Ada ke sesiapa di kalangan kalian yang sedang merindukan Mieya di kala ini? Ada ke sesiapa? Anyone, sila mengaku cepat !!! (macam lah ada kan) Okey, perasan kejap -,-"
Selama hampir seminggu tidak menatap
Siyes, wa cakap sama lu. Kalau lah diikutkan sangat hati kecilku yang rapuh ini, sudah semestinya akan ada linangan yang mengalir sama gara-gara tak tahan telinga. Tapi, alhamdulillah. Mieya berjaya juga harungi segala rintangan tersebut dengan penuh rasa sabar dan tabah.
Terima kasih kepada kawan-kawan semua kerana sudi singgah melawat ke blog Mieya hari-hari tanpa merasa jemu. Terima kasih kerana sudi memberi komen-komen yang positif di entri yang lepas dan terima kasih untuk semuanya.
Ini pun, Mieya masih lagi tidak berkesempatan untuk menerjah serta membalas semula segala macam komen-komen bernas daripada kalian semua. Minta maaf ye. Kekangan masa membataskan segala-galanya.
In Shaa Allah, jikalau ada masa yang terluang akan Mieya singgah semula ke blog korang disamping menghupdate lagi entri-entri baru dari semasa ke semasa.
P/s : Minggu depan dah mula dah kelas kuliah. Padahal hari nie (bersamaan dengan hari Jumaat) Mieya baru sahaja selamat sampai di rumah yang tercinta. Hari Ahad mesti pulang semula ke Uitm Penang. hihi
37 comments:
MDS ni kira minggu suai kenal la ni kan?? ena dulu pun, penat sgt.. tapi kt UIA kami gil minggu Taaruf.. btw, semoga gembira ketika di sana =D
salam 1 UITM :)
selamat menjalani hidup sebagai pelajar UITM :)
Tahniah. UITM Penang punya orientasi mmg awesome. Hehe. Selamat memulakan kuliah. :)
hope tabah kan hati oke :)
Tumpukan study dulu ye dik.. Bw akak takpa..tak kisah yg penting Mieya success..
sempat lg balik umah..
hehe,study smart ek..moga ada ms utk bls komen ^__^
amboii baru sampai dh nak balik umah??
ekeke,take care
hehehe
Mieya walaupun sebulan mieya xde na tetap menunggu mieya taw.cewahhhhh hahahhaa
Mieya :) sorry late. Yeap nad uitm penang jugak. Course civil eng, nak masuk sem 2 ni. Mieya?
dulu masa MDS pun nak rasa macam nak menangis je 24 jam..! rasa nak balik je rumah taknak masuk u..! hahaha..takpe,sekali seumur hidup kan..=D
rindu mieya ! eh eh eh..kikiki
samalah kita
skhirnya...siap dh kena gan senior..hihihi...slmt mnjalani kuliah plak lpas ni :)
selamat kembali berkuliah :)
Good luck yep. Study rajin2. Hapdet blog ngan bw tkpe, klau free singgah2 le ke teratak hambe..hehe..
Masa MDS, brpanas brhujan tk?
tahniah dah abes=)
@✿A I N A A✿ Alhamdulillah, mudah-mudahan.
@tieyadora Terima kasih :)
@AlyaaIBH Ya, memang awesome. Dapat baring di atas jalan tar sambil menikmati keindahan bulan.
@Pykaa Pdott In shaa allah.
@Si Matatajam In shaa allah. Doakan yang terbaik untuk MIEYA ye :)
@umialya Banyak barang keperluan yang tidak dibawa. Sebab tu terpaksa balik jugak.
@elyna mirsada In shaa allah, Mieya akan cuba nanti.
@cikji Well, biasa lah tu kan?
@Jna marcello Cewaahhhh. Betul ke nie na?
@Nadratul Syazwana Mieya ambil course kejuruteraan kimia. Baru sem 1
@MarliaMarble Betul betul betul.
@♥ sitifarhana ♥ Mieya pon rindu sama kamu juga.
@Kesuma Angsana Yeah, ada geng. Meh, sep sikit !
@ayut Doakan yang terbaik untuk Mieya :)
@♥ Miss Hearty ♥ Terima kasih kak.
@Cinta Misteri In shaa allah, kalau ada masa. Panas hujan tu biasa lah.
@NoEn Yup, betul tu sis :)
@wan nurul hezrina Terima kasih :)
UITM dihatiku... best x?
@Nurfara Hani Alhamdulillah, sangat-sangat menyeronokkan. Masa MDS paling tak best. Itu sahaja yang dapat disimpulkan..
Post a Comment