Memang benar, seperti apa yang dikatakan oleh Umi Alya di entri yang lepas. Alaaa. entri pasal blog Mieya diganggu oleh Mr. Anonymous (unknown) tu.
Mula-mula, kutuk-kutuk blog Mieya nie lambat loading lah. Lepas je Mieya bangkitkan isu itu di entri, Mieya terima maklum balas daripada si anonymous. Lalu permohonan maaf secara terbuka telah pon Mieya terima dengan hati yang ikhlas. Tapi malangnya, tahap keikhlasan Mieya dalam memaafkan si pelaku diragui.
Bila Mieya check je ruangan chatbox Mieya, Mieya perasan mesej baru yang ditinggalkan si Anonymous. Dan ternyata telahan Umi Alya betul. Si Anonymous nie sengaja je nak tarik perhatian Mieya sebenarnya. Bila Mieya makin melayan kerenahnya, makin menjadi-jadi lah kan gamaknya.
Bila baca je mesej-mesej yang ditinggalkan, Serius Mieya rasa macam nak termuntah pulak. Geli doh. Errrk? hakhak~
Okey. Secara jujurnya, Mieya sangat-sangat menyesal kerana melayan si Anonymous nie. Kalau lah Mieya tahu daripada awal, takkan Mieya layan kerenah-kerenahnya. Okey fine. Mieya memang failed dalam bab yang punya kaitan dengan cintan-cintun nie. (tak belajar pon bab nie lagi kat sekolah dulu)
Tak boleh tangkap apa-apa maksud tersirat di sebalik apa yang berlaku. Cuma boleh tangkap maksud yang tersurat sahaja (yang jelas, nyata dan betul-betul terjadi di depan mata)
P/s : Actually, bukannya Mieya berniat nak memalukan si Anonymous nie. Cuma nak bagitahu, kalau nak berkenalan ke apa ke, biarlah beradab sikit. Kita kan orang Melayu? lalala~
59 comments:
*thumbs up
betul tu..
cara dia nak mengurat tu salah..
jangan dilayan orang begitu..=)
Erk,dah kenapa pulak tu orang tu..? scary pulak baca..ayat mcm org desperate nak cari awek..>_<
Adehh..silap petullah mamat tu..
kalau dia buat cara baik dulu, mybe mieya dah boleh terima dia sebagai kawankan..!
ini tidak...! kan dah melepas nak kawan dengan mieya.. :)
hahaha kan melayu kannn
Kes mahu tapi malu.. hihihihi
hurmmm satu jer yg akak nmpak kelemahan dia, tak matang sbb guna nama samaran: UNKWON", kiranya si mamat ni "PENGECUT!!!", kalu betul2 nak berkenalan, tonjolkan diri sendiri, betul tak Mia?
ohoo..kena ngorat ke..bagus la ada peminat misteri..hehehe
alolo.. sweetnya cik ano tu mieya.. haha
menyampah org mcm ni yg x beradab langsung....
hehe..kena ngorat ek? ramai lah manusia mcm tuh skang neh.jangan dilayan sgt okeh :)
sabar je ;a mieya: Sape la yang minat tu ye..
Secret admirer la tu. hehe
wahh Mieya ada peminat misteri ni. heheh. fiza baru je follow entry Mieya yang lepas.
wahai Encik Anon, kalau nak mengorat anak dara orang pun please be gentleman. betul tak Mieya? ^^
#kalau tak kenal maka tak cinta. kehkehkeh :D
buat tahu je mieya..
huhuuu...ada udang disebalik batu rupanyaaa~
agaknyaaa...cara dia meng0rat memang camtu kut. xDD
nge,ngeh,ngeh..sengal jgak la kan..
kenekan dia balik.kahkahkah
hahah beri betis nak peha pula si anony ni.. tak payah layan.. ena kalau anony ni memang jgn harap nak layan... dah la tak tahu siapa...
Bo layan ja org cam anon tu Mieya..
Btl 2 kena ada caranya
hehe..adegan macm tue pn ada ek ^__^
pesanan akak...sila jgn layan hahahaha
Owhh nak ngorat ye En Anon tu.. :)
Adehhh macam2 cara ye nak tarik perhatian cik Mieya kita ;D
Boleh pulak dia menyorak ye. Hehe.. Macam2 cara mengorat.
kalau KA wat tk layan aje hehehe
:D adehhhh..cane pulak la gini jd yer..ngurat pulak.. -_-"
@Jna marcello Thank you na.
@Herma Julianny Yup. Mieya sudah semestinya tidak sama sekali akan melayannya.
@MarliaMarble Tau takpe kak. agak-agak lah.
@MarliaMarble Tau takpe kak. agak-agak lah.
@Cik Nur Ya, betul tu cik Nur. Cara dia sangat lah salah.
@zila manaf Tu lah kak.
@umialya Betul tu kak. Sepatutnya tonjolkan diri sebenar lah.
@Encik H Bagus bro kata? huhuu tak mahu lah, mana tahu kot-kot bangla ke yang menyamar sebagai orang Melayu. Tak nakk !!
@Mimie Sweeet? takde lah kot.
@PORUMANetul tu. Sama lah dengan apa yang Mieya rasakan sekarang nie.
@♥ Miss Hearty ♥ Yup, insyaallah takkan layan kak.
@Nurfara Hani Entah lah. mieya sendiri pon tak kenal.
@myu Tak ingin lah Mieya myu. huhu
@Fiza Suhaimi Betul tu kak. Mieya tak suka lah spesies yang berani belakang2 nie.
@dya bunga Itulah yang sedang Mieya lakukan sekarang nie kak.
@Zaf98 Huuui tak semestinya lah.
@NIA SI DRUMSTICK heheh. tapi tu lah tak boleh detect email. Sabar je lah.
@✿Lady Ainaa✿ Betul tu ena. Entah2 penyangak mana lah yang tersesat dari Tanjung Rambutan ke. eee... tak nak lah.
@Si Matatajam Jangan risau kak, Mieya takkan layan punya.
@man Tau takpe bro.
@elyna mirsada Memang ada sis.
@Wanieys a.k.a IbuQalief Baik kak. Pesananmu akan diingat
@Myra Jay Tu lah pasal kak. Kalau tahu drpd awal, memng takkan layan lah.
@Hazmin Hamudin Tulah. macam2 ragam.
@Kesuma Angsana Mieya pon macam tu jugak.
@ayut Itulah kak. haihh !!
secret admire tak? kalo x pon mmg kawan2 nak kena kan tu..saje nak bgurau x?
p/s : alahh...ignored jer..
hahaha , kelakarnya mia , tolong larh paham ...
Adeh keruk kpla den.haha.mcm nipun adolah aii..aah pasni xpya layan memg nampk lain mcmje
@jaakechik Yang pasti, bukan kawan-kawan lah kak. Kawan2 Mieya mana ada layan blog semua nie.
@cweet pinky huihui, Mieya takut sebenarnya nie.
@wan nurul hezrina Betul tu kak. Abaikan sahaja.
heheheheh....
mcm ini punya orang pun ada ke... x gentle lansung... poyo jer lebih...
iskh.... goliden....
@eijasya83 haha. tau takpe.
Post a Comment