Baru Dapat Update Blog

Assalamualaikum wbt dan hai hai hai semua :)

Marilah beramai-ramai mengucapkan tahniah kepada Mieya dek kerana telah meninggalkan blog tanpa sebarang update untuk berkurun lamanya. sehingga menyebabkan para pembaca datang dan pergi berlalu begitu sahaja gara-gara tiada input yang bermanfaat untuk mereka semua.

Sedar tak sedar, dah lama blog kesayangan Mieya nie ditinggalkan sepi. Entri yang diupdate sebelum nie pon majoritinya adalah entri autopublish. Ketiadaan laptop beserta berukband disisi merupakan antara penyebab utamanya.

Walau bagaimanapun, Mieya tetap membuka laman dashboard blog melalui smartphone Samsung cikai Mieya tu hari-hari. Nak update blog, line internet macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap takde. Jadi, nak tak nak, Mieya terpaksa menjadi pemerhati dan pembaca setia komen-komen yang diutarakan.

Padahal dalam hati, memberontak nak update blog, nak blogwalking serta membalas komen-komen kalian. Tapi hampa, berbekalkan line internet yang bersifat demikian, semua aktiviti yang direncanakan tak dapat dilaksanakan.

Tapi, In Shaa Allah. Untuk hari-hari yang mendatang, blog Mieya akan kembali berfungsi seperti biasa. Aktiviti berblogwalking, menghupdate blog, komen-komen, perkongsian ilmu, cerita atau apa-apa sahaja akan dijalankan seperti biasa juga. Jangan risau.

Btw, hari ini bermula sudah cuti mid sem Mieya. Yeppi, sudah semestinya lah Mieya kini sudah kembali ke pangkuan keluarga tersayang. Kalau tak, sampai ke la nie lah blog Mieya Atiera nie tak berupdate. heheh

P/S : Actually, ada banyak lagi benda yang nak Mieya kongsikan bersama kalian. Mungkin kalau berkesempatan nanti, Mieya update lagi ye? Salam bertemu lagi semua :)



10 comments:

♥ sitifarhana ♥ said...

selamat mengupdate dan terus updte :)

NoorBieLover said...

haha..sama la sy pon.rndu giler nak blogging!

Umialya said...

bestnya dpt cuti..

✿INA AINAA✿ said...

eh cepatnya mid term?? wahhhhh boleh la berblog selalu... weeeee

balqisfz said...

mieya study mna eh?

Unknown said...

@♥ sitifarhana ♥ In shaa allah :)

Unknown said...

@Noor Tapi itu lah. kekadang, masih lagi kematian akal untuk berkata-kata.

Unknown said...

@umialya Cuti sekejap je kak. Ini pon rasa tak puas lagi bercuti.

Unknown said...

@✿A I N A A✿ Mid term cuti seminggu je. Mana puas. Nak update blog sekepam dua pon susah ya amat ideanya nak keluar. huhu

Unknown said...

@balqisfz Mieya study kat Uitm Bukit Mertajam Pulau Pinang :)