Doa Awal dan Akhir Tahun | Salam Maal Hijrah Untuk Semua !

Assalamualaikum wbt :)

Pejam celik pejam celik, lagi beberapa jam sahaja daripada sekarang, kita akan bertemu di tahun baru dalam kalendar Islam, iaitu tahun 1434H.

Marilah sama-sama kita mengambil masa sedikit untuk mengimbau kembali apakah pengertian yang sebenarnya di sebalik bulan muharam ini dan juga mengingati kembali peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada bulan muharam itu sendiri.




MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. 

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun :)

PERISTIWA PENTING BULAN MUHARAM : -
  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Sunnah Rasulullah di bulan Muharram

Disunatkan pada bulan Muharram ini untuk kita berpuasa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam shahihnya dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda,
“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah bulan Allah yakni Muharram.” 
Diharapkan permulaan lembaran baru tahun Hijrah 1434 ini dapat kita jadikan sebagai titik tolak untuk kita penuhi tahun ini dengan azam dan semangat yang lebih berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

Jadikan tahun ini sebagai tahun untuk kita berhijrah ke arah kebaikan, meninggalkan segala kejahatan dan keburukan. Semoga setiap perlakuan dan perbuatan kita hari ini dan hari-hari seterusnya akan mendapat keberkatan dan diredhai Allah Ta’ala. Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H.



37 comments:

Anonymous said...

sama2lah kita, tq share ye

Asmar Arafad said...

Thanks for the info, salam maal hijrah

Unknown said...

salam maal hijrah mieya..=)

teratai said...

Semoga thn baru ni meningkatkan keimanan n ketaqwaan kita kepada Allah....amin

Eiqa Almond said...

Salam MAAL HIJRAH jugakk awak.. :)

amranaiman said...

selamat menyambut 1 muharam semoga kita buka buku baru yg lbh baik..

Miss N™ said...

Salam maal hijrah buat mieya.. :)
Nur tak sabar nak mkn bubur asyura.. :)

Jna marcello said...

SALAM MAAL HIJRAH ;))
GOOD SHARING MIEYA TQ....

✿INA AINAA✿ said...

salam maal hijrah juga.. ^~^

Nik said...

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah :)

ct kektus said...

salam maal hijrah. :)

dya nasir said...

salam maal hijrah..:D

jaakechik said...

salam maal hijrah jugak dari jaa.... :)

♥ sitifarhana ♥ said...

salam maalhijrah :)

profmie said...

salam maal hijrah.

Umialya said...

salam maal hijrah...

Unknown said...

@Kesuma Angsana Welcome :)

Unknown said...

@Asmar Arafad Welcome. Salam Maal hijrah juga

Unknown said...

@Herma Julianny Salam maal hijrah sis :)

Unknown said...

@teratai Amin. Mudah-mudahan kak.

Unknown said...

@NoEn Insyaallah. Doakan yang terbaik untuk Mieya :)

Unknown said...

@Eiqa Almond Salam Maal hijrah :)

Unknown said...

@amranaiman Insyaallah. Mudah-mudahan ye :)

Unknown said...

@Cik Nur Berkemungkinan Mieya tak dapat merasa bubur asyura tahun nie.

Unknown said...

@Jna marcello Salam maal hijrah na.

Unknown said...

@✿Lady Ainaa✿ Salam maal hijrah :)

Unknown said...

@nik ros Salam maal hijrah juga :)

Unknown said...

@ct kektus Salam maal hijrah kak siti :)

Unknown said...

@dya bunga Salam maal hijrah sis dya :)

Unknown said...

@jaakechik Sama juga, salam maal hijrah :)

Unknown said...

@♥ sitifarhana ♥ Salam maal hijrah juga :)

Unknown said...

@profmie Salam maal hijrah. Lama mie tak singgah ke mari :)

Unknown said...

@umialya Salam maal hijrah buat akak sekeluarga :)

mummyrinazone beauty said...

Salam maalhijrah yea..dh tahun brudh kejapjer rasa

TiranaAduka said...

salam maal hijrah dari tirana aduka sekeluarga

Unknown said...

@wan nurul hezrina Betul tu sis. Sekejap je masa berlalu pergi.

Unknown said...

@TiranaAduka Salam maal hijrah juga :)