Woah ! Sedar tak sedar, dah seminggu Mieya berada di rumah. Dan dalam keadaan separa sedar, esok Mieya bakal berangkat pulang ke kehidupan kampus, UiTM Permatang Pauh tercinta. Begitu pantasnya masa berlalu meninggalkan kita dari hari ke hari.
Dan semalam, pada tarikh 28 Disember 2012. Buat pertama kalinya Mieya menjejakkan kaki ke Plaza Low Yat. Wow, itu satu rekod pencapaian yang hebakkk dalam hidup Mieya. Nama je tinggal dalam kawasan bandar, tapi sayangnya hanya satu dua tempat sahaja yang pernah dijelajahi. Sadisnya !
Ce teka ce teka ! Kenapa kebelakangan ini Mieya selalu jarang-jarang menghupdate blog serta berbalas komen dengan korang? Okey, siapa yang jawab betul, sila duduk di sebelah. heheee
Padahal secara terang lagi bersuluh Mieya dah nyatakan penyebab utamanya di entri yang lepas.
Sebenarnya, Mieya baru sahaja membeli sebuah notebook baru. Wuhuuu! Gumbiranya rasa hati sangat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Rasa macam Mieya masih lagi sedang diulit mimpi lena pasal kenangan indah di masa silam dulu.
Urusan broadband masih lagi sedang diuruskan oleh abang Mieya dan Mieya dimaklumkan Sim Card broadband rosak. sebab tu tak boleh nak online semua tu. Jadi seperti biasa, wifi abang tetap dimanfaatkan secara bijak dan berhemah. Shhhhhh~~
Maka dengan ini, bermaksud inilah entri pertama Mieya menggunakan lappy baru. Alhamdulillah, sukanya Ya Allah. In Sha Allah, akan Mieya jaga dan rawat lappy baru Mieya nie dengan sebaiknya.
Dah lah. Nak sambung menonton cerita Instanbul Aku Datang bersama-sama dengan adik tersayang kejap. Byebye korang !
24 comments:
betulpun apa yg dirasakan awal tadi, tahniah Mieya
ohoiii..laptop baru..boleh curi nih..kehkeh
H guna emachine jer..tapi best la sebab ada numpad..ala2 macam keyboard PC tu, ada nombor kat tepi..
wahhh..lappy baru tu...
mee penah pg low yat . boleh gila tgk gadget kat situ !!
mak ai ingatkan apa ke benda la...hehe
Hai adik mieya...lama x berkunjung kat cnie.. ohh dah ade lappy baru ekkk...pas nie leh lah updape blog banyak2 ekk...hehehe
bestnyeee jage makhluk baru baik2 ya
woow ! ada lappy baru. lepas ni, lagi rajin lah update blog kan. heheh
ada lappy baru ? lepas ni lagi rajin lah update blog kan, hehe
Ingat mieya dah grad dulu. Anak makcik dulu study kat situ lah...now sambung kat SA
wahh..siap dapat lappy baru..
bestnya..!
Wahhh bestnya dapat notebook baru :)
@Encik H Banyak cantik nak curi kita punya. heheh
@Cik Mun hihi. Semua ini demi keperluan study nanti.
@-meeSUPERGIRL- Tahu takpe mee. Dengan bersesak-sesak dalam lautan manusia yang berduyun-duyun kat dalam tu lagi.
@-meeSUPERGIRL- Tahu takpe mee. Dengan bersesak-sesak dalam lautan manusia yang berduyun-duyun kat dalam tu lagi.
@LelakiSemalam Takde apa pon sebenarnya. Cuma nak kongsi keterujaan menggunakan laptop baru saja. hehe
@azievee In shaa allah kak, Mieya sedang mencuba untuk membahagikan masa study and blogging.
@Razfira In shaa allah kak.
@gigiAriEma Takde lah selalu. Mungkin jarang-jarang atau mungkin juga sesekali.
@makcikkantin Mieya masih muda lagi lah makcik.
@Cik Nur Mesti lah best.
@Myra Jay Yup, memang best kak.
wau notebook baru.. sama la kita, iha yg selalu dok sempadan KL pun tak pergi mana2 jugak.. pergi KL sebab nak ke hospital je :D
Post a Comment