Maklum Balas Anonymous Terhadap Entri Semalam

Assalamualaikum wbt :)

Entri kali ini merupakan antara rentetan entri semalam yang mana mungkin agak panas sedikit. Kalau ada di antara kalian yang terlepas entri semalam tu, boleh lah terjah ke SINI. Okey?

Kenapa Mieya sebut entri semalam sebagai entri panas sedangkan petang semalam punyalah hujan turun dengan lebatnya? Sebabnya, entyri semalam tu mungkin telah menyebabkan Encik Anonymous kita tak senang duduk lalu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Tak tahu lah kan sama ada Encik Anonymous yang tampil membuat permohonan maaf ini adalah individu yang sama ataupun tak. Tapi bila tengok pada address ip, lebih kurang sama.

Dah pandai eja perkataan unknown dah. Tahniah !

Address ip semalam : 113.210.97.110
Address ip hari ini : 113.210.102.16

Kalau betul lah, kedua-kedua address ip diatas merupakan individu yang sama. Firstly, Mieya ingin meminta maaf juga jikalau entri Mieya semalam agak keterlaluan. Tapi, bagi Mieya, perkara sebegini adalah perlu dipandang serius kerana tindakan awak seolah-olah menconteng arang di muka Mieya. Di samping boleh menjatuhkan reputasi blog Mieya.

Untuk pengetahuan, Mieya berblog bukanlah hanya sehari dua. Jika dikira-kira sampai ke hari ini, sudah genap 2 tahun 10 hari Mieya berada dalam dunia blogging. Dan dalam tempoh itu, setahun lebih telah Mieya gunakan untuk mencari maklumat serta mengkaji dengan lebih mendalam pasal blog. Misalnya : 

  • Macam mana nak edit blog, apa yang pengunjung suka dan apa yang mereka tak suka?
  • Macam mana nak cepatkan loading blog? Gadget apa yang perlu dan tak perlu diletak?
  • Macam mana nak tarik pengunjung dan seterusnya maintainkan trafik sekurang-kurangnya 120 sehari?

Dan banyak lagi lah. Coding blog nie pon, Mieya dah beberapa kali tukar. Tak tahulah sama ada para pengunjung semua perasan ke tak dulu. Tapi setiap kali Mieya tukar coding atau edit sana sini, Mieya pasti akan uji tahap kepantasan loading di blog Mieya nie. Wajib !

Gamaknya, Mieya dan blog memang tak dapat dipisahkan. Di mana ada line internet, di situ juga blog akan berhupdate. Tahulah blog cikai Mieya nie tak sehebat blog awak, tapi kalau boleh tegurlah dengan cara baik, lebih berhemah kata orang. Insyaallah, Mieya akan memperbaiki kekurangan tersebut dari semasa ke semasa.

Cuma lepas nie, mungkin aktiviti berblogging, berblogwalking serta membalas komen akan terencat (terganggu) sedikit. Maklum lah, kurang lagi 2 minggu Mieya akan menyambung semula pelajaran Mieya. 

Doakan yang terbaik untuk Mieya, okey? :)


55 comments:

CikMunBlogger said...

this is normal mieya :)

mun selalu dapat macam nie . mun bukak blog mieya , cepat je load .

jangan pandang satu mulut je . tanya dekat orang lain jugak . kadang kadang dorang punya internet yang slow :)

tabah k . chaiyokkkk :D :D :D

Anonymous said...

tak suka bila ada anon singgah kat belog. kalo niat baik tak pe la jugak. ni x. buat ONAR di tempat kita. dh la tak letak gmbr and nama. bajet bagus jek. xsuke xsuke

Suzie Yusof Mohamed said...

laptop die je kot lambat loading, su punye jap je loading blog mieya neh, saje je dengki tuh. doakan die dapat hidayah tau :)

✿INA AINAA✿ said...

nasib baik dia minta maaf... =)

Unknown said...

Good luck :)

syakirah izwanie said...

Nasib baik dia minta maaf :)

cikji said...

lastly...dia jgk yg dtg mtk maaf. hopely pasni everything will be okey dear. :)

Miss N™ said...

Agknya dia online kat CC kot mieya.. :)

tapi oklahkan, dia sedar akan kesalahan dia...

harap lepas ni dia tak buat lagi.. :)

cci said...

salunya blog berat bkn sbb blog kita berat.. tp sbb tenet yg lembap..

Unknown said...

dah baca entri sebelum ni.
ini menunjukkan dia suka melawat blog mieya,
tapi mungkin dia jenis yang tak sabar kot..
YAA, saya tak pernah pula komplen yang blog mieya lambat.
boleh tahan lajunya tau..
apapun, semoga mieya berjaya ya..
teruskan berblog..=)

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Tahu pula dia nk minta maaf , bagus laa kalau dia dh insaf :)

Umialya said...

pengalaman akak sebagai org lama, yg salah satu cara sang teruna nak berkenalan, kira2nya malu2 kucing, itu le x berani nak guna nama sebenar, takut dikenali, itu le main hentam jer.. ahakkkkkk...

teratai said...

Tak lambat pun, laju je loading ke blog mieya :)

dariilhamkehati said...

hehehe , CP pown pernah taw dpt komen cik/encik anon nih , kdg2 ayat dowg kenapa nth , CP dah la baru berjinak tak sampai setahun mase tuh , tibe2 kena ayat yang tak puas hati ... hm .. bile ngt balek , memang saket hati la ..

dariilhamkehati said...

nih link pasal cik anon tuh http://dariilhamkehati.blogspot.com/2012/07/awak-kurang-sopan-honest-saya-terasa.html

actually , lepas CP reply , dye ade rply blek , maken mlampaw ayat dye smpai CP pown tak sanggup nak printscreen , sampai sekarang CP tak pernah lagi masuk blog tmpt CP diserang cik anon tuh ...

::EIDA:: said...

Blog akak lmbt loading takk? Akak takpernah susah nak bukak blog mieya..kejap jekkkkk

Unknown said...

wah..makin sibuk la mieya kan..

takpe jgn la gaduh2 manje ek..
mende kecik..biasalah org mana pena puas hati pada sesuatu mende..
kita sokong mieya !!

nursuriani said...

bagslahhh kalau saling bermaafan mcm neh. huhuhu. yang penting incik anon tu mintak maaf. kan?? kita pun kalau orang minta maaf mesti okje kan cik mieya??

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ok lah kalu dia dh minta maaf :-)

محمد رازيق said...

tq mieyra singgah blog sy. jgn serik singgah lg.

Jna marcello said...

haaaaa da settle ;)

Unknown said...

@CikMunBlogger Betul tu. Kekadang bukannya kita yang bersalah. tetapi line internet yang bermasalah pon boleh jadi punca.

Unknown said...

@Nur FatIn aDiLah bT azMi Betul tu. Geram memang lah geram. Tapi nak buat macam mana kan. Orang dah benci.

Unknown said...

@Suzie Yusof Mohamed Amin. Mudah-mudahan kak.

Unknown said...

@✿Lady Ainaa✿ itulah. Nasib baik kan? Ingatkan takde hati perut.

Unknown said...

@myu TQ

Unknown said...

@syakirah izwanie Betul tu. Sedap sikit hati nie. huhu

Unknown said...

@cikji Mudah-mudahan begitu lah kak.

Unknown said...

@NoEn Betul tu kak. Nasib baik dia still ada nilai keperimanusiaan lagi.

Unknown said...

@Cik Nur Hmm, agaknya macam tu lah Cik Nur. Harap-haraplah jangan ada lagi.

Unknown said...

@cci Betul tu cci. Lagipun yang menggunakan internet kat Malaysia nie bukannya sedikit bilangannya. Banyak okey ?

Unknown said...

@Herma Julianny Betul tu. Mungkin dia salah seorang daripada silent reader Mieya. Tapi itulah, kalau tak puas hati just drop a comment kat ruangan komen di entri dan bukannya secara public di chatbox. Itu memalukan Mieya namanya !

Unknown said...

@✉ ¥ana Fauzi ✉ Harap-harap macam tu lah.

Unknown said...

@umialya Erkkk? Macam tu pulak ye kak? Seram lah kalau macam tu. Dah lah tak kenal siapa si gerangan orangnya.

Unknown said...

@teratai Thanks sebab sudi bagi pendapat.

Unknown said...

@cweet pinky Nasib baik kat Mieya tak macam tu.

Unknown said...

@::EIDA:: Blog akak pon okey lah. Tak lambat pon.

Unknown said...

@CikZaitul Yup, macam tu lah jawabnya nanti. Thank you !

Unknown said...

@Sue PeLik Betul tu sis. At least, dia sedar kesalahan dia.

Unknown said...

@Wanieys a.k.a IbuQalief Yup, Mieya pon dah maafkan asalkan dia dah tak ulangi perbuatan yang sama.

Unknown said...

@محمد رازيق Sama-sama kasih. Insyaallah, kalau ada masa.

Unknown said...

@Jna marcello Alhamdulillah, dah settle !

beckhrooy said...

nak tengok entri panas tu dulu hehe

ayut said...

ad lg...hihihi..takpela..bt yg penting..anon tu tutup sblh mata je..hihihi.ayut klu tak fokus mmg ttngl kot blog tu..huhuhu..parah2x..

Unknown said...

@beckhrooy hehe pergilah tengok.

Unknown said...

@ayut haha. Susah lah kalau macam tu.

Unknown said...

nasib baik dia minta maaf.

wah dia boleh plak bagitaw yang dia lelaki. heheh. betul cakap akak umialya. mungkin salah satu cara dia nak mengorat mieya tu.

tapi itulah, cara dia nak kenal dengan mieya memang tak kena pada tempat.

Unknown said...

@Fiza Suhaimi hahah. seram pulak. bila mendengarnya

mummyrinazone beauty said...

Saja bikin pns sb nk usya mia..haha.siap mention lelaki..xberatpun blog mia.akak bukak lajuje

Unknown said...

@wan nurul hezrina Tu lah kan?

Nurfara Hani said...

dia dah insaf tu

Unknown said...

@Nurfara Hani A'ah. dah mula insaf dah tu.

Anonymous said...

mcm mana u detect ip adress...blh bagi tahu tak, plsss..

Torascool said...

macam mana caranye lihat ip addrees

pendaftaran cpns said...

Semoga dia insaf ya