Selamat Tinggal Tahun 2012

Assalamualaikum semua :)

Hari ini, iaitu 31 Disember merupakan hari terakhir bagi kita semua berada di tahun 2012. Lebih kurang daripada beberaapa jam sahaja lagi, kita semua akan bertemu di tahun yang baru iaitu tahun 2013. 

Sudah semestinya, tahun 2012 ini bakal pergi meninggalkan kita semua dengan 1001 kenangan manis kan? Diharapkan segala macam peristiwa serta kenangan pahit dan manis di tahun 2012 sedikit sebanyak dapat memberi input, mesej dan pengajaran kepada kita semua dalam melalui kehidupan di hari mendatang.

Alhamdulillah. Mieya sudah pon selamat kembali pulang ke kampus UiTM tercinta pada petang semalam. Biarpun masih lagi penat di samping kesihatan tubuh badan yang kurang mengizinkan, kelas kuliah tetap dihadiri seperti biasa.

Niat di hati yang suci lagi kudus ini (silalah percaya) , Mieya nak sambut tahun baru bersama keluarga di bandar Petaling Jaya. tapi hampa, dek kerana kelas kuliah tidak boleh dianjakkan ke hari lain memaksa Mieya untuk segera kembali ke Pulau Pinang.

hanya mampu cilok gambar ni dari Google,
tak dapat nak tengok yang real punya. T.T
Esok cuti. Malam ini pula, ada makan-makan besar di rumah majikan abah. Di saat ahli keluarga Mieya yang lain sibuk melantak tak ingat dunia di sana. Mieya di sini keseorangan menyambut tahun baru. Sungguh tak cool !

Dah tak ada kata lain yang mampu untuk tabahkan hati Mieya selain :

Semoga tabah menyambut tahun baru di Pulau Pinang kesepian tanpa percikan bunga api seperti dulu, Mieya. 

heh? Apahal tersengih-sengih di sana? Siyes nie ! hmmm


13 comments:

Umialya said...

mgkn kt PP lagi meriah sambutannya?

Umialya said...

mgkn kt PP lagi meriah sambutannya?

Encik H said...

sebenarnya yg penting bukan pasal sambutan tahun baru..tapi pasal nak join makan2 dgn family kan? hehehe

cci said...

alaa... syiannya.. ^_^ akak lagi tiap2 thn sambut kat umah jer, huuhuhu

.::: Princess MOMOY :::. said...

hepi new year dear

ayut said...

:) sabar la yer..dikejauhan...ap blh bt..tanggungjawab..

Miss N™ said...

oo..mieya sambut tahun baru di kampus ke..
ingtkan dekat rumah..hihihi

Unknown said...

@umialya Takde lah kak. Kat sini, biasa je. Tak best !

Unknown said...

@Encik H Dapat berkumpul bersama keluarga sebenarnya yang Mieya harapkan. hmmm

Unknown said...

@cci Sambu kat rumah dengan family tu pon best sangat !

Unknown said...

@.::: Princess MOMOY :::. Happy New Year sis Momoy :)

Unknown said...

@ayut Betul tu kak. Sabar meminkan peranan disini.

Unknown said...

@Cik Nur waaaaa. jangan lah buat Mieya bertambah seedih Cik Nur. wuwuwu