang aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Adakah ini munasabah?

Tentu sekali tidak. Apa yang perlu korang lakukan ialah carilah matlamat yang serasi dengan kehidupan, umur dan gaya hidup korang. Also, mulakan dengan matlamat yang sederhana, reach those targets dan teruskan lagi usaha anda.

  • Tiada panduan
Sama lah macam memandu dalam gelap tanpa peta (panduan/arah tuju). Hanya menyerah kepada nasig semata-mata untuk mencapai matlamat. 

So, carilah panduan. Sama ada melalui internet, ataupun ahli keluarga dan kawan yang sesuai. Kalau boleh, dapatkan panduan daripada orang yang berkelayakan. People like them, can help you to analyze your current lifestyle dan dalam masa sama, akan tentukan matlamat yang munasabah.

  • Kurang pengetahuan
Ini lebih kurang sama sahaja dengan tiada panduan. You need to know how to control your weight and your health. Its not about luck. Sesetengah orang, mengunjungi gym hari-hari. Tapi masih gagal dalam mencapai azam mereka. Kenapa?

Sebab mereka tak tahu macam mana dan aktiviti di gym kebanyakannya bercanggah dengan matlamat mereka. So, dapatkan rujukan daripada mereka yang pakar.

P/s : Entri ini dicopy sedikit dari google dan selebihnya diolah mengikut citarasa sendiri oleh Mieya.


Baru Dapat Update Blog

Assalamualaikum wbt dan hai hai hai semua :)

Marilah beramai-ramai mengucapkan tahniah kepada Mieya dek kerana telah meninggalkan blog tanpa sebarang update untuk berkurun lamanya. sehingga menyebabkan para pembaca datang dan pergi berlalu begitu sahaja gara-gara tiada input yang bermanfaat untuk mereka semua.

Sedar tak sedar, dah lama blog kesayangan Mieya nie ditinggalkan sepi. Entri yang diupdate sebelum nie pon majoritinya adalah entri autopublish. Ketiadaan laptop beserta berukband disisi merupakan antara penyebab utamanya.

Walau bagaimanapun, Mieya tetap membuka laman dashboard blog melalui smartphone Samsung cikai Mieya tu hari-hari. Nak update blog, line internet macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap takde. Jadi, nak tak nak, Mieya terpaksa menjadi pemerhati dan pembaca setia komen-komen yang diutarakan.

Padahal dalam hati, memberontak nak update blog, nak blogwalking serta membalas komen-komen kalian. Tapi hampa, berbekalkan line internet yang bersifat demikian, semua aktiviti yang direncanakan tak dapat dilaksanakan.

Tapi, In Shaa Allah. Untuk hari-hari yang mendatang, blog Mieya akan kembali berfungsi seperti biasa. Aktiviti berblogwalking, menghupdate blog, komen-komen, perkongsian ilmu, cerita atau apa-apa sahaja akan dijalankan seperti biasa juga. Jangan risau.

Btw, hari ini bermula sudah cuti mid sem Mieya. Yeppi, sudah semestinya lah Mieya kini sudah kembali ke pangkuan keluarga tersayang. Kalau tak, sampai ke la nie lah blog Mieya Atiera nie tak berupdate. heheh

P/S : Actually, ada banyak lagi benda yang nak Mieya kongsikan bersama kalian. Mungkin kalau berkesempatan nanti, Mieya update lagi ye? Salam bertemu lagi semua :)



Tarikh cantik bukan penentu segalanya

Sume pakat syok je bila tarikh 12-12-12 datang .. Tapi , dalan kegembiraan yang datang pasti ada kegembiraan yang sedia ada diragut daripada anda semua kan ?

Yela , itu semua takdirnya .. Aku rasa macam poyo je orang yang ambil tarikh cantik-cantik as their couple date , nak beli phone baru , nak beli haiwan baru ..

Ingatlah , tarikh tu tak ada apa pun sebenarnya .. Andai kata dah nak jadi sesuatu bencana , bila-bila pun boleh .. Bukan tarikh yang genap-genap je ..

Bukan aku kata tak boleh nak gunakan tarikh sebegitu untuk event korang .. Tapi biar berpada-pada .. Jangan terlalu obses sangat , dah gaya macam orang barat je ..

Aku pun teringin kadang-kadang nak ambil tarikh macam tu untuk buat apa-apa event .. Tapi buat masa ni aku berfikir , biar je lah takdir yang menentukan ..

Demi Matahari by SNada | Lirik Lagu

Assalamualaikum wbt :)

Mood hari nie, Mieya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang satu lagu nie. Yang mana, Mieya rasa sangat-sangat mendalam makna yang tersirat di sebalik lagu nie jika diteliti bait-bait lagu nie.

Untuk pengetahuan, Mieya baru sahaja pertama kali mendengar lagu nie. Itu pon semasa berada di minggu MDS yang lepas. Dan Mieya rasa, lagu nie sangat-sangat terkesan di hati Mieya sekarang nie.


Lirik Demi Matahari - Snada


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah


Thank you Nuffnang - Maxis Roaming Peace Of Mind

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Pagi-pagi hari nie, Nuffnang dah buat Mieya tersenyum penuh rasa bahagia. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Setelah hampir sebulan tidak menerima sebarang iklan berbayar CPUV daripada pihak Nuffnang.

Namun, siapa sangka? Blog cikai Mieya nie, masih lagi diberi perhatian. masih lagi diberi kepercayaan dalam menjalankan iklan-iklan daripada pihak mereka. Terima kasih Nuffnang !


Dan CPUV campaign kali nie datangnya daripada Maxis Roaming Peace Of Mind. tuuu dia BE yang baru je diiklankan dalam blog cikai Mieya nie. Walaupun dah hampir seminggu iklan maxis nie berjalan, tapi earning masih lagi di tahap sederhana. Maklum lah, tiada masa yang khusus untuk berblog. Maaf.

So, bagi korang yang merancang ke luar negara tu, boleh lah gunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Maxis iaitu Maxis Roaming Peace Of Mind nie. Memang berbaloi-baloi.