Hari Yang Ditunggu-tunggu Tiba Jua

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini, kalau boleh Mieya cuba untuk tidak membebankan diri sendiri untuk berfikir soal itu dan ini. Mieya perlu lebih relaks bagi mengelakkan tekanan perasaan yang melampau (stress), rasa gemuruh yang melampau. Padahal kat jantung nie dari tadi dah berdegup kencang dupdapdupdap. -,-

Jadi, bagi mengelakkan hal sebegitu daripada berlaku, Mieya perlu menyibukkan diri Mieya dengan sesuatu.

Misalnya, pagi-pagi lagi Mieya telah ke luar rumah bagi meninjau-ninjau perkembangan semasa anak-anak pokok cili Mieya. Alhamdulillah, pokok cili api Mieya di pasu yang lain telah pon mula berbuah dengan galaknya.

guna pakai botol minyak sebagai pasu bunga. Jimat kan? :)

And then, Mieya akan online untuk seketika. Blogwalking dan komen ke beberapa buah blog yang dah berupdate sampai lah kaki dah rasa "cramp" semacam, barulah Mieya berhenti untuk membantu emak melakukan tugasan harian di rumah.

Setelah selesai ke semua tugasan, barulah Mieya akan meneruskan tugas Mieya untuk mengajar adik Mieya dalam beberapa pelajaran dari satu bab ke satu bab yang baru. Kiranya, macam cikgu sambilan di rumah lah. kehkeh
Jangan complain kenapa tulisan diatas kecil semacam, sebab itulah tulisan Mieya ^^

Maklum saja lah, adik Mieya dah beberapa bulan ketinggalan dalam pelajaran sebab penyakit misteri yang dialaminya. Penyakit apa, tak boleh lah Mieya jelaskan disini. Hal peribadi keluarga lah kata kan. So, nak tak nak Mieya perlu membantu dia selagi mempunyai masa yang ada.

Hmmm, rasa-rasanya kalau korang yang selalu berkunjung ke sini semestinya dah tahu kan. Apa benda penting yang sedang Mieya nanti-nantikan sekarang nie?

Ohh, yeah ! Hari ini bersamaan dengan 5hb November 2012 dan tepat pada jam 2 petang, keputusan UITM ambila kedua akan diumumkan. Nak tahu keputusannya sama ada Mieya dapat ke tak?

Tunggu je lah, okey?


32 comments:

Jna marcello said...

wahhhh cikgu ganti utk adik2 pun 1 kerja mieya hihihi untung adik2 mieya dapat cikgu (kakak sendri) pastu tulisan mieya KEMAS sgt!!! klau naa laa kena guna 30 white peper mcm tu ;D

Atira Ameer said...

harap kak Mieya dapat lh .. ;))

syiela said...

moga ada terselit nama mieya kat situ

Unknown said...

sakit misteri?...

Miss N™ said...

bagus nieya ajar adik.. :)
baik betul mieya.. :)

apsu dalam botol minyak tu, unik dan yg penting jimat..hihihi..

apapun keputusannya mieya, redha ya.. :)


ecadwinkyasha said...

hye cikgu~.
hehehe
tenang2 ajar anak murid tu yer

cci said...

kalo cci tanam pokok mesti mati.. ngee.. x rasi langsung..

Evagurl said...

wishes u best of luck!

:)

dhiashahida said...

mesti dup dap dup dap kan mieya...i wish u luck syg..;)

mummyrinazone beauty said...

insyaallah mia dpt nnt ke uitm..

TiranaAduka said...

salam
Idea yg kreatif tu.ok je

Reena Sidek said...

seronok bila tengok tanaman berhasilkan... :)

Cik Itah said...

sy pulak suka tanam bunga tapi suka makan cili :D

-meeSUPERGIRL- said...

bagi adik tusyen .. jimat kos . hehe

Unknown said...

@Jna marcello Adik Mieya seorang je Na. Mana ada ramai. Mana ada kemas. Biasa je tulisan Mieya tu Na. Dulu selalu kena marah dengan cikgu sebab tulisan kecik sangat.

Unknown said...

@Atira Ameer Thanks dear :)

Unknown said...

@syiela Mudah-mudahan :)

Unknown said...

@Fendy Ya. Tapi tak boleh lah Mieya terangkan disini. Sakit yang tak boleh dilihat dek pancaindera, tapi boleh dirasa.

Unknown said...

@Cik Nur Kesian sangat dengan dia Cik Nur. Dah berapa bulan tak ke sekolah tahun nie.

Unknown said...

@Eca Dwinky Asha Baik cikgu. heheh

Unknown said...

@cci Erk? mati? Mesti tempat atau bahan yang tak kena tu.

Unknown said...

@Evagurl Izma Thank you sis.

Unknown said...

@dhiashahida Mahunya tak? Rasa nak tercabut je jantung nie tau.

Unknown said...

@wan nurul hezrina Amin~

Unknown said...

@TiranaAduka heheh. briliiant tak?

Unknown said...

@Masz Sidek Yup, betul tu. Sangat seronok.

Unknown said...

@Suara Hati So, tanam lah dua-dua sekali.

Unknown said...

@-meeSUPERGIRL- Yup, memang lah jimat.

9n0L4 said...

kreatifnye botol kosong tu buat pasu ehhh. mesti tgn sejuk ni. :)

Unknown said...

@9n0L4 hehe jimat.

dya nasir said...

dya xreti nk tanam pokok..haha

Unknown said...

@dya bunga Boleh belajar, asalkan ada semangat.